RAYYAN BELAJAR BERPUASA
Pukul
empat pagi, dia bangun masak untuk sahur.
Masakan yang terlalu ringkas. Goreng kacang panjang dengan daging dan
telur masin. Siap dihidangkan dia terus kejutkan Rayyan. Perlu mengajak Rayyan
agar berpuasa dengannya. Terpaksa!
“Abang,
bangunlah!” kejut Aleeya sambil menepuk bahu suaminya itu. Liatnya hendak
bangun. Tetapi semalam lelaki ini tidak pergi ke kelab malam. Menghormati bulan puasa barangkali.
“Awal
lagilah nak masuk ofis!” tolak Rayyan. Ofis apanya, abang tak tengok jam ke?
Awal lagi lah.
“Bangunlah,
bersahur!” ujar Aleeya sambil menepuk bahu Rayyan.
“Liya
pergilah makan, abang tak mampu nak puasa!” terang Rayyan tanpa silu. Mana
boleh, abang kena belajar demi Liya.
“Tak kira,
abang nak puasa atau tak, abang kena temankan Liya bersahur juga,” tekan Aleeya sambil menarik tangan Rayyan
agar bangun.
“Hahaha..,”
‘Cepat
lah, tak payah dok gelak lagi. Nanti habis pula waktu sahur!”
“Okey
sayang, kejap abang basuh muka dan berus gigi dulu ek!”
“Ok, Liya
tunggu kat meja makan!”
Pertama
kali kena bangun sahur demi Aleeya, isteri kesayangannya itu. Tak kan nak biarkan Liya bersahur seorang
diri pula. Sudahlah tadi muka tu asyik monyok saja kerana terkenangkan kampung
halamannya. Macam lah aku tak tahu. Liya sudah berkorban untuk aku, aku pun
kena berkorban untuk Aleeya juga. Baru adilkan?
“Abang
niat puasa sama lah, temankan Liya berpuasa!” ucap Aleeya sambil mencedok nasi
ke dalam pinggan milik suaminya. Puasa
tanpa niat, tak akan ada maknanya. Buat apa pun yang penting adalah niat,
andainya niat itu ikhlas dan baik, tentu dapat balasan yang baik juga.
“Tapi
abang tak pernah puasa lah sayang, takut abang pengsan nanti!” terang Rayyan
jujur. Puasa ni kena berlatih dari zaman budak-budak lagi, kalau tak pernah
berpuasa, teruk juga tu. Tapi sampai bila kalau bukan hari ni?
“Cuba lah
dulu, nanti kalau betul abang pengsan, abang bukalah puasa tu!” pujuk Aleeya.
Betul lah kan, bila sudah pengsan, maka puasa pun terbatal, boleh lah berbuka
dan makan.
“Liya
memang banyak songgeh!” ujar Rayyan. Aleeya tersenggih.
“Hehehe..,”
Abang sudah mengucap dua kalimah syahadah, rukun pertama sudah tertunai. Tetapi
solat, rukun kedua tertinggal pula. Tak mengapa lah kita langkau, buat rukun
ketiga dulu, iaitu berpuasa di bulan ramadhan. Semuga dengan itu akan tergerak
hati abang untuk bersolat pula selepas ini. Siapa tahukan, kerana hidayah itu
milik ALLAH saja, ALLAH yang berhak memberi hidayah kepada insan-insan yang
terpilih saja. Selebihnya biarlah aku
yang berusaha demi rumah tangga kami berdua.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
SEDUTAN INI MEMANG KENA DENGAN TAJUK PENGANTIN EKSPRES
“Liya dulu dengan Azlan lama mana bercinta hah?” korek
Rayyan lagi. Mentang-mentang lah kami berdua saja, dia boleh bertanya di ruang
tamu, manakala Aleeya berada di dapur sedang bertungkus lumus untuk memasak.
“Kenal di kolej lah. Lama juga lah bercinta, dekat lima
tahun,” jawab Aleeya jujur.
“Mak ayah Azlan setuju hubungan Liya?” soal Rayyan lagi.
Aleeya tidak disukai oleh mama dan papa kerana cara kehidupan Aleeya. Aku pula memilih Aleeya kerana perwatakan
Aleeya yang tegas dan berprinsip. Tidak goyah dengan cabaran dan ujian
kehidupan.
“Mestilah, dia orang sayangkan Liya. Kenapa?” masalah
kami bukan dari family Azlan tetapi Azlan yang tiba-tiba berubah. Berkahwin
dengan kawan satu ofisnya. Mak dan ayah
Azlan menangis kerana tindakan Azlan yang berkahwin dengan gadis lain di
saat-saat akhir lalu mengecewakan Liya. Tetapi kerana rasukan dari mak long,
tidak sangka bekas mak mentua tak jadinya itu berubah sikap dan perangai. Mula
memperburukkan Aleeya kepada masyarakat kampung.
“Liya tu isteri abang, abang nak tahu juga lah sejarah
silam Liya,” jawab Rayyan selamba saja. Sejarah silam aku? Hish, biar betul.
“Abang boleh tak beri jawapan yang logik sedikit
dari tu, kalau nak siasat tentang Liya
pun!”
“Dulu tak sempat nak siasat sebab Liya yang terburu-buru
ajak abang kahwin. Tunang dua minggu terus kahwin,”
“Hai, terbalik fakta ni.. abang yang nak kita kahwin
cepatkan?”
“Hahahaha.. “ memang lah. Aku takut kau jatuh ke tangan
lelaki lain. Sebab itu hendak segera berkahwin.