Home Novel Fantasi Al Qin (Lagu Untuk Laila)
Al Qin (Lagu Untuk Laila)
asmaya ally
4/4/2018 12:44:07
129,030
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
Bab 16
                                                                            MELATI

Ajim mengibas-ngibaskan sayapnya. Sambil menunggu Al Qin, dia merenung jauh ke hadapan. Di matanya terbayang senyuman Melati. Iras wajah Melati sedikit berbeza daripada dirinya. Melati hanya punya satu tanduk yang terpacak di atas dahinya. Melati juga hanya mempunyai sebelah sayap kanan sahaja. Melati adalah satu-satunya saudara sedarah sedaging dengannya di alam halus. 

Sayang Ajim pada Melati tidak berbelah bahagi. Ibaratnya andai ada spesis apa pun yang cuba melukakan hati anak saudaranya itu, maka maut lah jawabnya. Tidak pernah terlintas di fikiran, abangnya sendiri akan menanda perempuan Al Insaan sebagai pasangan. Dia tidak tahu bagaimana abangnya berjaya menghapuskan jejak bau tubuh manusia pada pasangannya. Kakak ipar Ajim adalah daripada keturunan Al Insaan. 

Walaupun kehidupan abangnya terlihat bahagia ketika bersama kakak iparnya, Ajim sangat sedar dan tahu keresahan yang tidak berpenghujung abangnya yang sentiasa bimbangkan keselamatan kakak iparnya.Dan suatu malam, sewaktu hampir menjelangnya malam Bulan Merah, Ajim ketika itu berlegar-legar terbang di atas sepohon pokok yang menjadi kediaman abangnya. 

Entah kenapa, hatinya merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Hidungnya menangkap bau hanyir darah pekat yang meruap ke udara. Ajim segera turun dan mendaratkan kakinya di pohon tersebut. Pintu hadapan pondok ran yang menjadi tempat tinggal keluarga abangnya senget dan hampir rebah ke bumi. Cermin tingkap kecil yang berukir bunga-bunga juga pecah berserakkan. Mata Ajim memicing meneliti keadaan pondok tersebut.

"Apa yang berlaku?" desis hatinya.

"Aaa...Aaa..Aaaajimmm.." 

Mata Ajim berputar-putar mencari empunya suara. Sebaik matanya tertancap pada susuk tubuh yang bergulung di dalam tikar lusuh, Ajim segera menghampiri susuk itu. Dengan cermat dia membuka gulungan tikar itu dan alangkah terkejut saat dia melihat keadaan abangnya. Kedua belah sayap abangnya telah direntap dengan kasar, dapat dilihat kesan tulang yang patah di atas pundak abangnya. Seluruh tubuh si abang penuh dengan kesan seperti diseksa dengan cemeti. 

Air mata jantannya menitis sewaktu dia melihat kaki abangnya turut di kerat. Jejeran darah merah kehitaman masih deras mengalir. Bau darah bercampur keringat menusuk-nusuk hidung Ajim. Wajah malang abangnya turut di toreh dan lebih menakutkan kerana kesan torehan itu merobek hingga ke tulang tengkorak. Menggeletar tangan Ajim sewaktu dia mengangkat tubuh lemah si abang. Tangan abangnya saat itu sudah pun terkulai layu.

"Aaajimm..aaajimm.."lemah suara si abang.

"Abang!!..siapa yang buat macam ni pada abang?!"

"Denngaar..sini Aaajimm..akkkuu..amaanahh kaan kau untukk jaaagaa anak gadis ku Melati..tolonggg jaga diaa Aaajjimm.." serentak dengan itu, mata si abang terkatup rapat dengan sisa linangan airmata yang masih berbekas.

"Tidakkkkkkkk...abangggggg!!!" laungan hiba Ajim bergema ke seluruh hutan tersebut. Mayat abangnya yang berada di pangkuan dipeluk seeratnya. Mata Ajim merah menyala. Tubuh kaku si abang diangkat dan letakkan di bahunya. Dengan hati yang sarat dengan amarah,dendam, benci dan seribu macam perasaan, Ajim mengusung tubuh abangnya di atas bahu dan diterbangkan dengan sepantas kilat.

Sewaktu kakinya menjejak lantai bumi di sisir pantai, Ajim perlahan-lahan meletakkan tubuh kaku abangnya di dalam lautan.Seketika kemudian, tubuh itu hilang ditelan lautan dalam yang dibungkus kegelapan.  

Dendam di hati Ajim masih belum terbayar. Kakak iparnya menghilangkan diri selepas peristiwa itu, meninggalkan Melati, yang terlahir menjadi makhluk hybrib. Yaa.. makhluk yang separuh manusia dan separuh lagi keturunan AJIM!!.. 

Sambil mendongak ke langit yang tidak berbintang, Ajim mengertap-gertap bibirnya. Resah dia tidak kunjung padam memikirkan sikap sahabat baiknya. "Al Qin.. aku tak mahu kau juga menerima nasib yang sama seperti abang aku"!..desis hati kecilnya. 

"Heyy?"

"Ahh..ehhh kau.."

"Yea lahh aku ni..jauh kau mengelamun? sampai kemana dah?" ujar Al Qin seraya melabuhkan punggungnya di atas dahan bersebelahan Ajim.

"Sampai ke syurga pergi dan balik!.."dengus Ajim.

"Amboiii..ada hatiiii ke syurgaaa kononnnn..hahahah.."Al Qin mengusik sahabatnya.

"Kemana kau Qin? lambat sangattt..naik kebas kaki aku dok bertengek kat pokok nih!!"

"Laahh.. tak ke mana pun..aku singgah ke rumah kekasih hati aku tadi"..ujar Al Qin sambil melemparkan senyuman kepada Ajim.

"Jadi?..kau ada nampak sebarang perubahan pada tubuh peremm..erkk maksud aku Qinna..ada sebarang perubahan ke?" 

"Iskkk kau nih.. baru lagi kan?'

"Habis takkan kau nak bersama dia lagi? kau gilaaa?! kalau tak melekat jadi anak kira baiklah tuh.."Ajim menambah.

"Aku memang nak bawa dia ke sini Ajim..kau pun tahukan?..apa pun alasannya aku tetap akan bawa dia ke alam kita!"

"Al Qin...aku..aku.." Ajim tidak menghabiskan tuturnya.

"Ajimm..aku tahu kau bimbangkan keselamatan aku.. kau sahabat yang baik Ajim.."

"Kalau kau dah tahu kenapa kau masih berdegil Al Qin? Apa  kau mahu menerima nasib yang sama seperti abang aku?" sambil mencerlunkan matanya ke arah Al Qin.

Al Qin terdiam. Dia tiada jawapan untuk persoalan itu. Sepanjang persahabatan mereka, Ajim sentiasa sahaja menjadi satu-satunya makhluk yang berani menasihatinya.

"Ajim....aku akan buktikan yang hidup aku takkan jadi macam abang kau..aku tahu aku mampu bahagia dengan pilihan aku!". Tegas Al Qin.

"Dah lahh..kita dah lewat nak meronda malam nih"..Ajim enggan menyambung bicara lagi.


Kedua-dua Al Qin dan Ajim kemudiannya terbang sepantas kilat. Tiada mahkluk bumi yang dapat melihat mereka secara kasar kecuali dengan izinNya. 

Previous: Bab 15
Next: Bab 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

© Copyright Portal Ilham. Hakcipta terpelihara Portal Ilham