1-Bab 4

MERAH PADAM.

Tangan kiri dilipat merentangi perut, manakala tangan kanan menekan pangkal hidung. Malu semalu malunya. 34 tahun hidup, inilah pertama kali dia merasa malu sebegini. Lelaki Barat di sebelahnya memandu dengan tenang, membawa dia ke kedai makan untuk berbincang seperti yang dikehendaki lelaki itu tadi.

Egann menoleh bila kedengaran keluh berat dan panjang dari wanita di sebelahnya.

"Tenang... relaks... Tarik nafas dalam-dalam. Dunia belum kiamat, okay?"

Wanita berparut di pipi kanan itu mengerling bersama muka kusut. "Sorry pasal kepala kau."

"Takpe. Kelakar bila ingat balik hahaha."

Ringan benar moodnya. Ayen terasa beban turut meringan dek perangai lelaki ini. "Kau betul-betul selamatkan aku, weh... macam hero yang datang selamatkan heroin last minute." Bersama keluh lega, dia bersandar pada kerusi penumpang di dalam Scirocco merah itu.

Selepas semua tetamu beransur pergi dan menerima hakikat yang Ayen sudah ada pasangan hidup yang dipilih sendiri, Egann terus mengajak Ayen keluar dengan alasan nak berbincang sedikit tentang 'masa depan hubungan mereka'.

Egann yang memandu di sebelah sekadar menghembus nafas pendek. "Kau pula bunuh aku dengan statement akal pendek engkau tu. Aku baru 29 tahun, tapi sekarang aku dah ada isteri keempat."

"Excuse me. Keempat?"

"I'm a very handsome man. Jensen Ackles versi melayu. Of course kau bini keempat."

"Versi Melayu? Kau ingat kau Melayu??" Entah apa-apa entah la mat saleh ni. Tak sedar keturunan ke? "Satu lagi. Isteri keempat?" disoal penuh terkejut.

"Dua cerai. Seorang mati. Kau ialah yang akan datang," jelasnya akhirnya.

Nafas Ayen tertelan. "Wow. Masa depan aku nampak gelap."

"You're telling me." Mata dijulingkan ke langit. "And even more so kalau kau terus jump to action tanpa berfikir kesan dan tindakan dari statement kau."

"Ek ena! Engkau yang melebih sampai peluk pinggang aku apa benda!" Mata dicerlangkan sebulatnya.

"As a boyfriend yang kau dah canang entah sejak tahun bila kat emak kau!" Mata turut dicerlang.

Ayen melopong luas. "Ah, engkau! Reti nak marah aku. Kau dah pun buat benda yang sama dekat family kau!"

"At least aku tak pernah cakap nak kahwin dengan kau! Engkau pulak boleh selamba buat announcement – Ayen pilih Syafik sebagai husband." Suara dibuat gaya perempuan, sekali dengan lenggok gedik.

Kurang ajar mamat ni... "Mana la aku jangka kau akan muncul dalam life aku secara tiba-tiba macam ni!" dengusnya bersama keluh. "Aku cipta karakter boyfriend London dekat mak aku nak dekat bertahun. Aku-aku-aku langsung tak jangka yang seorang akan muncul depan pintu..." Bahana serabut di jiwa, kata-katanya gagal dihabiskan. Ayen meraup muka dengan kedua belah muka. Kalau dia tak silap, Egann juga mengalami situasi yang lebih kurang sama dengannya hingga terpaksa menipu wujudnya seorang teman wanita. "At least a fake non-existent relationship dengan kau boleh beri aku keamanan hidup lepas ni."

"Macammana?"

"Berbanding mak aku... dan penyibuk-penyibuk semua tu, aku tahu yang kau takkan pedulikan aku. Lepas ni kau akan balik ke KL or wherever... dan lupakan pasal aku kat sini. Yang berbaki di sini untuk aku uruskan ialah sekadar cerita kosong pasal aku dan kau tengah buat long distance relationship. Hidup aku pun akan aman sekurang-kurangnya untuk setahun dua kat kampung ni."

"Good for you."

