Home Novel Cinta MY HEROINE TUANKU PUTERI
MY HEROINE TUANKU PUTERI
Angel_k20
1/6/2021 11:38:48
33,767
Kategori: Novel
Genre: Cinta
PROLOG

Ruang Rahsia, Istana Besar Sakti Kota.

"TUAN hamba perlu menolong beta. Tolong beta dapatkan Puteri Indah Kencana," desak Sultan Nadim kepada Ahwaz.

"Ampun, tuanku. Patik... patik..." Ahwaz tunduk memandang lantai.

Sumpah, dia tidak berani membohongi gadis kerabat diraja kerajaan Gelang Putih tersebut. Dia bukannya pengecut, tetapi dia berpegang kepada pendustaan adalah salah satu perkara yang mendatangkan dosa.

"Tuan hamba hanya perlu menjadi beta. Itu pun payah ke, Satria?" sembur Sultan Nadim tanpa berlapik lagi. Dia murka dengan pendatang tanpa izin ini!

Melihatkan itu, sekali lagi Ahwaz berasa resah. Pengecut? Tidak. Dia bukannya takutkan si raksasa yang berada di depan matanya ketika ini. Tetapi, dia kebengangan. Kenapa dia yang perlu melalui semua ini?

Dia Ahwaz Zulfan dari tahun 2021, bukan Sultan Nadim dari tahun 1021. Hanya kerana muka mereka seiras, ia tidak bermakna dia boleh menggantikan tempat sultan tersebut dalam memperisterikan puteri gengster itu!

"Ingat, Satria. Jikalau tuan hamba tidak mahu membawa Puteri Indah Kencana ke sini, maka tuan hamba akan beta bunuh. Puteri cantik itu pun, beta akan bunuh sekali dengan tuan hamba," ugut Sultan Nadim Alam sambil menuding jari telunjuknya ke muka Ahwaz.



Next: BAB 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.