CARA pendidikan yang berbeza ini memberi perubahan besar
kepada gaya kehidupan masing-masing. Teringat abah dan mak di kampung dan
Aleeya merasa betapa bersyukurnya dia menjadi anak kepada abah dan mak yang
memberikan didikan agama kepadanya dengan cukup baik sekali. Alhamdulillah.
Sehingga ke saat ini dia tidak pernah meninggalkan kewajipannya kepada ALLAH
walaupun sesibuk mana sekali pun.
Terbayang wajah abah sekarang. Betapa abah akan merotan
mereka adik beradik kalau tidak bersolat. Malah setiap petang mereka belajar
mengaji al quran dengan abah. Abah memang cukup tegas dalam hal seperti
ini. Dia pernah kena rotan dengan abah
kerana ponteng kelas yang abah ajar setiap hari. Ponteng pun bersebab, kerana
hari itu dia perlu ke sekolah, kerana ada latihan membaca puisi untuk
pertandingan peringkat sekolah. Cikgu kelas meminta mereka berkumpul tepat
pukul lapan malam di sekolah dan kerana hendak cepat, dia ponteng belajar
mengaji al quran. Sebaik saja pulang malam itu, abah memang sudang menunggunya
dengan rotan.
Alhamdulillah, kerana ketegasan abah lah yang membuatkan
dia jadi seperti sekarang. Dunia Aleeya dan Rayyan memang jauh berbeza. Tadi,
dia sempat berbual panjang dengan Julia. Kata Julia, mama dan papa memang tidak
kisah tentang kehidupan mereka adik beradik. Mereka bebas untuk melakukan apa
saja termasuk tidur dengan pasangan masing-masing. Mama tidak pernah membantah
atau menyekat hak peribadi mereka adik beradik. Hebat kan? Begitu juga dengan
papa yang kehidupannya terlalu sosial.
“Liya kat mana?” soal Rayyan. Ini baru pertama kali
Rayyan menghubunginya setelah seharian berada di Sabah. Sekarang pun sudah masuk pukul sembilan
malam. Aleeya sedang berehat di dalam bilik kepunyaan adik iparnya, Julia. Dan
ketika ini Julia sedang asyik benar menonton tv.
Julia memandang ke arah Aleeya apabila telefon kepunyaan
Aleeya berbunyi. Siapa?
“Abang kat mana?” soal Aleeya balik. Tidak mahu menjawab
pertanyaan suaminya. Takut kena marah.
“Dengan papa kat bilik hotel. Jangan fikir yang
bukan-bukan tentang abang, okey?” Hahaha, mestikah kau cari perempuan lain
malam ini? Kata Julia.. ah.. sikit-sikit kata Julia. Kau kena yakin kepada diri
sendiri lah.
“Kenapa?”
“jawab pertanyaan abang, Liya kat mana. Kata Ju, Liya kat
rumah mama, betul ke?” sudah bertukar nada suara Rayyan saat ini. Panas
telinga! Mesti dia marah sebab aku telah mengengkari arahan suami sendiri.
“Liya kat rumah mama..,”
“Apa?? Gila ke?? Sekarang abang nak Liya balik ke rumah
kita!” jerkah Rayyan berdesing di telinga. Perit kedengaran kerana dijerkah
oleh Rayyan. Terkejut dan tergaman di buatnya.
“Tapi...,”
“Liya balik sekarang. Itu arahan abang. Faham???” jerit Rayyan sambil mematikan talian
telefon. Aleeya cuba menghubungi
suaminya semula tetapi Rayyan sengaja tidak mengangkat telefon tersebut.
Berkali-kali tetapi hampa.
“Abang angkat lah telefon!” mesej Aleeya yang ke lima
kali. Tetapi masih tidak dibalas. Beginikah caranya Rayyan melepaskan amarahnya
terhadap Aleeya?
Baju dan barang-barangnya sudah dikemas semula. Dia harus
segera pulang ke rumah ketika ini.
“Nak ke mana kak?” soal Julia. Tadi mama marah dan maki,
malah mama usir pun tak berganjak. Sekarang, Abang Rayyan cakap sekali, terus
ikut.
“Nak balik!” sebab Rayyan sudah mengamuk. Biar pun jauh,
tetapi Aleeya perlu patuh kepada arahan suaminya.
“Tak jadi bermalam di sini?” soal Julia.
“Takk..,”
“Ju temankan akak, boleh?”
“Tak usah lah. Akak boleh balik sendiri,”
Sepanjang perjalanan dia menghubungi Rayyan tetapi suaminya
tidak mengangkat. Malah sms dari Aleeya pun tidak di balas. Macam manalah nak
berkomunikasi, nak jelaskan keadaan yang sebenar kalau abang buat perangai
macam ini?
Sikap Rayyan benar-benar membuatkan Aleeya keresahan.
Bingung dan sedih kerana layanan Rayyan malam ini. Serba tidak kena Aleeya
rasakan. Malah dia tidak boleh lelapkan matanya. Aku telah berdosa kerana tidak
patuh kepada suami walaupun aku sudah menghantar sms memberitahunya sebelum
melangkah pergi ke rumah mama tadi. Tetapi sebelum sempat dia memberi jawapan,
aku sudah pun membuat keputusan. Macam mana yer?
“Beri Liya peluang untuk jelaskan keadaan!” mesej Aleeya
lagi. Entah mesej keberapa puluh, dia sendiri tidak pasti. Tetapi sekarang
sudah pukul 4.00 pagi, matanya masih segar kerana rasa bersalah dan kebimbangan
yang teramat sangat. Kalau lah sesuatu berlaku antara kami malam ini, aku sudah
derhaka pada suami sendiri. Malah tidak
aku mencium bau syurga kerana kekhilafan aku siang tadi. Bagaimana? Andainya
abah tahu tentu abah akan memihak kepada Rayyan bukan kepada aku yang menjadi
anaknya.
“Liya minta ampun dan maaf tetapi janganlah layan Liya
macam ni..,” sekali lagi Aleeya menghantar mesej. Pun tidak dibalas oleh Rayyan
walaupun sudah sepuluh minit Aleeya menunggu. Abang kuat merajuk yer atau pun sengaja nak
uji Liya?
Liya tak boleh tidur lah dengan cara abang nih...,
Hampa dan kecewa. Malah malam yang sepi ini semakin
membuatkan hatinya sayu dan beku. Jangan
menangis, Liya. Pujuk hatinya sendiri.
“Ok lah, kalau abang tak nak balas sms Liya juga, Liya
nak balik kampung, nak mengadu kat abah bahawa suami Liya abaikan Liya..,” ugut
Liya. Bersungguhkah mahu pulang ke kampung? Balik kampung nak bagi abah marah
lagi ada lah. Cari nahas lah tu.
“Balik lah, Liya kan suka buat perangai macam tu,” balas
Rayyan tak sampai pun sepuluh saat. Cepatnya. Aduhai cek abang sayang kenapalah
uji sayang awak nih sampai begitu sekali.
“Abang, call Liya sekarang jugak!”
“Tak nak. Abang nak tidur. Bukan macam Liya sejak dari
tadi asyik hantar sms dan buat miss call saja. Liya memang tak ada kerja ke
malam ini?”
“Liya minta maaf, okey?”
“Kenapa Liya buat perkara yang paling abang tak suka? Kan
abang dah cakap jangan jumpa mama, ataupun pergi ke rumah mama..,”
“Nak berkenalan dengan ibu mentua..,”
“Tak usah. Kalau abang suruh Liya datang sini besok,
tentu Liya tak buat kan...,” cabar Rayyan.
Mesej dari Rayyan benar-benar mencabar minda Aleeya.
Jangan cabar Liya lah, Sabah bukan jauh sangat pun...
“Kenapa diam?” soal Rayyan menguji hati Aleeya lagi.
“Liya...,”
“Liya kerap sangat buat salah la.. hari-hari Liya buat
salah. Kalau abang tak sabar, macam mana ni sayang?” soal Rayyan. Lega. Terubat
rindu kepada suaminya itu. Boleh berbual pun jadi lah.
“Liya lagi sabar dari abang lah.. Cuma Liya tak mengamuk
seperti abang saja..,” ucap Aleeya sambil mengambil batal lalu diletakkan
kepalanya. Berbual sambil baring di atas katil.
“Sabar?? Liya cemburu dan cepat salah sangka tu adalah.
Sabar kat mana, abang tak nampak pun!” perli Rayyan. Apa liya nak cakap ni
kalau abang dah tuduh Liya macam tu? Hmm..,
“Pergilah tidur.
Jangan lupa mimpikan abang nanti,”
“Tidur apanya, dah dekat nak masuk subuh lah!”
“Awal lagi lah. Baru nak masuk pukul lima. Ada sejam
lagikan? Atau Liya tak boleh tidur tanpa
abang kat sebelah Liya?” soal Rayyan.
Abang pun rindu kat Liya juga lah.
“Mana ada!” nafi Aleeya.
“Tidurlah, abang temankan Liya. Letak telefon ni kat
telinga, abang nyanyi kat Liya..,” kata
Rayyan. Aleeya melekap kan telefon kat
telinga. Kalau lah dia pandai mengaji al quran, lagi best, boleh juga dia
mengaji kat telinga aku.
“Sedap ke suara abang?” soal Aleeya.
“Liya mana pernah dengar abang menyanyi lagi kan?” soal
Rayyan kembali.
“Yup!”
“Keindahan wajah mu, jadi
sumber ilham ku
Suara mu yang merdu, menghiburkan hatiku
Terpancar cahaya hidupku
Kau janji bersumpah setia,
Walaupun ribut melanda kan
bersama
Selagi masih ada, sinaran
mentari
Selagi ada getar
dijiwaku.....” alunan suara Rayyan menyentuh perasaan. Lunaknya di
telinga Aleeya.
“Lagu kumpulan Terra Rossa kan?” soal Aleeya.
“Liya suka lagu ni?”
“Mesti lah suka..,” jawab Aleeya. Mata sudah mula terlelap.
Tetapi Rayyan masih setia menemani isteri kesayangannya
itu.