Home Novel Cinta PENGANTIN EKSPRES
PENGANTIN EKSPRES (BAB 14) - MABUK

“Ya Allah Ya Tuhan ku berilah aku kekuatan iman, kuatan hati dan perasaan untuk menghadapi suamiku. Ya Allah Ya Tuhan ku, berilah aku sejuta kesabaran untuk berhadapan dengannya dan kau lembutkan lah hatinya untuk pulang ke pangkal jalan. Amin!” doa Aleeya lewat solat mahgrib senja ini. Selepas berbual dengan suaminya, azan mahgrib pun berkumandang dan dia terus menunaikan kewajipan itu tanpa tertangguh lagi.

Hati Aleeya kembali sejuk dan tenang. Aku tidak boleh cepat melatah dengan karenah Rayyan yang sudah aku maklumi tentang dirinya. Dia memang jodoh aku, kerana sudah puas aku berfikir dan cuba menolak untuk berkahwin dengannya tetapi naluriku tetap menyuruh supaya menerima dia menjadi suami aku. Aku berkahwin dengannya bukan kerana maruah keluarga, walaupun pada awalnya aku berkahwin kerana ingin menyelamatkan maruah abah dan mak di kampung. Tetapi aku berkahwin dengannya tentulah kerana ALLAH, itu yang utama. Aku mahu mendidiknya kembali ke pangkal jalan kerana kasih sayangku sebagai seorang isteri terhadap suaminya.

Memang aku berkahwin tanpa cinta, tetapi ikatan ijab kabul antara kami sudah terlaksana, jadi wajib aku menyayanginya kerana dia adalah suamiku. Sudah nekad di dalam hati Aleeya sesiapa saja yang menjadi suami Aleeya, lelaki itu yang perlu ditaati.

Aleeya mengesat air mata di penjuru matanya sebaik saja mendengar enjin kereta Rayyan memasuki kawasan rumah. Aik kata balik lewat, sekarang belum pukul lapan sudah pun sampai ke rumah. Apa sudah jadi nih? Aleeya tidak bangun menyambut kepulangan Rayyan kerana suaminya itu begitu pantas berjalan masuk ke dalam biliknya.

Rayyan menghampiri Aleeya dan mencium dahi Aleeya yang masih di dalam kain telekung. Lalu direbahkan diri di atas ribaan Aleeya. Tangannya memegang dagu Aleeya dengan mesra dan manja. Perasaan ingin marah telah hilang kerana bersolat tadi.

“Marah lagi ke?” soal Rayyan. Dia membatalkan semua urusan bisnesnya malam ini kerana ingin memujuk hati Aleeya yang naik angin senja tadi. Orang perempuan tidak ada bezanya, cemburu memang nombor satu. Tak sangka pula Aleeya pandai cemburu. Cemburu itu tandanya mula sayang. Aleeya memang sayang kan aku pun, kerana dari sinar mata Aleeya memang sudah kelihatan erti kasih dan sayang itu. Aleeya memang seorang perempuan yang berjiwa murni, kerana di dalam hati Aleeya hanya cintakan suaminya yang seorang ini. Aku saja yang masih mahu menguji hati Aleeya dan hati aku.

“Hehehe.. siapa marah abang?” jawab Aleeya malu. Tak sampai sebulan kau sudah naik angin Aleeya? Boleh tahan juga kau yer. Baru dua minggu, tak kan dah nak tunjuk belang kut?

“Entahlah siapa yang naik angin tadi, berdesing juga telinga kena marah. Waktu mahgrib pula tu, kena sampuk ke?” balas Rayyan sambil tersenyum. Muka Aleeya sudah mula berubah. Apa yang harus aku lakukan sekarang? Malunya kepada Rayyan kerana naik angin gila tadi. Apa ideanya sekarang? Air mata mengalir perlahan, perempuan kan pelakon air mata.

