Home Novel Cinta PENGANTIN EKSPRES
PENGANTIN EKSPRES (BAB 20)

TUDUNG DI KEPALA di buka dan diletakkan di atas meja saja. Selalu dia membuka tudung di dalam bilik, bukan seperti ini. Tetapi angin china selatan sudah menguasai diri. Hilang rasa sabar di hati. Tambahan lagi apabila melihat Rayyan asyik tersenyum saja mendengar kata-kata yang muncul dari bibirnya.

“Liya cemburu ke? Liya bukan tak tahu perangai abang macam mana kan?” lembut saja suara untuk mendayu seperti tidak bersalah pun kepada isteri sendiri. Kalau tak ada perasaan cemburu, aku bukan perempuan lah. Lagi pun aku isteri kau lah. Sudah lah di depan Puteri Shima dan Akma tadi. Makin bencilah mereka berdua kepada Rayyan selepas kejadian hari ini. Hmm, ini yang membuatkan Aleeya bengang sangat tadi.

“Mana ada cemburu?” nafi Aleeya. Aku bukan sudah terlalu cemburu tetapi sakit hati kerana kata-kata sindiran yang datang dari Akma dan Puteri Shima tadi. Kau tu senang lenang berkepit dengan perempuan lain, depan mama dan papa pulak tu.

“Habis yang naik angin bengang kat abang tu kenapa? Kalau tak cemburu itu tandanya apa sayang?” soal Rayyan sambil ketawa. Dipeluknya Aleeya dari belakang. Dia peluk perempuan tadi macam ini juga ke? Rasa seperti mahu menangis pula. Kenapa ek? Dahulu aku bercinta dengan Azlan, tak pernah rasa seperti ini? Sekarang dengan Rayyan, apa saja yang Rayyan buat mesti menguji hati aku? Aku sudah banyak kali menangis kerana Rayyan, dengan Azlan tak menangis pun. Malah Azlan tinggalkan aku, aku boleh terima semua itu dengan senang hati. Tenang Aleeya, tenang.

“Tak main lah cemburu-cemburu tu.. abang ingat Liya apa?” balas Aleeya merungkaikan pelukan. Terus dia ke dapur, membuka peti ais untuk mencari apa yang perlu untuk dimasak malam ini. Sebenarnya tak ada semangat pun nak masak kerana kejadian petang tadi. Baju raya pun tak jadi beli apa lagi hendak memasak. Arg....

Aleeya mencapai bawang merah yang siap dikupas di dalam peti ais. Dikeluarkan juga sotong dan udang yang telah siap diletakkan garam dan kunyit. Lalu dihirisnya bawang. Kalau air mata keluar pun tak mengapa, boleh jawab pedih sebab hiris bawang merah

“Tak payah tipu abang lah, sayang!” balas Rayyan mengekori langkah Aleeya dari belakang. Rayyan tersenyum memanjang. Baju raya pun awak tak beli tadi, nampak sangat cemburu. Macam lah aku tak tengok perangai kau tadi.

“Dia pilihan mama dan papa ke?” soal Aleeya. Ini satu kes. Mama tak suka kepada Aleeya. Perempuan itukah pilihan mama? Mama dan papa memang tak sukakan Aleeya. Itu Aleeya kenal pasti. Kalau lah itu pilihan mama, habis lah dia. Sebenarnya susah jadi anak lelaki kerana terpaksa mendengar cakap seorang ibu. Kalau tak ikut nanti jadi anak derhaka pula. Rayyan mesti ikut cakap mama juga suatu hari nanti. Bimbang juga Aleeya dibuatnya.

“Kalau betul, kenapa?” balas Rayyan sambil duduk di belakang Aleeya. Suka sangat lihat wajah Aleeya yang sudah masam mencuka itu. Tangan Aleeya yang sedang menghiris bawang merah terhenti sebentar. Semak jiwa dengan kata-kata Rayyan.

“Abang suka lah yer, sebab boleh berkahwin lagi satu!” luahnya tanpa kawalan. Tidak membendung langsung perasaan terluka di dalam hati. Rayyan ketawa memanjang. Senang hati dengan jawapan dari Aleeya. Aku mahu Liya lupakan semuanya tentang Azlan. Biar Azlan hilang terus dari lubuk hati Aleeya. Aleeya hanya milik aku seorang saja.

“Liya macam budak-budak... hahahaha,” ucap Rayyan. Aleeya menjeling tajam. Boleh pula dia cakap aku seperti budak-budak kerana bertanya seperti ini. Rayyan ingat aku ini apalah agaknya?

“Tak nak masak lah hari ini. Liya tak ada mood nak memasak untuk abang. Abang boleh makan di kelab malam atau di rumah mama abang. Tak pun boleh makan dengan perempuan tadi,” balas Aleeya menyimpan semula bawang, udang dan sotong ke dalam peti ais. Cadang tadi nak buatkan nasi goreng untuk suaminya sudah terbantut.