"Dan sebab kau gay, so any possible relationship pun off the table."

Dan Egann terdiam. "Just so you know, aku masih boleh menyayangi perempuan..." Defensif.

Ayen menoleh pada si lelaki berjambang. Bila dilihat dari sisi, wajah lelaki ini perfect sekali. Kulitnya juga cantik. Hidung mancung. Bulu matanya lebat menghiasi bentuk mata yang bening. Kening tebalnya terukir cantik. MasyaAllah, macammana Kau boleh cipta hamba Kau yang ini dengan sempurna sedangkan aku macam kentang basi.

"Kenapa kau cari aku sampai ke rumah, ne'way. Creepy la kau ni."

"Kalau kau tak block all my call and Whassap, aku takkan bersungguh sampai mencemar duli turun padang masuk kampung dalam hutan macam ni." Kereta mewah itu dihentikan di tepi jalan, betul-betul di hadapan gerai mamak. "Jom ngeteh. Sambil tu, kita bincang," ujarnya sambil mematikan enjin.

Kening Ayen terjungkit bila mendengar slang melayu digunakan. Si maat biru benar-benar dah biasa dengan budaya urban melayu buat masa sekarang. Sebarang soalan yang makin bertambah di kepala sekadar dipendam. Gerak langkah Egann diekori hingga mereka sama-sama melabuh duduk di meja. Bila pelayan datang, Ayen memesan jus epal, manakala Egann memesan kopi ais serta maggi goreng dan telur mata kerbau separuh masak.

Setelah pelayan bergerak pergi, Egann memandang Ayen yang tengah menahan senyum. Lesung pipit yang timbul di pipi kanan menarik perhatiannya, termasuklah parut bergaris yang kian menjadi identiti yang membuatnya mimpikan wajah itu setiap malam suatu hari nanti.

"Kenapa?"

Geleng. "Aku masih tak dapat tangkap logik kewujudan kau depan mata aku sekarang ni. Muka bukan main lagi Inggeris, tapi lidah dan perut kau... melayu giler. Sangat tak ngam. Kau punya bahasa rojak pun boleh lawan orang Malaysia sendiri."

"Well. Aku dah cakap aku membesar kat sini dari kecik, kan. Heritage aku Scottish, tapi lidah, perut dan hati aku Melayu. Aku jiwa Hang Jebat berbanding Ivan Hadrhandahka..."

Tersenyum lagi. "Siapa nama yang last tu?"

"Aku tak tahu. Aku main sebut je sampai terbelit lidah."

"Hahahaha..." Gelagat Egann mula mencuit hati. Lalu si kacak dipandang bersama senyum dan hati ringan. "Jadi kau tak tipu kat rumah aku tadi? Nama kau ialah Syafik Egann Abdullah?"

"Iye."

"Bukan... Egann McKintosh atau McGuffin atau atau atau Mc Mc Mc... Donald..."

Mereka berpandangan.

"My full legal name is Syafik Egann Abdullah Ian Seymour. Takda keturunan Viking, kalau kau curious pasal tu. Dan bapak aku media consultant, bukan F&B millionaire."

"Ah, I see. Selamat berkenalan Syarik Egann Abdullah Ian Seymour, son of media consultant. Nama aku Nurul Ain Abu Bakar, the daughter of a dead."

Giliran Egann menahan senyum.

"Okay, kalau kau boleh jawab my short quiz, baru aku percaya. Siapa nama sidekick Keluang Man? Misbun ada berapa orang adik beradik?"

Mata biru si lelaki dijulingkan pada si Ayen. "Seriously? Kau tak boleh bagi soalan yang lebih susah dari tu?"

"Jawab dulu bang."

"Tiong Man, anak-anak Sidek ada lima orang dan sebagai info tambahan, Usop Sontorian ada buck teeth, pakai baju kaler ungu dan ada dua orang kawan baik."

Lulus sangat. Ayen mengemam bibir, merenung lelaki kacak di hadapannya. "Tapi betullah kau ialah seorang Abdullah?" Soalan klarifikasi.

"Yes..." Mengeluh lagi. Berapa kali nak tanya?

"Tapi, gay?"

Ah, patutlah dia tanya. "Ya..."

"Masih Muslim, though?"

"Yes, maam."

Okay.... Rumitnya karakter lelaki ini. Jus epal yang baru sampai terus dicapai dan dihirup supaya sedap sedikit rasa perut dan kepala. Boleh dirasakan semakin lama mengenali Egann, urat dalam kepala akan semakin banyak terputus.

"Jadi apa sebenarnya tujuan kau cari aku sampai datang ke rumah?"

Egann bersandar. Kopi ais dibawa ke mulut dan dihirup. Anak mata dikerling ke kiri, membayangkan wajah Saiful.

"Saif... adik aku... masih tak percaya yang kau girlfriend aku."

"He's not wrong."

Si lelaki memicing. Tubuh dirapatkan pada meja dan gaya santai Ayen ditentang. "Kau sedar tak betapa pentingnya peranan kau sebagai girlfriend aku dalam life aku sekarang ni? Sama tahap penting peranan aku sebagai bakal suami kau depan mak kau, tau tak?"

Serius sekali nada itu berkata-kata, sama tahap serius dengan renungan mata biru ke arahnya. "Itu tak sepatutnya jadi satu masalah, sebab berbanding aku, kau masih boleh gunakan mana-mana perempuan lain dalam dunia ni untuk berlakon jadi girlfriend kau! Awek-awek kat KL tu confirm nak dekat kau! Kenapa degil sangat nak gunapakai aku to the point redah highway, masuk pedalaman Pahang dan cari aku semata-mata nak bincang benda ni?"

"Sekarang kau nampak betapa tingginya nilai kau kat mata aku berbanding perempuan lain?"

"Ohohoh. Wow. Aku blush tak?" Tangan sengaja dikipas ke muka.

Main-main pulak dia. Egann melepas keluh. "Sebenarnya, family aku sukakan kau."

"Eh? Kenapa?"

"You made a big impression about us being a legit couple, especially dekat Eli. Dia punya canang dekat aunty Yana sampai aunty mintak aku bawak kau jumpa dia sekali lagi sebab hari tu korang tak sempat jumpa."

"Serius? Apa yang aku buat?"

"Kau nampak berminat bila aku ugut nak tunjuk bibird aku."

Jatuh terus rahangnya. Lalu nafas ditelan dan tulang belakang ditegakkan. Mulut dibuka lagi, nak menutur kata. Nak menjelaskan perangainya. Tetapi tak tahu nak mula dari mana. Lalu muka dihentam ke meja. Kuat sekali hingga berkocak air.

Egann terperanjat, kemudian terus gamam melihat wanita itu terus menghentakkan kepalanya dua tiga kali sebelum bangun semula. Minah ni dah kenapa...

"Previously, I'm a doctor..." Dia memulakan.

"Bukan doktor rawat sakit gila yang ended up diri sendiri gila, I hope..."

"No no. Aku ialah Doctor Strange berbanding Harley Quinn."

"Aha. Good to know." Kopi ais ditelan lagi. Semakin nampak karakter Ayen di matanya kini.

"I have seen... a lot of... angry birds..."

"The birds indeed prone to anger... lagi-lagi awal pagi atau time sejuk..." Kepala diangguk lagi.

"So I don't care kalau kau nak flash ke apa sebab that's on you, not me! Yang jatuh maruah ialah kau! And that's why aku tenang, but that doesn't mean aku berminat!" Mata dicerlangkan.

Lelaki itu melepas tawa halus. "Kau explain macammana kat aku sekalipun, the damage was done. You made an impression the other day and they wants to meet you, Ain."

"Ayen."

"Ayin."

"A-Y-E-N."

Putus asa. "Okay, look." Nafas didehem. "Makcik aku dekat aku, ialah mak kau dekat kau. Dia nak tengok aku kahwin. Please be a dear and be my fake girlfriend supaya aku boleh present dekat dia supaya dia tak susah hati?"

Melihat muka serius itu, Ayen menghela nafas panjang. Gaya cemas Egann menjerit mencari perempuan bernama Nurul Ain dulu juga masih terbayang di belakang fikirannya. Lelaki ini juga ada situasinya sendiri. Tapi berlakon untuk lelaki gay? Aduyai... tak masuk syurga aku macam ni.

"Kalau kau cakap kita dah putus lepas tu kau cari baru dekat KL tu, tak boleh ke?" soalnya sambil memandang pelayan menghantar maggi goreng yang dipesan Egann tadi.

"Kita baru couple tak sampai sebulan. Takkan terus putus. Agak-agak la," desisnya sambil memasukkan maggi ke dalam mulut. Emph. Sedap.

"Who cares. Orang couple tiga hari pun boleh putus."

Geleng. "Bukan aku."

Ayen ternganga lagi. "Boleh tak aku nak ingatkan kau sekarang ni yang kau hanya nak menipu, bukan nak buat betul-betul?" Dada dah mula rasa panas. "Aku tak jangka jodoh aku dengan kau pun masih panjang sampai hari ini. Tapi aku mintak, biarlah habis kat sini. Aku taknak terlibat pula dalam drama kau sekeluarga."

Si lelaki spontan mendehem, mahu menolak idea tersebut. Kepala digeleng, dan kunyahan dicepatkan. Kopi ais diteguk supaya cepat sikit Maggi masuk ke dalam rengkung. Gadis berparut di pipi itu dipandang. "Can't. Aku datang sini dengan tujuan nak mintak kau komited jadi girlfriend aku."

"No." Kukuh jawapannya.

Tak peduli. "Aku akan mintak kau datang KL occasionally– " Tak habis ditutur, wanita chubby itu lekas memotong.

"Big nopeCapital, N.O.P, nope!"

"N.O.P.E, nope." Dibetulkan. Bila Ayen mencerun maut, Egann menyambung. "Even Saif approve kau jadi bakal kakak ipar dia kalau betul aku serius dengan relationship kita."

Kedua belah tangan dihentak ke atas meja. "KITA TAK ADA RELATIONSHIP!!" Sekuat hati dijeritkan di depan muka Egann. Langsung tak peduli dimana mereka berada kini, mahupun siapa yang tengah menonton.

Lelaki barat itu terperanjat. Ayen pula mengepung nafas dengan mata berapi.

"Tak payah la marah..."

"Kau yang buat aku marah!" getus si perempuan lagi, sambil menarik nafas dalam, cuba menyejukkan hati sendiri.

"Aku taknak Saif terus menerus kecewa dengan aku sampai bila-bila... I need him to forgive me for being... me..." Dalam maknanya.

"Then do that on your own time. Jangan tarik stranger macam aku dalam life korang."

"Kata pompuan yang baru saja tarik stranger macam aku dalam drama family dia sampai declare bakal husband." Sengaja mengungkit.

"Hey! Itu tak dirancang, hokey!" Laju saja telunjuknya menegak ke arah Egann. "Aku dah cakap apa yang berlaku kat rumah aku tadi, habis kat sini. Aku bukan macam kau nak ajak long term relationship sebab nak tipu famili masing-masing!"

Lelaki itu mendengus sambil menepis telunjuk Ayen. Tubuh dirapatkan ke meja dan mata gadis itu ditentang tepat ke anak mata. Memulakan sesi perbincangan serius yang akan membawa kepada keputusan besar yang akan mengubah hidup mereka selepas ini.

"Setakat pertemuan aku dengan kau sampai hari ini, semuanya tak pernah dirancang. Setakat ni aku lihat kau sebagai penyelesaian yang Tuhan bagi untuk selesaikan masalah aku dengan adik aku, dan family aku sekaligus. Aku tak tahu tentang kau, tapi kalau dilihat kat perbincangan kat rumah kau tadi... kau boleh terus gunakan aku sebagai alasan untuk kau lari dari masalah kau. Kita, at this moment, saling memerlukan antara satu sama lain..."

