Mas Kahwinku RM22.50
- Akan kupenuhi akaun hatimu dengan cintaku
Sinopsis / Blurb
Danisha Sarah, gadis brutal
jadi ibu ekspres? Biar betul? Bekerja sebagai QS, dia sentiasa sibuk membuat
pembayaran kepada kontraktor. Asyik bank-in
duit ke dalam akaun orang, akaun sendiri selalu kering!
Apabila akaun sudah kering, bagaimana
mahu menjaga Aiman dan Aishah yang dia sendiri tidak tahu siapa ayah mereka?
Namun, dia terpaksa atas naluri simpati. Kalau sudah nenek mereka tidak mahu
bertanggungjawab, biarlah dia yang mencurah kasih sayang kepada mereka. Biar
dia ‘sengkek’, janji mereka bahagia. Tetapi, dia pelik. Mengapa tiba-tiba
sahaja akaun banknya sentiasa berisi selain duit gaji? Siapa yang masukkan duit
ke dalam akaunnya?
Dugaan datang melanda apabila Danisha
menerima surat daripada peguam. Ayah anak-anak itu datang menuntut haknya.
Geramnya dia… Mengapa baru sekarang ingat anak-anak?
Dalam kekalutan hati, dia turut
dilamar oleh seorang jejaka misteri. Lebih memeranjatkan lelaki itu mensyaratkan
hanya memberi mas kahwin sebanyak RM22.50. Siapa dia? Mahu terima atau tolak
lamaran itu?