Home Novel Cinta Abang Driver!
bab 16 CANTIK!

Majlis perkahwinan Arissa berlangsung dengan meriah sekali. Abie adalah antara orang paling sibuk berada di sisi sahabatnya itu sebagai pengapit. Demi sahabat, dia sanggup bermalam di situ selama dua hari. Keluarga Arissa dan dia seperti keluarga sendiri. Adakalanya terasa lebih dari keluarganya sendiri. Itu yang selalunya membuatkan dia terasa hati. Emak dan ayah Arissa melayannya seperti anak sendiri. Tidak seperti kedua orang tuanya yang melayannya seperti orang lain.

“Hai!”

Abie tersentak bila bahunya di tepuk seseorang. Dia berpaling. Bunga di genggamannya hampir terlepas bila pandangannya di sambut dengan senyuman Zulqarnain.

“Awak…. Buat apa awak kat sini?”

“Saya? Eh… awak ni merepek apa tanya macam tu. Datang kenduri Arissa lah… mak dan ayah kirim salam kat awak. Dia tak dapat datang”

Zulqarnain hampir tergamam. Melihat Abie memakai baju bewarna putih di taburi mutiara. Potongan kurung moden itu menampakkan sedikit tubuh gadis yang ramping itu. Sekilas pandang, persis seorang model. Baru kali ini dia melihat Abie bersolek cantik. Dengan lipstik bewarna merah. Sungguh menyerlah. Pastinya orang akan tertanya-tanya siapa sebenarnya yang berkahwin. Jantungnya tiba-tiba laju, ada dendangan lagu bersiul-siul dari hati.

“Kenapa awak pandang macam tu?”

“Oh!” Wajah putih Zulqarnain bertukar kemerahan. Malu! “Tak…. Terkejut tengok awak!”

Abie menundukkan wajah. Ini semua Arissa punya fasal. Pasti lelaki itu sedang mentertawakannya. Demi sahabat, di hulur juga wajah polosnya di oles bedak. Tidak pernah seumur hidupnya berdandan seperti ini. Patutlah hampir semua keluarga Arissa terlopong melihat wajahnya, tetamu yang datang juga tidak berkelip memandang dia di atas pelamin. Ah.. malunya! Pasti hodoh….. kerja gila betul! Hatinya menjerit geram.

“Qar….. sampai juga kat sini. Ingatkan tak datang tadi”

Zulqarnain tersenyum lebar. Arissa sungguh cantik dengan baju pengantin bewarna biru laut. Terbayang pula bila dia akan jadi pengantin, tapi agaknya siapa pengantin perempuan? Adakah gadis di sebelahnya sudi? Hish… ke situ pula melalut!

“Mestilah datang, orang dah jemput” Sempat dia mencuri pandang ke arah Abie. “Mak dan ayah kirim salam. Juga ini” Kotak berbalut kertas hadiah bewarna emas itu beralih tangan.

Thank’s Qar” Arissa memaut kemas lelaki di sisinya. “Bang, inilah kawan Abie yang Is ceritakan tempoh hari tu”

“Oh…senyap-senyap awak ye Abie?” Anand menghulurkan tangan. Kemas di sambut Zulqarnain. Pandangannya beralih ke arah Abie semula. “Pergilah temankan boyfriend you ni makan. Biar I yang jaga isteri I yang cantik ni. Lagipun you tak makan lagi dari tadi, kasihan I tengok”

Abie ternganga. Glurp!.. rasa tercekik tiba-tiba. Apa agaknya yang Arissa bagi tahu laki dia ni. Siap kau Arissa…. Aku ganyang kau cukup-cukup nanti.

Arissa tersenyum lebar. Bahagianya bila dipuji begitu. Berbunga mekar hatinya. “Haa.. kau temankan Qar makan, pasti kau lapar kan…. Aku dengan Anand nak jumpa kawan dia di hujung tu” Arissa mengenyitkan matanya. Senyuman nakal dihadiahkan kepada Abie. “Qar... jemput makan ye. Kami pergi layan tetamu dulu.”

Abie bertambah geram. Grrrrr!!!! Beberapa pasang mata memerhatikan mereka berdua. Rasa mahu saja pergi dari situ.

“Awak tak nak makan ke? Takkan nak biar je saya kat sini berdiri… tak pun pelawalah duduk ke?”

Abie mendongak. Memandang wajah Zulqarnain yang sememangnya tinggi dari dia. Huh..lelaki ni memang nak kena cili mulut dia tu! Eiiiiiii kalau boleh aku nak ganyang sekali dengan Arissa.

“Awak ni kan… pergi ajelah makan. Takkan nak makan kat meja VIP kut?” Abie mula geram. Rasanya saki baki marah semasa di Nilai tempoh hari masih bersisa. Tidur malam pun masih termimpi-mimpi.

“Takkan awak nak biar saya makan sorang!”

Abie memandang tajam ke arah Zulqarnain. Pandangan mata lelaki yang penuh menggoda. Tidak segan lelaki di hadapannya tersenyum manis sambil menyambut panahan mata Abie. Abie kalah. Pantas dia menundukkan wajah. Huh, dasar lelaki!

“Awak ni kan!” Suaranya sedikit di tekan walau perlahan. tapi cukup jelas di telinga Zulqarnain.

Zulqarnain buat selamba. Sengaja menunggu Abie.

Abie mengalah. Kalau ikutkan hati, mahu dijeritnya mamat di hadapannya ini. Tapi mengenangkan di rumah orang, majlis orang pulak tu, dia akur. Dia melangkah ke meja hidangan. Matanya sekadar mengekori Zulqarnain yang mengambil nasi dan lauk. Kebetulan satu meja berdekatan dengan pelamin baru saja di kosongkan. Abie membawa Zulqarnain duduk di situ sambil melihat aksi Arissa di hadapan juru kamera.

“Cantik!”

“Ha… apa dia?” Agaknya terlalu lama dia memerhati sahabatnya sampaikan tidak dengar apa yang Zulqarnain cakap.

“Awak… cantik!” Sengaja Zulqarnain mempermainkan Abie. Merah wajah gadis itu. Bukan kerana malu, tapi marah.

“Awak ni… nak saya tinggal ke?”

“Apa pulak… orang cakap dia cantik marah pula. Saya kata kawan awak tu cantik. Sesuai dengan Anand”

Abie mengetapkan bibirnya. Geram betul!

“Awak ni tak nak makan ke? Diet?”

“Tak… tak lalu saya nak makan” Selamba saja Abie menjawab. Walhal perutnya lapar minta di isi.

“Nak saya suap ke?”

“Awak…. Boleh tak makan cepat. Jangan nak merapu boleh tak?”

“Apa pulak merapu… saya betul nak suapkan awak. Tengok pengantin pun tengah makan suap-suap. Awak yang sehari duduk di tepi Arissa tak lapar ke?” Sengaja dia menduga gadis di sisinya. “Sedap tau… rugi awak tak makan”

“Hmmm… awak makan ajelah” Abie bertambah geram. Semakin di layan, semakin gila rasanya. Cepat dia makan cepatlah dia pergi. Rimas betul menghadap lelaki yang menyakitkan hatinya.

“Awak ni kalau tak muncung macam tu tak boleh ke?” Zulqarnain menyudahkan makannya dengan segelas air sirap tembikai. Sedap betul, apatah lagi di minum ketika panas terik begini. Nasi di atas pinggan licin. Masakan mereka sungguh menyeleakan. “Awak…. Boleh tak awak tolong saya ambilkan pudding tu lagi. sedap betul, tak puas saya makan tadi”

Abie mendengus geram. Tapi dia bangkit juga menuju ke meja hidangan. Dia sebenarnya juga ingin merasa puding itu sebelum kehabisan. Tekaknya juga haus, seharian duduk di pelamin mengapit sahabatnya itu.

Tetamu semakin ramai. Abie terpaksa beratur panjang menunggu di meja pencuci mulut. Matanya melilau kiri dan kanan. Pengantin masih sibuk melayan tetamu yang datang. Walau pun sudah jam 3.00 petang, tetamu datang semakin ramai. Suasana di bawah khemah semakin rancak dengan gelak ketawa.

“Abie”

Abie berpaling. Lembut suara pemanggil membuatkan dia berpaling 90 darjah. “Eh, Encik Azfar. Baru sampai ke?”

“Haa… baru lagi. ramai orang kan?”

“Tu lah… tak putus lagi tetamu nya. Rasanya ramai yang di jemput” Tiba-tiba terasa segan berhadapan dengan bosnya yang kecil molek itu. Hanya tinggi sedikit dari dia. Wajahnya yang iras-iras Amir Khan membuatkan ramai rakan sepejabatnya menaruh hati. Tapi sayang, yang dia tahu lelaki di hadapannya ini sudah pernah berkahwin dan memiliki dua orang cahaya mata. Kegarangannya membuatkan semua staf akhirnya tidak gemarkannya. “Encik Azfar dah makan ke?”

Azfar menggelengkan kepala. “Saya kan baru sampai. Nampak semua meja penuh. Tak ada yang kosong pun lagi”

Abie mengangguk setuju. Matanya liar memerhati kalau-kalau ada meja kosong untuk bos kesayangannya ini. Hurmmm sayanglah juga sebab bos ini yang bagi pinjam duit masa dia susah tempoh hari.

“Apa kata Encik Azfar ambil makanan dulu. Lepas tu Encik join saya makan di hujung khemah tu…. Itu pun kalau Encik Azfar tak kisah. Oh lupa pulak, Encik Azfar seorang aje ke?” Baru Abie perasan. Lelaki itu sendirian. Kalau dengan isteri tak mungkin lelaki itu masih terpaku di sisinya.

“Seorang ajelah sekarang ni Abie…. Nak buat macam mana”

Abie tergamam. Ada maksud lain di sebalik kata-kata lelaki itu. Arghhh pedulikan!

“Ok… kalau macam tu jumpa Encik di sebelah sana nanti ya”

Azfar tersenyum lebar. Sambil kepalanya mengangguk perlahan. Hatinya berbunga-bunga menerima pelawaan Abie. Tiba-tiba rasa tidak sabar untuk beratur mengambil makanan dan duduk di sisi Abie. Aduh hati lelakinya!


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.