Home Novel Fantasi Al Qin (Lagu Untuk Laila)
Al Qin (Lagu Untuk Laila)
asmaya ally
4/4/2018 12:44:07
129,053
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
Bab 4

                             DENDAM

Qinna memejamkan mata seketika. Dia tahu ada sesuatu yang tidak kena. Dia berhenti berlari. Nafas dihela lebih lama dan mendalam. “Ya Allah..aku mohon perlindungan hanya padaMu” kudus doa dipanjatkan agar dirinya terlindung daripada segala bahaya. Yang nyata atau tidak!. 

“Qinna..Qinna...jangan takut...ikut cahaya tu, terus sampai penghujung. Nanti kau akan jumpa jalan keluar”..Qinna kelu seketika. Suara itu seperti pernah didengarnya. Tapi dimana yaaa??

“Kau siapa!?”

“Kau memang nak tahu siapa aku?” 

Al-Qin sangat tergoda dengan pertanyaan Qinna. Ingin sahaja dia menjelmakan diri dihadapan wanita yang didambakannya sekian lama. Jika tidak kerana janji yang dilafaz kan...

“Ya..kau SIAPA!?” Qinna masih lagi menunggu jawapan daripada pemilik suara tersebut. 

“Kau tidak takut andai rupa ku buruk?” balas Al-Qin sambil tersenyum. Sejujurnya, kalau dia menampakkan diri dihadapan manusia wajahnya memang amat mengerikan. Namun itu bergantung kepada niat manusia yang mahu melihatnya. 

“Aku kenal suara kau..sangat familiar.. kau kenal aku siapa?” terbang sudah rasa takut Qinna. Rasa ingin tahu gerangan siapakah yang berbicara tanpa wajah itu semakin menebal.

“Aku bukan setakat mengenali mu Qinna Nur Laila bt Sayid Abdillah..bahkan kaulah pemilik hatiku”.. antara dengar dan tidak Al-Qin menutur kata.

“Apa?” Qinna tidak dapat menangkap dengan jelas perkataan Al-Qin.

“Erkk..tak..Qinna, cepat jalan ke arah cahaya putih tu..kalau cahaya itu terpadam, sukar untuk kau keluar!”  Al-Qin segera mengubah bicara.

Seperti baru tersedar daripada mimpi, Qinna terpinga-pinga melihat kelilingnya. Telinganya bingit mendengarkan bunyi siren. Dia rupanya dipangku oleh Syafiqullah. Tangan Qinna diraih lembut. Tubuh Qinna di peluk erat. 

“Qinna ..kemana Qinna pergi? Abang ingat Qinna dah tak sayang abang lagi”..lirih suara Syafiqullah.. Asalnya mereka hanya mencari Oyen yang hilang, sedikit pun tidak dijangka isterinya sendiri turut “hilang”!. Selama hampir dua minggu dia dan polis mencari Qinna. Tiada langsung sebarang jejak. Naluri suami mula merasakan ada sesuatu yang sedang menggangu isteri kesayangan.

“Arghhh..bikin panas hati aku!” getus Syafiqullah.

“Kalau aku jumpa depan mata, siapppp kau aku kerjakan! Benih-benih dendam mulai menyala dihatinya tapi entah pada SIAPA!! 

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.