5-Bab28

Paina here! Well, i have time so I publish all of Act 5 (24-28). I think i missed Chapter 24 tapi takpe la. That one ialah bila Ayen dapat tahu Egann is the one yang mainkan benang sampai dia boleh dapat kerja di Kings Hospital. Must be nice to have such a strong cable. Granted, Ayen is quite capable herself.

Anyhoo.... i did this story masa i was madly in love dengan medical drama. I think I dah pernah cakap ni. So from here onwards, the story will mainly bermain di setting hospital sebab well... Egann is sick. And he will get sick a heck lot. I made Ayen a passionate doctor for a reason haha.

Okay plot-purpose. Kbai. Hope you enjoy this. 

Best regards and stay safe,

Painarena

____One where they're becoming an official couple________________________

KERANA kesibukan di hospital, sampai ke sudah LEGO Death Star masih tak siap-siap. Lalu Egann dipanggil sebagai skuad tambahan bagi membantunya melengkapkan puzzle 3D tersebut.

Egann mencekak pinggang di depan pintu bilik isterinya. Nak mengucap pun ada jugak melihat keadaan bilik itu yang semakin teruk setiap kali dia datang melawat. 

"Kau kena rompak ke?" soalnya, melihat buku-buku yang semakin membukit. Baju-baju kotor yang berselerak... atau mungkin baju yang dah dicuci tapi tak dilipat? Bra yang tergantung di atas kerusi, menarik perhatiannya.

"Kau boleh sindir nanti-nanti. Meh sini, tolong aku." Tangan dihayun, meminta Egann bersila di sebelahnya.

Si lelaki mendengus dalam akur. "Sure. Redah bilik aku... ganggu aku buat stock selling semata-mata nak ajak buat benda tak romantik macam ni. Pun bukannya aku kena cari income extra sebab dah kena pecat sebagai virtual director dan kerja aku kat hospital tu hanya kena datang lapan kali setahun, kan?" Dia mencangkung di depan LEGO yang baru selesai disiapkan tulang belakangnya.

Reti merungut dia ni rupanya. Ayen meleretkan senyum, terasa kelakar. "Sharing hobbies ialah salah satu benda romantik yang pasangan bercinta boleh buat untuk strengthen the bond tau..." Baru perasan branya di tangan si lelaki. Lalu si mata biru diberi renung penuh tanda tanya.

Egann terkebil. Bra di tangan dipandang, kemudian pada kerut di dahi isterinya. "Oh. Aku jumpa." Ibu jari ditunjuk ke kerusi belajar.

"Lepas tu kau ambik... kenapa?"

"Normal guy sepatutnya suka ambik bra perempuan, kan?"

"Itu lelaki miang. Kau tak sepatutnya jadi miang!"

"Walaupun dengan bini sendiri?" Sengaja menduga.

Pangkal hidung ditekan. Mental bercakap dengan mamat ni. "Aku suggest kau jadi husband yang sudi luangkan masa dengan bini dia buat LEGO Death Star berbanding belajar jadi miang tak tentu pasal macam ni." Branya dirampas lalu dilontar ke atas katil yang tidak dikemas.

"Hhahaa." LEGO Death Star mula dibina. Berbanding Ayen, dia benar-benar tidak berminat nak membina empayar Sith itu. Anak patung Luke Skywalker diterbangkan dan dihentam pada anak patung Darth Vader. Kemudian kedua-dua anak patung dibuat lawan pedang. Scene Darth Vader cuba mengajak Luke Skywalker untuk bersama dengannya dimainkan semula depan mata.

Luke Skywalker: "No! I'll never join you!"

Darth Vader: "If you only knew the power of the dark side. Obi-Wan never told you what happened to your father."

Luke: "He told me enough. He told me you killed him!"

Darth Vader: "No, I am YOUR father."

Egann: "No... that's impossible, no..." Lalu berpura-pura menangis.

Ayen hanya mampu memerhati perangai tiga tahun itu dari ekor mata. "Dah bosan sangat ke?" tegurnya sambil cuba meneruskan fokus pada Death Star. Aku ajak bina monumen terhebat dalam sejarah layar perak, dia boleh pergi main anak patung... omelnya dalam hati. Tak tahu samada nak gelak atau bingung dengan pe-el suaminya.

Egann mengerling. "Eh tak. Seronok sangat." Monotone.

"Tujuan aku ajak bina Death Star untuk bonding sebab aku ingatkan kena sikit dengan jiwa lelaki kau. Aku tak pernah terfikir main anak patung ialah pilihan yang lebih tepat."

