4-Bab18

Act 4: Part 18

BAGI menemani Puan Diyana yang tengah kesedihan kerana anak perempuannya ditahan wad, kedua-dua beradik bermata biru itu berpakat untuk berbuka puasa di rumah Puan Diyana pada hari pertama Ramadhan. 

Bila Saif sampai di rumah teres itu, Scirocco dah pun ada di luar pagar. Awal sampai? 

Dan bila dia menjenguk masuk, Elisa dilihatnya tengah menonton TV, Puan Diyana mengaji di dalam biliknya, manakala pasangan suami isteri itu sedang memasak di dapur. Sedang tenang berbual, sekali sekala bertekak, kemudian kedengaran tawa dari si abang. 

Saif menegak di muka pintu dapur, memerhati serta meneliti interaksi antara abangnya dengan si bini yang dipilih untuk membantunya melakonkan sebuah rumah tangga bahagia... walaupun hakikatnya sekadar lakonan. 

Tapi, bila diteliti, tingkah laku si bini itu juga langsung tidak janggal atau marah kalau dibandingkan dengan isteri-isteri dan teman wanita abangnya sebelum ini. Ayen tidak sepatutnya mencintai abangnya, dan perkahwinan mereka jauh sekali dari nak mengembangkan ummah Rasulullah. Walaupun begitu, berbanding sebelum ini, abangnya nampak lebih gembira kini.

Puncanya mungkin sebab ada orang yang sudi membantu menjayakan rancangannya. 

Lalu belakang tubuh Ayen diperhati. Pelakon perempuan itu sepatutnya dah ambil maklum keadaan istimewa abangnya selama ini, jadi kenapa terus setia bersama hingga ke hari ini? Ayen tidak menginginkan perkahwinan normalkah? Ayen gila, kah? Ayen super mata duitan, kah? Ayen telah disihir, kah? 

Jika perlu, Saif akan membantu keluarkan Ayen dari perkahwinan palsu itu!


"OF COURSE aku nak perkahwinan normal," desis Ayen bila mereka berdua di dalam kereta, dalam perjalanan ke hospital bagi melawat Awani. Egann disuruh memandu keretanya bagi membawa Puan Diyana dan Elisa, manakala dia sendiri mengangkut si kakak ipar. 

Terkedu dibuatnya. "Habis tu? Termasuk hari ni, dah lebih dua bulan kau berkahwin dengan abang aku tu. Aku rasa aku ingat abang complain kau muntah dekat dia, ugut nak mintak cerai dengan dia, lari dari rumah sebab geli dekat dia... sampai aku pula kena bantu tenangkan dia." Anak mata dikerling sekilas pada wanita bertudung hitam itu. "Apa purpose kau stay dengan abang sebenarnya? Kau baik hati sangat ke? Atau kau nakkan duit dia je? Soalan aku ni harmless... aku bukan nak judge, tapi aku cuma nak tahu..."

Ayen pula menopang rahang ke sisi tingkap, memikirkan jawapan pada soalan adik iparnya. Wajarlah persoalan itu keluar, kerana Saif dah memberi amaran awal-awal. Dan tiada manusia normal yang sepatutnya meneruskan perkahwinan yang melanggar hukum alam ini, samada muslim ataupun tidak. Jadi kenapa terus memegang label seorang isteri kepada lelaki songsang hingga ke hari ini?

Wajah kacak Egann dibayangkan di belakang kepala, pada semua tingkah laku lelaki itu yang dah dilihatnya selama ini. "Abang kau... shows capacity for growth..." 

Saif menjeling lagi. "Elaborate."

"Aku memang dah cari peguam cerai dalam tempoh bulan pertama kali menikah, dan aku even dah nak sign surat tuntut fasakh bila kawan dia si Doggo tu datang lagi ke rumah kami..." Nafas panas dihembus bila mengingati sengih Doug. Egann bertegas yang mereka tak berbuat apa-apa tapi Ayen benar-benar tak percaya kata-kata suaminya. Tapi itu awal dulu, sebelum Egann membuat pula perjanjian berdarah - sebuah perjanjian yang baginya, lebih kepada perjanjian si lelaki pada dirinya sendiri berbanding ditujukan kepada Ayen. "Sebelum tu, aku memang terhutang budi sebab dia bantu aku secara zahir... dia beri aku rumah, dia beri aku makan, duit untuk uruskan kenduri arwah mak aku segala bagai... tapi aku memang ready nak keluar dari rumah dia anytime, aku tak tipu. Budi tak budi, itu bukan lesen nak mencontohi bini Nabi Luth."

Saif mengangguk terus, berterima kasih kerana Ayen masih menyedari hukum hakam agama mereka. 

"Cuma... aku sedar aku tak boleh tinggalkan dia bila aku dengar dia mengaji."

Nganga. "Abang boleh mengaji? Alif ba ta tu semua?"

