Perkahwinan
tanpa dirancang tetapi tetap berlangsung dengan lancar. Dalam masa seminggu
saja mereka sah menjadi pasangan suami isteri. Perkahwinan segera. Walaupun di
sebelah keluarga Rayyan seperti tidak dapat menerima pilihan anak kesayangan
mereka. Dengar kata Rayyan, mama dan papa akan datang esok hari.
Apa sudah jadi? Rayyan sudah buta barangkali
kerana memilih perempuan sederhana dan bertudung itu sebagai isterinya? Aleeya
dengan Rayyan jauhnya berela-ela, berjuta batu.
Berapa harikah Rayyan dan Aleeya dapat mempertahankan mahligai indah
ini. Takut sekadar indah dari rupa saja.
“Liya kena
banyak bersabar. Bukan sedikit kesabaran yang perlu ada di dalam diri Liya,
tetapi seribu kesabaran perlu ada di dalam diri Liya. Ingat tu!” pesanan abah
benar-benar memakan diri sendiri. Rayyan bukanlah lelaki yang diimpikan. Rayyan
benar-benar menguji dan mencabar keimanan dirinya. Sabar Liya. Di dalam dunia
ini, ada empat jenis kumpulan suami dan isteri. Kumpulan pertama adalah seperti Nabi Muhammad S.A.W dan isterinya Siti
Khadijah, iaitu pasangan yang amat baik. Suami penyayang, isteri pula pengasih.
Kumpulan kedua adalah seperti pasangan Abu Lahab dan isterinya Hindun, iaitu
suami pun jahat, isteri pun jahat. Kumpulan ketiga seperti Nabi Noh dan
isterinya, iaitu suami yang baik tetapi malangnya mendapat isteri yang berhati
busuk dan jahat dan kumpulan terakhir adalah seperti Raja Firaun dan isterinya
Siti Aisyah, iaitu suami jahat tetapi isteri berhati mulia. Ingat, Liya perlu
jadi seperti Siti Khadijah, ataupun paling tidak jadilah seperti Siti Aisyah,
isteri kepada Raja Firaun. Hish, Liya, mana boleh samakan Rayyan dengan Raja
Firaun. Rayyan tidak sejahat itulah.
“Liya,
Rayyan nak masuk sarung cincin!” beritahu kak ngah, kakak iparnya. Tunang pagi
tadi, akad nikah sebelah tengah hari. Hari akad nikah pun sudah bertukar. Abah
minta akad nikah hari jumaat, sabtu sibuk sangat, kata abah. Rayyan turut saja,
Aleeya pun tidak membantah.
Aleeya
memandang wajah suaminya yang sudah berdiri di hadapannya. Mereka bertukar
cincin, dah sebuah ciuman singgah di dahi Aleeya. Hari ini sahlah, Aleeya milik
Rayyan, dan Aleeya sudah tidak boleh melawan cakap Rayyan lagi. Kena taat kepada suaminya.
“Tak sabar
nak peluk Liya nih!” bisik Rayyan di telinga Aleeya ketika jurukamera sibuk
mengambil gambar mereka berdua.
“Abang
ni..,”
“Sedap pun
Liya panggil macam tu,” seloroh Rayyan. Kena panggil lah, sebab abah pun dah
tegur banyak kali. Mak pula asyik membebel saja apabila mendengar sebutan
‘Encik Rayyan’ dari Aleeya. Lagipun dah nekad nak panggil pun sebab sudah jadi
suami isteri. Alhamdulillah, kami sudah berkahwin hari ini, esok majlis kenduri
saja lagi. Jadi rasa bimbang Rayyan lari sudah hilang.
Selesai
acara penting, hari ini memang sibuk gila sebab esok majlis besar untuk diri
Aleeya juga. Jadi, Aleeya kena buat
sendiri hal-hal yang lain. Kena susun bunga telur dan hantaran dan sebagainya
lagi. Sesekali saja Liya jenggah keluar
tengok betapa sibuknya saudara maranya di ruang tamu dan di dapur.
“Liya,
cukuplah, dah lewat ni!” tegur Rayyan sambil duduk di sebelah Aleeya di atas
katil. Dapat juga aku kahwin dengan Aleeya yer. Hehehehe.., rasa lapang di dada
dan di hati. Rasa bahagia dan gembira sangat-sangat!
“Abang dah
makan?” soal Aleeya. Bunga telur di letakkan di sebelah.
“Dah.
Dengan abah tadi!” jawab Rayyan sambil mengambil sesuatu di dalam beg lap
topnya. Lap top ni memang penting sangat dalam hidup Rayyan, tak pernah
tinggal.
“Apa ni?”
soal Aleeya apabila Rayyan memberikan sekeping kertas kepadanya. Surat
perjanjian seperti dalam drama atau novel tu? Hai, dah buang tabiat ke? Aku tak
suka surat perjanjian macam ini lah.
“Baca
lah!” suruh Rayyan. Aleeya melihatnya. Atas tu tertulis tajuk surat perjanjian.
1.
Tidak boleh melawan cakap suami, kena turut semua kemahuan suami.
