Home Novel Cinta Abang Driver!
bab 12, Ada hati yang terpaut

Hampir seminggu selepas berkursus termpoh hari baru Azfar kembali ke pejabat. Hatinya tidak tenang. Terasa seminggu itu terlalu lama. Ketika tiba, keadaan masih awal. Tidak ramai pekerja yang datang seawal itu. Matanya terus menangkap gadis yang khusyuk merenung skrin komputer.

“Aby!”

Aby mendongak. Wajah Azfar di pandang. Lelaki itu tersenyum nipis kepadanya.

“Dah makan?”

Sebaris senyuman di hadiahkan kepada bosnya itu. Lelaki yang kata orang garang dan suka marah-marah itu di pandangnya sekali lagi. Aneh, tidak pula pada dirinya. Bukannya tidak pernah marah, memang pernah dia kena marah. Pernah di tegur sampai dia tergamam. Tapi baginya itu majikannya. Itu bosnya di pejabat dan dia tahu setiap marah Azfar ada sebabnya.

“Saya tanya awak dah makan ke belum?”

Wajah Aby merona merah. “Puasa, Encik Azfar”

Azfar mengangguk. Tiada alasan lagi untuk bertanya perkara lain. Melihat Aby kembali menatap skrin komputer, dia berlalu pergi.

Aby hanya memerhati sehingga kelibat lelaki itu tiada dalam pejabat. Pelik! Tak penah-pernah dia tanya pasal dah makan ke belum…. Hurmmm….. mimpi apa agaknya Encik Azfar semalam?

“Wei… apasal kau senyum sorang-sorang!”

“Mana ada… pandai-pandai aje kau ni”

“Aku nampak….. apasal orang tua tu tadi?”

“Orang tua mana?” Aby buat-buat tidak faham apa yang Arissa maksudkan. Dia kembali tekun membuat kerja-kerjanya yang tertangguh.

“Orang tua kesayangan kau tu la… ish macam la tak tahu…. Ke, kau buat-buat tak faham!”

Aby ketawa kecil. “Dia tanya aku dah makan ke belum”

“Ha!”

“Tutup sikit mulut kau tu!” Aby menepuk bahu Arissa. Dia menjeling geram dengan gelagat Arissa.

“Entah-entah?” Arissa menyiku Aby.

“Entah-entah apa?” Aby berdiri. Dokumen yang sudah di cetak di ambil dan di bawa ke mejanya. “Kau ni tak ada kerja ke? Baik kau balik ke tempat kau…”

“Hurmm yer laaaa….” Arissa berjalan beberapa langkah kemudian dia berpaling semula kepada Aby yang tekun menghadap kertas-kertas di atas meja. “Entah-entah dia jatuh cinta kat kau tak?”

“Kau ni…. Mulut tak ada insurans apa! Dah lah.. aku banyak kerja ni. Kalau tak siap kau teman kan aku malam ni!”

“Huh! Tak kuasa aku… aku nak keluar dengan tunang aku”

“Yer la orang ada tunang.....”

“Apasal pulak! Kau kan ada abang bos!”

Aby membuntangkan matanya. Memang mengarut si Arissa ni kalau di layan. Dia memberi isyarat dengan tangan supaya Arissa kembali ke tempat duduknya. Arissa ketawa kecil. Ketawa yang membuatkan Aby semakin geram.

Aby kembali meneliti laporan di kertas. Esok Azfar ada mesyuarat di luar. Laporan itu harus di hantar petang ini untuk di semak semula. Kalau ada penambahbaikan, esok dia boleh buat. Tidak terasa jam sudah menunjukkan pukul 2.00 petang. Waktu rehat sudah pun tamat.

“Nah!”

Aby mendongak. Sekali lagi wajah yang bermain di fikirannya muncul di depan mata.

“Saya beli untuk awak buka puasa”

Aby tgergamam. Bungkusan berisi kek coklat dari Secret Recepi di pandangnya. Teragak-agak dia mahu mengambilnya.

“Ambillah…. Saya tak tahu nak belikan apa. Dah kebetulan lalu di situ saya belikan awak kek coklat. Saya tahu awak suka”

“Oh…. Terima kasih Encik Azfar”

Bungkusan beralih tangan.

“Dah siap?”

Aby menggelengkan kepala. “Sedikit lagi, ada yang tak sama dengan laporan semalam”

Azfar mengangguk. “Tak apalah…. Jangan stress sangat buat tu. Kalau tak siap sambung esok pagi”

Aby tersenyum nipis.

“Mak awak sihat?”

“Yup… sihat”

Giliran Azfar tersenyum nipis ke arahnya.

“Hmmm…. Encik, saya nak minta maaf pasal hari tu. Tak sangka pula mak saya cerita dengan Encik pasal masalah kami.”

“Tak apa….. orang tua memang macam tu. Lagipun dia banyak kali telefon awak tapi awak tak angkat. Lain kali kalau ada masalah awak ceritalah dengan saya, InsyaALLAH saya cuba bantu. Tak apalah, sambung kerja awak. Nanti sampaikan salam saya pada mak awak ye”

Aby mengangguk. Lelaki itu kembali ke biliknya. Ada sesuatu yang aneh dirasakan ketika ini. Kenapa baik sangat? Tiba-tiba pulak!

Dari jauh Arissa tersenyum meleret sambil matanya meneling ke arah bilik yang tertutup rapat. Aby mengetapkan bibir. Buku limanya sengaja di acukan kepada Arissa menunjukkan marahnya. Dia kembali duduk. Banyak lagi yang harus di buat berbanding dengan memikirkan perubahan orang di sekelilingnya. Kalau bosnya bertambah baik dia juga yang untung…. Tak payah lah nak difikir sangat!

Di dalam bilik, Azfar bersandar di kerusi empuknya. Senyumannya meleret membayangkan wajah Aby. Tiba-tiba saja dia rasa senang dengan gadis itu. Tiba-tiba saja dia rasa kasihan. Dalam diam-diam sudah dua kali dia mengirimkan emak gadis itu duit. Pasti Aby akan marah kalau tahu perkara ini. Sekilas dia terbayangkan Aby, tiba-tiba wajah bekas isterinya muncul. Serentak wajah dua anaknya mengisi ruang di antaranya.

Perkahwinan yang hanya bertahan empat tahun itu sempat memberikan dia sepasang cahaya mata. Kedua-duanya dalam jagaan isterinya. Tidak tahu di mana silapnya. Apa yang dia tahu isterinya meminta untuk dilepaskan dengan alasan dia terlalu sibuk bekerja. Orang perempuan! Bukankah bekerja itu yang menyara hidup mereka sekeluarga?

Bayang-bayang Aby hilang. Bayang-bayang isteri dan dua anaknya juga hilang. Azfar mendengus kasar. Tidak ada guna memikirkan hal yang remeh begini. Hanya akan membuat kepalanya berserabut. Kerjanya banyak. Segalanya menuntut dia untuk memberikan tindakan segera. Biarlah…biar masa yang menentukan.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.