Home Novel Cinta Lelaki Itu Jodohku
20 - 2

“AKU nak cakap sikit dengan kau!” Hilmanbersuara setelah duduk di hadapan Fadli.

            Fadlitenung tajam Hilman. Diapit dengan segaris senyuman sinis di bibirnya.

            “TentangAsha ke?” sindir Fadli.

            Hilmanberistighfar panjang agar dia tidak cepat marah. Dia tidak mahu situasibertambah parah jika tersilap mengambil langkah.

            “Akuingatkan kau, Fad. Jangan sesekali cuba dekati isteri aku. Cukuplah dulu kau menyakitifizikal dan emosi dia. Sepanjang tempoh pertunangan kauorang berdua, hari-harikau dera dia. Kau fikir dia apa? Punchbagyang kau boleh sepak terajang sesuka hati kau saja ke? Hanya lelaki dayusyang berani naik tangan terhadap kaum wanita!”

            Kini,dia sebagai suami kepada Asha tidak akan membiarkan Fadli bertindak melampauibatasan!

            Fadliketawa sinis.

            “Kausudah lupa ke, Hilman? Aku adalah bekas tunang Asha. Aku lebih kenal Ashaberbanding kau! Dalam sekelip mata aku boleh buat dia tinggalkan kau. Aku mampubuat dia melutut semula di kaki aku! Terhegeh-hegeh mengharapkan cinta aku!Manusia boleh berubah bila-bila masa. Kau tengoklah nanti,” balas Fadli.

            Hilmanberdecit.

            “Diacinta aku! Sama seperti mana aku mencintai dia! Kau masa silam dia. Sejarahpahit yang pernah terjadi di dalam hidup dia! Dia dah undur diri dari kau. Olehitulah dia terima kehadiran aku sebagai orang baru yang boleh membahagiakandia!” tegas Hilman.

            Selepasitu, dia mengusap dada untuk meredakan ketegangan. Entah mengapa dia begitumudah dikuasai amarah tatkala mendengar kata-kata Fadli. Dia tidak mahu sifatyang satu ini akan mencetuskan pergaduhan dua beradik. Dia perlulah bersikaplebih matang ketika menyelesaikan masalah ini.

            “Masasilam boleh berubah menjadi masa depan, Hilman. Janganlah terlalu yakin sangatpada diri sendiri. Aku juga tidak akan berdiam diri. Sebab apa? Sebab aku tidaksuka melihat kebahagiaan kau. Kau hanya berhak hidup di dalam kehibaan saja.Aku akan buat kau ceraikan Asha. Dalam pada yang sama, Asha akan jatuh ketangan aku semula,” bidas Fadli.

            Hilmanmendengus.

            “Behave yourself!” balas Hilman keras.

            “You should be careful with me, brother.”Fadli memulangkan paku buah keras.

            “ALLAHsentiasa berpihak kepada kebenaran, Fad! Dia tidak akan biarkan manusia zalimseperti kau membinasakan orang yang tidak bersalah macam kami berdua. Dunia inijuga adil. Hari ini kau di atas, mungkin esok lusa pula kau berada di bawah.Maka, janganlah terlalu taksub pada kelebihan yang ada pada diri kau. ALLAHboleh tarik pada bila-bila masa saja. Masa itu kau mungkin akan jatuh terdudukdan sukar untuk berdiri semula,” balas Hilman.

            Itulahrealiti. Bumi ini berbentuk bulat. Tidak semua manusia yang berjaya memperolehikeinginan sendiri. Manusia yang terlalu taksub pada kelebihan diri juga akanterjelupuk suatu masa nanti.

            Fadlimencemikkan wajah.

            “Itumungkin kau, tetapi bukan aku. Kau tidak boleh menyamakan kita berdua,” perliFadli.

            Hilmanmenggeleng kerana kecewa dengan sikap Fadli. Abangnya itu tidak pernah mahuberubah ke arah kebaikan. Salahkah jika keegoannya itu direndahkan demikebahagiaan si adik?

            “Akutidak mahu bergaduh dengan kau, Fad.” Hilman yang terpaksa mengalah.

            “So what do you want from me?” bentakFadli.

            “Janganganggu isteri aku! Tolonglah ingat akan batas-batas pergaulan kau dan Asha. Kaubukan muhrim dia. Kau tiada hak untuk menyentuh dia. Jangan lakukan perbuatanyang tidak senonoh terhadap dia. Andai kata kau bertindak begitu lagi, akutidak akan teragak-agak untuk melaporkannya kepada pihak berkuasa. Kau mestitidak mahu mendapat malu kan?” Hilman ternyata sudah hilang sabar dengantingkah laku Fadli.

            Fadliterkesima.

            “Kaucuba ugut aku ke?” marah Fadli.

            “Terpulanglahpada kau untuk fikir sama ada kata-kata aku ini merupakan suatu ugutan ataupuntidak, Fad. Kau masih boleh berfikir dengan matang. Jika kau berada di tempataku, pasti inilah tindakan yang kau akan pilih untuk lindungi Asha.” Selepasmenuturkan ayat itu, Hilman beredar meninggalkan Fadli.

            Fadlimenjongketkan sebelah keningnya ke atas.

            “IniZul Fadlilah, Hilman Adrian. Aku akan buat Asha tinggalkan kau dan kembali kepangkuan aku semula. Masa itu, kau akan rasa betapa kejamnya dunia terutamanyaorang macam aku ni,” tekad Fadli.

Previous: 20 - 1
Next: 20 - 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.