2.
Tidak boleh halang suami ke kelab malam.
3.
Jangan masuk urusan peribadi suami.
4.
Jangan berleter atau bertanya ke mana suami nak pergi.
5.
Tapi Liya kena ikut semua kemahuan suami (ini yang penting)
6.
Jangan bercakap soal cinta dan kasih sayang, kerana saya memang tak ada
perasaan kat awak pun – habis buat apa kau kahwin dengan aku? Liya, Rayyan kan
dah cakap dia kahwin dengan awak sebab awak pun perempuan. Dia kan suka
perempuan. Tetapi aku kahwin dengan dia pun bukan kerana cinta dan kasih sayang
tetapi kerana keadaan yang terdesak.
7.
Jangan ajar suami, kalau nak hubungan kita berpanjangan.
Ada banyak
lagi kat bawah tu tetapi Liya malas nak baca.
Sudah jadi suami isteri kalau baca pun buat sakit hati saja lah. Baik
tak usah membacanya.
“Liya tak
baca sampai habis pun,” ucap Rayyan apabila melihat Aleeya membaca sambil lewa
saja. Dia ini tak peduli pun dengan setiap syarat aku.
“Nah,
abang simpan lah surat perjanjian abang ni, liya nak tidur lah!” balas Aleeya
sambil menghulurkan surat itu kepada Rayyan kembali. Mata pun sudah mengantuk mahu tidur saja lah.
Jam sudah menunjukkan ke angka dua pagi. Semua orang sudah tidur waktu ini lah.
“Liya tak
marah?” soal Rayyan membuatkan Aleeya seperti mahu ketawa saja. Betul lah kata
mak dan abah dulu, aku kena banyak bersabar untuk berhadapan dengan play boy
ini.
“Liya tahu
abang kahwin dengan Liya kerana kasihan kat Liya, kan?”
“Tak
kasihan pun kat Liya tapi abang kahwin dengan Liya sebab...,”
“Sebab
apa?”
“Sebab nak
tidur dengan Liya, nak sentuh Liya, nak peluk Liya...,” Muka Aleeya naik cuka. Ini sudah membangkitkan
kemarahan yang maha hebat nih. Sabar lah Liya.
“Kenapa,
dengan perempuan lain abang tak kahwin?”
“Dengan
perempuan lain semuanya abang boleh buat lah, dengan Liya saja susah. Kan abang
dah jelaskan semua itu hari tu!”
“Betul lah
juga!” Encik Rayyan, mai sini Puan Liya nak terangkan, apabila kita sudah
menjadi suami isteri, Encik Rayyan memang bebas buat apa saja kat isteri Encik
Rayyan kerana sudah tertulis dalam al quran begitu. Jadi memang saya kena ikut
kemahuan Encik Rayyan selepas ini, dan saya kena taat kepada Encik Rayyan sebab
Encik Rayyan sudah menjadi suami saya.
Saya tahu tanggungjawab saya sebagai isteri Encik Rayyan. Jadi apa
masalah saya dengan perjanjian yang sudah ada tertulis antara hubungan seorang
suami dan isteri. Itulah Encik Rayyan tak faham hukum islam saya rasa. Cinta dan kasih sayang tu hal lain lah, yang
penting tanggungjawab. Kalau saya tulis perjanjian saya mesti Encik Rayyan
pengsan.
“Liya tak
ada syarat apa-apa ke?” soal Rayyan.
Tengok Liya turut saja tak membantah pun.
“Buat apa
syarat, kita sudah jadi suami isteri lah. Lainlah kalau sebelum kita kahwin,”
jawab Aleeya. Buat pening kepala saja lah syarat-syarat tu.
“Liya
setuju lah syarat abang?”
“kalau tak
setuju Liya boleh buat apa? Nak lari? Nak mengamuk?” ucap Aleeya perlahan saja.
Rayyan mengambil tangan kanan Aleeya lalu dikucupnya. Liya memang lain dari
yang lain. Hehehe..,
“Kalau
begitu Liya jadi milik abang sepenuhnya lah malam ini,” kata Rayyan. Aleeya
tidak terkata apa-apa saat Rayyan mengucup dahi Aleeya.
Kena
belajar agama lah Encik Rayyan ni, ilmu saja belum mencukupi. Tetapi lelaki
seperti Rayyan memang tak makan saman. Hendak tegur pun tak boleh. Hendak
mengajar pun tak boleh. Bukan kerana syarat yang diberikan tetapi seminggu ini
Aleeya memang mengenali siapa diri Rayyan.
Lelaki ini memang mempunyai ego yang tinggi. Memang tidak suka perempuan
menegur dan melawan cakapnya. Kalau buat juga memang perang besar lah rumah
tangga kami.
Liya kena
guna cara lembut dan penuh dengan emosi. Mesti pandai memujuk dan yang penting
mesti pandai mengambil hati suami. Barulah rukun rumah tangga kami.
Ah, Liya
pun ada cara juga hendak tawan hati Rayyan. Kalau tidak jangan panggil nama
Aleeya lah kan?