ASHA tersentak bila menerima panggilantelefon daripada Hilman. Dia tergamam. Selepas menarik nafas, dia menekan punatberwarna hijau. Telefon itu diletakkan ke telinga.
“Assalamualaikum?”sapa Asha dengan nada lembut.
“Akutak sangka, Asha. Begitu mudah kau temui pengganti setelah kita putus tunang.Apakah cinta kita selama ni tak beri apa-apa makna kepada kau? Sanggup kaulupakan semua kenangan yang kita bina bersama?” Lembut nada suara Fadli.Seperti sedang memujuk rayu dan menarik simpati Asha.
Ashatersenyum kelat. Fadli amat bijak memainkan peranan untuk memikat hatinya.
“Awak tidak perlubercakap baik dengan saya, Fad. Saya tidak akan tertipu lagi kali ni! Cukuplah dengansemua lakonan awak tu! Saya sudah lama bersabar dengan sikap awak,” bidas Ashakeras.
Fadliketawa sinis.
“Akubercakap secara sopan santun dengan kau. Tetapi kau tidak mahu memaafkankesilapan aku. Eh, normallah jika manusia melakukan kesalahan. Tidak semuamanusia di muka bumi ini sempurna, Asha.” Sekelip mata sahaja nada suaranyabertukar kasar.
Ashaterkesima.
“Awaktakkan pernah berubah, Fad!”
“Aku atau kau yangberubah? Hei Asha, kau dah pandai berfoya-foya dengan adik aku yang sial tu sekarangni! Jangan fikir yang aku tidak tahu perbuatan kau di belakang aku! Aku tidakakan berdiam diri begitu sahaja! Aku tidak akan benarkan Hilman memiliki kau!”tengking Fadli.
Jujur,Fadli tidak mencintai Asha. Sebaliknya tidak suka bila melihat Hilman menemuikebahagiaannya! Adiknya itu hanya layak hidup menderita sahaja!
Ashamendengus.
“Fad,saya tak pernah berkawan dengan Hilman sepanjang tempoh pertunangan kita dulu.Awak tak berhak menuduh saya begitu! Saya rasa menyesal kerana pernah mencintaiawak sepenuh hati! Saya terlalu buta untuk menilai sifat sebenar awak. Dektaksub dengan cinta, saya habiskan masa mengejar bayang-bayang awak! Bodohnyasaya sebab tak sedar awak tak pernah sayangkan saya! Berhenti ganggu saya! Sayatak nak ada apa-apa kaitan dengan awak lagi!”
Mengapahatinya amat sakit? Dia mahu mengundurkan diri daripada terus dibelenggu rasacinta ini! Dia mahu memadam rasa cinta di hati.
“Oh,sekarang baru kau sedar yang kau sebenarnya mencintai Hilman?” herdik Fadlikeras.
Ashaterdiam. Adakah dia sudah mula menyayangi Hilman? Kehadiran Hilman amatmenyenangkan. Tingkah laku lelaki itu adakala mencuitkan hati Asha. Ada ketikamasa, Asha berasa berdebar bila Hilman berada begitu hampir dengannya.
“Kenapakau diam hah?” jerkah Fadli.
Ashatersentak.
“Perlukahsaya menyenaraikan satu per satu tentang perilaku awak?” bidas Asha.
Fadliterkedu. Gulp, dia meneguk liur. Adakah Asha mengetahui kerja kotornya itu?Jika benar telahannya, bagaimana Asha memperolehi maklumat mengenai perkaraitu? Oh, tidak! Dia tidak mahu familinya tahu. Mati dia dikerjakan oleh DatukHalim! Datin Zaryn pula boleh pengsan selama tujuh hari tujuh malam!
“What do you mean?” balas Fadli mulamengendurkan suaranya.
Ashamengukirkan senyuman sinis.
“You know what I mean!” balas Ashategas.
Fadlimendengus.
“Hilmanmenghasut kau ke hah?” jerkah Fadli.
“Tiadasiapa yang menghasut saya, Fadli! Saya sudah melihat dengan mata saya sendiri!”balas Asha.
Tutt,Fadli terus mematikan talian!
Ashamenghela nafas lega kerana tidak perlu berhadapan dengan Fadli lagi. Dia bukanberniat mahu membuka aib Fadli. Namun tahan kesabarannya itu mempunyai batasan.Fadli sudah melampau!