“Ini yang abang nak marah ni, semenjak kita kahwin abang lebih suka makan di rumah dengan Liya walaupun abang sibuk sekali pun. Liya kena masak juga. Nasi goreng pun jadilah!” suara Rayyan sudah meninggi. Banyak cantik, tadi abang buat Liya naik angin tak mengapa lah pula. Sekarang abang nak marahkan Liya apa kes?

“Pergi lah makan di rumah buah hati abang!” balas Aleeya sambil membasuh tangannya. Abang kan suka dia! Asyik pertahan dia saja dari tadi.

“Liya, perempuan itu bukan siapa-siapa lah. Kalau dia pilihan mama sekali pun tak akan ada maknanya buat abang. Lagipun kalau abang nak kahwin dengan dia, abang dah kahwin lah dari dulu lagi. Liya seorang saja isteri abang,” tekan Rayyan sambil membuka peti ais dan mengeluarkan barang-barang yang Aleeya simpan tadi. Diletakkan di depan Aleeya supaya Aleeya memasaknya semula.

“Tapi....,” Hmm.. abang suka sangat buat Aleeya jadi macam ni.

“Abang dah bahagia dengan Liya seorang cukuplah tu. Liya kena percaya dengan abang lah dari dengar cakap orang. Apa gunanya kita menjadi suami isteri andainya tiada kepercayaan? Abang pilih Aleeya jadi isteri abang sebab Aleeya tu ...,”

“Sebab Aleeya apa?” soal Aleeya. Sudah hilang perasaan geram di dalam hati Liya. Kalau boleh marah, sudah lama Liya marah abang.

“Tak payah lah cakap, buat habis air liur saja. Liya bukan sayang abang pun!” balas Rayyan sengaja mahu mainkan perasaan Aleeya lagi. Rayyan meninggalkan Aleeya di dapur dan terus menghilang. Aleeya buntu, mahu mengekori atau pun biarkan saja. Tetapi kalau dibiarkan semakin menjadi-jadilah perangai si Rayyan itu?

Lama tidak mendengar suara Rayyan yang entah ke mana tetapi masih berada di dalam rumah. Mungkin berada di ruang tamu saja ataupun mengadap laptopnya di dalam bilik. Entahlah tetapi yang pasti Rayyan masih berada di dalam rumah kerana keretanya masih berada di garaj.

Nasi goreng sudah siap, malah dia sudah menghidangkan di atas meja. Air Sirap di tuangkan ke dalam gelas.

“Abang!” panggil Aleeya nyaring. Rasa marah sudah pun hilang. Dan sekarang dia mahu menatap wajah suaminya itu. Rasa rindu pula. Benci tapi rindu ke Liya? Benci untuk apa? Kerana kejadian tadi? Aku tak pernah bencikan dia lah. Dia suami aku. Aku wajib taat dan sayangkan dia, kerana sudah tertulis, seorang isteri wajib sayangkan suaminya.

“Kenapa?” jerit Rayyan juga. Tahu, Liya naik angin kerana sayangkan dia.

“Temankan Liya makan!” ucap Aleeya separuh merajuk. Merajuk kerana mahu Rayyan memujuknya.

“Ok!” balas Rayyan, tak sampai lima minit lelaki itu sudah berada di sebelahnya.

“Sorry tentang hal tadi!” pinta Aleeya perlahan sambil menghulurkan sudu kepada Rayyan. Isteri juga kena minta maaf dari suami. Untung lelaki kan?

“Makanlah.. malam nanti abang temankan Liya beli baju raya..,” pujuk Rayyan sambil tersenyum ke arah isterinya. Abang akan buat Liya hidup bahagia dengan abang lah. Tapi, memang abang sayang kan Liya pun, cuma berilah masa untuk abang berubah.

“Mana abang tahu?” soal Aleeya. Rayyan kalau memujuk memang nombor satu. Aku yang kuat iman pun tewas, apa tah lagi perempuan yang tidak tebal keimanannya. Suami awak ada pakej sempurnalah Aleeya. Pakej yang menjadi idaman semua perempuan kat dunia ini. Duit ada, rupa pun ada. Pandai dan bijak berkata-kata pula tu. Perempuan mana yang tak jatuh ke pangkuannya? Perempuan zaman sekarang bukannya dia peduli lelaki itu suami orang atau tak? Perempuan zaman sekarang sudah tidak kisah akan perkara itu. Suami orang pun sanggup dikebasnya.

“Abang tahu lah..., “ jawab Rayyan. Abang ikut Liya lah tadi. Tengok isteri abang yang cemburu tak tentu pasal tu. Semalam dah keluar malam ni nak keluar lagi. Semalam bukan shoping baju raya pun. Jawabnya dua malam lah aku keluar berturut-turut.

Kalau keluar malam ni, tak pergilah kut ke kelab malam tu? Harap-harap begitulah. Boleh temankan Liya kat rumah yer?

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.