Home Novel Cinta Suamiku Si Tuan Rumah!
Suamiku Si Tuan Rumah!
Nurul Izah
10/2/2014 15:53:16
580,982
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 25

Fahmi memandu keretanya tanpa arah. Sudah beberapa kali Sofia menghubunginya dia biarkan saja telefon bimbitnya menyanyi minta diangkat. Dari satu jalan dia memasuki satu jalan lain. Hujung minggu begitu Kuala Lumpur memang terkenal dengan kesibukan lalu lintasnya. Tidak hairan bila beberapa kali dia terpaksa mendengus kasar bila keretanya tidak dapat bergerak. Terbayang-bayang wajah Nur Alia dan Ikbal yang ketawa gembira di dalam bas. Sambil tangan Nur Alia melingkar di lengan Ikbal. Argh..... kenapa harus aku fikirkan.... Sesaat kemudian telefon bimbitnya kembali menyanyi. Fahmi mengeluh kecil. Akhirnya dia akur menjawab panggilan Sofia. Sambil memandu dia terlihat papan tanda menuju ke KLCC. Afasalahnya.......

Seharian menemani Sofia di KLCC begitu membosankan. Sedangkan inilah rutinnya dulu sebelum Nur Alia hadir dalam hidupnya. Dari panggung wayang, Sofia mengajaknya makan di restoran kegemarannya. Fahmi hanya mengikut sahaja. Lengan Fahmi sudah panas dengan genggaman Sofia yang seakan tidak mahu melepaskannya. Selesai makan, Sofia mengajaknya membeli belah di Isetan. Rasai bagai mahu tercabut lututnya. Bermula dengan alat solek, kemudian pergi memilih baju dan seluar akhir sekali tidak segan silu gadis itu mengajaknya membeli pakaian dalam. Fahmi menyuruh Sofia pergi sendiri dan berjanji akan menunggunya di bahagian pakaian lelaki. Tidak sanggup dia memalukan diri sendiri. Puas sudah berjalan, Sofia mengajaknya menuju ke Sogo. Katanya ada jualan murah di sana. Nasib baik Datin Ani menghubunginya dan menyuruhnya pulang segera. Datin Ani mahu terus pulang ke Melaka malam itu juga. Sofia terpaksa akur meskipun dengan rajuk yang bersisa.

Sampai di rumah, Fahmi terus mengemaskan baju-bajunya. Uminya sedang menunggu di ruang tamu sambil berbual dengan Mak Jah juga Sofia. Fahmi nekad, dia membuat keputusan untuk tidak akan kembali ke rumah itu lagi. Semua urusan di situ sebenarnya sudah selesai. Hanya alasan saja yang selalu diberikan kepada uminya. Mereka sudah mendapat pelabur yang baru bagi menguruskan cawangan di Putrajaya. Fahmi memandang sepi biliknya. Bilik dia menghabiskan masa bermimpi tentang Nur Alia. Segalanya akan berlalu.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.