Home Novel Cinta Lelaki Itu Jodohku
8 - 3

“SIAPA yang menelefon kau, Asha?”

            Dulangberisi burger, kentang goreng dan minuman bergas itu diletakkan di atas mejasederhana besar berbentuk bulat. Lalu Afidah melabuhkan duduk di hadapan Asha.Air Coca Cola di dalam dulang itu diambil. Disedut sedikit untuk menghilangkanrasa penat beratur di kaunter sebentar tadi.

            Ashamengukirkan senyuman lebar.

            “Kenapakau tersenyum?” soal Afidah yang hairan dengan reaksi Asha.

            “Hilmanyang call,” beritahu Asha.

            Afidahmengangguk.

            “Patutlahgembira saja,” usik Afidah.

            Ashatersengih.

            “Akunak minta tolong pada kau untuk hantar kereta ke pejabat. Hilman akan pick up aku di airport. Katanya ada kejutan untuk aku. Entah apakah kejutan yangdia mahu berikan kepada aku?” beritahu Asha.

            “Demiorang yang sedang dilamun cinta, aku sanggup merendahkan ego diri untuk pulangsendiri pada hari ni,” balas Afidah lalu terkekeh ketawa.

            Terjegilmata Asha.

            “Kauni memang nakallah!” marah Asha.

            “Akucuma mengusik kau saja. Lagipun aku pernah kata yang aku memang sukakan Hilmanberbanding Fadli. Jadi tolonglah belajar untuk buka pintu hati kau tu, Asha.Aku mahu kau terima Hilman. Kecewa dalam percintaan sebelum ni bukan berertikecewa buat selama-lamanya. Faham kan?” nasihat Afidah.

            Ashatidak membalas. Dia hanya tersenyum sahaja.

            Sekalilagi telefon bimbit Asha berdering. Skrin telefon bimbitnya itu ditenung. Ashaterkedu bila nama Fadli yang terbit di layar skrin. Gulp, dia meneguk liur.

            “Fadli,”ucap Asha resah.

            Afidahmendengus.

            “Apayang dia mahukan? Tak cukup lagi ke dengan kesakitan yang dia berikan kepadakau? Kenapa dia tak nak habiskan masa melayari laman sosial yang tidak berfaedahitu sahaja?” tukas Afidah.

            “Akutak tahu apa masalah dia, Fidah. Aku nak lupakan segala kenangan kami berdua.Aku tidak mahu ingat segala memori berkaitan dengan diri dia lagi! Semuaperkara tentang dia amat menyeksa jiwa aku,” rintih Asha.

            Afidahberdecit.

            “Sudahlah.Usahlah terus bersedih lagi, Asha. Tiada guna kau terus kenang semua memori kaudengan lelaki tak guna tu. Satu kenangan yang tak ada apa-apa makna!” bentakAfidah.

            Ashatersenyum lemah. Untuk kesekian kali, telefon bimbit Asha berdering lagi.Panggilan itu dibiarkan berdering sehingga ia mati sendiri.

Asha tersentak apabilatelefon bimbitnya sekali lagi bergetar. Lekas dibuka pesanan WhatsApps yangbaru sahaja diterima. Senyuman lebar terukir di bibir ketika membaca sebarisnama yang terpamer di skrin. Hatinya kembali berbunga-bunga bahagia. Diabingkas membaca mesej itu.

           

                Saya dah sampai. Saya tunggu ditiang tujuh di Balai Perlepasan Antarabangsa tau. Cepat sikit! Takut abam Polis kejar saya sebab dah curihati awak. He he he…

 

                Asha tertawa. Adasahaja tingkah Hilman yang mencuit hatinya.

            “Fidah,Hilman dah sampai. Aku pergi dulu ya. Seeyou tomorrow!” beritahu Asha lalu segera bangun. Air Coca Cola yang masih berbakiitu segera dihabiskan. Sempat dia mencapai sebatang kentang goreng sebelumpergi meninggalkan Afidah.

 

Previous: 8 - 2
Next: 9 - 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.