Home Novel Fantasi Al Qin (Lagu Untuk Laila)
Al Qin (Lagu Untuk Laila)
asmaya ally
4/4/2018 12:44:07
129,110
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
Bab 10

                            Renungan


Qinna menutup daun pintu dengan cermat. Sambil dia melangkah menuju ke dapur, ekor matanya sempat mengerling ke arah Pak Kiai Hasbullah. Kelihatan Pak Kiai Hasbullah masih lagi berdiri sambil matanya memandang tajam ke satu arah dalam rumah Qinna.

“Syafiq?”

“Yaa..Pak Kiai?”

“Kau tak de rasa apa-apa?”

“Rasa apa Pak Kiai?”

“Kalau aku cakap kau jangan marah yea”

“Rumah kau nih..tak bersih”

“Ermmm..tu sebab la saya bawa Pak Kiai malam nih..”

“Kau nampak laluan tuh?”seraya tanganya menuding pada satu sudut di dalam rumah.

“Yea? Kenapa Pak Kiai?”

“Situ tempat “dia” dalam rumah kau”

“Dia?”

“Kau perasan perubahan pada isteri kau?”

“Ya Pak Kiai”..

“Kau tahu sebab apa isteri kau jadi macam tuh?”

“Saya kurang pasti sebabnya..cuma mak mentua saya ada berpesan..jaga Qinna elok-elok takut kena “ambil”..

“Hmmmmmmm..maksudnya mak mentua kau tahu..” ujar Pak Kiai Hasbullah sambil mengelus janggutnya.

“Tahu apa Pak Kiai?”

“Takkk...ginilah Syafiq, malam nih aku nengok je dulu..lagipun aku  belum berkenalan dengan “benda” dalam rumah kau nih..kau bagi masa sikit kat aku..dan...kau tolong tengok-tengokkan isteri kau sama..jangan biarkan dia sendirian kat rumah nih lama-lama..kau sayang isteri kau kan?”

“Ehhh..mestilah sayang Pak Kiai...sebab tuh saya jemput Pak Kiai ke sini.. saya tahu ada yang tak kena dengan Qinna, tolong la saya Pak Kiai”..

Qinna kembali sambil menatang sedulang air. Lengang Qinna terhenti seketika sewaktu dia terasa angin lembut melewati pipinya. Qinna meneruskan langkah menuju ke arah Pak Kiai Hasbullah dan suami nya yang masih juga berdiri    di satu sudut rumahnya. 

“Abang...udah-udah la tuh..meh minum dulu”..tangan Qinna menuangkan minuman  dengan cermat di atas meja kopi Di ruang tamu. 

“Jom Pak Kiai?”

“Baiklah..kita ngopi dulu..nanti aku terangkan apa yang perlu kau buat untuk pastikan isteri kau selamat”..


Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.