“Macam mana abang boleh tahu Liya tak beli baju raya?”
soal Aleeya. Rayyan menyuapkan nasi goreng ke mulut Aleeya. Kalau makan
selalunya begitu lah. Suaminya ini sesekali akan menyuapkan makanan ke dalam
mulutnya. Tak kira tempat pula tu. Buat apa hendak dimalukan, kita pasangan
suami isteri yang sah kan? Mungkinkah dia buat perkara yang sama dengan
perempuan-perempuan lain? Kenapa aku selalu fikir yang negitif saja? Selalu
buruk sangka dengan suami sendiri? Aku tak rela andainya dia buat begitu dengan
perempuan lain. Tambahan lagi kalau dengan perempuan tadi, lagilah aku tak
suka.
“Walaupun tak sampai sebulan kita kahwin, tapi abang
faham benar dengan perangai Liya. Liya kalau marah, habis lah cerita. Abang
saja yang boleh tahan dengan sikap panas baran Liya nih. Mujur Liya tak lempar
barang kat rumah, tidak tak larat lah abang nak beli ganti yang baru,” usik
Rayyan sambil membelai rambut Aleeya dengan manja. Aleeya menjeling sayang. Aku pun tak suka lah buat perangai macam tu. Ingat
aku ni apa?
“Liya ni penyabar lah!” balas Aleeya membela diri
sendiri. Penyabar ke aku? Mak suruh aku menjadi perempuan yang sabar seperti
Siti Aisyah, isteri Raja Firaun, tetapi mampukah aku? Sekarang pun sudah tidak
tertahan dengan sikap suami sendiri. Sebab dia selalu cabar aku dengan
persoalan yang tidak pernah terlintas di fikiran?
“Penyabar apa macam ini? Jahat-jahat abang pun tak lah
macam Liya, perangai Liya tu teruk sangat!”
tuduh Rayyan menghabiskan nasinya yang terakhir. Liya memang pandai
memasak. Sedap masakan Liya. Liya sudah ada pakej lengkap untuk menjadi
isterinya. Pandai masak, rajin dan taat kepada suami. Yang penting Liya tak
pernah tinggal solat.
“Abang kemas meja yer, Liya nak pergi solat dan bersiap.
Nanti nak keluar shoping!” dalih Aleeya tak sudi mendengar rungutan suaminya
yang berkata macam-macam tentang dirinya. Aku teruk atau dia yang teruk?
Bilalah dia mahu berubah menjadi suami yang baik. Bukan saja baik kepada ibu
dan bapanya, bukan saja baik kepada isterinya tetapi baik juga kepada maha
penciptanya. Bilalah agaknya semua itu akan terjadi?
“Yer sayang!” balas Rayyan sambil mengambil pinggan
Aleeya dan pinggannya. Hanya kemas meja saja tau, yang lain Liya uruskan
sendiri lah.
Selesai solat isyak barulah mereka berdua keluar. Rayyan
setia menunggu isterinya menunaikan kewajipan kepada maha penciptanya. Tidak
merunggut dan marah, hanya melihat Aleeya menunaikan kewajipan itu. Selesai berdoa Aleeya pasti mencium
tangannya.
Aleeya hanya melihat saja tidak membelinya. Liya apa
maknanya beli baju raya kalau suami awak tak berpuasa dan bersolat? Ada makna
ke Liya? Lagi satu awak tak beraya di kampung halaman awak tetapi terpaksa
beraya di luar negara? Mahu ke Liya? Suara hati itu datang bertalu-talu di
dalam hati Aleeya.
“Beli lah, abang belanja!” suruh Rayyan apabila Aleeya
hanya membelek saja baju-baju kurung dan kebaya yang sedang tergantung indah di
dalam butik. Satu pun tak beli. Tak berkenan!
Entahlah, malam ini mood shoping tak ada seperti
semalam. Semalam best lah juga, boleh
makan ais krim dan sebagainya. Malam ini nak makan ais krim pun tak lalu.
“Andainya beli satu kedai pun abang mampu kan? Tapi Liya
tak berkenan lah!”
“Apa lagi yang tak kena ni? Abang ada janji temu pukul 11
malam nanti!” beritahu Rayyan. Sekarang pun sudah bertalu-talu rakan-rakan
suaminya itu menghubunginya mengajak dia ke tempat biasa. Kelab malam lah
jawabnya. Ingatkan tak pergi.