Percuma kena tembak sedas. "Salah kau makan sangat penipuan stereotaip. Tak semua lelaki minat LEGO atau Star Wars..." Kedua-dua anak patung lalu dilontar-lontar ke udara.

"Habis kau nak suggest kita buat apa? Buat pillow talk... main Barbie dengan Ken... atau tocang rambut masing-masing?"

Luke Skywalker dan Darth Vader ditangkap dengan sebelah tangan. Wanita itu direnung, terutama pada rambut hitam tebal yang dibiarkan lepas bebas ke dada itu. "Itu aku boleh buat."

Mata Ayen membulat. "Ha?"

Egann bangkit, lalu beralih ke belakang isterinya. Rambut panjang itu disikat dengan jari. Ayen pula masih terkejut dengan sifat feminin yang ditunjukkan suaminya. Tak salah sebenarnya... dan agak menggelikan hatinya bila boleh menghadam keganjilan itu.

"Kau betul-betul lain dari lelaki lain yang aku kenal..." Mujur bukan sotong. Cuma, tak segan untuk buat beberapa perkara yang kebanyakan lelaki selalunya klasifikasi sebagai perbuatan yang boleh mencalarkan ego lelaki. Death Star sambung dibina.

Senyum. "Aku habiskan zaman kanak-kanak dan remaja aku sebab nak kawal si Elisa tu. Dia girly dulu-dulu. Kadang-kadang aku dengan Saif bertanding siapa boleh siapkan tocang kat kepala Eli paling cepat."

"Wow. Semakin lama aku kenal kau, kau makin sama macam Ken Doll."

Egann mencengkam tengkuk si bini hingga Ayen menggeliat geli. "At least nanti bila kita ada anak perempuan, aku boleh entertain dia. Bersyukur la sikit."

Ketawa Ayen perlahan-lahan memudar. "Anak?" Egann dah fikir jauh sampai anak?

Mood tiba-tiba bertukar berat. Egann memilih diam, menyedari dia dah terlanjur cakap. Ayen pula menahan debar. Langsung tak dijangka lelaki itu dah fikir lebih jauh darinya. Macammana Egann boleh fikir pasal anak sedangkan hubungan fizikal pun tak pernah dibuat.

Lehernya memendek antara bahu bila jari Egann cuba menyikat helaian rambut yang melekat pada kulit. Geli.

"Nak... nak try game Saif tak? Sesi Q&A but with penalties," sarannya pula, mahu menukar mood itu lekas.

"Em... sure. Kita bagi topik dekat masing-masing. Kau tanya, aku jawab, vice versa. Kalau kau jawab salah... kau hutang."

"Hutang buat apa?"

"Aku tak tahu. Aku belum boleh fikir apa-apa penalti sekarang ni."

"Ooohhh... okay. Aku start?"

"Sure."

"Topik ialah... anak."

Bibir Egann meleret ke telinga. Perempuan ini.... "Kau memang berani nak meneguk di air yang keruh, iye?"

"You started it," cemiknya pada LEGO.

Egann senyum. Kuat melawan! "Fine. Berapa orang anak yang kau nak?"

"Empat."

"Really?"

"Satu soalan per session, bro."

"Hahaha. Fine. Aku bagi topik... nama anak." Hujung tocang lalu dibiarkan kerana tiada getah dengannya ketika itu. Lalu tocang dirungkaikan semula. Jemarinya ditenggelamkan dalam rambut hitam yang subur itu. Wangi pada setiap helaian, meresap ke hidung.

Giliran Ayen tersenyum. Jiwanya kian menghangat bila merasai jari jemari yang bermanja dengan rambutnya. "Nama anak eh... kau rasa nama anak aku boleh dibinkan pada nama kau?"

"Why not?" bisiknya di belakang telinga si isteri. Selajur, satu kucupan ringan dijatuhkan pada tengkuk isterinya.

Ayen spontan menggeliat. Darah turut menyirap naik hingga panas mukanya.

"Ayen, sambung," pinta Egann sambil merapatkan tubuh ke belakang isterinya hingga wujud bahang antara mereka. Telinga Ayen yang bertukar merah menjemput senyum nakalnya. Suka dengan reaksi tubuh si isteri hanya kerana sentuhan kecil darinya.

"Emm... ya. Sorry. Err..." Ah, kepala tak boleh berfikir bahana serangan mengejut itu! Lagi-lagi bila tangan si suami mula merayap merangkul pinggangnya. Fikir fikir fikir fikir lekas!! Terpandang perkataan LEGO pada permukaan kotak, dia bertanya terus. "Bagi aku ayat yang takda huruf A!"