Kata-kata yang baru dituturnya itu umpama suis yang ditekan hingga menghidupkan mentol idea dalam kepala. Ilham dari langit berdesup turun masuk ke kepala otak gagal mengawal nafasnya seketika. Terasa sendat di kerongkong. Menyedari apa yang baru disebut, dan menyedari apa yang boleh dilakukan selepas ini. Dengan mata meluas dan senyuman lebar ke telinga, tangan Ayen digenggam erat hingga mengejutkan si gadis.

"Jom kahwin."

Terasa terputus nafasnya. "Ha?"

"For real. Aku akan jagakan kau dan mak kau so kau tak perlu risau nak buat lima kerja sekaligus nak tampung keluarga kau."

Giliran Ayen putus fius. Tangan kanan yang bebas, spontan mencapai jus epal dan disimbah tepat ke muka Egann.

Terperanjat. Orang kampung yang masih memerhati mereka, semakin tekun memerhati dan berbisik-bisik sesama mereka.

Egann pula memejamkan mata dengan penuh sabar, seakan menerima reaksi itu. Jus epal yang meleleh di muka dan menitis di misai dijilat dengan lidah.

Ayen turut terperanjat dengan reaksinya. "Eh, sorry sorry. Aku rasa aku salah dengar. Kau cakap... jom kahwin?"

"Kau tak salah dengar. Aku memang ajak kau kahwin..." Tisu yang dah tersedia di atas meja ditarik sebanyaknya. Muka dilap. "That way, kau boleh bantu aku perbaiki hubungan aku dengan adik aku dalam jarak dekat. Aku boleh terus berlakon sebagai pasangan hidup kau dengan lebih rasmi, so your mom will be happierThis marriage of us will be entirely a set up to reach both of our goal."

Ayen mendiam sambil menggigit daging pipi. Kuat... dan kuat lagi. "Kopi ais kau... boleh tak aku nak mintak. Macam haus la."

"Supaya kau boleh simbah kat muka aku lagi?"

"If it can make you stop spouting nonsense, then why not?" Senyum. Manis sekali nadanya.

"Then no." Senyum sambil meneguk kopi aisnya. "Sebagai abang yang tengah cuba nak yakinkan adik aku yang aku masih boleh live a normal hetero life, aku perlukan wife sebagai pelengkap. Hence, all my marriages yang aku cakap dalam kereta tadi. Kau pula dalam situasi terpaksa cari husband dimana kau taknak commit dalam relationshipFreedom as a single woman, kau masih boleh miliki kalau kau bersama dengan aku. Lagipun, aku ialah calon suami yang mak dan aunties kau approve. Nampak tak? Its like heaven wants us to be together."

Ayen ternganga rendah. Betul ke apa yang baru didengarinya dari mulut lelaki ini?

"Kau boleh anggap pertemuan kita ni sebagai permainan takdir. Kalau kau ingat rukun iman ke enam, beriman dengan qada dengan qadar, kau boleh terima aku, kan?"

Alasan bodoh!! Mata si gadis terbuntang luas. Sepantas kilat, tangannya memanjang nak mencapai cawan berisi kopi ais Egann, namun lelaki itu lebih tangkas, melarikan cawannya jauh dari capaian Ayen.

"Just consider. Please. I think its good for the both of us," pintanya lagi dengan nada rayuan kini.

Gadis itu tidak menjawab, tetapi terus bangun dari duduk. Dengan muka tegang, mulut yang dizip ketat dari menutur sebarang kata atau sepatah 'ha', dia terus pergi dari situ, meninggalkan Egann yang kian melekit dek air manis.

"Nurul Ain."

Diam. Terus laju berjalan pergi, beralih dari lindungan teduh gerai mamak ke bawah panas matahari. Meredah sekali panas di hati.

"Aku akan tetap setia menunggu cinta kau sampai bila-bila!" jerit Egann kemudian, sekaligus memberi bahan bual untuk penduduk kampung hingga bahang itu memudar sendiri yang entah bila.

Ayen berpusing lipat maut dengan muka semerah saga. "PERGI MATI!!" 

Previous: 1-Bab 3
Next: 2-Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh