Home Novel Fantasi Al Qin (Lagu Untuk Laila)
Al Qin (Lagu Untuk Laila)
asmaya ally
4/4/2018 12:44:07
129,026
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
Bab 17
                             Amnesia

“Arghhh!!”Qinna menjerit sambil mencengkam rambutnya sendiri. Berdenyut-denyut hingga terasa seakan mahu pecah kepalanya. Serentak dengan itu juga tanda seakan tatoo yang terdapat di pelipis telinganya kembali membahang.  Berganda kesakitan yang terpaksa ditanggungnya!. Tiada secalit senyuman di wajah Qinna. “Kenapa dengan aku nih!?” hatinya bermonolog. 

Matanya terasa berpinar..tubuhnya terhoyong hayang bila berjalan, dan lebih kerap terlupa apa yang telah dia lakukan dalam hari tersebut. Seingatnya, dia bercadang mahu memasak hidangan tengah hari untuk suaminya, namun dia langsung terlupa hidangan dan resepi hidangan yang mahu dibuat. “Ya Allah.. apa kena dengan aku nih?!”

Tengahari itu, usai kerja-kerjanya di pejabat, Syafiqullah tergesa-gesa mahu pulang ke rumah. Seminggu dua ini dilihatnya Qinna seakan kurang sihat. Syafiqullah mengambil “off petang” hari itu. Demi isteri tercinta dia rela. 

Sebaik memarkirkan kenderaannya, Syafiqullah berjalan laju menuju pintu rumah. Terdetik kehairanan di hatinya kerana keadaan rumah yang terasa begitu sunyi. Sewaktu jemarinya hampir sahaja mahu memulas tombol pintu, dia tersentak tiba-tiba. Terasa bahunya seperti ditepuk seseorang daripada belakang. 

Dengan penuh curiga, Syafiqullah perlahan-lahan memusingkan kepalanya menoleh ke sisi, kiri dan kanan. “Siapa?!” entah pada siapa soalan itu ditujukan. Syafiqullah masih lagi tercegat di muka pintu. Sekali lagi sewaktu dia cuba memulas tombol, terasa tangannya ditampar dengan kuat. Tersentak dengan tamparan yang tidak kelihatan itu, Syafiqullah berundur beberapa tapak ke belakang. 

“Kau siapa hah?!.. tunjukkan wajah kau kalau kau benar wujud!?” cabar Syafiqullah yang panas hati dipermainkan seperti itu.

Sunyi. Bahkan burung pun tidak bernyanyi. Mata Syafiqullah meliar melihat seluruh kawasan rumahnya, kemudian melihat jam di tangan yang menunjukkan pukul 2.30 petang.

“Aku cakap keluar! Tunjukkan diri kau kalau kau benar anak jantan!!”sekali lagi Syafiqullah melontarkan cabarannya. Masih sunyi. “Prakkk..prakkk..” 

Kedengaran seperti ranting kayu dipijak oleh seseorang atau sesuatu. Mata Syafiqullah segera tertumpu pada pohon rimbun tidak jauh daripada halaman rumahnya. Dilihatnya seakan ada gerakkan di situ. Dedaun pokok yang tiba-tiba sahaja menunduk dan membuka laluan kepada sesuatu meresahkan sedikit hatinya. 

“Kau tidak layak memanggil aku!!” kasar dan garau sekali suara tersebut.

Nafas Syafiqullah tertahan-tahan. Kepalang kejutnya dia hingga tidak berkata-kata. Apatah lagi, hanya deria telinga sahaja yang menangkap butir bicara tersebut, tapi tidak matanya. “Aku cuma ingin sampaikan pesanan...setelah cukup 7 purnama, Qinna Nur Laila akan kembali ke sisi pasangannya yang haq!!” 

Sekali lagi suara tanpa kelibat itu berbicara. Kali ini, terasa longgar lutut Syafiqullah. Mulutnya seakan dikunci. Mengia tidak menafikan pun tidak. Entah kemana melayang semangat jantannya tadi.

“Chirp..chrip..chrip” seketika kemudian barulah telinganya dapat mendengar bunyi burung dan unggas disekeliling rumah. Seakan baru tersedar dari mimpi, Syafiqullah menepuk wajahnya sendiri beberapa kali. “Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!” dan selepas meraup wajahnya, barulah dia memulas tombol pintu. 

Dilihatnya Qinna sedang mengerang kesakitan. Rambut Qinna tidak bersikat, sedikit kusut dan wajah Qinna juga nampak serabai. Sambil tangannya masih lagi mecengkam rerambut, Qinna masih sempat melemparkan senyuman kepada  suaminya.. 

“ ehhh.. awal Abang balik hari nih?”

“Abang risau kan keadaan Qinna”

“Abang nak saya panaskan lauk-lauk!?”A

“Ehhh.. tak perlu laaaa.. abang makan apa yang ada jea...

“Owh ok_ok..

Previous: Bab 16
Next: Bab 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.