“HAA… kau dah puas pergi meronda dengan lakiaku ke?” tengking Puan Aliya.
Wardatidak mampu berkata. Dia tertunduk merenung ke lantai. Sebak mencengkam dadabila menerima kata-kata nista itu. Tidak semena-mena kepalanya mula terasaberdenyut-denyut. Tetapi ditahan agar tidak nampak ketara di mata mama danabah. Dia tidak mahu kesakitannya itu akan mengundang perbalahan mereka berdua.
CikguYusoff terkesima. Diayun langkah menuju ke arah isterinya itu. Wajah wanita itudicerlung.
“Apamasalah awak ni, Aliya? Warda adalah anak kita. Salahkah dia keluar denganabahnya sendiri? Awak selalu mencari masalah dengan Warda. Apa yang awak takpuas hati dengan Warda?” marah Cikgu Yusoff.
CikguYusoff tidak mengerti dengan Puan Aliya. Entah mengapa isterinya itu sukarhendak menerima kehadiran Warda di dalam hidup mereka? Padahal Warda adalahpenyeri keluarga. Bertahun-tahun mendirikan rumah tangga tetapi tidakdikurniakan zuriat. Bila dia menyatakan niat untuk mengambil anak angkat, PuanAliya menentang sekeras hati. Puan Aliya memberi alasan belum bersedia untukmenjaga anak.
“Abangbela anak yang entah mana asal usulnya? Budak ni hanya bawa bala pada familikita. Beribu-ribu duit kita habis semata-mata untuk rawat penyakit gila dia ni.Tetapi dia tak pernah sembuh! Bahkan makin teruk!” Sekali lagi hinaan demihinaan meniti di bibir si ibu. Dia seperti tidak mempedulikan perasaan Warda.
“Aliya,jaga percakapan awak!” tegas Cikgu Yusoff.
Dikerlingsekilas si anak. Warda memejam mata manakala dahinya pula sudah berkerut-kerut.Warda umpama sedang menahan kesakitan. Beberapa kali dia mengetuk kepalanya.Bibirnya pula sedang terkumat-kamit.
“Wardaokey ke ni?” Cikgu Yusoff dilanda risau.
Wardatersentak. Dia memaksa diri untuk mengiyakan soalan abah. Sebolehnya dia tidakmahu mengundang kerisauan di benak abah.
PuanAliya ketawa sinis.
“Kaunak berubah personaliti lagi ke hah? Kau nak jadi apa pula kali ni? Nak jadipengemis jalanan yang hanya tahu meminta sedekah daripada orang ramai? Atau kaunak jadi tukang cuci di pejabat? Kau mahu memalukan kami sekeluarga lagi kehah?” cemuh Puan Aliya.
“Ah!”jerit Warda bila terasa satu lagi ‘identiti lain’ cuba untuk menguasai dirinya.Dia rebah ke lantai. Tetapi tetap berusaha untuk melawan penyakitnya itu.
CikguYusoff lekas memapah tubuh anaknya itu.
“Warda,abah nak Warda terus bertahan. Jangan lemah semangat. Abah akan terus berada disamping Warda. Warda tidak keseorangan diri. Warda masih ada abah.” CikguYusoff sedaya upaya cuba mententeramkan emosi diri Warda. Andai kata Wardaberasa tertekan, oleh itu tidak mustahil individu lain yang akan muncul.
Wardamenarik nafas dalam-dalam. Denyutan di kepalanya semakin kuat.
PuanAliya menerkam Warda.
“Kauharus menerima hakikat, Warda. Kau adalah orang kurang siuman! Orang macam kautidak layak tinggal bersama kami. Tempat kau di hospital sakit jiwa! Ramai orangyang berpenyakit seperti kau ni di sana! Entah-entah doktor dan jururawat punsama juga. Gila!” Puan Aliya terus-menerus mencaci Warda.
CikguYusoff mendengus.
“Berhentibersuara jika awak hanya menambah masalah, Aliya!” bentak Cikgu Yusoff.
PuanAliya mencemik.
“Sayacakap benda yang betul saja. Salah ke?” perli Puan Aliya.
“Bendabetul apa? Benda yang menyakitkan hati ke?” herdik Cikgu Yusoff.
“Apayang budak tak guna ni beri kepada awak, bang? Abang melebihkan dia berbandingsaya?” sergah Puan Aliya.
“Subhanallah!Budak ni anak kita, Aliya! Tergamak awak menuduh dia sebegitu rupa?” balasCikgu Yusoff.
“Anakawak, bang. Bukan anak saya.”
“Aliya!”
“Argh!Argh!” jerit Warda lalu terus rebah tersembam ke lantai.
“YaALLAH… Warda! Bangun, nak!” Cikgu Yusoff menampar lembut pipi Warda.
Ditolehmemandang Puan Aliya.
“Puashati awak, Aliya! Perbuatan dan kata-kata keji awak ni beri kesan kepada Warda!Bagaimana jika sesuatu yang buruk berlaku pada anak kita? Awak mahu menanggungakibatnya ke?” Cikgu Yusoff sudah hilang sabar dengan tingkah laku Puan Aliya.Wanita itu patut mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi olehmereka. Bukan terus menghukum Warda sesuka hati!
“Kenapapula saya? Dia anak awak. Awaklah yang tanggung!” balas Puan Aliya dengan memekmuka selamba.
“Aliya,awak dah melampau!”
“Apayang…”
Tiba-tibamata Warda terbuka. Dia bangun lalu merenung tajam anak mata Puan Aliya. Umpamahendak menelan ibu angkatnya itu. Sinar matanya kelihatan penuh dengan dendam.Itu bukan dirinya. Itu adalah ‘orang lain’.