Home Novel Cinta Abang Driver!
bab 14, Hatinya Penuh Duka

Zulqarnain meraup wajahnya beberapa kali. Bukan mudah untuk melupakan peristiwa hitam itu. Walau sudah hampir dua tahun berlalu, rasanya masih segar dalam ingatan. Jeritan dan tangisan masih terngiang-ngiang di telinga. Tidur malamnya tidak pernah lena. Ada kalanya semakin dia sukar melelapkan mata. Ada kalanya berjam lamanya dia berteleku di atas sejadah meminta Allah memberinya kekuatan. Dia tidak mampu menanggung sendirian. Dia tidak mampu…. Apatah lagi segala impiannya, segala cita-citanya, kerjayanya….. musnah sekelip mata.

Ketika dia hampir melanggar Aby semalam hampir saja dia menjadi gila. Sepantas kilat segala-galanya muncul di depan mata. Jantungnya berdegup kencang. Namun melihat wajah gadis polos yang menggegarkan hati lelakinya. Sedikit sebanyak dia mula bertenang. Dia cuba tersenyum. Dia menyesal memarahi Aby begitu rupa.

Emak dan ayahnya merata mencari air penawar. Pantang dengar saja orang pandai, pantas mereka pergi. Bermacam-macam air di minum. Dari jernih sehinggalah keruh…. Di telan demi menghilangkan ketakutannya. Akhirnya dia sendiri mengalah. Dia sendiri menegah kedua orang tuanya mencari lagi air penawar. Dia baru tersedar, mungkin selama ini dia alpa. Selama ini dia leka, Allah memberinya peluang sekali lagi untuk kembali ke pangkal jalan. Dia akhirnya redha. Tapi jauh di sudut hati dia ingin bebas…. Melihat langit biru yang indah.

“Qar…”

Zulqarnain tersentak.

“Tak tidur lagi? Masih tak boleh lena?”

Zulqarnain mengangguk perlahan. keluhan berat di lepaskan. Si ayah sudah tahu. Tidak perlu di ceritakan lagi. Tidak perlu di luahkan lagi. Mereka turut menanggung sekali. Mereka turut sedih melihat dia berubah begini.

“Sabarlah Qar, yang berlaku pasti ada hikmahnya. Banyakkan berdoa. Qar harus lebih dekat dengan DIA. Dia yang maha mengetahui Qar. Apa yang penting Qar harus ingat, apa yang berlaku bukan salah Qar”

“InsyaALLAH ayah… Qar akan terima segala yang DIA berikan dengan redha. Qar tak minta untuk perkara itu hilang dari ingatan Qar. Tapi Qar cuma mahu lebih kuat. Lebih berani. Qar mahukan segala-galanya kembali seperti dulu. Qar rindu. Qar rindu kerjaya Qar ayah…. Tapi yelah…. Qar belum cukup kuat untuk lakukannya sekali lagi. Qar tak mampu lagi”

Pak Man menepuk lembut bahu anaknya. Sakit jiwanya melihat anak lelakinya menderita. Sakit jiwanya melihat Zulqarnain begini. Tapi bukan mudah untuk kembali. Dia dan isterinya sentiasa berdoa, dia mahu Zulqarnain gembira kerana dia tahu bukan tempat anaknya di sini.

“Ayah sentiasa doakan yang terbaik untuk anak-anak ayah. Qar…. Ayah pun tak sabar tengok Qar kerja macam dulu lagi. Ayah tahu ini bukan tempat Qar”

Zulqarnain sekadar tersenyum nipis. Memang mudah menyulam impian. Namun bila datang ribut melanda, segala mimpi pun akan punah. Bukan senang mencipta harapan baru. Bukan mudah dia mengharungi hidup selama dua tahun ini. Seksa batinnya meratapi air mata yang tumpah dari wajah yang masih tidak mengerti. Di saat itu dia di buru rasa bersalah. Bila teringat kembali wajah yang tidak berdosa itu, dia di hambat seribu sesal.

Tidak sedar pipinya sudah basah. Air mata lelakinya tidak mampu di bendung. Sehingga ke hari ini, dia tidak mampu menemui seraut wajah yang meruntun jiwanya. Tidak mampu bersemuka dengan ketulusan hatinya. Dia pasrah. Dua tahun hidup tanpa arah. Dua tahun hidup tanpa mempedulikan apa-apa. Dia bersyukur, akhirnya dia sedar. Kelekaan, kealpaan, keinsafan akhirnya membawa dia kembali ke pangkal jalan.

“Qar… sudahlah tu. Usah ditangisi. Sudah ajal mereka begitu”

“Qar rasa bersalah sangat ayah,…. Sampai hari ini Qar tak mampu menanggung rasa itu. Bagaimanalah agaknya hidupnya tanpa orang tua di sisi. Bagaimana dia meneruskan hari-harinya ayah….. Qar di sini masih ada ayah dan ibu, masih ada adik-beradik. Dia…. Dia sebatang kara”

Pak Man mengusap bahu anaknya. “Sabarlah Qar…. ALLAH ada, Qar kena yakin qada’ dan qadarNya”

“Qar….” Zulqarnain tidak mampu meneruskan kata-katanya lagi. Terketar-ketar bibirnya menahan tangis yang semakin menghimpit jiwanya. Lemah, dia lemah…

“Sabarlah… sabarlah Qar. Ayah tak sanggup tengok Qar sedih begini” Pak Man memeluk Zulqarnain. Basah bahunya dibanjiri air mata lelaki itu. Dia sendiri puas menahan setiap cerita yang mampu membuka cerita lalu. Dia tidak sanggup melihat anak lelaki yang dulu banyak membuatnya ketawa merana. Bahagianya adalah kebahagiaan anak-anaknya.

Di sebalik daun pintu, Mak Seri menahan sendunya. Sudah beberapa kali dia menyeka air mata dengan hujung bajunya. Dia sudah pasti mimpi itu berulang lagi. Dia ibu yang melahirkan. Ibu yang membesarkan dengan setiap impian. Tatkala impian anaknya musnah dialah yang paling sakit. Tapi dia harus kuat, dia mahu semangat Zulqarnain pulih sepenuhnya. Dia mahu anaknya kembali tersenyum seperti dulu lagi.

Memang benar, dulu dia sentiasa berdoa anaknya kembali ke pangkal jalan. Dia sentiasa berdoa anaknya berubah. Tapi siapa tahu apa yang ALLAH sedang rencanakan. Lelaki itu berubah, lelaki itu kembali seperti yang di hajatkan tatkala dia menadah tangan. Tapi kembalinya membawa seribu luka. Luka yang memuatkan dia turut merasakan penderitaannya.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.