“Tahu. Kalau abang nak pergi, pergilah. Liya boleh balik
sendiri!” suruh Aleeya. Hati abang bukan kat Liya pun sekarang, tetapi kat
kelab malam.
“Ikut abang lah malam ni, nak?” ajak Rayyan. Bawa saja
Liya ke kelab malam. Apa masalah kan?
“Bagi sejuta pun Liya tak nak pergi!” tolak Aleeya. Pergi
cari apa kat situ? Habis kuat buat bagi aku pening saja lah.
“Hahaha.. abang bagi dua juta, mahu?” tawaran dari Rayyan
semakin meninggi. Oo.. mentang-mentang abang duit banyak, hendak beli prinsip
hidup Liya ke?Aleeya sudah mengigit bibirnya. Melampau..,
“Abang nak beli Liya ke
dengan duit sebanyak itu?”
“Hey, beli apa pula ni? “
Liya suka sangat lah salah faham. Abang kahwin dengan Liya pun buat cara elok
lah.
Hahaha.. beli apa yer? Tak
boleh fikir tadi selepas itu Liya terlepas cakap lah pula.
“Jangan cakap abang beli
Liya dengan duit pula?” sambung Rayyan.
“Liya pun tak ingin duit
abang tu,” balas Aleeya. Liya bukan hamba duit lah.
“Habis, yang merepek sangat
tu kenapa?” jerkah Rayyan sampaikan semua orang memandang ke arah Aleeya.
“Pergilah jumpa kawan-kawan
abang tu..,”
“Liya memang tak boleh
halang abang pun, kalau nak ikut tu boleh lah juga!”
“Liya cakap ke nak halang
abang?” balas Aleeya kembali. Muka Rayyan sudah naik merah. Aleeya buat-buat
tidak peduli saja.
Aleeya di
hantar pulang ke rumah manakala Rayyan terus ke tempat biasa. Tinggallah Aleeya
seorang diri. Entah pukul berapa Rayyan pulang ke rumah, Aleeya memang tidak
sedar. Mungkin dua pagi, kerana Aleeya membaca al quran sampai pukul satu
lebih. Mata tidak boleh terpejam, selepas berbual panjang dengan abah di
kampung, dia sembahyang sunat dan terus membaca al quran mengikuti saranan abah
apabila dia memberitahu abah, hatinya tidak tenang malam ini. Mana nak
tenang, asyik teringatkan Rayyan saja.
Bangun pagi ini, Rayyan sudah tiada, hanya ada sekeping nota di sebelahnya.
Nota yang ditinggalkan oleh Rayyan. Ini kali pertama Rayyan bertolak tanpa
sempat memberitahu kepadanya terlebih dahulu. Sampainya hati abang tak beritahu ke mana abang pergi.
"Abang ke rumah papa dan akan terus bertolak ke Sabah kerana mahu
menguruskan projek syarikat papa di sana. Apa-apa hal abang akan call Liya
nanti," Aleeya membaca nota yang ditulis kemas oleh suaminya. Nota yang
ditinggalkan di atas batal di sebelah Aleeya.
Aleeya segera mencapai telefon bimbitnya di
sebelah lalu terus menghubungi suaminya. Mana boleh terus pergi sebelum bercakap
dengan Liya?
"Abang kat mana?" soal Aleeya cemas selepas memberi salam. Baru
selepas subuh tak kan dah nak bertolak ke Sabah?
"Kat rumah papa lah. Kenapa nih?" soal Rayyan di hujung talian.
Tiba-tiba ada rasa rindu bermain di hati Aleeya.
"Abang tak beritahu Liya pun nak ke Sabah. Berapa hari abang kat
sana?" selalu nak ke mana abang
beritahu Liya, kali ini pergi begitu saja? Marahkan Liya kerana kata-kata Liya
semalam?
"Tiga hari saja lah. Kenapa Liya? Rindukan abang ke?" usik Rayyan sambil
ketawa.
"Tak...," jawab Aleeya sepatah.
Tidak mahu mengaku perasaan yang mula bersemi dalam hati.
"Pergilah solat subuh dulu, Liya tak solat lagi kan?" balas
Rayyan. Setiap kali aku tak bersolat, dia akan menegurku, tetapi kenapa dia
tidak menunaikan kewajipan ini? Di mana silapnya yer?
