Deringan demi deringan kudengar di telinga. Namun berkali – kali aku mencuba, panggilan telefonku tidak juga berjawab. Sudah memasuki hari ketiga sejak perbualan terakhirku dengan Amelia.
Aku gagal mengotakan janjiku padanya sebelum dia sekeluarga bertolak ke Devon petang kelmarin. Janji untuk berjumpa kedua orang tuanya.
Termenung seketika menatap paparan skrin telefon bimbit. Rasa bimbang dan gelisah membuak - buak. Semuanya bersatu bergumpal seperti kabut hitam yang menyesakkan kalbu. Hatiku melaung keresahan.
Lantas kucuba mendail sekali lagi.