Home Novel Cinta Lelaki Itu Jodohku
PROLOG

Cinta bukanlah untuk disakiti...

Juga tidak untuk di khianati…

 

ZULFADLI sudah bosan dengan Asha Hasna. Hatinya tidak pernahdiserahkan kepada tunangnya itu. Ikut hati dia, mahu sahaja diputuskan talipertunangan mereka. Bukan dia yang terhegeh-hegeh akan cinta Asha. Gadis ituyang mendesak agar mereka mendirikan rumah tangga. Dia sudah punya pilihansendiri. Bahkan lebih hebat daripada Asha.

            Ashabak anak patung di banglo mewah itu. Papa dan mama sudah menghilang bersamabakal besan mereka. Hendak merapatkan jurang silaturrahim. Dia pula yang macamcacing kepanasan di situ. Fadli hanya endah tidak endah akan kehadirannya.Sibuk dengan telefon bimbit dia sahaja. Sesekali sengihan bergayut di bibirFadli. Asha berasa hairan dengan tingkah laku Fadli. Dengan siapakah tunangnyaitu berbalas mesej?

            Deringantelefon bimbit milik Fadli menyentakkan lamunan Asha. Seperti biasa, Fadliberedar. Jauh daripada Asha. Seakan tidak mahu Asha mendengar butir bicaranyadengan si pemanggil.

Asha hendak bersuaratetapi bimbang jika tercetus pertengkaran mulut sesama mereka. Dirinya jugayang akan menerima kekejaman Fadli.

            Semasaketiadaan Fadli, Hilman yang tengah minum air itu menghampiri Asha.

            “Hai,”sapa Hilman.

            “Hai,”balas Asha.

            Kekok.

            “ManaFadli? Kenapa awak keseorangan di sini?” Hilman sekadar beramah mesra denganbakal kakak iparnya itu.

            “Tu…”Asha menudingkan jari telunjuknya ke arah Fadli yang sedang berbual di telefon,di ruang tamu. “Ada orang call diatadi,” beritahu Asha.

            “Oh…”Hilman tersenyum. “Sebenarnya saya…”

            “Sebenarnyaapa?” tanya Asha.

            Hilmanmelepaskan keluhan. Perlukah dia berterus-terang tentang perilaku sebenar Fadlikepada Asha? Dia bukan berniat untuk mencampuri urusan peribadi mereka. Cumasebagai seorang hamba ALLAH, dia berasa tidak bersalah jika menegakkan tiangagama. Islam amat melarang hubungan sesama kaum sejenis. Tetapi, bagaimana carauntuk dia memberitahu perkara sebenar kepada Asha? Mahukah gadis itumempercayainya?

            Habisberbual, Fadli simpan telefon bimbitnya di dalam kocek seluar. Dikerling kearah Asha. Amarah menyerbu ke kepala tatkala melihat Hilman bersama-sama Asha.Dia menggenggam buku lima. Satu per satu langkah diayun menuju ke sana.

 

TUBUHAsha Hasna diheret bak anak kecil. Asha terkejut dengan tindakan kasar ZulFadli. Dia cuba untuk menarik tangan daripada cengkaman Fadli, tetapi gagal.Tiba di perkarangan parkir, Fadli menolak Asha. Asha gagal mengimbangi diri.Kesannya, dia tercampak ke dinding. Dahi terhantuk lalu terluka.

            “Kaumemang degil, Asha!” Fadli meninggi suara.

            Ashaterkesima. Darah yang meleleh ke pipi segera dilap dengan telapak tangan.

            “Apayang Asha dah buat?”

            “Kenapakau berbual dengan Hilman? Kau dah tahu yang aku tak suka Hilman! Aku dahpernah beri amaran kepada kau, Asha! Jangan dekati Hilman. Mengapa kau masihberdegil? Kau memang suka tengok aku naik angin ke?” Fadli menajamkanpandangannya, memerhati setiap inci wajah Asha.

            “Ashacuma berbual dengan Hilman!” Asha membela diri.

            Fadlipanas hati! Riak wajahnya tampak tegang. Berang, geram, sakit hati! Rasa ituseperti bercampur aduk menjadi satu! Asha sudah berani melawan kata!

            “Ah,itu cuma alasan kau saja!”

            Fadliangkat penumbuk untuk dihayun ke muka Asha. Belum sempat meneruskan niatnya,tiba-tiba tangan Hilman hinggap di bahu Fadli. Sepantas kilat dipulas kebelakang. Tindakan itu menyebabkan Fadli menjerit kesakitan. Asha pula sudahtergamam dengan tindakan drastik Hilman.

            Hilmantenung tajam segenap wajah Fadli.   

            “Kaulelaki dayus, Fadli! Wanita bukan untuk disakiti, tetapi untuk dijagaisebaiknya. Kau dan dia baru saja bertunang. Dah berani angkat tangan untukcederakan dia ke?”

            Tuturbicara Hilman kedengaran amat tegas. Fadli meronta supaya dilepaskan. Namunlelaki itu semakin mengetatkan pegangannya. Kesannya, Fadli sukar untukbergerak.

            “Cis,jangan masuk campur urusan aku! Asha adalah tunang aku, bukan kau!”

            Egotetap membatasi diri Fadli meskipun tidak berupaya bebas daripada Hilman. Walauapa-apa pun yang berlaku, dia mahu memberi pengajaran yang setimpalnya kepadaAsha. Barulah gadis itu tahu siapakah dia yang sebenarnya!

            “Sebagaiseorang manusia, aku rasa bertanggungjawab untuk lindungi dia! Aku takkanbiarkan kau perlakukan dia sesuka hati saja! Aku tak kejam! Aku masih ada matadan tulang empat kerat untuk halang tindakan kau!” Hilman tetap mempertahankantindakannya itu.

            Asharasa terharu dengan tindakan Hilman. Secara jujurnya, dia bersyukur keranaHilman telah bertindak dengan pantas. Tanpa bantuan Hilman, entah apa yang akanberlaku kepadanya?

            “Hilman,lepaskan dia.”

            “Betulke ni?” Hilman kelihatan teragak-agak untuk memenuhi permintaan Asha.

            Ashamengangguk. Lantas, Hilman melepaskan tangan kanannya yang dipautkan di bahuFadli.

            “Akunak kau blah sekarang, Fad!” arah Hilman dengan nada tinggi.

            Sepertikakinya tidak mencecah rumput, Fadli berlari meninggalkan mereka berdua.

            “Terimakasih sebab tolong saya tadi, Hilman,” ucap Asha lalu melepaskan nafas lega.

            “Sama-sama,Asha. Saya berharap agar awak dapat bersabar dengan sikap Fadli,” balas Hilman.

            Ashatersenyum lemah.

            “Asha,saya nak beritahu sesuatu kepada awak. Sebenarnya...”

Hilman rasa berat hatiuntuk berterus-terang. Berita ini akan memberi kejutan besar kepada sesiapasahaja, termasuk dirinya.

“Apakah yang awakmaksudkan itu, Hilman? Awak sengaja nak menakutkan saya ke?” tanya Asha. Resah.

Sejak akhir-akhir ini,sikap Fadli kelihatan agak aneh. Hal ini timbul apakala Fadli seringmenghabiskan masa melayari internet. Bukan itu sahaja, Fadli berubah menjadiseorang yang pembengis. Oleh itu, Hilman mengambil keputusan untuk mencaripuncanya. Natijahnya, dia sendiri sukar untuk mempercayai hasil daripadapenyiasatannya. Namun, itulah realiti yang terpaksa mereka terima.

“Kenyataan ni begitupahit, Asha. Awak akan rasa kecewa dengan apa yang awak lihat sebentar lagi.Saya mahu awak dengar dengan hati yang tenang. Banyakkan beristighfar. Dengancara itu saja, kita akan perolehi kekuatan. Berserahlah kepada Allah,” balasHilman.         

“Saya tak faham, Hilman.”

Hilman menyeluk kocek seluarnyauntuk mengambil telefon bimbit. Telefon dikeluarkan. Jemarinya mengetukpermukaan skrin. Seperti sedang mencari sesuatu. Beberapa minit kemudian,telefon bimbit disuakan kepada Asha.

“Whatis this?”

“Seeit first. You will know what I mean.”

Tangan Asha menjadi seramsejuk bila mengambil telefon bimbit itu. Setelah bertukar tangan, diamenumpukan perhatian pada layar skrin telefon. Sebuah laman sesawang di atastalian kelihatan terpamer di situ. Ia merupakan laman sesawang bagi seoranglelaki mencari pasangannya. Tamsilnya, pasangan yang dimaksudkan itu adalahbukan wanita, sebaliknya lelaki. Erti kata sebenar, lelaki gay. Asha amatterkejut. Telefon bimbit itu nyaris hendak terlepas dari pegangannya. Diaseperti hendak tumbang menyembah ke tanah. Namun, mujurlah Hilman lekas memautlengannya.

“Saya… saya…” Air mataberjurai membasahi pipi Asha.

Hilman turut berdukacitatatkala melihat tangisan Asha.

 

Next: 1 - 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.