Papa minum
sampai mabuk, begitu juga dengan mama. Terpaksa lah Rayyan menghantar papa dan
mama pulang ke rumah kerana papa tidak boleh lagi memandu. Malam ini sudah
lewat benar dia pulang. Jam sudah pukul tiga pagi.
Ketika
memeluk mama, pemerah bibir mama terkena kemeja Rayyan yang berwarna putih
itu. Melekap bekas bibir mama yang
terang benderang. Aleeya nampak nanti mesti mengamuk. Aduhai cari pasal lagi
lah malam ini.
Sudah lah
terlupa bawa kunci rumah. Kalau ada kunci senang lah, tidak perlu kejutkan
Aleeya di pagi ini. Sudah pagilah Rayyan, bukan malam lagi. Cuma keadaan saja
yang gelap gelita.
Rayyan
memicit loceng rumah. Baru sekali bunyi, pintu terus terbuka. Wajah Aleeya yang
baru bangun dari tidur. Aleeya
mengenyehkan matanya dengan tangan. Masih lagi mamai barangkali.
“Abang!”
panggil Aleeya. Rayyan memegang bahu Aleeya lalu merangkul pinggang Aleeya. Bau
minyak wangi mama menusuk ke hidung Aleeya membuatkan mata Aleeya terbuka luas.
“Abang
tidur dengan perempuan lain ke?” soal Aleeya keras bunyinya. Rayyan tahu Aleeya
sudah mula marah kepadanya.
“Ha,
ah. Tengok bekas lipstik pun ada lagi nih!” ujar Rayyan sambil
menunjukkan ke bajunya yang terkena gincu bibir mama. Bukan satu tetapi tiga tempat. Terbeliak mata
Aleeya melihatnya. Genggaman tangan Rayyan di pinggangnya ditolak kasar. Tak
boleh lah kalau macam ni. Tak sanggup!
Rayyan tersenyum
panjang. Cemburuuuu....,
“Liya!”
panggil Rayyan menarik tangan Aleeya, tetapi tidak berjaya. Hati Aleeya
benar-benar terbakar. Baru sebulan kahwin dengan aku, perangai lama masih kekal
di dalam diri.
“Abang
sayang Liya lah.,”
“Di mulut
kata sayang kat Liya, di hati pun sayang Liya tetapi apa maknanya abang tidur
dengan perempuan lain?” soal Aleeya.
Rayyan menarik badan Aleeya ke dalam pelukannya. Dikucup dahi Aleeya sambil
tersenyum.
“Bekas
gincu mama lah!”
“Tipu..,”
“Pernah ke
abang tipu, Liya?”
Belum
pernah lagi lah tetapi Aleeya tak suka lah abang buat macam ni. Dirangkulnya
Aleeya kemas-kemas. Aleeya tidak menolak pelukan dari suaminya kali ini.
“Abang
suka buat Liya marah kan?”
“Liya yang
cepat naik angin, abang tak buat benda tak baik lah..,”
“Boleh
percaya ke ni?”
“Percaya
pun tak mengapa, tak percaya pun tak mengapa. Abang tak kisah,” balas Rayyan.
Dirungkaikan pelukan. Dah tiga pagi, esok nak masuk ofis pula. Aduhai, mama,
papa, bila lah kita nak hidup cara begini? Sampai ke akhir hayat ke?
“Tapi Liya
kisah!”
“Liya
memang lah, semua ambil peduli...,”
“Abang!”
“Tidur
lah. Abang mengantuk ni. Abang tahulah
batasan abang sebagai suami kepada Puan Aleeya yang kuat cemburu ni..,”
Aleeya
mengeluh perlahan. Sampai bila mahu jadi begini?