Keikhlasan itu tidak tampak dan tidakperlu ditampak-tampakkan.
Tetapi ALLAH akan menampakkan hasildari keikhlasan itu.
-Kh Hasyim Muzadi-
HILMANmelabuhkan duduk di sebelah anak muridnya yang berumur enam tahun itu.Dikerling sekilas lembaran kerja bernombor satu yang diberikan sebentar tadi.Segaris senyuman terukir di bibir bila kerja itu sudah hampir siap.
“Cikgu?” tegur Fatihah,salah seorang anak murid di prasekolah itu.
Hilman menoleh memandangke arah Fatihah.
“Betul ke ni?” soalFatihah sambil menunjukkan lembaran kerjanya itu kepada Hilman.
Hilman mengalihkanpandangan ke arah kertas di pegangan Fatihah.
“Betul! Anak murid cikguni memang pandai! Sekarang cikgu nak Fatihah warna gambar gula-gula ni. Warnadengan kemas dan cantik tau,” arah Hilman.
Fatihah mengangguk lalukembali ke tempat duduknya semula.
Kelihatan Hilman bangunlalu melangkah ke mejanya. Beberapa buah buku tulis pelajarnya yang bernombortiga itu diambil. Lalu dibawa ke arah meja yang dia duduk tadi. Sebuah bukutulis diambil lalu dibuka helaian pertama. Pen merah dicapai lalu dia mulamenulis nombor sebelas dan dua belas di helaian itu. Selesai menulis, diaberalih ke buku lain pula.
Tiba-tiba seraut wajahAsha melintas di ingatannya. Dia berhenti menulis. Peristiwa di rumahkeluarganya tempoh hari seakan terbayang di minda. Sebuah keluhan beratterhembus keluar dari bibirnya. Niat di hati mahu melamar Asha menjadiisterinya. Namun terbatal hasratnya bila memikirkan respon mama.
Kak Leen yang baru masukke kelas berkerut dahi bila melihat Hilman. Lantas menghampiri Hilman dan dudukdi hadapan guru muda itu.
“Hilman?” tegur Kak Leen.
Hilman tersentak. WajahKak Leen menghiasi ruang matanya.
“Bila akak masuk?” Hilmanmenyoal pembantunya itu.
“Baru saja,” jawab KakLeen.
Hilman mengangguk.
“Jauh Hilman mengelamun.Apa yang Hilman fikirkan?” tanya Kak Leen.
“Biasalah, kak. Mengimbaukenangan semasa Hilman masih kecil lagi. Dari dulu sehingga kini, Hilman tidakpernah mendapat kasih sayang daripada mama. Hilman teringin rasa dibelai danditatang bagaikan minyak yang penuh oleh mama. Kadang kala Hilman berasa cemburupada orang lain. Ibu mereka amat menyayangi dan mengambil berat perihal mereka.Hilman pula dibenci mama.”
Hilman bukan berniat mahumengeluh akan takdir hidupnya. Namun dia juga seorang manusia biasa yangmendambakan perhatian seorang wanita yang telah melahirkannya ke dunia ini.Walaupun berusaha untuk bersabar, namun pada hakikatnya hati dia menangis.
Kak Leen mengetap bibir.Batinnya itu terkesan dengan luahan Hilman. Jauh di sudut hati, dia berasasimpati kepada guru muda yang sudah dianggap seperti adik kandungnya itu.
“Hilman masih ada ibubapa Kak Leen. Mereka sangat mengasihani Hilman. Anggaplah kami sebagaikeluarga Hilman,” balas Kak Leen.
“Keluarga Kak Leenterlalu baik dengan Hilman. Hilman segan. Hilman cumalah orang luar,” balasHilman.
Kak Leen meletakkantangannya di atas tangan Hilman. Direnung wajah Hilman dalam-dalam.
“Siapa kata Hilmanhanyalah orang luar? Hilman adalah salah seorang daripada famili Kak Leen!Sepatutnya Kak Leen yang berasa begitu. Kita tiada pertalian darah. Kak Leenpula cumalah seorang Pembantu Pengurusan Murid manakala Hilman ialah seorangGuru Prasekolah. Taraf kita berdua amat berbeza,” balas Kak Leen merendah diri.
“Pangkat tidak berertiapa-apa, Kak Leen. Iman dan ketakwaan kita kepada Yang Maha ESA yang menjadiukurannya,” balas Hilman.
Kak Leen terdiam.
“Kak, Hilman nak buatsatu pengakuan,” beritahu Hilman.
Terjongket sebelah keningKak Leen.
“Apa dia?” balas KakLeen.
Hilman menarik nafasdalam-dalam.
“Ifall in love with Asha Hasna, ex-fiancee of Fadli, my brother,”akui Hilman.
Kak Leen terjegil.