"Ok. Tapi pukul berapa abang bertolak?"
"Lapan setengah...,"
"Sekarang baru nak pukul enam lah.. awal nya abang tinggalkan Liya
ek?"
"Kena ambik papa di rumah papa, nak singgah ofis lagi, nak ambil fail dan
sebagainya...,"
"Ok. Jaga diri abang dan ingat sama abang dah ada isteri di sini..,"
"Ler, abang pergi kerja lah, sayang!"
Kenapa lah aku
pesan macam tu kat dia? Nanti dia mesti ingat tentang aku yang bukan-bukan
pula. Aku nak buat apa kalau dia tak ada kat rumah. Itu lah ambil cuti lama
sangat. Bukan boleh pergi bulan madu atau balik kampung seperti orang lain pun.
Tiga hari Rayyan tiada, bolehlah aku ke rumah mama? Aik, pelik lah pula.
Tiba-tiba nak ke rumah mama… Tak serik ke kena maki, kena hentam dengan mama
tempoh hari? Dah hilang ke perasaan takut yang menguasai diri sejak bertemu
dengan mama? Kalau pergi tak pasal teruk lagi lah kena.
Rasa teringin
sangat nak ke rumah mama walaupun Aleeya tahu Rayyan tidak membenarkan dia ke
rumah mama. Tetapi sebagai menantu perempuan dia perlu menunaikan tanggungjawab
dan kewajipannya kepada ibu suaminya. Takut?? Sampai bila lah dia perlu takut
kepada mama? Mama tu orang juga
lah. Bukan boleh makan Liya pun. Nak
pergilah rumah mama hari ini. Malah hati Aleeya begitu teruja untuk ke rumah
keluarga suaminya itu.
Tanpa
memberitahu kepada Rayyan dan meminta izin kepada Rayyan, Aleeya ke rumah
mama. Tepat pukul sepuluh pagi Aleeya
sampai ke rumah mama. Papa tiada kerana pergi ke Sabah bersama Rayyan. Mama
pula mungkin baru saja keluar. Aleeya disambut mesra oleh Julia yang baru
bangun dari tidur agaknya kerana masih berpakaian tidur.
"Masuk lah kak!" ajak Julia sambil menarik tangan Aleeya masuk ke
dalam rumah. Kali pertama menjijakkan kaki, matanya naik pening kerana melihat
sebuah almari berkaca yang dihiasi dengan botol-botol wain yang tersusun rapi
di dalam almari. Subhanallah!. Ucap Aleeya di dalam hati.
Kakinya sudah tidak mampu bergerak. Rasa mengetar, rasa takut dan sebagainya
lagi. Inikah cara kehidupan Rayyan? Di kelilingi oleh wanita-wanita dan
botol-botol arak. Inikah didikan yang diberikan oleh mama dan papa kepadanya?
Patutlah Rayyan jadi begitu. Aduhai kenapa lah tidak hidup cara islam yang
sempurna itu?
"Kenapa kak? Terkejut ke? Inilah kehidupan kami kak. Jadi akak tak usah
terkejut, sepatutnya saya yang patut terkejut kerana abang kahwin dengan akak.
Kenapa lah dia pilih akak yang jauh berbeza cara kehidupannya dengan
kami?" kata Julia seolah mengerti akan kekacauan yang melanda hati kakak
iparnya.
"Akak adalah jodoh yang ALLAH titipkan untuk Abang Rayyan!" balas
Aleeya dengan yakin dan berani sekali.” Alasan yang cukup kukuh dari Aleeya.
"Akak duduk dulu, Ju siapkan minuman!" pinta Julia.
"Tak perlu Ju, akak dah minum kat rumah tadi!" tolak Aleeya.
"Akak tentu perempuan hebat kerana berjaya mencuri hati abang saya. Abang
saya tu memang ramai perempuan tetapi main perempuan saja, tak pernah pun
serius!" jelas Aleeya. Main perempuan dan tidak serius? Tak kan lah tidak
jatuh hati atau jatuh cinta kepada salah seorang dari mereka. Mustahil lah tu.
"Boleh percaya ke ni? Ke saja nak otai akak nih?" usik Aleeya. Aku
tak percayalah. Perempuan-perempuan cantik di sana tak mungkin tidak ada hati
kepada abang kau yang handsome tu.
"Betul!" yakin Julia. Memang abang tidak pernah ada buah hati pun
selama ini. Perempuan-perempuan itu hanya untuk suka-suka sajalah. Tidak boleh
dijadikan isteri kata abangnya.
Hari ini dia sengaja berada di sini. Mahu kenal-kenal dengan keluarga suami
sendiri. Dan dengan mudah, dia menjadi rapat dengan Julia. Julia yang tidak
sombong walaupun liar dan terlalu bersosial. Dia juga kenal siapa Julia kerana
Julia bekerja satu pejabat dengan suaminya. Cuma tidak pernah bertegur sapa
saja.
"Pandai akak masak!" puji Julia selesai makan tengah hari bersama
Aleeya. Aleeya kan pandai memasak. Hehehe..
"Biasa saja nih!" balas Aleeya. Perempuan memang wajib pandai
memasak, kalau tidak suami lari. Betul
ke Liya, suami lari kerana perempuan tidak pandai memasak. Macam tak kena saja
fakta ini?
"Nanti nak belajar memasak dengan akak lah!" ujar Julia sambil
menuang air putih ke dalam pinggannya.
"Boleh tak ada masalah!" balas Aleeya.
Kerana ajakan Julia agar dia tinggal di sini sepanjang ketiadaan Rayyan
diterima dengan senang hati. Memang itu niatnya. Mahu tinggal bersama dengan
keluarga Rayyan sepanjang ketiadaan Rayyan tetapi berbeza pula dengan
penerimaan ibu mentuanya yang pulang selepas waktu asar. Terbeliak mata mama
sebaik saja memandang wajah Aleeya.
Berani kau datang rumah aku yer, Aleeya.
"Aku tak suka kau, bukan kerana kau orang kampung tetapi kerana cara
kehidupan kita yang berbeza. Aku memang tak suka dengan perempuan yang tidak
pandai bersosial seperti kau, Aleeya. Pakai tudung, bersopan santun, semua itu
hanya lakonan semata-mata. Aku rasa kau sebenarnya berpura-pura saja sayangkan
Rayyan tetapi dalam hati kau,kau tipu diri sendiri. Aku tahulah kau sebenarnya
bekas tunang orang, malangnya bekas tunang kau tu tinggalkan kau dan berkahwin
dengan perempuan lain!" syarah mama panjang lebar. Aleeya merenung pakaian
yang dipakai oleh ibu mentuanya berbanding dengan pakaian Aleeya yang menutup
aurat, memang jauh berbeza pun. Kena lagi, itu lah sengaja datang cari
pasal. Tanpa keizinan suami pula tu. Berdosa Aleeya keluar rumah tanpa keizinan
suami walaupun niat kau baik.
"Tak benar semua itu, puan!" balas Aleeya perlahan. Memang aku anak
orang kampung tetapi abah aku pun orang berharta juga lah, bisik hati Aleeya.
"Ah, semua perempuan yang hadir dalam hidup Rayyan cakap sama seperti kau,
Aleeya. Aku sudah lali, sudah naik muak dengan perempuan mata duitan seperti
kau!" tempelak mama terang-terangan.
"Tapi saya tak sama dengan perempuan-perempuan tu..," jelas Aleeya.
"Ah, cakap tak serupa bikin. Tetapi aku boleh terima kau, dengan syarat
kau buka tudung dan ubah cara hidup kau, hidup seperti kami, mahu? Aku tak
kisah kalau kau pernah tidur dengan Ryan sebelum kahwin pun, itu bukan masalah
kami lah, yang aku tak suka ada lah tudung kau tu"
Hah? Rupanya isu terlanjur tu bukanlah persoalan kenapa mama tak suka aku? Mama
tak kisah pun tentang itu, sedangkan
Liya ni fikir sampai nak pecah kepala kerana hal tersebut. Alih-alih mama kata
tak kisah? Hish, hish, hish, Liya nak pengsan dah ni…, sebab terlampau terkejut!
Tetapi yang mama bimbangkan ada lah tudung dan cara kehidupan aku. Siap suruh buka
tudung dan tinggalkan agama lagi, Mama biar berbetul nih?
Rupanya ada
juga mama macam ini di zaman sekarang yer?