Home Novel Cinta PENGANTIN EKSPRES
PENGANTIN EKSPRES (BAB 10) - TERLANJUR

Aku sebenarnya jatuh hati kat kau lah, Aleeya. Mana ada lelaki yang nak kahwin kalau tak ada perasaan cinta dan sayang? Mestilah kerana perasaan itu aku kahwin dengan kau, Liya. Tetapi kau saja yang tak faham.

Tetapi aku memang tidak boleh tinggal kelab malam. Tentang perempuan tu, buat apa lah aku kejar perempuan lain sedangkan apa yang aku impikan dan idamkan sudah ada di dalam genggaman. Kau ada lah segalanya bagiku.

“Abang, kenapa tengok Liya nih?” soal Aleeya sambil membuka net di kepalanya. Aleeya memang cantik dan menawan hati. Tambahan hari ini apabila Aleeya memakai baju pengantin. Ayu bebenar isteri aku nih.

“Pergilah bela diri, jangan biarkan mak long menghina Liya kat luar tu!” suruh Rayyan. Mak long sudah datang buat kecoh. Datang pula bersama keluarga si Azlan. Mujurlah Azlan tidak datang sama. Nasib baik majlis kenduri telah selesai. Papa, mama dan keluarga Rayyan turut datang merestui perkahwinan ini dan keluarga Rayyan telah pulang petang tadi. Kami juga kena cepat-cepat kerana esok ada majlis resepsi di sebelah Rayyan. Jadi malam ini kena pulang ke Kuala Lumpur lah jawabnya. Petang di sini belum pun habis, sudah mahu pulang ke Kuala Lumpur.

“Malas lah nak layan mak long tu!” bebal Aleeya. Liya sudah dengar semua itu sebaik saja abah beritahu orang kampung akan perkahwinan Aleeya hari ini. Mak long sebar fitnah menuduh Aleeya yang bukan-bukan.

“Kalau Liya tak bela diri, cerita buruk ini orang akan cakap sampai mati lah!” tegas Rayyan. Dia sudah menjadi isteri aku, jadi aku harus menjaga maruah dan kehormatannya.

“Dari Liya layan mak long baik Liya buat kerja yang lebih berfaedah!” dengus Aleeya. Aku nak kena hantar baju akad nikah dan baju pengantin ini sebelum balik ke KL.

“Mari abang temankan. Kasihan kat abah kena dengar leteran dari mak long!” ajak Rayyan sambil menarik tangan Aleeya. Rambut yang terurai dibuat sanggul saja. Aleeya mencapai tudungnya lalu disarungkan ke kepala.

“Aleeya sudah dinodai, sebab mengandung lah yang kau buat kenduri tergesa-gesa kan, Mohsin. Tak sempat nak bertunang sebab perut tu dah ada isi,” lantang suara mak long. Muka mak mula merah, menahan malu. Mujur abang long dan abang ngah tiada kerana keluar membeli barang untuk malam ini. Kalau tidak lagi riuh petang ini. Abang long keluar membeli lauk sebab habis tadi. Ramai sangat tetamu yang datang, kawan-kawan sekerja semua yang datang, kecuali Akma dan Puteri Shima saja yang tak sudi hadir.

“Dulu masa Aleeya putus tunang, kak long tuduh dia sial, sekarang dia tak suci pula. Janganlah asyik fikir yang bukan-bukan tentang Liya tu,” tenang saja suara abah. Abah mesti percaya kepada aku dari orang lain.

“Dah sungguh pun. Patutlah Azlan kahwin dengan Mirla, sebab Liya nie sudah mengandung anak si Rayyan tu,” sambung mak si Azlan. Rayyan memandang ke arah Aleeya yang diam saja. Aleeya memang tak pandai nak melawan cakap orang yang lebih tua darinya terutama cakap abah dan mak. Cakap mak long pun sama juga lah.

“Cakaplah Liya masih suci lagi,” bisik Rayyan di telinga Aleeya. Aleeya mengeleng kepala. Mana buktinya aku masih suci lagi? Aleeya mengelengkan kepalanya.

