Home Novel Fantasi Al Qin (Lagu Untuk Laila)
Al Qin (Lagu Untuk Laila)
asmaya ally
4/4/2018 12:44:07
129,045
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
Bab 9
                      Perang Walpurgis

Arghhhhhhhh..!!” nyaring dan berat keluhan Ajim seraya menekup kuat kakinya. Jejeran darah merah pekat kelihatan mengalir tanpa henti. Dengan penuh kepayahan diheret kakinya dalam  hiruk pikuk tangisan dan teriakan bangsanya yang menjadi mangsa perang Walpurgis! Mata Ajim melilau kiri dan kanan. Bau hanyir darah meruap ke angkasa.  

Sepasang matanya tertancap pada anak kecil yang mengongoi tangis sendu meratapi mayat si ibu yang mati dengan mata terbeliak dan disula dari bawah ke atas!.. Ajim bingkas menggunakan kudrat yang bersisa, perlahan dia cuba menghampiri anak kecil tersebut. 

“Hey budak, mari ke mari..bahaya di situ!” Ajim bersuara seraya melambaikan tangan memberikan isyarat kepada si anak kecil untuk segera datang kepadanya.

Anak kecil tersebut merenung tajam ke arah Ajim. Perlahan-lahan dia mengundurkan diri. Ajim, wajah asing dimatanya. Tak mungkin dia akan menyambut huluran tangan Ajim. Walaupun iras wajah Ajim menyerupai ibunya yang kaku disisi, si anak kecil nyata terlalu takut untuk mempercayai sesiapa pun! 

Ajim tidak berputus asa. “Hey..budak, kalau kau tak mahu menerima nasib sama dengan ibu kau, cepat ke mari!” laungan Ajim sedikit tinggi cuba meningkah bunyi tangisan dan raungan yang bergema  di segenap penjuru medanperang. Jelas di mata Ajim, sayap kanan si anak kecil sudah patah dan terkulai. Dia tahu, pasti si anak kecil tidak menyedarinya kerana masih meratapi kematian si Ibu.

Melihatkan kesungguhan Ajim, anak kecil itu membuka langkah dengan perlahan, penuh hati-hati namun baru sahaja tiga tapak dia melangkah, tusukkan lembing entah dari mana menembusi dada kecilnya!..darah pekat terhembur tepat ke wajah Ajim!. Mata si anak menzahirkan pandangan sayu dan hiba. 

“Tidakkkkkk!!!” Laungan Ajim membelah keheningan malam.  

“Ehh... Ajim? Ajimmm kau kenapa melolong tak tentu hala?!” sedikit tinggi nada Al Qin yang terganggu tidurnya. Hampir sahaja dia terjatuh daripada dahan pokok yang menjadi katil beradunya. 

“Maaa..maafkan aku Qin..aku mimpi tadi.. kau tahu kan perang Walpurgis tak pernah padam daripada ingatan aku?” 

“Laaaaaa.. Ajim, dah ribuan tahun perang tuh berlalu, bangsa kau pun dah selamat sekarang..kau jangan bimbang, kita bantu membantu okay?” 

“Terima kasih Qin..aku janji, walaupun  aku tak suka sangat dengan manusia perempuan yang kau cinta tu, aku akan bantu kau dengan cara aku sendiri”..

Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.