Home Novel Fantasi Al Qin (Lagu Untuk Laila)
Al Qin (Lagu Untuk Laila)
asmaya ally
4/4/2018 12:44:07
129,042
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
Bab 15
                                                                           DOA

"Aaminnn..." dengan kedua belah tangannya mengaminkan doa, Syafiqullah berganjak sedikit daripada tikar sejadah. Dilipat dengan ceramat sejadah itu dan segera di simpan dalam almari. Seketika kemudian, dia berpaling, menoleh ke sisi. Di atas katil, Qinna tertidur pulas. Keletihan barangkali. Syafiqullah menghampiri isterinya, dengan penuh kasih sayang, dibelai ubun-ubun Qinna. "Lena betul tidurnya nih"..sambil tersenyum kecil memandang isterinya. 

Syafiqullah merebahkan badan di sisi Qinna dan memalingkan wajahnya dekat dengan wajah Qinna. Bibir mungil Qinna kelihatan sangat menggoda. Namun..melihatkan keletihan yang terpancar pada air muka sang isteri, tidak tergamak pula untuk dia menjalankan tugas sebagai suami. "Cuppp"..satu kucupan kasih dilepaskan di dahi Qinna. "Tidur lah sayang abang..abang sentiasa doakan agar Qinna selamat di dunia dan akhirat, abang cintakan Qinna hingga ke syurga .." bisik hatinya. 

                                              **************************************************

"Assalamualaikum...assalamualaikumm.." kedengaran suara sesorang memberikan salam diluar pintu.

"Waalaikumusalam..sekejap yea"..Qinna bergegas ke pintu hadapan berlari anak dari dapur rumah. "aishhh..nak rehat-rehat hari minggu pun tak boleh"..getus hatinya.

"Yea?? Encik cari siapa?" berkerut dahi Qinna melihat susuk tubuh di hadapannya. 

"Erkk.. maaf kalau saya mengganggu Puan.. nama saya Zahrul. Kawan Syafiq, dia ada di rumah??

"Owhh...tunggu yea, saya panggilkan dia...abangg..abanggg.. ada orang cari nih?"..

"Ehh.. Zahrul..apa hal sampai cari aku kat rumah nih?, masuk...masuk.."ujar Syafiqullah  seraya menepuk mesra bahu sahabatnya.

"Maaf kalau aku ganggu hujung minggu kau Syafiq.. akkk..akkuu..cuma nak sampaikan satu berita kat kau"..ujar Zahrul sambil melabuhkan punggungnya atas sofa di ruang tamu.

"Aishh..macam berat jeaa bunyiknya? ada apa nih Rul?" sedikit gusar di hati Syafiq.

"Gini laaahh..kau ingat lagi masa kali terakhir kau pergi rumah Pak Kiai Hasbullah dulu? Masa kau pergi untuk serahkan barang-barang yang Pak Kiai mintak?" soal Zahrul.

"Yea aku ingat..kenapa kau tanya?"

"Aku ada terjumpa dengan jiran sebelah rumah Pak Kiai baru-baru nih....hmm..Pak Kiai dah meninggal dunia Syafiq!!" ujar Zahrul.

"Apaaa?? kau jangan main-main bab mati Rul?"

"Betul.. gila kau nak main-main bab mati..memang arwah dah meninggal Syafiq!!" 

"Macam mana boleh meninggal, last aku jumpa dia masih sihat lagi"

"Kepala dia dipenggal!!"

"Hahhhh??? Ya Allahhhh..kejammmnya pembunuh tuhhh!"

"Pihak polis masih menyiasat kes nih...tapi setakat ni tiada petunjuk yang kami jumpa".. 

"Nampaknya aku terpaksa ikhtiar cara lain untuk selamatkan isteri aku"..

"Kau memang kena usaha cara lain pulak Syafiq..aku rasa kematian Pak Kiai ada kaitan dengan keadaan isteri kau sekarang...kau faham maksud aku kan? tolong hati-hati kawan!" ujar Zahrul memberikan peringatan. Bimbang pula dia memikirkan musuh kali ini tidak dapat dilihat dek mata kasar. 

                                                          **********************************************

"Aku akan pastikan perempuan manusia itu matiii!!!" dengan jejeran air liur merembes-rembes sewaktu Azrail melaungkkan dendam yang membukit di hati, langkah kakinya di ayun semakin laju. "Kau tunggu sajalah ajal kau akan tiba nanti!!..". Masih membekas di hatinya, perasaan malu, takut dan kecewa dan marah  saat dia di hadapkan di singgahsana Istana Al Idrus tempoh hari. "Aku tak buat salah? aku hanya ingin mengusik sahaja perempuan manusia itu! mana aku tahu dia sudah ditanda ketika itu?? hanya selepas itu baru aku sedar dia telah ditanda..". "Bodoh betul siapa yang menanda manusia sebagai pasangan mereka!" .."aku akan dedahkan siapa yang empunya perempuan manusia itu..dan aku akan mulakan dengan Al Qin bedebah tuh!" 

"Tuan..Tuan Azrail.." makhluk berupa seperti lutong kelihatan melambai-lambai tangan ke arahnya. Segera Azrail berpaling dan memandang tepat kearah pemilik suara tersebut. 

"huhh?? ade apa?" acuh  tak acuh sahaja

"Saya nak sampaikan perkara yang pasti menceriakan hati Tuan"..balasnya  sambil  tersenyum sinis.

 "Tuan, beberapa hari sudah, sedang aku mahu membuang air besar, aku terdengar perbualan antara Al Qin dan Ajim". "Kalau Tuan nak tahu siapa yang gerangan menanda perempuan manusia itu, aku ada jawapannya..hehehehe.." ujar makhluk itu sambil jemari berkuku runcingnya mengaru-garu kepala yang tidak gatal.

"Hah? siapakah gerangan yang menanda perempuan tuh?"

"Al Qin..Tuan.. Al Qin!!"

"Huh..dah aku agakkk!!"

"Sekarang macam mana Tuan?.."

"Kau ada bukti?"

"Erkk...erkk..bukk..bukktii yeaa.. Tuan..hmmm..telinga aku ni lah buktinya!!"sahutnya sambil tersengih seiras kerang busuk.

"Kepala hotak kau lahhh!!...maksud aku bukti yang menunjukkan Al Qin memang telah menanda perempuan tuh!"

"Tuannn..PEREMPUAN tulaahh buktinyaa!!!"

"Owhhh..a'ahhh..kenapa aku tak terfikir tadi?...kau siap sedia dengan arahan terkini dari aku nanti..buat masa sekarang aku mahu kau awasi perempuan manusia tuh, tapi ingattt! jangan sampai ketahuan dek Al Qin..kalau kau tak mahu nasib kau sama seperti Farel!! kau fahamm?!"

"Ba..ba..baikkk Tuan!"

"hmmmmm...jadi sekarang aku ada alasan yang kukuh untuk mengheret perempuan itu ke alam halus ini..aku akan buktikan pada Al Idrus, aku tak bersalah!!" gumam hati kecil Azrail sambil secalit senyuman sinis terukir di hujung bibirnya yang terjuih.


Previous: Bab 14
Next: Bab 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.