“Kenapa?” soal Rayyan mahu tahu jawapan dari isterinya.

“Mak long tak akan percayakan Liya lah!” jawab Rayyan. Mak long memang tak sukakan Liya sejak dari dulu lagi, ada banyak sebab kenapa mak long tak sukakan Liya.

“Mak long, saya kenal siapa Aleeya. Waktu saya kahwin dengan Liya, Liya masih suci lah. Liya ni nak sentuh, nak pegang tangan pun tak boleh sebelum dia jadi isteri saya,” suara Rayyan. Abah dan mak memandang ke arah Rayyan. Muka mak long masam mencuka. Begitu juga dengan mak Azlan.

“Tipu, kalau tidak kau tak kan kau tergesa-gesa nak kahwin dengan dia, lagipun dia kan isteri kau, mestilah kau bela dia,” kata mak long masih tidak mahu mengalah. Kan Liya dah cakap mak long tak akan terima kata-kata dari kita lah.

“Saya baru sentuh Liya semalam dan Liya masih suci sebelum saya tidur dengannya semalam!” beritahu Rayyan membuatkan muka Aleeya naik merah menahan malu dan tersipu.

“Abang ni..,” balas Aleeya sambil mengigit bibirnya. Tak payah lah cakap semua itu, buat malu saja lah.

“Dah sungguh, abang cakap perkara yang betul lah!” tegas Rayyan. Mak long menarik muka dan segera bangun.

‘Tu Rayyan dah cakap kan, jadi terbuktilah Liya masih anak dara sebelum ini. Saya percayakan anak-anak saya kak long. Liya ni saya asuh dengan didikan agama, kalau Liya buat salah juga memang saya akan hukum Liya, sebab salah tetap salah. Jangan tuduh Liya buat benda jahat tu, berdosa tu kak long!” celah abah. Semakin bengang mak long mendengarnya. Begitu juga dengan mak si Azlan.

“Kami balik dulu lah. Kau dah dapat menantu orang kaya, mestilah cakap dia betul belaka!” balas mak long sebelum pulang ke rumah.

“Pulak?? Kaya pun harta dia, bukan harta saya lah kak long. Saya ni tumpang bahagia saja kalau anak-anak saja bahagia!” abah sudah naik marah dengan kaa-kata kakak sulongnya. Mestilah sebab itu bertentangan dengan prinsip abah.

Ahli keluarga sudah bersurai. Tinggal abah dan mak saja lagi. Aleeya menghampiri abah lalu duduk bersujud di depan abah.

“Liya tak buat benda jahat tu abah!” ujar Aleeya membela diri.

“Betul tu abah, mungkin saya lelaki yang tidak baik tetapi Liya tak seburuk itulah abah!” bela Rayyan. Mak mengelengkan kepalanya. Aku ada empat orang anak lelaki dan seorang anak perempuan, anak perempuan bongsu pula tu. Sejak dari kecil sehinggalah sekarang, suami aku memang lebihkan Aleeya dalam semua perkara. Liya memang menjadi kesayangan suami aku berbanding anak-anak lelaki ku yang lain. Tetapi dalam hal didikan agama, suamiku tidak pernah memberi muka kepada Aleeya. Aleeya kena pukul kalau tidak pergi belajar al quran, kena rotan kalau tak solat. Kerana hukum tetap hukum dan berdosa tetap berdosa. Hukum dan berdosa bukanlah perkara yang boleh dibuat main.

‘Mak percayakan Liya!” ujar mak sambil tersenyum. Rayyan tu tak pandai menipu. Lelaki kalau sudah tahu isterinya tidak suci di malam pertama memang dia akan mengamuk, silap haribulan boleh bertengkar dan bercerai berai pun.

“Abah?” soal Aleeya. Abah belum pun beri jawapan.

“Sebab abah lelaki jadi jawapan abah ada kat menantu abah!” gurau Abah sambil menepuk bahu Aleeya. Rayyan tersenyum penuh makna. Aleeya terus bangun dan masuk ke dalam bilik. Merajuk dengan abah dan Rayyan.

