Home Novel Fantasi Al Qin (Lagu Untuk Laila)
Al Qin (Lagu Untuk Laila)
asmaya ally
4/4/2018 12:44:07
129,074
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
Bab 5
                            PEMILIK

Pranggg!!”..berderai gelas yang dipegang oleh Nurbaya. Jantungnya berdegup pantas. Pasti ada sesuatu yang tidak kena. Selama dua minggu, puas dia hubungi si menantu ingin bertanyakan khabar anak tunggalnya. Tapi.. pandai pula Syafiqullah mengelat-ngelat!.

Dia tahu gerak hati seorang ibu tak pernah silap. Pasti ada sesuatu yang menimpa anaknya!. Aneh sekali apabila dia langsung tidak mendengar khabar daripada anak tunggalnya dalam dua minggu yang lepas.

“Bro? Biar betul? Kenapa kau rahsiakan daripada Mentua kau?” Zahrul mencerlun sahabatnya.

“Aku terpaksa la Rul..” 

“Kenapa?” 

“Aku tak nak diorang bimbang”

“Ehh..memang lah diorang patut bimbang.Bini kau anak diorang!” 

“Sebab tu la aku nak mintak tolong dari kau nih Rul” tekan Syafiqullah.

“Aku dah tolong rahsiakan dari mentua kau pun dah bagus..kau nak aku tolong macam mana lagi?”

“Kau kenal sesiapa yang handal bab “menengok” tak Rul?”

“Kenapa pulakkk!?”

“Aku yakin isteri aku bukan saja-saja hilangkan diri Rul.Depan mata aku! Depan mata aku bro tetiba dia lesap!”

“Erkkk..bukannn ayy...”

“Ayah aku?” segera ditingkah oleh Syafiqullah.

“A’ahh..ayah kau kan Ustaz jugak? 

“Ayah aku dah tua..tenaga dia pun dah makin kurang, aku pun tak nak susahkan hati dia dengan hal-hal rumah tangga aku Rul..”

“Ehhh..apa nak pening-pening?!, kau kan USTAZ Syafik?!”

“Rul..ilmu aku pun masih sejengkal..kau nak aku duga lautan dalam? Tenggelam la aku bro!”

“Alahaiii..bermadah berhelah pulak kau..hahahah” tertawa kecil Zahrul cuba menutup resah yang semakin bertangkai di hati. Dia sedar,kalau sampai begitu permintaan sahabatnya,pasti masalah yang dihadapi bukan masalah biasa-biasa.

“Okay lahhh..okaylahh..tapi aku tak janji yea..aku ada kenal seorang kiai, insyaAllah akan cuba hubungi dia dalam masa terdekat. Mana tahu kalau dia boleh bantu”..

“Terima kasih Rul..kau lah sahabat aku dunia akhirat!”

“Erkkk..aku tau aku tau..” Zahrul tersenyum meski otaknya mulai ligat memikirkan bagaimana cara dia dapat menghubungi Pak Kiai Hasbullah. 

“Sambil-sambil aku cuba, kau pun kena la jugak cari kan ustaz lain ok? Kurang-kurang ada back up!” 

“Baik..baik., aku akan cari jugak..tapi aku harap kau jangan hampakan aku.,okay Rul?”

“Yelahhhhh.. Assalamualaikum “ 

“Waalaikumusalam..” seraya mata Syafiqullah menatap langkah Inspektor Zahrul yang semakin menjauh.

                           **************

“Kau memang kurang ajar!”bentak Al Qin Al Idrus. Dadanya berombak mengepung amarah yang bermukim.

“Ma..maaa..maaaafffkan patik Tuanku..”

Apa niat kau hah?” Kenapa kau cuba bawak perempuan Al Insaan tu ke Alam kita? 

“Paaa..paatik sekadar mahu bergurau saja Tuanku” Azrail si Lutong semakin resah.

Di hdapannya, terbentang singgahsana keemasan bertakhtakan intan permata. Dan di atas singgahsana itu, Al Idrus Al Hin Raja segala makhluk halus bersemayam. Disebelah kanannya duduk tegap Al Uwais Al Idrus dan disebelah kirinya Al Qin Al Idrus. 

“Maaf kan patik sekali lagi Tuanku semua..patik sumpah atas nama bangsa patik, patik  takkan buat macam tuh lagi..”

Al Idrus hanya membatu memdengar tutur si Azrail. Seketika kemudia dia berpaling ke kiri..

“Al Qin, sudahlah .dia pun dah mintak maaf..lagipun memang kerja kita untuk takut-takut manusia?, ayahanda tak nampak apa yang jadi masalah sampai kita perlu buat panggilan mengadap macam nih” 

“Ampun Tuanku!, patik bukanlah sengaja nak mencari masalah dengan Azrail nih..tapi tindakan dia akan mendatangkan masalah kemudian hari!” “kalau kau ganggu orang lain aku pun tak kisah..tapi berani kau ganggu Qinna Nur Laila aku?” getus hatinya sebal..

“Baiklah..baik lahhh, Azrail Si Lutong, mulai hari ini, keturunan kau , aku haramkan dari menjengah di pintu Sempadan Dunia Halsar. Reputasi bangsa kau pun bukan pada tahap terbaik, jadi aku fikir itu adalah seringan ringan hukuman untuk kau, tapi ingat! Jika ada seekor pun daripada keturunan kau yang melanggar hukuman ini, seluruh bangsa kau akan menanggung akibatnya! “ Al Idrus bertitah seraya    merenung tajam ke arah Azrail. 

“Ampun Tuanku  beribu Ampun.. Titah Tuanku  patik junjung diatas batu jemala patik, terima kasih Tuanku kerana menanam belas pada patik sekeluarga.. sekali lagi patik berjanji patik takkan mengulanginya!”

Dengan tangan yang berbulu kasar berwarna hitam berkilat, dirapatkan tapak tangannya dah mengangkat sembah mengundur kan diri.. namun dalam dihatinya dendam kesumat mulai membenih. Azrail bertekad untuk mencari siapakah pemilik perempuan Al Insaan itu. Dia sengaja  menjebak perempuan tersebut ke pintu Sempadan Dunia Halsar kerana dia dapat mengesan “tanda” pada perempuan itu. 

“Aku akan buktikan yang aku tak bersalah, aku akan jejak pemilik perempuan Al Insaan tuh!”. 

Bibir juihnya dikertap kuat!. Hukuman yang menanti mana-mana bangsa makhluk halus yang   menanda bangsa Al Insaan sebagai pasangan mereka adalah sangat berat!. 




Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.