Egann ternganga. "Kau sepatutnya bagi topik, bukan soalan."

"K-kau yang buat aku tak boleh berfikir!" Lekas tangan Egann cuba ditarik dari terus merangkul tubuhnya, tetapi sekuat ketam mencengkam, sekuat itu jugalah lengan sasa itu bertahan. Malah, tubuh halus Ayen ditarik hingga bersandar pada dadanya.

"Tak boleh berfikir sebab berdebar?"

Ya Allah. Tenanglah hati! "Jawab je la soalan..."

Egann tergelak nipis. "I love you."

Makin pekat merah di mukanya. "Aku-aku mintak ayat tanpa huruf A..."

"Itulah jawapan aku, hahaha. I love you..." ulangnya, kali ini diselangi ciuman di telinga.

Ayen memejamkan mata sekuatnya. Sedaya upaya mengawal debar serta rembesan estrogen yang menjadikan dadanya berdenyut selaju kuda perang ketika ini. Tidak pasti nak menyesal sebab mengajak Egann menghabiskan masa berdua, atau nak menyesal dengan perasaan yang wujud untuk si jejaka ketika ini. Tapi perasaan itu bukannya boleh dihalang....

"Same question, directed at you," bisik Egann lagi, bersifat ingin tahu.

"I hate you."

Gelak. "Ada huruf A dalam tu, sayang. Kau hutang aku satu penalti." Pipi itu pula dicium.

Dia mendiam, masih memproses perubahan mood antara mereka, samada nak melayan atau menolak. "Kau sedar this won't end well kalau aku biarkan kau dengan pe'el kau, kan?"

"Kita masih dalam game ke?"

"Yes."

"Errmm..." Belakang tangan Ayen diusap dengan ibu jari. "I want to take the shot... with you. Jawapan ini diterima?"

Ayen memejamkan mata. Nafas panjang ditarik, meredakan galau. Menjemput tenang. Lalu tubuh direlakskan supaya tersandar elok pada badan suaminya. Janggal masih bersisa, namun selesa kian merangkul bila dia memberi peluang pada hatinya untuk menerima si suami.

Dan sesungguhnya, Egann menerima jawapan dalam bentuk bahasa tubuh itu dengan senang hati. Dagunya direhatkan di atas kepala si isteri. "Your idea untuk bonding is not half-bad. This is fun..." Sekadar bersenang lenang, berdua nak menikmati kehangatan tubuh masing-masing.

"Apa yang kita tengah buat clearly jauh dari apa yang aku mula-mula fikir..." ujarnya sambil merenung Death Star yang masih tertangguh pembinaannya. Macam projek yang tak cukup geran. "Kau tak bagi soalan lagi."

"Right. Aku nak mintak kau kekal stay dengan aku through thick and think, even if the whole world against us... atau, atau aku masih bukan the guy I'm trying my best to be..."

Ayen mengalihkan sedikit tubuhnya bagi memudahkannya melangut pada si suami. "Itu bukan soalan..."

"Would you stay with me?" pintanya sambil merenung mata bulat itu.

"I won't promise anything..."

"Kau hutang dua penalti." Geram. Rangkulan turut dilepaskan.

Tergelak Ayen dibuatnya, lekas menahan lengan Egann supaya terus memeluk badannya. "Kalau diizinkan Allah la sayang..."

Tertelan kata bila menyedari apa yang lidah baru sebut. Pertama kali ayat sayang diberi pada Egann... waima diberi pada sesiapa sekali pun. Ayen melangut pada mata biru itu, mata yang sentiasa memandangnya dengan sinar penuh cinta. Hingga bawah sedar, dia sendiri mabuk kerana perhatian tanpa sempadan itu.

Lalu Ayen akur. Pipi Egann diusap. "Kalau diizinkan Allah... I'd be glad to."

Muka merajuk itu bertukar melembut. "Promise?"

"Aku dah habiskan berapa bulan entah dengan kau, Egann. Tengok apa jadi kat aku sekarang bahana bersabar dengan perangai kau." Kedudukan dirinya ditunjuk, dimana dia tengah duduk pada riba si suami, bersandar pada dada bidangnya, serta jemari mereka bersulaman. Sekali sekala, ciuman si suami merayap pada muka dan tubuhnya.

Dan si lelaki mengegek. "Aku ada instinct my marriage dengan kau akan last longer sebab kau nampak macam someone I can work with... Little that I thought aku tangkap feeling sampai macam ni sekali..." Jemari isterinya dibawa ke mulut dan dicium-cium.