“Kenapa pula yang tarik muka ni?” soal Rayyan yang mengekori Aleeya. Baju-baju dimasukkan ke dalam beg. Begitu juga alat make up yang bersepah atas almari solek.

“Abang tak nak balik ke?”

“Nak lah. Awal lagi kan?”

“Siapa cakap? Bertolak pukul sepuluh kan, kita nak kena hantar baju pengantin dulu lah!”

“Tak sempat malam ni, esok pagi lah balik, majlis kita tengah hari,”

“Lagilah kalut kalau tolak sebelah pagi..,”

“Abang dah tak kisah tentang majlis esok tu sebab semua yang abang nak dah dapat, jadi majlis esok dah tak penting..,”ujar Rayyan sambil menyimpan barang-barangnya. Isnin dah mula bekerja sebab memang tak boleh bercuti pun. Liya pun masuk kerja Isnin juga.

“Apa yang penting dalam hidup abang agaknya?” soal Aleeya, tangan masih sibuk mengumpul barang-barang yang menjadi miliknya. Selepas ini lambat lagilah nak balik ke kampung, tambahan lagi sudah ada suami, lagilah payah nak hulur kaki ke kampung kali ini.

“Hahahaha..., “

“Cakaplah..,”

“Abang kahwin dengan liya sebab nak tidur dengan Liya saja lah, nak rasa kesucian gadis bertudung dan kampung pula tu, betul ke gadis bertudung ini pandai menjaga kehormatan diri. Takut pakai saja tudung tetapi tak suci lagi..,” jawapan dari Rayyan membuatkan Aleeya mahu menangis saja. Terketar tangan dan kaki. Hari itu cakap macam ini, sekarang cakap begini pula. Sah, kau memang play boy sejati.

Andainya air mata aku mengalir keluar tentu abah dan mak rasa pelik. Jadi kena kawal perasaan. Kena kawal air mata! Walaupun nak menangis sangat-sangat.

“Liya!” panggil Rayyan sambil menghampiri Aleeya. Dipeluknya Aleeya dari arah belakang.

“Liya dah buktikan Liya memang gadis kampung yang menjaga kehormatan diri kan? Puas hati abang?”

“Rugi Azlan tak dapat Liya!”

‘Jangan sebut nama Azlan boleh tak, Liya tak suka!”

“Liya suka siapa? Suka Rayyan?” tanya Rayyan. Aleeya menyiku dada suaminya.

“Sakit lah, Liya!” keluh Rayyan. Aleeya tersenyum saja. Macam tu pun sakit, apa lah abang ni..,”

“Kata play boy, kena siku dengan gadis kampung pun sakit ke?” balas Aleeya. Semakin kuat Rayyan memeluk Aleeya, lalu dikucupnya dahi Aleeya. Aleeya merenggangkan pelukan. Di ambil handset kepunyaannya. Handset kepunyaan Rayyan diserahkan kepada Rayyan. Rayyan menyambutnya lalu dimasukkan ke dalam poket seluar jeansnya.

“Banggalah sebab boleh kahwin dengan abang kan?”

“Hahaha... bukan bangga lah tetapi kasihan kat abang sebab kena kahwin dengan gadis kampung saja, pakai tudung pula tu. Selama ini abang kan suka yang pakai seksi-seksi,”

“Liya tak nampak pun seksi, pakai baju kurung lah, tak nampak pun bentuk badan Liya,”

“Mana boleh pamer semua itu untuk lelaki yang bukan nama suamilah encik abang ooi, semua itu untuk suami saja lah!”

“Sebab itu lah Liya tak menarik pun..,”

“Tak menarik sudah. Liya tunggu abang kat bawah, sebab Liya nak jumpa family Liya dulu,”

“Pergilah, abang nak call mak we dulu, suruh dia tunggu di KLIA nanti,”

“Call lah, Liya tak boleh masuk campur kan?” tanya Aleeya sambil tersenyum saja.

Liya ni memang tak reti nak marah orang kut. Aku kata macam-macam pun dia boleh senyum saja. Cakap nak call mak we pun tak marah juga. Liya ni tak pandai cemburu ke?

Kena buat Liya cemburu lah baru best!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.