Home Novel Fantasi Al Qin (Lagu Untuk Laila)
Al Qin (Lagu Untuk Laila)
asmaya ally
4/4/2018 12:44:07
129,039
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
Bab 31
Bau hamis darah memenuhi ruang udara. Suasana hening dan sunyi  mencengkam hingga ke tulang hitam. Di hulu sungai air nya mulai berubah warna menjadi merah persis darah kerana di hilirnya bergelimpangan mayat pelbagai makhluk halus yang terperangkap dek peperangan antara puak dalam bangsa Al Hin. Bangsa yang sepatutnya menjaga dan mentadbir makhluk halus lain sebaliknya menjadi duri dalam daging, gunting dalam lipatan kerana perebutan mahu menunjukkan siapa yang lebih berkuasa. 


“Al Qin..”

“Ayahanda?”

“Terima kasih”

“Anakanda sekadar menjalankan tugas Ayahanda”..

“Kalau tanpa kepintaran kau, sukar untuk kita kalah kan mereka.”

“Argghh..dah memang tanggugjawab anakanda sebagai pahlawan bangsa kita Ayahanda”

“Kalaulahhh kekanda kau memiliki walaupun secubit sahaja dari bakat yang kau ada...haihhh”.. terlepas keluhan di hujung kata. Al Idrus menoleh seketika ke persekitaraannya.  

“Arghh..dah sampai masanya”..desis hati Al Idrus. Sedikit demi sedikit bau seakan daging terbakar mulai memenuhi padang lapang di tengah  hutan tebal yang berada di atas puncak gunung. Mayat makhluk halus yang bergelimpangan itu mulai terbakar dengan sendirinya satu demi satu. Hanya mayat bangsa Al Hin sahaja yang fizikal mereka tidak terbakar.  

“Al Qin, kerahkan semua pahlawan kita pulang.. pastikan semua yang tercedera dirawat segera”..

“Titah dijunjung Ayahanda Tunku”

             **************************************

Peperangan antara puak dalam bangsa Al Hin bukan satu perkara yang luar biasa. Sememangnya bangsa mereka dilaknat dengan sumpahan itu. Kesengitan peperangan antara sesama mereka menyebabkan jumlah mereka menjadi semakin mengecil. Al Qin amat menyedari, sekalipun hari ini kemenangan menjadi milik mereka, esok lusa belum pasti apa cerita. 

 “Perlukah aku ceritakan pada Ayahanda tentang kandungan  Qinna?” hati kecilnya tidak dapat tidak sentiasa bimbang tentang Qinna. 

Walaupun dia berharap Qinna selamat di dunia manusia, namun, kerana Qinna membawa benihnya, itu sudah cukup untuk mendedahkan buah hatinya kepada bahaya yang tidak kelihatan. 

“ Al Qin.. kenapa? Ada apa-apa yang perlu Ayahanda tahu?” Al Idrus mengerutkan keningnya. Jarang dia melihat tumpuan Al Qin sedikit terganggu di medan peperangan.  “Pasti ada sesuatu yang berat menganggu fikirannya”..

Cuma kali ini, sekalipun Al Qin berjaya membunuh musuh, beberapa kali juga Ajim terpaksa menjadi perisai kepada Al Qin. Bukan Al Idrus tidak perasaan situasi itu, namun, dia sengaja menunggu hingga peperangan reda dan memihak kepada mereka.

“Ayahanda...”

“Yea Al Qin?”

“..................” Al Qin sekadar berdiri tegak memandang wajah Al Idrus. 

“Haahh...” hanya desahan kesal yang terlepas dari bibirnya. Al Qin tidak dapat mengumpul keberanian untuk berterus terang dengan Ayahandanya. 

“Hmmmm.. takpalah, kalau bukan sekarang, Ayahanda akan tunggu sampai Al Qin mahu berkongsi cerita dengan Ayahanda”.. ujar Al Idrus. 

“Kita masih ada beberapa bulan lagi sebelum perang ini benar-benar tamat,pastikan tumpuan kau tidak lagi terganggu Al Qin”..sambung Al Idrus.

“Baik Ayahanda.. titah dijunjung!”


Previous: Bab 30
Next: Bab 32

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.