“Hish, Liya, jangan buat abang macam tu lah sayang!” pujuk Rayyan. Tidak sampai hati melihat air mata isterinya mengalir membasahi pipinya yang licin dan gebu itu. Ini kali pertama melihat air mata isterinya yang syahdu itu. Rayyan segera bangun dan memeluk Aleeya dengan erat.

“Abang tak akan tinggalkan Liya biar apa pun yang terjadi kerana Liya adalah isteri abang sampai bila-bila..,” ucap Rayyan bersungguh. Aku kahwin dengan kau sebab kau terlalu istimewa di mata ku.

“Habis perempuan-perempuan tu?” soal Aleeya sekadar ingin tahu. Siapa mereka di hati abang kalau lah sudah ada Liya untuk abang?

“Tak ada maknanya.. kan abang dah jelaskan tadi,”

“Abang tipu Liya..,”

“Tipu apanya sayang, abang cakap perkara yang betul lah. Liya seorang saja isteri abang!”

“Liya tak suka abang buat macam tu,” ucap Aleeya sambil melepaskan pelukan antara mereka berdua. Rayyan mengesat air mata yang mengalir di pipi isterinya. Pertama kali melihat seorang perempuan menangis kerana perbuatannya. Sebelum ini tidak pernah lagi ada wanita yang menangis kerananya kecuali Aleeya. Jadi betul lah pilihan aku kan??

“Kenapa tak suka, abang bukan buat apa pun dengan dia orang!”

“Peluk perempuan yang bukan muhrimnya, berdosa lah cek abang sayang ooi!” ujar Aleeya mahu bangun dari tempat duduknya tetapi Rayyan menghalang.

“Kalau gitu kena peluk Liya seorang saja lah lepas nih..,”

“Abang, Liya bukan main-main lah..,”

“Ha la.. abang faham!” Aku peluk perempuan lain selain Aleeya? Mana ada. Mereka yang murah hati mahu memeluk aku. Itu memang selalu berlaku.

“Abang faham tetapi abang buat juga kan?” tegur Aleeya.

“Aik, Liya ..,”

“Okey, okey. Buat lah apa saja asalkan hati abang bahagia,” kata Aleeya sambil tersenggih saja. Rayyan mengelengkan kepalanya. Masih marah lagi lah tu.

Seperti biasa selepas makan malam, Rayyan ke kelab malam. Setakat manalah kefahaman dia kalau tetap ke kelab malam. Kononnya kerana mama dan papanya mahu berjumpa dengannya di situ. Tempat lain tidak boleh berjumpa ke? Malah dia mahu membawa Aleeya bersama tetapi Aleeya menolak. Tidak sanggup ke kelab malam untuk kali kedua.

Cubalah berfikiran positif Aleeya, Rayyan mahu berjumpa dengan orang tuanya bukan mahu mencari perempuan lain pun. Ah, aci kerat semua jari lah, kalau pergi ke kelab malam tiada perempuan yang menemani dan menari dengannya. Betul tak? Rayyan mempunya pakej yang sempurna, perempuan zaman sekarang bukannya peduli suami orang atau tunang orang. Apatah lagi lelaki boleh berkahwin sampai empat. Lelaki seperti Rayyan memang boleh berkahwin sampai empat pun, sebab dia memang berkemampuan dari segi harta dan benda.

Aduhai, lemasnya hati malam ini. Macam mana ek?

Seorang isteri mana boleh buruk sangka kepada suaminya. Tidak baik Aleeya. Segera Aleeya beristirafarg di dalam hati.

Dia tertidur lewat tetapi dikejutkan dengan suara Rayyan yang riuh membebel di luar rumah. Kenapa pulak?

“Liya, buka pintu!” jerit Rayyan. Aleeya segera berlari membuka pintu utama. Sedikit pun Aleeya tidak terkejut memandang Rayyan bersama Julia dan Johan dalam keadaan mabuk di muka pintu. Bau arak menusuk ke lubang hidung Aleeya. Berbau dan meloyakan. Malam ini Rayyan memang menunjukkan siapa Rayyan yang sebenarnya, pulang dengan keadaan mabuk pula. Hish, geramnya Aleeya.

“Kak, abang minum banyak tadi, sebab itu mabuk!’ beritahu Julia sambil memimpin abangnya masuk ke dalam rumah. Aleeya mengelengkan kepalanya. Dipegangnya Rayyan kemas-kemas yang seperti mahu terjatuh saja. Bau arak semakin kuat masuk ke dalam lubang hidung Aleeya yang sudah tidak mampu menahan rasa muak dan pening. Busuknya. Sudah tidak tahan menahan rasa loya. Macam manalah dia orang boleh minum benda yang busuk ini.

“Terima kasih, Ju kerana menghantar abang pulang!” ucap Aleeya.

“Sama-sama kak!” balas Julia sambil melangkah keluar bersama Johan. Tinggal lah mereka berdua. Aleeya cuba memimpin Rayyan ke biliknya tetapi tidak berdaya. Dia sudah naik meloya. Dilepaskan Rayyan dan Aleeya berlari ke bilik air. Termuntah segala isi perut. Mual!

“Liya!” panggil Rayyan sambil segera mendapatkan Aleeya. Diurutnya belakang Aleeya berkali-kali. Aik, tadi kata mabuk, sekarang boleh pula ikut aku? Mabuk betul ke atau apa ni?

“Kenapa? Liya mengandung ke?” soal Rayyan lagi. Aleeya mengelengkan kepalanya berkali-kali. Mata memandang wajah suaminya yang stabil saja.

“Habis?”

“Arak yang abang minum tu, Liya tak tahan lah!” jawab Aleeya jujur. Di bukanya air paip lalu dibersihkan singki yang mengandungi muntahnya.

“Hahahaha.. Liya memang teruklah. Bau saja pun sudah tidak tahan!” sindir Rayyan yang masih mengurut badan Aleeya. Dia ni mabuk ke tidak? Aku tengok sekarang okey saja, tak seperti orang mabuk pun. Aleeya mengalih badannya, mahu berhadapan dengan suaminya yang sedang berdiri di belakangnya.

“Abang..,” jerit Aleeya bila dia sudah menangkap sesuatu. Aku kena tipu lagi.

“Nak muntah lagi ke?” soal Rayyan buat-buat tidak tahu.

“Buruknya perangai abang!” ujar Aleeya sambil tersenyum.

“Abang dah tinggalkan arak tu sejak abang kahwin dengan Liya, sengaja nak uji Liya saja tadi,” jawab Rayyan sambil berlalu dari situ. Sebenarnya dia tinggalkan arak sejak Aleeya menerima lamarannya lagi. Tinggal terus. Langsung tidak di sentuhnya arak yang memualkan itu lagi. Tabiat ini boleh pula ditinggalkannya serta merta.

“Abang minum lah arak tu, jawabnya abang tidur di luar rumah. Liya tak akan benarkan abang masuk ke dalam rumah,” kata Aleeya memberi amaran. Kena cakap juga, sebab arak punca segala masalah. Kalau sudah mabuk sudah tidak kenal siapa isteri, siapa kekasih lagi lah jawabnya. Silap hari bulan tidur dengan perempuan lain pula. Itu yang membuatkan Aleeya semakin marah.

“Baiklah sayang ku si Aleeya ooi,”

“Abang janji yer, jangan minum arak lagi?”

“Kenapa tak boleh minum?”

“Arak tu kan mabuk, mabuk tu kan sudah tak sedar diri, takut nanti abang pandang semua perempuan nampak seperti Liya pula..,”

“Liya takut apa sebenarnya?”

“Liya takut abang tidur dengan perempuan lain lah..,”

“Hahahaha...., “ ketawa Rayyan, geli hati benar dengan kata-kata Aleeya.

Liya oh Liya, nak kawal abang ke apa ni, sayang?

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.