Bulat mata dibuatnya. "Gila kau abang musyrik kau tu boleh mengaji! Aku marahkan dia tak reti baca al-Fatihah sampai aku sendiri menangis, tau!"

"Dah tu??"

"Sebab dia tak boleh mengaji la aku kena stay...!" 

Kali ini Saif betul-betul menoleh, siap dengan kening bercantum. Benar-benar tak faham.

Ayen pula menghembus nafas panjang, membuang sekali semak di dada. "He's learning. Itu je aku mampu cakap. Aku tak boleh tinggalkan dia dalam keadaan dia sekarang... dan dia cakap dia tengah cuba nak catch up dengan aku..." Sambil menggigit daging pipi, dia menjeling ke langit, berterima kasih pada Allah kerana membuka hati Egann untuk menerima hidayahNya. "Aku tak ragu-ragu nak tinggalkan dia kalau dia berdegil dengan ego dan perangai dia... tapi bukan dalam keadaan dia tengah terkial-kial cuba nak berubah sebab nak berbaik dengan adik dia. He hits my soft spot, Saif.... Aku maybe tak cintakan dia sebagai suami, tapi aku sayangkan dia sebagai sesama saudara seislam."

Tanpa dapat ditahan, bibir Saif meleret panjang ke telinga. Ketika inilah hatinya terbuka seluas-luasnya untuk menerima Ayen sebagai kakak iparnya dengan sepenuh hati. 

"I see..." 

Alhamdulillah. Syukur untuk Egann kerana menemui perempuan yang sudi bersama dan membantu semasa susah. Doanya agar usaha Ayen membuahkan hasil.

Wanita itu merenung adik iparnya lagi. "Dan kau pun... berbaiklah dengan abang kau macam yang dia nak, at least sebagai motivasi dia bangun setiap hari. Kita masih boleh bencikan naluri dia sebab itu je tahap iman yang kita boleh buat, tapi that doesn't mean kita terus nak nafi sebagai sesama manusia. He's trying hard to change, you know... aku boleh confirmkan sebab aku yang hadap dia setiap hari. Unless kalau dia buat lagi benda haram tu, aku akan report terus dekat kau."

Diam seketika. "Abang nampak macam dia benar-benar sukakan kau as his partner..."

"Aku establish foundation as friends supaya aku tak terlalu geli dengan dia. Dia pun agree yang dia takkan angkut kawan-kawan dia masuk ke rumah just so kami selesa sesama sendiri. Itu saja cukup buat masa sekarang, tapi kami takkan pergi jauh."

Senyum lagi. "Abang pilih perempuan yang betul kini..."

Ayen menjeling. "Aku masih pilih suami yang salah!" 

Dan gelak. 

"Saif."

"What."

"Aku akan cuba buatkan dia khatam muqaddam sampai habis puasa ni... so bila Raya nanti... kau salamlah tangan dia sebagai adik dan abang... boleh?"

Kening tebal itu terjungkit. "Muqaddam, eh..." Merangkak benar.... Takkanlah abangnya lupa pelajaran islam yang dipelajari masa zaman sekolah dulu. Atau mungkin Ayen cuma nak memastikan Egann bermula semula dari kosong. Makin besar sengihnya lalu. 

Alhamdulillah for now.


DI luar clean room, mereka berdiri sebaris dan memerhati persiapan doktor pada Awani melalui cermin telus. Puan Diyana basah dengan air mata, gagal menahan hiba bila menyedari anak daranya semakin dekat dengan maut tanpa sebarang maklumat penyakit apa sebenarnya yang memakan kesihatannya. Doa yang tak putus keluar dari bibir dah hilang bibit yang jelas. Yang bersisa cuba sebak dan iringan nama Allah berkali-kali.

Elisa memeluk bahu ibunya. Tidak sekali dia melarikan renungannya dari satu-satunya adik perempuannya di dalam sana.

“Kau rasa dia akan kembali sihat?” bisik Saif ke telinga si pengkid.

“Of course. Adik aku kuat orangnya!” marah Elisa pula, membuat Ayen menjeling bersama senyum.

“Sekarang bukan masa nak sembang. Boleh tak korang biarkan aku dengan mak berseorangan?” pinta Puan Diyana dengan suara bergegar.

Ayen tidak bersuara. Sebarang simtom-simtom yang didengari, dikumpulkan dalam kepala. Rawatan-rawatan yang telah dilakukan oleh doktor-doktor Awani juga dinilai. Tidak nampak salah pada judgement mereka. Jadi dimana silapnya? Kenapa rawatan yang diberi menambah kesakitan di tubuh itu? Tapi tak jugak… kalau tak silap, Awani pernah sihat sampai boleh discaj, kan? Jadi dalam tempoh itu, apa yang berlaku.

“AYEN!!”

“Oh cot!” Terperanjat gara-gara jeritan di telinga. Saif dipandang dengan mata membulat. “Apa?”

“Aunty mintak alone. Jom blah.”

Wanita itu mendiam. Puan Diyana yang dah sembap matanya tanpa melepas pandang pada si anak dara di dalam wad, dipandang. Wanita itu mengenakan kerusi roda. Sebab sakit apa agaknya. Sekali lagi Ayen menghantar pandangan simpati dan kesal yang tak berbelah bahagi pada Awani sebelum mengekori gerak langkah lelaki tinggi itu.

“Sedih,” ujar Ayen pendek, menarik perhatian Saif supaya menoleh ke belakang.

“Semua rahsia di dunia ni hanya Allah yang tahu… seluas pasir kat lautan, ilmu yang kita ada cuba sebutir pasir kalau dibandingkan dengan pengetahuan yang Maha Mengetahui…” Time-time Ramadhan ini, mudah benar ingat dekat Ilahi.

Ayen memejamkan mata, bertambah sesal. Menyesali diri yang khilaf.

Egann yang bersandar di tepi tingkap dan mendiam sedari tadi, merenung kedua-duanya. Kenapa mesra semacam? Dia belum bertanya lagi kenapa adiknya nak berdua dengan Ayen semasa dalam perjalanan ke sini. Niat itu terhalang kerana rasa panas yang timbul di hati, yang membuatnya keliru. Dia cemburu, kah? Saif lelaki tulen dan normal, dan Ayen juga pernah menunjukkan minat pada adiknya itu. 

Tapi Ayen ialah isterinya. Miliknya. Walaupun tidak sekufu, Ayen tetap tanggungjawabnya. Ayen sepatutnya mementingkan dia sebagai lelaki nombor satu dalam hidupnya, bukan pergi intai lelaki lain!

Dengan dada  yang membara, dia menoleh pada tingkap yang mengadap ke bandar. Lampu-lampu yang bergemerlapan cukup cantik menghiasi kegelapan malam. Dan dalam tanah yang luas ini, beberapa orang insan yang diketahuinya ada, sedang berhibur entah dimana. Seperti virus yang memakan tubuh Awani ketika ini, dia juga berdepan dengan bala andai virus-virus seperti Doug akan terus mengganggunya.

Sejak bila mereka dikategori sebagai virus berbanding kawan… agaknya??

“Abang,” panggil Saif, membuat Egann berpaling semula. “Diam je dari tadi? Taknak teman aunty?”

“Aunty tengah mental. Abang tegur pun dia macam tengok semut tepi jalan.” Ayen yang melangut pada mereka berdua beradik, dikerling. “Ni sape? Girlfriend kau?”

Eh eh?? Saif dan Ayen sama-sama melopong. 

"Dia bini abang..." getus Saif perlahan.

"Habis kenapa angkut dia ke sana ke mari macamlah dia girlfriend kau?"

Makin jauh rahangnya jatuh. Langsung tidak dijangka serangan cemburu itu. 

Ayen pula mengetap gigi. Terasa pelempang tepat ke hati bila suami sendiri bertanya begitu. Gurauan atau tidak, itu melampau! "Aku berterima kasih sebab kau sedar yang aku capable keluar dari life kau bila-bila masa yang aku nak, tapi aku masih boleh cari lelaki lain selain adik kau la, badigol!"

"Kau sedar tak kau masih bini aku yang sah. Adik aku atau tidak, aku tetap tak suka kau rapat dengan dia berbanding aku," balas Egann pula, serius sekali memaknakan katanya.

Perangai posesif itu langsung tidak dijangka! Saif masih membatu terkejut, manakala Ayen pula menahan berang di hati. Terasa tingkah lakunya dikawal. Dengan penuh rasa sakit di hati, dia merapati Saiful sebelum menggenggam baju lelaki itu tanpa kata. Berkerut terus kening si suami, mencerun pada si isteri. Ayen membalas dengan menjungkitkan kening kiri. Sengaja mencabar. 

Saif menjadi mangsa di tengah-tengah. Percuma. Egann bertambah berang bila Ayen menarik muka Saif supaya menunduk.

“Aku ke toilet sat...” Suara dilembut sehabis baik sebelum terus bergerak pergi ke tandas. Anak mata biru kilat yang mengekori gerak langkahnya dibalas dengan lirikan mata dan senyum padan muka.

Sampai di singki, tudung ditanggalkan. Panas dan rimas. Ikatan rambut turut ditanggalkan dan rambut ikal mayang di paras dada itu disikat dengan jari jemari. Menarik sekali akar rambut bagi membuang rasa geram pada Egann.

Tanpa dipinta, rambut bersimpul dengan cincin di jari manis. Ayen mengaduh sedikit, sedaya upaya melarikan jarinya. Bila lepas, cincin tersebut tertanggal terus dari jari. Berdeting jatuh ke lantai tandas, malah tergolek ke hujung. Ayen lekas mengejar sebelum terjatuh ke dalam lubang air.

Sambil mencangkung, cincin emas tersebut dipasang semula di jari. Dah melonggar rupanya. Patutlah senang sangat tertanggal. Dia tak perasan, tapi sejak berkhidmat di hospital, beratnya dah susut. Saiz jari juga mengecil. Cincin kemudian ditanggalkan, merenung bukti ikatan perkahwinan dia dengan Egann.

Cincin Egann yang masih tergantung di rantai, dipandang. Belum dipulangkan, kerana lelaki itu juga tidak meminta. Mungkin takda bezanya kalau mereka memakai cincin atau tidak, kerana masing-masing bebas mencari orang lain di luar – walaupun pada hakikatnya dia tak mencari manakala Egann pula berpegang pada janji untuk tidak terlibat dengan rakan-rakan yang menariknya ke neraka. Cincin miliknya akhirnya dijadikan loket bagi menemani cincin si suami.

Ekor mata terpandang benda silau, lalu dia menoleh. Terperanjat bila melihat scalpel di depan mata. Terkedu lagi bila scalpel itu disembunyikan terus di belakang tangan pemegangnya. Ayen melangut, memandang Elisa si pengkid. Bila masa dia masuk?

“Err…” Dia bangun.

Elisa merenung datar perempuan berparut di pipi ini. Syafik dan Saiful sangat rapat dengannya, malah bebas bergelak ketawa. Dia bencikan perempuan ini.

“Apa hubungan kau dengan Saif?”

“Kawan.”

“Habis kenapa rapat sangat dengan dia?"

Berkerut sedikit dahi. Mahu saja diberi pelempang dalam bentuk ayat, tapi mental Elisa tak nampak macam stabil nak menerima kata-kata berselirat. “Dia duk tanya pasal perkembangan abang dia... pasal perkahwinan kami la. Dia concern yang Egann dah kahwin cerai banyak kali."

Elisa terkelip-kelip. “Oh ya… jadi macammana? Kau dengan Syafik okay tak?” Wajah tegang tadi bertukar ceria dalam masa nanosaat.

“Haha… yea…” Janggal. "Tapi aku pelik sikit kenapa mereka bergaduh teruk sangat..."

Elisa mendiam seketika. Scalpel yang nak digunakan untuk mencederakan Ayen tadi disimpan ke dalam jeans, dan dia membuka pili air. Kenangan lama diselak macam menyelak album zaman kanak-kanak. 

“Sebab Syafik yang buat hal.... Mereka sangat rapat masa kecik dulu. Lepas tu Syafik pergi US lepas habis SPM lepas tu tak balik-balik. Aku tak tahu apa jadi, tapi bila Syafik balik, Saif dah tak terima Syafik sebagai abang. Marah sangat kena tinggallah kut.... lepas tu kahwin dengan perempuan sana sini macam tukar baju. Memanglah Saif dah taknak mengaku abang bila dia buat perangai kasanova macam tu.”

Kasanova songsang, masalahnya.... Ayen menghembus nafas pendek sambil menggelengkan kepala, masih tidak percaya dengan kategori lelaki yang dah dibuat suami. Tetapi dia juga mengesan satu maklumat dari cerita Elisa. "Korang kawan sejak kecil, ke?”

“Ha'ah. Dulu mak aku jaga dorang lepas bibik dorang meninggal. Pergi sekolah bersama, makan bersama, pergi mana-mana sama-sama… Jadi, ha'ah… kami rapat.” Senyuman ceria kini berselirat dengan rasa sayu. "Tapi sekarang dah lain... sangat-sangat lain..."

Elisa nampak tenggelam dalam lamunan perasaan, dan Ayen tidak berhasrat nak mengejutkan pengkid itu dari lamunannya. Dengan langkah perlahan tanpa sebarang bunyi, dia bergerak keluar dari tandas. 

Di luar, dua beradik tinggi bermata biru itu sedang bersandar di lidah tingkap sambil sama-sama merenung ke luar. Hati terasa menghangat pula melihat gaya keduanya. Mereka dua beradik rapat dari kecil hingga keadaan berubah bila Saif dapat tahu sifat abangnya... bukan? Dan Egann pula sanggup menipu perkahwinan banyak kali kerana mahu memulihkan hubungan dengan adik lelakinya… sampai dia pun ditarik dalam drama mereka.

Dengan hati selembut marshmallow, dia merapati si suami itu. 

"Sembang apa?" tegurnya. Hampir-hampir tangan Egann nak digenggam, tetapi sempat ditahan.

"Tengah yakinkan Saif yang kau bukan transvestite," sambut Egann. 

"Hei!!" Terkejut beruk dibuatnya. "Tadi bukan main lagi laki aku cemburu dekat kau! Dah kenapa tiba-tiba tuduh aku transvestite?!" Adik iparnya dipandang dengan mata terbojol.

"Sebab aku nak confirmkan kenapa abang aku suka sangat dekat kau!"

Ah, betul juga. "Tapi badan aku ada nampak macam transvestite ke?!"

"Habis kau ingat badan Sajat tu macam lelaki?"

Itu pun betul juga. "Tapi melampau la pertuduhan kau ni..." dengusnya pula, antara bengang dan sendu. 

Egann pula menggaru belakang kepala. “Badan transvestite bukannya badan macam budak 10 tahun macam dia ni, Saif...” Kepala Ayen digosok. “Dorang dah jalani pembedahan serta rawatan hormone bertahun-tahun. Badan meletup atas bawah, engkau.” Bentuk badan hourglass ditarikan di tengah udara sambil bersiul rendah.

Melihat perangai si abang membuat Saif tergelak nipis. Bahu disandarkan pada daun tingkap. “Sekarang abang nampak macam lelaki normal.” Langsung tak nampak mana bahagian gay yang dia bencikan sangat selama ini.

“Sebab abang ada kawan male transvestite. Kau imagine tengok manusia yang ada payu dara mantap tapi baby junior pun masih ada walaupun saiz dah mengecut gara-gara rawatan estrogen. Badan buatan yang bercampur aduk! Kita pun confuse macammana nak identify makhluk macam tu.”

“Ah, bodoh.” Bayangan itu melalui minda macam bas berhenti di busstop. Tangan diawang-awang, cuba membuang bayangan itu.

Ayen pula sekadar mencuri dengar tiba-tiba tersedar sesuatu. “Male transvestite gunakan oestrogen sebagai rawatan hormone sebab sebagai seorang lelaki, mereka lebih kaya dengan testosterone…” desisnya perlahan sambil melonggarkan rangkulan. “So, that-that’s why his baby junior…” Jari dipetik berkali-kali. "Dia ada baby junior! The tumor dalam her baby junior!!"

“Kau kenapa tiba-tiba??” potong si suami kemudian, pelik tiba-tiba menyembang tentang hormon.

Dan dada itu ditepuk berkali-kali. Ideanya mencurah! “Aku kena call Doktor Ong!”


PERBUALAN itu tak lama, dan Egann dan Saif sama-sama boleh mendengar perbualan Ayen dengan doktor cina di dalam talian. Laju sekali dia bercakap memberi differential diagnosisnya mengenai seorang pesakit; yang jika dilihat pada kontek, mungkin pesakit kanser. Muka yang penuh dengan kerut serius itu tiba-tiba bertukar cerah ceria bilamana senyum terlukis di wajahnya, berseri macam model.

Egann terus memerhati tanpa kelip. Isterinya itu benar-benar menyukai tugasnya sebagai doktor hingga perbualan kasual pun memberinya idea untuk diagnosis pada pesakit. Sifat itu digemari.

“Thanks doc. Terima kasih banyak-banyak.” 

Berkali-kali diulang sebelum mematikan talian. Kemudian Ayen berjalan lurus ke arah Egann sambil memeluk Opponya. Si suami itu direnung bersama keluh lega dan senyuman lebar seperti baru menyelesaikan masalah dunia. Perasan dirinya diperhati oleh mata-mata yang lain, Egann lalu ditarik supaya jauh sedikit.

“Can I have a hug?” pintanya bersama senyum yang masih memekar luas.

Terkedu. Egann menoleh pada mereka yang masih mencuri dengar, dan lalu masing-masing mengalih kepala ke arah lain. Setelah diberi privasi, dia membuka lengan. Menjemput. Ayen terus masuk ke rangkulan.

“Care to share?” soalnya kemudian, menggosok belakang tubuh isterinya.

“Dr Ong akan request MRI for the patient... kalau the tumor is there macam yang aku cakap, dia akan support my appeal to the Board...”

"Fuh. Power."

"Hahaha..." Muka dibenam ke dada itu. “I feel like I just had a brain-gasm.”

“Hah!” Ketawa Egann terlepas. “What the hell is that! Kau main sedap je cipta ayat yang bukan-bukan!”

“Aku cakap betul!” Ayen mendongak setingginya. “Aku rasa aku baru solve a case. Kalau betul, aku dapat immunity… aku dah nampak my license depan mata, hahahah.”

Lelaki itu tersenyum lebar, tumpang gembira. Ayen dirangkul dengan sebelah tangan, dan tudung si isteri yang tak pernah nak betul, dikemaskan. “Kalau macam tu, aku tumpang bangga.”

“Hahahaha.” Rasa gembira masih tak habis. Muka dibenam lagi ke dada si suami, melepaskan saki baki bahagia di situ.

Senyum dibiarkan memutik di bibir nipisnya. Dia punya gembira sampai langsung tak ingat nak janggal di tempat awam atau benci pada si suami. Kemesraan Ayen cukup natural ketika ini, dan Egann menerima dengan senang hati.

“Siapa Farahi?” tegur Saif tiba-tiba. Entah sejak zaman bila berdiri di belakang mereka.

Ayen lekas melepaskan rangkulan. “Patient kat hospital ni,” jawabnya sambil berusaha menarik tangan Egann supaya melepaskan tubuhnya.

“Kau ada masa nak fikir penyakit orang tak berkait tapi takda masa nak fikir pasal penyakit Awan??” 

Bulat mata dibuatnya. “Apa maksud kau orang tak berkait?! Farahi ialah patient dalam round aku, dan aku dah habiskan masa beberapa hari, berbincang dan brainstorm dalam process differential diagnosis untuk pesakit-pesakit kitorang. Semua medical history dan complication penyakit dia kat celah gigi aku je. Tentang Awani, doktor dia jauh lebih tahu. Aku cuma pelawat dia yang kebetulan berkait dengan kau berdua.”

“Kau bukan sekadar berkait. Kau kakak-ipar angkat dia!”

Nganga lalu. Baju Egann digenggam. "Egann, kenapa adik kau marah kat aku macamlah benda dalam kawalan aku?" sengaja disoal pada si suami tanpa melarikan renung pada si adik ipar.

Saif pula melepas dengus. “Aku marah sebab kau tak bagi medical attention yang sama dekat Awan sedangkan kau bekerja kat hospital ni dan ada je masa nak tengok sakit dia..."

Ayen mencekak pinggang. “Aku dah cakap aku tak tahu apa-apa pasal dia. Kalau kau nak marah, kau marahkan doktor dia!”

“Aku tau semua komplikasi dan medical history Awani. Semua yang doktor dia tahu, semuanya dah dimaklumkan kat aku. Kau tanya apa-apa yang patut. Kita buat differential diagnosis kita sendiri.”

Ayen buat muka. “Cadangan kau macamlah aku tahu semua jenis penyakit di dunia. First year in in medical school, bila dengar demam, kami fikir kuda, bukan zebra. Jangan anggap aku pakar yang boleh selidik penyakit tanpa buat sebarang test untuk pengesahan.”

“Just do it! Berbanding duduk sini tak berbuat apa-apa!”

Egann menepuk bahu Ayen lembut, meminta si isteri menunaikan permintaan adiknya. Berbanding dia, Saif dah menghabiskan seluruh hidupnya bersama keluarga angkat mereka, jadi memang logik jika Saif mudah hilang sabar ketika ini.

Ayen mengeluh, mengalah. “Fine. Apa yang kau tau tentang Awan?”


KEESOKAN harinya, Ayen menghabiskan masanya dengan bersila di tengah-tengah bilik dan dikelilingi buku-buku rujukannya. Membaca dan mencari sebarang maklumat untuk dikaitkan dengan kes-kes yang telah dilihat sepanjang round, termasuklah kes Awani.

"Hospital tu banyak kes menarik..." bisiknya pada diri sendiri. Fokus penuh diletakkan dalam pembacaan dan kajian, sambil ditemani Purnama Merindu – Siti Nurhaliza yang bergema perlahan dari laptop.

"Yen, tolong..."

Tanpa berhenti menulis di atas buku nota, dia melangut. Egann dilihatnya sedang berdiri di depan pintu bilik hanya dengan boxer. Jatuh rahangnya hingga terjatuh kepala pen yang tengah digigit.

Egann turut terkedu, merenung isterinya yang dikelilingi buku-buku rujukan, buku nota serta laptop di lantai. Rambut panjangnya diikat dua manakala tubuhnya sekadar ditutup sleeveless top serta berseluar pendek paras paha.

Semenjak berkhidmat di hospital, tubuh badan Ayen susut mendadak, menjadikan kecomelannya berganda kuasa sepuluh. Kalau dia ada naluri normal, dah diterkam si bini itu agaknya.

"Tolong apa?" soal Ayen terus bila lelaki itu mendiam.

"Sapu aloe vera..." Badan dipusing, menunjukkan bahagian belakang yang lebih merah dari bahagian hadapan. Malah, seluruh tubuh itu kini umpama campuran warna kulit asal yang macam putih vanilla yang kini didominasi warna kulit terbakar macam udang bakar. Mungkin bahagian yang kurang merah itu diletakkan sunscreen, manakala bahagian merah menyala itu tidak. Tapi sungguhlah, teruk benar sunburn-nya. Perit tu!!

Ayen mula terkekeh. "Apa benda yang kau buat ni... hahahha!!

"Berhenti gelak. Tolong aku!" Krim aloe vera dilontar ringan dan disambut si gadis yang masih terkekeh.

"Sekarang kan memang tengah heat wave. Aku tak boleh hadam kenapa kau pergi berjemur.... Kejap, aku patut tanya soalan ni dulu. Kau berjemur dekat mana? Bila? Pagi tadi rasanya warna kulit kau masih vanilla!"

"Tadi. Kat Pantai Bagan Lalang. Tertidur kat pantai dari tengah hari sampai Asar."

Gelak lagi. Sampai tergolek kali ini hingga muka Egann pula yang memerah macam warna kulit yang sunburn tadi. 

"Kenapa tiba-tiba pergi pantai?" soal Ayen bila ketawa akhirnya memudar.

"Bosan terperuk kat rumah.I need me some fresh air."

"Kira kau tak lepak dengan member kau la ni."

"Kau yang tak bagi..."

Mekar senyumannya. Jadi Egann menuruti nasihatnya? Ah, lembut pula rasa hati. "Kau langsung takda member yang lurus normal selain yang songsang ke?" soalnya sambil meletakkan pen ke atas telinga. Dia bangun, mendapatkan Egann yang kini dah berdiri sebelahnya.

"Tak ramai. Yang aku sepatutnya harapkan untuk teman aku ialah engkau, tapi kau terlalu sibuk dengan kerja kau yang tak pernah habis kat hospital nu. Bila balik pulak, tidur sampai macam orang koma..."

Keluh nipis terhembus spontan. "Aku taknak jadi queen control..." Si lelaki ditarik supaya jauh sedikit dari buku-buku rujukan. Enggan terpijak. Hormat buku, tau.

"You already are."

"Well, you need to be controlled." Mata dijengil.

"Ala, jangan la marah aku sekarang. Aku tengah sakit ni..." Bawah sedar, dia bermanja dengan wanita yang mahu menjaganya.

"Dia yang cari masalah lepas tu nak merungut bila kena marah..." Tubuh suaminya dipusing supaya membelakangkannya. Aloe vera dipicit pada telapak tangan dan dia melangut, nak melumur pada bahu itu. Bapak tinggi lelaki ini. Macam hantu galah!

"Tinggi kau berapa?" soalnya, berbasa basi.

"183cm."

"Pergh! Aku 153cm kot!" 30cm beza tu!!

"Eh, pendeknya kau." Egann menoleh ke belakang.

Kulit merah itu ditampar ringan, menghadirkan letupan pedih dari Egann.

"Kau ni entah sadis, entah sayangkan aku. Kalau sayang dengan cara yang sadis, mohon kurangkan." Pandangan dialih pada meja solek, pada imej mereka yang terpantul pada cermin. Ayen hampir tidak nampak kerana terlindung dek saiznya. Dia si gajah manakala Ayen si semut api. Nampak tak serasi, tetapi entah kenapa hati tetap menghangat bila melihat mereka berdiri sebelah menyebelah.

Dia menoleh bila Ayen menyapu aloe vera di seluruh tangannya pula. Wanita itu tengah mencengkam lengannya berkali-kali.

"Kenapa?"

"Aku dah lama perhati tangan kau... tapi..." Egann dipandang dengan senyum tersipu. "Flex your bicep?"

Berkerut dahi, namun menurut. Tangan dibengkokkan dan otot lengan ditegangkan supaya menimbul.

"Hello, soldier." Sengih Ayen terukir luas macam melihat benda yang disukai. Lalu aloe vera kembali dilumur bersama senyuman yang masih tak hilang.

Egann menjungkit kening kirinya. "Kau suka?" Hati terasa mengembang sampai sebesar padang boda. Terasa berbaloi mengangkat dumbel setiap hari.

"Yea. I have a thing for biceps. It makes a guy effortlessly attractive kat mata aku."

"Heheh. Me too."

Lumuran terhenti.

Egann boleh terasa darahnya berderau turun dari muka. Gila bodoh, kenapa dia perlu cakap macam tu? Tak pasal-pasal mood mesra antara mereka bertukar spoil. Ayen kemudian meneruskan kerjanya. Kali ini senyap sekali. Tangan Egann ditolak ke atas supaya boleh melumur di bawah ketiak.

"Aku gurau. Aku cakap aku suka tengok bicep aku sendiri..."

Tiada respon. Suasana janggal gagal dipulihkan. Egann menderam sambil menolak kepala ke siling. Menyumpah diri sendiri sebanyak-banyaknya sambil ligat berfikir topik perbualan yang boleh meredakan ribut ais yang melanda mereka ketika ini.

"Abang dengan ayah kau masih hidup. Kau masih taknak jumpa dorang?" Kepala dipaling jauh pada si bini itu.

Soalan yang bersifat tiba-tiba itu membuatkan pergerakan Ayen terhenti. "Egann."

"Em?"

"Jangan mention pasal dorang dekat aku lagi. Ever."

Terdiam si lelaki lalu. Gamam. Melihat air muka serius Ayen, Egann menjadi haru. Kerana hakikatnya, semasa majlis kematian Puan Norle mahupun semasa pernikahan mereka, Ayen enggan menjemput abang dan ayahnya.

"Yen, mereka masih your family... gah!!" Pecah terus suasana tenang bahana jerit perihnya kerana Ayen menampar kulit yang terbakar. Egann merengkok sambil mengusap belakang badan yang pedih. Ayen pula beralih ke hadapan suaminya dengan tenang, selayaknya kata pepatah air yang tenang jangan disangka tiada buaya.

"Jangan wimpy sangat. Angkat tangan kau," arahnya, monotone.

Egann menurut bersama hati yang lirih. Apalah nasib ada bini berhati kering macam diktator begini. Dasar Hitler. Napoleon Bonaparte! Red-faced monster!! Tapi, Napoleon versi perempuan inilah yang dia benar-benar sukai dan mahu terus menjadi isteri palsunya. Yang akan membantu hidupnya menjadi mudah, dan kalau diizinkan Allah, membantunya kembali ke jalan yang lurus. Egann sedar. Dia mahu memberi kehidupan yang selayaknya untuk dia.

"Egann."

"Em?"

"Kenapa badan kau banyak parut operation?"

Darah berderau lagi, kali ini atas sebab yang berbeza. "Ma-mana ada! Itu parut sebab street fighting..."

"Aku walaupun bukan surgeon, aku kenal surgical scarring." Garisan parut di beberapa bahagian tubuh sememangnya menarik perhatian dari awal lagi. Dada yang berbulu itu disentuh. Walaupun terlindung di sebalik bulu dada, tapi dia nampak garisan di sepanjang tulang dada itu. Ayen melangut bersama riak risau. "Kau sakit apa? Appointment apa yang Doktor Taha cakap dekat kau? Apa pulak pasal jangan consume dadah lagi? Kau cakap kau nak ceritakan... aku sedia dengar sekarang." Langkah diundur setapak ke belakang, memudahkannya melangut dan menentang wajah kacak itu.

Mendiam seketika, merenung mata yang galak itu. Berfikir berkali-kali samada nak berterus terang atau tidak. Ayen ialah doktor, jadi sebenarnya takda masalah kalau nak ceritakan masalah kesihatannya. Tapi.... Lantai direnung seketika, berfikir kembali.

"Apa kata... selagi kau tak berbaik dengan ayah dan abang kau... selagi tu aku takkan ceritakan pasal sakit aku."

Ayen mencebirkan bibir bawah, menimbang tara cadangan suaminya. "Aku kalau boleh memang taknak kau sebut apa-apa pasal... those... whoever..."

Spontan keluh berat terluah. "Ayen. Korang masih sedarah sedaging..." Biar benar perempuan ini?

Buat pekak. "Whatever happen dengan a happy wife create a happy marriage? Aku sedih tengok parut kau kut. Even more so bila kau taknak cerita."

"Perkahwinan kita memang menyedihkan to begin with."

Akhirnya dia tergelak lagi, membuat Egann sekali lagi merenung wajah comel di hadapannya tanpa kelip, sesuatu yang menjadi kebiasaan si lelaki tetapi tidak disedari buat masa ini. "At least kau terbukti sangat sihat sampai boleh kahwin berkali-kali, kan?" ujarnya bersama senyum kelakar. Apa-apa tentang sejarah Egann, kalau lelaki itu taknak menceritakan, siapalah dia nak memaksa-maksa. Berkenaan dengan ayah dengan abangnya pula... Ayen dah memutuskan untuk terus menganggap mereka tiada dalam hidupnya, sama seperti apa yang berlaku dalam hidupnya sebelum bertemu dengan Egann.

Si lelaki hanya tersenyum tanpa kata.

"Although, aku masih tak boleh berhenti berfikir pasal apa-apa sakit yang kau mungkin alami..."

Egann mendengus berat. Bahunya lalu jatuh bahana beratnya rasa sengal yang dirasai. "Would you stop..."

"No no no, bagi peluang aku teka. Aku start dengan kidney sebab aku ialah nephrologist afterall." Parut di pinggang itu disentuh.

"I said stop."

Tak peduli. "Selain dari fungsi asas ginjal yang budak sekolah menengah pun tahu, ginjal pun berperanan dalam regulating blood pressure, electrolyte balance and red blood cell production. Itu boleh explain kenapa boleh ada parut di sini serta sini..."

Pipi Ayen dicengkam kuat dengan sebelah tangan hingga bibir itu memuncung ke hadapan. Wanita itu terperanjat. Bulat matanya kerana terkejut, dan terus mencerlang bila Egann merendahkan kepala ke mukanya. Tak sempat mulut mereka bertemu, telapak tangan melayang laju.

PANG!

Previous: 4-Bab17
Next: 4-Bab19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh