DIA SUDAH
berjumpa dengan imam merangkap tok kadi kampung kami. Dia pergi dengan abah
tadi. Mak yang tak berapa suka dah semakin suka dengan ketegasannya dalam hal
menguruskan perkahwinan kami. Nampak
ketara sangat dia memang nak kahwin dengan Aleeya pun.
“Berapa
hari Liya nak balik KL ni?” soal mak sedikit bimbang.
“Dua hari
saja. Petang isnin Liya balik semula kat sini. Kenapa mak?” jawab Aleeya. Balik
sekejap saja lah, mak.
“Tak ada apa
lah,” balas mak.
“Kami
balik dulu, mak cik, pak cik!” pinta Rayyan sambil menghulurkan tangan untuk
bersalam dengan abah. Abah menyambutnya dengan mesra.
“Elok-elok
jalan tu, Rayyan!” pesan abah menepuk bahu Rayyan
“Baik, pakcik!’
balas Rayyan.
Perlu balik
terlebih dahulu kerana mahu berhadapan dengan Puteri Shima dan Akma. Itu yang
penting. Lagipun semua urusan di sini sudah selesai. Kami memang akan berkahwin
pun. Jadi perlu cakap dan umumkan
perkara ini, ALEEYA BAKAL BERKAHWIN DENGAN RAYYAN, PLAY BOY TERKENAL. Itu tajuk
utama. Mesti ramai yang terkejut nanti.
“Liya
tinggal dengan siapa?” soal Rayyan. Dia masih belum kenal siapa kawan Liya. Tak
sempat nak kenal kan
‘Puteri
Shima dan Akma? Kenapa?’
‘Rumah
sewa atau rumah sendiri?’
‘Rumah
sewa lah!”
“Kalau
begitu, kemas barang sekali, nanti lepas kahwin terus tinggal dengan abang!”
Betul lah tu, tak kan aku nak tinggal dengan kawan-kawan aku pula tetapi tak
fikir pun tadi benda ni. Hmm..
Rupanya
Puteri Shima dan Akma memang sedang menunggu kepulangannya. Melihat muka Puteri
Shima dan Akma yang pahit dan masam mencuka itu sudah memberikan Aleeya
petunjuk kepada keadaan yang sebenar.
‘Kau dah
gila ke Aleeya?’ tengking Akma tinggi. Sudah sampai cerita kami barangkali.
‘Kenapa
ni?” soal Aleeya cuba untuk berpura-pura.
”Usah
berdalih lah Liya, semua orang sudah tahu kau bakal berkahwin dengan play boy
terkenal KL ni sabtu ni kan? Kenapa, dah habis lelaki di KL ni yang boleh kau
buat suami selain Rayyan tu?”marah Puteri Shima pula. Hmm, mereka sudah tahu
rupanya. Rasanya Rayyan sudah menyuruh Rina mengedar kad jemputan perkahwinan
kami di sini.
“Kau
terkena kut, atau pun sudah dibeli oleh Rayyan?” sambung Akma pula.
‘Astagfirullahalazim,
apa ni? Aku tak seteruk itulah!” jawab Aleeya, terus masuk ke dalam bilik.
Cadang tadi nak juga beri penerangan tetapi tengok gaya memang tak boleh dibawa
berbincang.
‘Kau
memang teruk dan memalukan kami lah. Kenapa nak kahwin dengan Rayyan tertiba
saja pula tu? Tanpa sebab dan alasan pula. Ramai lagi lah lelaki yang baik kat
KL ni?’ tuduh Puteri Shima membuatkan Aleeya tersenyum saja.
‘Dia kaki
betina, kaki mabuk. Kau sendiri pun tahu tentang itu kan?” celah Akma. Ah,
serangan bertubi-tubi nih. Apa aku hendak cakap semua itu memang betul kan?
Jadi diam saja lah!
‘Anggaplah
ini jodoh kami, usah fikir yang bukan-bukan, okey?” tenang Aleeya. Rayyan suruh kemas barang. Rasanya nak ambil
barang yang penting saja, yang lain biarlah. Kalau ada masa esok boleh juga
datang lepak kat sini.
“Liya, apa
ni? Rayyan tu jahat lah. Kau tak akan bahagia, derita adalah. Lagipun Rayyan
hanya nak mainkan kau!’ marah Akma semakin menjadi-jadi.
‘Jangan
lah cakap macam tu cuba doa yang baik-baik untuk aku, boleh tak?” pinta Aleeya.
Dipegangnya bahu Puteri Shima dan dia turut mengengam tangan Akma.
‘Kenapa
degil sangat ni? Putuskan saja hubungan tu, habis cerita!’ putus Akma. Kalau
putus itu namanya kerja gila lah. Tak kan nak buat pisang berbuah dua kali. Nak
beri abah dan mak malu lagi ke?
‘Aku tetap
akan berkahwin dengan dia lah. Perkahwinan kami sudah ditetapkan!’ pujuk
Aleeya. Mohon pengertian dari dua orang rakan baiknya.
‘Jadi
betul lah cakap orang kau memang tergoda dengan kemewahan Rayyan sampai sanggup
jual diri dan iman!’ kata Akma lagi. Aleeya hanya mengelengkan kepalanya.