Ayen tersenyum. Membiarkan. "Kira penalti tadi ditarik balik?"

"No."

"Jerk."

Egann tergelak lagi. Tubuh Ayen dipeluk sekuatnya lalu mereka terbaring ke lantai.

Walau perhubungan mereka kian diperjelas, tetapi secara fizikalnya, mereka tetap tidak pergi jauh. Suasana senyap romantik. Berdua-duaan dengan si suami. Berpelukan berkongsi hangat. Semuanya lengkap. Tetapi hanya ada satu yang kurang – yang menarik semua faktor ke laut dan ditenggelamkan terus sampai tak timbul-timbul. Satu kekurangan itu... yang tak dapat nak diselamatkan.

Ayen memejamkan mata, menahan rasa. Nak menikmati momen bersama pun dah hilang seronok kerana jauh di sudut hati, dia kecewa.

Tanpa dapat ditahan, keluh terhembus. Halus. Nipis. Enggan si suami mendengar.

Namun ketika ini, mereka seperti dua entiti yang sama. Apa yang dirasai Ayen, itulah juga yang dirasai Egann. Ubun-ubun isterinya dikucup lembut, cuba memujuk. Sesungguhnya dia faham. Dan ya, dia juga terkilan. Kerana yang gagal ialah dia, bukan faktor lain.

"Sorry..." bisiknya rendah. Berat sekali.

Ayen terkedu. Ya Allah, apa aku dah buat ni! Dia bangkit, nak melihat wajah suaminya. "Apa kau cakap ni? Dah kenapa tiba-tiba, hahaha..."

Tetapi semakin Ayen cuba menidakkan, semakin terbeban hati si lelaki. Beratnya rasa hati membuat liur gagal ditelan. Kenapa dia boleh ingat ini ialah idea bernas! "Kan elok kalau aku tak kacau kau buat Death Star tadi, kan?" ujarnya cuba nak mengusik bagi menutup rasa terkilan di hati.

Tidak berjawab. Masing-masing mengerti apa yang berlaku ketika ini bukannya kehendak masing-masing. Lalu si wanita melentokkan kepala pada dada Egann. Denyutan dada si suami kedengaran di telinga.

"I like this way even more..."

"But..."

"No but. Let us just be alone together."

Egann akur. Dahi si isteri dikucup.


KEHIDUPAN mereka selepas itu? Ayen boleh simpulkan dalam satu perkataan: sweetness.

Ini ialah sesuatu yang dia perasan dari awal lagi. Lelaki itu, bila dia mahu membuat sesuatu, dia benar-benar menunaikan kata-katanya sendiri. Bila lelaki itu nak mengajaknya kahwin, dia benar-benar dikejar. Atau bila dia nak memberinya selesa, sekuat boleh cuba diusahakan. Dan bila dia nak mengajak aktiviti fizikal, itulah juga yang ditunaikan. 

Setiap kali sebelum berpisah di muka pintu, samada dia nak ke kerja, atau suaminya itu nak keluar, mukanya akan diberi cium. Atau tiba-tiba dia meminta tangannya atau mukanya pula dicium. Bila menonton F.R.I.E.N.D.S bersama-sama, dia ditarik supaya duduk di bawah ketiak. 

Ini ialah fasa dimana Egann mahu mengukuhkan hubungan antara mereka macam konkrit yang diletakkan besi sebagai enforcement. Asas sudah ada. Tapak sudah terbina. Rasa percaya juga sudah terbentuk yang si lelaki mampu berubah. Seterusnya ialah mengekalkan momentum ini dan memastikan Ayen boleh diberi kebahagian sebagai seorang isteri dari segi zahir mahupun batin.

Inilah misi Egann sekarang ini. Dan usahlah diceritakan secara khusus perihal pasangan yang dah halal bercinta. 

Hakikatnya, kedua-duanya maklum yang Egann masih ialah hamba Allah yang mampu bernafsu pada kaum sendiri. Hingga sampai suatu masa kelak, masa silamnya akan datang mengetuk di depan pintu dan menduga bahagia rumah tangga yang nak dibina keduanya.

Ujian pada Egann untuk mengawal diri.

Ujian pada Ayen untuk memilih samada lari atau menyokong si lelaki. 

Kisah antara mereka masih belum habis, malah baru nak naik ke fasa seterusnya. Tarik seatbelt, lepaskan brek, tekan minyak dan bersedia dengan fasa hidup seterusnya.

Previous: 5-Bab27
Next: PRELUDE

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh