Menjelang
subuh barulah dia dapat melelapkan mata. Itu pun hanya seketika. Bila terdengar
saja azan subuh, dia pantas menunaikan kewajipan sebagai umat islam. Tidak
berlengah, demi untuk menghilangkan segala kerisauan dihatinya dia mengambil
peluang untuk berjoging. Dia bercadang menuju ke Presint 15. Ada sebuah taman
di situ tempat tumpuan orang Putrajaya untuk berjoging.
Jam
baru menunjukkan pukul 8.30 pagi. Setiap ceruk taman sudah dijelajahnya.
Akhirnya dia mengambil keputusan untuk pulang. Tiba-tiba perutnya lapar.
Teringat pula keenakan roti pisang kedai mamak presint 15 yang menjadi
kegemarannya. Apatah lagi menghirup teh tarik yang power rasanya. Wah lepas ni
nampak gayanya kena lari lagi sepuluh kilometer. Baru saja dia berusaha
mencairkan lemak.
Ketika
tiba di kedai mamak tersebut semua kerusi sudah penuh dengan pelanggan. Lama
dia meninjau sekeliling sebelum dia ditegur seseorang.
“Jumpa
pun awak kat sini!”
Najah
berpaling. Wajah yang membuatkan seleranya mati muncul di hadapannya. Apa yang
mamat ni buat kat sini pagi-pagi? Tak kerja ke dia hari ini?
“Jom
kita minum sama….. pasti awak sorang aje kan?”
Ish
mamat ni…. Tak malu betul!
“Jom
lah.. itu pun kalau awak nak barang awak yang tertinggal dalam bas”
“Ha!
Barang?.... Barang apa?” Tiba-tiba dia teringat telefon bimbit kesayangannya. “Handphone? Tertinggal dalam bas ke?”
Lelaki
itu sekadar menjungkitkan keningnya yang lebat sambil tersenyum nakal. Senyuman
yang membuatkan Najah semakin geram.
“Kalau
awak nak temankan saya makan dulu. Lepas tu saya bagi”
“Awak
nak ugut saya ke? Saya tak kisah pun dengan handphone
tu” Najah cuba berkeras menunjukkan dia bukan perempuan yang mudah dipujuk
rayu.
“Betul?.....
kalau macam tu tak apalah. Boleh saya simpan buat koleksi. Lagipun handphone baru, pasti mahal awak beli
kan.”
“Awak
ni!.......”
“Nak
tak? Bukan susah pun. Temankan saya minum teh tarik, makan roti pisang yang
sedap tu… lepas tu saya bagilah kat awak. Lagi satu, saya tak suruh awak bayar
pun. Saya nak belanja awak hari ini”
Lama Najah berfikir sehingga pelayan kedai jemu
menunggunya terus berlalu meninggalkan mereka berdua. Akhirnya Najah mendengus
kasar. Lelaki di hadapannya sudah mendapatkan tempat duduk di luar. Dengan
perasaan geram dia menuju ke meja lelaki tersebut.
“Awak
nak minum apa?”
“Bagi
teh tarik dengan roti pisang, lepas tu saya nak nasi goreng ayam satu, kari
kambing satu. Lepas tu saya nak roti sardin satu, ayam tandori dengan set roti
nan cheese satu. Yang tu awak bungkus ye” Najah tersenyum sinis ke arah lelaki di
hadapannya. Padan muka! Nak sangat belanja kan, ha bayar semua yang aku order.
“Cukup
ke? Itu aje? Tak nak tambah lagi?” Zulqarnain memandang wajah gadis di
hadapannya. Senyumannya meleret lalu memandang wajah pelayan yang sudah
kehairanan. “Bungkuskan juga nasi beriani satu lepas tu nasi lemak tambah ayam
goreng satu, bungkus sekali kari daging”
“Awak
ni memang suka kacau orang ke? Atau awak memang tak ada kerja nak paksa-paksa
orang”
“Awak
ni….. saya nak belanja makan pun salah ke? Nasib baik saya yang jumpa handphone tu. Kalau tak, entah dah
hilang ke mana agaknya”
“Bagi
balik handphonesaya tu!”
“Kan
saya kata temankan saya makan dulu. Lagipun banyak yang awak pesan. Nampaknya
lamalah kita duduk kat kedai ni nak habiskan semua yang awak pesan tadi” Suka
betul Zulqarnain melihat Najah merengus geram. Wajahnya yang putih menjadi kemerahan
menahan geram. “Saya Zulqarnain, mak dengan ayah saya panggil saya Qar. Nama
awak Najah kan? Ayah yang cakap. Dia kirim salam kat awak. Dia kata kalau
senang, datanglah ke rumah. Mak saya pun nak berkenalan dengan awak”
“Waalaikum
salam”
‘Tak
payah nak kenalkan nama, aku tak nak tahu pun. Suka hati dia nak jual nama mak
bapak dia. Pak cik Man tu tak lah gatal macam anaknya’
“Dari
tadi saya perhatikan awak kat taman tu. Saya pun selalu joging kat situ. Awak
tak perasan pun kan saya follow
belakang awak tadi”
“Eh
awak ni kan…. Saya report polis baru tau”
“Apa
pulak!..... Kebetulan. Saya pun tak perasan itu awak. Saya follow aje. Masa awak duduk kat buaian tu baru saya perasan. Awak
ingat saya ni tak ada kerja nak ikut awak?.... Saya pun tak sangka awak kat
depan saya sampailah masa nak ke sini. Saya perasan baju yang awak pakai tu”
“Alasan…
orang lelaki memang pandai buat alasan”
“Dari
bertekak terus dengan awak, baik kita makan. Saya dah lapar ni. Awak pun suka
roti pisang kan?”
Najah
membisu. Sengaja tidak mahu menjawab soalan lelaki yang memperkenalkan dirinya
sebagai Zulqarnain itu. Cepat dia habiskan makanan yang sudah sejuk itu, cepat
juga dia pulang. Cepat juga dia dapat semula telefon bimbitnya.
“Saya
nak cepat ni… baik awak bagi sekarang handphone
tu!” Geram betul melihat Zulqarnain seakan mempermainkannya. Dari tadi lagi
lelaki itu selesai makan tapi sengaja melengahkan dengan membaca surat khabar
yang baru dibelinya. “Awak dengar tak apa saya cakap!”
“Kejap
la… ada berita best ni” Zulqarnain
sengaja melengahkan. Entah kenapa dia suka menyakat Najah. Dari mula dia
dipertemukan dengan gadis itu ada rasa yang bermukim dihatinya.
“Awak
ni… saya ada hal kejap lagi. Bagilah cepat handphone
tu”
“Lagi
penting ke hal awak tu dari handphone
kat tangan saya ni”
“Awak!
Kalau awak tak nak bagi saya jerit sekarang.....”
“Kalau
berani jeritlah… saya tak kisah pun. Awak juga yang malu, dari tadi lagi awak
duduk dengan saya di sini tiba-tiba pula nak menjerit. Mesti orang ingat awak
gila”
“Hei
awak ni! Awak memang nak kenakan saya kan”
“Ok,
jom….”
Zulqarnain
bangkit dari duduknya lalu menuju ke kaunter. Selepas membayar harga makanan
yang hampir mencencah 50 ringgit itu dia menuju ke kereta yang diparking
seberang jalan.
Hati
Najah bertambah geram. Meluap-luap marahnya. Tidak pernah lagi dalam hidupnya
dipermainkan begini. Kalau dia tahu begitu sukar mendapatkan telefon bimbitnya
semula dia rela dari menahan segala rasa yang ada sekarang. Pandangannya tajam
ke arah Zulqarnain yang sudah berdiri di sisi kereta viva merah. Sambil
senyuman nakal bermain di bibir lelaki itu lelaki itu melambaikan tangan
mengarahkan dia untuk datang ke sana.
‘Tak
pe sabar… lepas dah dapat handphone
tu aku tak hingin nak jumpa dia lagi!’ langkah najah diatur laju menuju ke arah
Zulqarnain.
“Cepatlah
bagi handphone tu balik! Awak
janganlah nak mainkan saya macam ni. Saya ada hal kejap lagi ni” Najah cuba
berlembut sedikit dengan harapan lelaki itu mahu mengasihaninya.
“Jomlah
ambil handphone awak… handphone tu ada kat rumah saya”
“Awak
dah gila ke! Suka hati awak aje nak ajak saya balik ke rumah. Awak ingat saya
ni apa ha!... tak pelah saya tak nak handphone
tu. Awak ambillah, tapi ingat saya tak halalkan tau!”Najah sudah berkira-kira
untuk pulang. Lagi lama dia di sini lagi sakit hatinya.
“Awak
ni marah pula. Kalau awak tak percaya ni cakap dengan ayah saya. Dia ada kat
rumah sekarang” Zulqarnain menyerahkan handphone nokia 3310 milikya ke arah
Najah. Gadis itu masih berdegil tidak mahu memandangnya. Semakin seronok pula
dia mengenakan gadis itu. “Ye lah takkan saya nak bawa benda tu kehulu kehilir.
Kalau hilang kat tengah jalan lagi susah. Dah lah handphone mahal, tak macam handphone
saya, baling katak kat tepi kolam aje. Kalau saya nak simpan dalam bas, bas tu
bukan hak saya, nanti ada pulak yang selongkar. Itu sebabnya saya tinggalkan
kat rumah. Saya nak call awak pun tak
tahu macam mana. Saya nak pergi rumah awak pun tak tahu tingkat berapa. Dah
kebetulan jumpa kat sini saya nak bagilah…. Bukan saya nak mainkan awak”
“Tak
pelah… kalau sampai nak kerumah awak, minta maaf ajelah. Saya tak nak handphone tu. Awak ambil je lah. Ok thanks sebab dah belanja saya segala
bagai ni” Najah menunjukkan bekalan yang ada di tangannya.
“Kalau
awak tak percaya cakap dengan ayah saya. Dia kat talian sekarang”
Najah
serba salah. Skrin telefon bimbit di tangan Zulqarnain menunjukkan seseorang
sedang menunggu di talian. Entah kenapa dia mencapai telefon bimbit di tangan
Zulqarnain.
“Ha
Najah… pakcik ni. Marilah datang ke rumah. Lama tak jumpa Najah. Memang betul handphone tu ada kat rumah. Datanglah
kami tunggu ye”
Dalam
tidak sedar Najah mengiakan saja permintaan lelaki yang ditalian. Suara Pak Cik
Man memang mengharap dia datang. Najah mengeluh kecil. Seakan tidak diberi
pilihan akhirnya dia setuju mengikut Zulqarnain. Sepanjang perjalanan dia diam
seribu bahasa. Juga Zulqarnain. Tidak sampai sepuluh minit mereka tiba disebuah
rumah banglo setingkat tidak jauh dari Putrajaya.
Rumah
yang dibina di kawasan kampung itu memang menarik perhatiannya. Cantik. Dengan
beberapa pokok rambutan di laman rumah yang sedang berbuah lebat. Juga sebuah
pokok mangga yang buahnya juga bergayut hampir menyembah bumi. Beberapa pasu
bunga kertas yang bewarna-warni tersusun rapi menyambut tetamu yang datang di
halaman rumah. Kawasan tanahnya yang luas dan dijaga rapi membuatkan dia
terpegun seketika.
“Assalamualaikum….”
“Waalaikumsalam…
Ha Qar mana Najah nye?”
Seorang
perempuan separuh abad keluar dari rumah. Senyumannya lebar menyambut
kedatangannya pagi itu. Salam dihulur disambut Najah.
“Jemputlah
masuk”
Senyuman
Mak Sri semakin lebar melihat wajah Najah. Patutlah suaminya berkenan dengan
budak perempuan ini. Sejuk mata memandang. Lembut saja rupanya.
“Terima
kasih mak cik. Cantik rumah makcik ni” Lembut saja suaranya keluar dari anak
tekak. Mata Najah tidak puas memerhati rumah yang penuh suasana kampung. Tiba-tiba
saja hilang segala marahnya tadi bila bertemu wanita yang pastinya emak
Zulqarnain iaitu isteri Pak Cik Man.
“Anak
mak cik yang tolong. Adiknya Qar ni dua orang perempuan. Sukalah menghias bagai.
Nak harap mak cik ni tak larat. Semenjak pak cik kamu pencen, lagi senang.
Hari-hari dia sapu laman rumah tu. Tu yang nampak kemas aje”
“Sampai
pun kat rumah pak cik… Najah sihat? Lama kita tak jumpa kan?”
Najah
berdiri. Senyumannya lebar menyambut Pak Cik Man yang muncul dari dapur.
“Ni
lah ayah, dia tak percaya Qar. Dia ingat Qar nak tipu dia agaknya” Zulqarnain
yang sudah duduk di sisi emaknya memandang Najah.
“Ye
lah mana taknya… kamu ni lelaki dah lah tak pernah kenal dengan dia. Kenalah
berhati-hati” Pak Man menyambung lagi.
“Alhamdulillah,
jumpa lagi dengan pakcik. Semenjak dah pencen ni, nampak berseri-seri ye
pakcik. Nampak sihat aje”
“Ye
lah Najah, mak cik kamu dah jaga makan minum pak cik. Pantang duduk aje ada ajelah
yang dihidang. Kopi lah, teh lah, cucur udang lah. Mana tak makin sihat” Pak
Man beralih pandang ke arah isterinya. “Ha mana airnya? Qar, pergi ambil air
yang mak kamu buat tadi. Jangan lupa ambil cawan sekali”
“Eh..
tak payahlah…. Kami dah minum di kedai tadi. Qar pun siap beli macam-macam lagi
untuk pak cik dan mak cik. Ada kambing, nasi beriani, nasi lemak, ada roti
nan…. Qar tak bawa turun ke makanan tadi? Pergilah turunkan dari kereta”
Zulqarnain
tercengang. Bila teringat segala bungkusan makanan dalam kereta dia tersenyum.
‘Pandai kau kenakan aku balik’
“Ye
ke Qar… kenapa beli macam-macam. Tadikan emak dah kata nak masak kejap lagi”
Mak Seri memandang anak terunanya.
“Oh…
tadi teringin nak makan. Beli lebih sikit.. kan mak suka makan roti nan dengan
cheese,” Zulqarnain berdalih. Takkan mahu bertekak dengan Najah di hadapan
orang tuanya.
“Ha
Qar, pergilah ambil handphone Najah
kat atas meja tu. Kesian kat dia” Mak Sri menyambung lagi. “Nasib baik Qar
jumpa dalam bas. Kalau orang lain tak tahulah Najah. Tapi eloklah tu, dapat mak
cik berkenalan dengan Najah. Dari dulu lagi pak cik kamu ni suka bercerita pasal
kamu. Teringin juga nak kenal kamu. Tak sangka pula Allah pertemukan kita hari
ini”
“Tu
lah kan mak cik. Tak sangka pula. Mungkin sebab tu tertinggal dalam bas. Nak
pertemukan kita agaknya”
“Ha
ni handphone awak. Cek lah dulu
kot-kot ada yang terdelete ke…Tapi
sebelum tu saya nak minta maaf, saya dah buka handphone tu. Nampak gambar awak
pakai baju pengantin. Cantik! Saya cuma Nak cari no phone kawan awak, atau sedara awak
ke tak sangka pula nampak gambar tu dulu”
“Tak
pelah. Terima kasih banyak sebab tolong simpan untuk saya” Najah cuba sabarkan
hati. Dengar saja gambar itu yang Zulqarnain lihat, membuatkan darahnya
meluap-luap. Nasib baik ada Pak Man dan isterinya. Kalau tidak, entah apa yang
dibuatnya dengan lelaki itu.
‘Eh
baik pula aku dengan mamat ni… huhuhu berlakon beb, depan orang tua kenalah
tunjuk baik. Kalau ikutkan hati nak aje aku cakap anak dia ni dah tak betul.
Asyik kacau aku aje dalam bas’ Najah tersenyum manis.
“Kalau
macam tu saya balik dululah. Handphone
pun dah dapat”
“Laa
cepatnya nak balik” Pak man bersuara.
“Ada
hal pak cik kejap lagi nak jumpa orang”
“Ooo…
ye la. Lain kali datanglah sini. Cakap aje dengan Qar bila nak datang. Boleh
mak cik masakkan nasi lemak sotong yang Najah suka tu”
Teringat
nasi lemak sotong yang selalu dia pesan dengan Pak Man. Isterinya berniaga nasi
lemak katanya. Itu sebabnya dia selalu pesan beberapa bungkus. Kawan-kawannya
sendiri semenjak rasa nasi lemak Mak Sri selalu minta dibelikan lagi. Nasi
lemak Mak Sri memang sedap.
“InsyaAllah..
kawan-kawan saya pun tanya kenapa Mak Sri tak niaga dah”
“Pak
cik kamu dah pencen, mak cik pun nak macam tu juga. Nak berehat. Dah berpuluh
tahun mak cik berniaga. Tapi kalau Najah nak, mak cik boleh buatkan. Nanti
Najah cakap aje bila nak datang, boleh kita makan ramai-ramai”
Najah
sekadar mengangguk. Baik sungguh suami isteri ini. Bila terkenangkan anaknya,
fuh! Jauh panggang dari api.
Ketika
Najah masuk ke dalam kereta, baru dia teringat makanan yang berbungkus-bungkus
di tempat duduk penumpang. Dicapainya kesemua bungkusan tersebut lalu
diserahkan kepada Mak cik Sri.
“Ni
mak cik yang Qar beli tadi. Takut dia lupa nak turunkan dari kereta”
Mak
Sri menyembut semua bungkusan dari tangan Najah sambil diperhatikan dengan
Zulqarnain. ‘Suka betul dia borong semua tu lepas tu jual nama aku pulak!’
Zulqarnain memandu keluar dari
perkarangan rumah. Najah di sisinya sudah tersenyum puas sambil membelek handphone ditangan. “Senang hati awak
kenakan saya kan… dah lah borong semua makanan tu lepas tu cakap kat emak saya,
saya yang beli”
“Ye ape… bukan awak yang belanja
tadi?. Eloklah tu, tak sia-sia saya order…tak payah mak awak nak masak hari ni.
Bagi dia rehat.”
“Senang hatilah tu dah dapat handphone. Tunggu pak we call ke? Mesti semalam awak tak boleh
tidur kan”
“Eh cakap baik-baik sikit ye….
Mestilah senang hati. Awak tau tak dalam handphone
ni macam-macam ada tau. Sebahagian memori saya dalam handphone ni. Awak apa tau…..and
awak!”
Jari telunjuknya yang runcing dihalakan ke arah Zulqarnain. “Lain kali jangan
suka tengok gambar kat handphoneorang….
Nasib baik saya maafkan awak kali ni”
“Eleh, gambar aje pun. Bukannya apa,
lagipun dah terbuka, nak buat macam mana…. Awak ni suka sangat bergantung
dengan handphone. Tengok saya ni,
pakai handphonebiasa aje. Hidup
juga”
“Awak lain… handphone saya ni sebahagian kerjaya saya tau. Kalau saya nak
explain panjang-panjang pun belum tentu awak faham”
“Ye la… orang kerja kat office macam awak. Tak macam saya ni”
Rendah suara nada Zulqarnain.
“Tau tak pe!” Sengaja Najah menekan
suranya.
Hanya beberapa minit saja mereka
mereka sampai di kuarters tempat Najah tinggal.
“Ok… thanks ye sebab simpankan telefon saya. Bye” Pantas Najah berlalu pergi. Yang dihajat sudah ada ditangan.
Tak perlu bertemu lagi dengan mamat tak betul tu.
Zulqarnain hanya ketawa kecil
melihat langkah Najah yang laju. Puas hatilah tu dapat yang dicari. Dia sendiri
puas hati kerana gambar Najah ada dalam simpanan I-padnya, gambar itu yang
boleh ditatap setiap hari, hati Zulqarnain tiba-tiba berbunga, mekar mewangi
membuatkan dia tersenyum sendiri. Ketika tubuh Najah hilang di lif, barulah dia
bergerak pulang. Hmmm Najah… Najah… semanis wajahnya.