Sampainya hati. Aku masih ada harga diri lah.
‘Buat lah
kenduri tetapi kami tak akan hadir kenduri kau. Malas lah nak layan kau!’ kata
Puteri Shima sambil masuk ke dalam biliknya. Begitu juga dengan Akma.
Tinggallah Aleeya sendirian.
Aku tak
boleh turut kata-kata kalian kerana semuanya sudah sempurna diuruskan oleh kami
berdua. Maruah keluarga aku yang
penting, bukan kata-kata kalian berdua. Kena fikir perasaan abah dan mak. Kena
fikir juga perasaan adik beradik yang lain kat kampung sana. Aku sudah
memalukan mereka kerana perbuatan Azlan dulu, jadi kali ini aku tak mereka malu
lagi. Cukuplah sekali saja.
‘Ini kad
jemputan untuk kau dan Shima, datang lah yer!’ kata Aleeya setelah selesai
mengemas. Diletakkan kad jemputan kahwin di atas meja.
Sedikit
pun Puteri Shima dan Akma tidak memandang kad jemputan tersebut. Sedihnya hati
tetapi Liya simpan kemas-kemas di dalam jiwa Liya. Sebaik mana pun sahabat, mereka tak alami
peritnya hidup kita dihina dan dicaci orang. Mereka tak alami apa yang aku
alami, ataupun yang pasti mereka tidak berada di tempat aku sekarang. Yang arif
dan bijaksana adalah diri aku sendiri.
Tetapi
rasa kecewa itu sedikit terubat apabila Zuraida dan Atun gembira menerima kad
jemputan darinya. Begitu juga dengan kawan-kawan yang lain. Semuanya mahu turun
ke Kedah hari sabtu ini untuk meraikan majlis Aleeya. Malah Zuraida dan Atun mendoakan semuga dia
dan Rayyan bahagia sepanjang hayat ini, jadi apa masalah kan kalau Puteri Shima
dan Akma tidak merestui perkahwinannya?
“Jom
tinggal di rumah abang malam ni, esok terus balik Kedah!” apabila Rayyan datang
berjumpa dengannya petang ini.
“Liya tak
mahu buat perkara pelik-pelik lah, nanti orang bawa bercakap pula,” tegas
Aleeya. Rayyan datang tidak menyoal pun keadaan Liya tetapi seakan dapat
menangkap sesuatu apabila melihat Rayyan sudah membawa beg besar berjumpa
dengannya.
“Liya ni
susah lah. Tak berapa hari lagi kita dah nak kahwin!” rungut Rayyan. Beg
pakaian Aleeya dimasukkan ke dalam keretanya.
“Encik
Rayyan bawa balik beg saya dulu yer, tak payah dua tiga kali kerja dah nanti,”
beritahu Aleeya. Beg itu memang nak bawa pergi rumah Rayyan pun.
“Banyak
cantik. Kereta Liya tinggal di rumah saya dulu lah,” suruh Rayyan. Kereta bakal
isteri kan, jadi tak salah kalau tinggal di rumahnya.
“Liya
cadang nak tinggal kereta kat ofis, senang sikit!” tolak Aleeya. Rayyan seakan
boleh memahami hasrat Aleeya kali ini. Orang lihat kereta Aleeya ada di rumah
tentu orang fikir yang bukan-bukan, betul tak?
“Ikut Liya
lah, malas nak bertengkar dengan Liya tau tak?”
“Hari ni,
Liya pakai kereta Liya, esok perlukan bantuan, Liya call!”
“Ikut suka
hati Liya, tinggal hotel mana ni?”
“Rahsia
lah, nanti kalau tahu Encik Rayyan ganggu saya!”
“KL ni
tempat saya lah, sayang!”
‘Tempat
Liya juga lah!”
Hmm,
sukanya dia melawan cakap aku. Kalau kahwin esok, melawan cakap aku macam mana
lah agaknya? Hmm, aku paling tak suka orang perempuan melawan cakap aku,
pantang tujuh keturunan.
“Encik
Rayyan!”
“Kenapa?”
“Liya nak
balik naik Air Asia esok, tolong tempah tiket kapal terbang kat Liya!” nak
balik cepat sampai ke rumah. Jadi tak nak buang masa.
“Pukul
berapa?”
“Pagilah.
Pukul lapan lebih!”
“Okey!”
Aleeya
tersenyum senang melihat Rayyan menghubungi Air Asia di hadapan matanya. Dia
ini memang boleh diharapkan. Menepati janji dan mengambil berat. Patutlah ramai
perempuan tergilakannya. Tentang ini aku tidak boleh menafikannya.
“Jumpa di
KLIA esok pagi, abang ada hal jumpa hari ni. Banyak kerja nak kena selesaikan,”
“Pergilah
selesaikan kerja Encik Rayyan tu dulu, Liya tak lari lah!”
“Tak ada
masalah kalau Liya lari pun, abang boleh cari lah!”
“Hahaha..,”
gurau sajalah. Liya yang takut Encik Rayyan tak datang kat kampung nanti.
“Sms atau
call yer, setiap langkah Liya abang nak tahu!”
“Tengok
keadaan!”
Aduh,
geramnya aku dengan kau, Liya!