3-Bab15

Act 3: Part 15

My work dynamic recently, in one word: hectic. Aku upload all act 3 (Bab 10-15) for your read, for anyone yang follow la haha. Act 3 is about... what was it again? The one Ayen tries to accept Egann as a mere human with mistakes. Yea, I dont like Egann time ni. Simpati aku pada Ayen.

-----------------------------

AZAN Maghrib berkumandang dari jauh dan sampai ke telinga Ayen. Wanita itu menoleh ke langit yang bercampur aduk warna merah, jingga dan biru gelap. Malam menghampiri. Dia pula baru sampai ke pekarangan apartment.

GRAB dibayar dan dia mengangkut keluar buku-buku medikal yang dirasakan perlu untuk membuat rujukan dalam jangka masa panjang. Mulanya agak sangsi nak membeli buku-buku perubatan. Iyelah, harga buku-buku rujukan itu bukannya harga macam novel cinta. Tapi bila diperiksa jumlah wang di dalam bank, nyata Egann telah menjalankan tanggungjawab suami sebagai pemberi nafkah zahir dengan jayanya.

Itu je la yang dia mampu buat.

Bare minimum.

Resah sedikit hatinya. Last seen lelaki itu baru lima minit tadi, tapi sampai sekarang Whassapnya tidak dibaca lelaki itu. Kurang asam! Ingatkan blue tick menyakitkan hati. Grey tick lebih-lebih lagi! Sengaja pulak tu nak tunjuk last seen dia!

Pintu penthouse mereka dibuka. Suasana rumah agak senyap. Ayen menoleh ke kiri dan ke kanan, takut andai 'skandal' Egann tiba-tiba muncul entah dari ceruk mana dan menegur dia ialah siapa.

Ah sialan. Dialah tiang rumah, dia pula yang dipersoal kewujudan di rumah ini.

Harapannya andai benar Egann mahu berfoya-foya, mohonlah buat di luar... jangan di dalam kediaman peribadi mereka.... "Or not..." ujar Ayen, memotong sendiri doanya di dalam hati. Ternampak kepala Egann yang bersandar di sofa sana.

Lelaki itu sedang bersendirian, sekadar ditemani headphone sebesar alam yang menutup telinganya. Berbanding melayan hiburan di TV seperti kebiasaannya, kini lelaki itu fokus pada iPhone di tangan.

Plastik berisi buku-buku dipindahkan ke lantai dan dia menjingkit ke belakang lelaki itu. Leher dipanjangkan, nak melihat apa dia yang Egann tengah tengok sampai fokus benar. Brookly Nine-Nine, kah?

Gay porn.

Dahi ditepuk sekuatnya. Ayen menahan keluh sambil memandang belakang kepala individu yang mungkin lebih sukar nak dibantu dari yang disangka. Memang inilah yang akan jadi bila orang yang nak ditolong taknak menolong diri sendiri untuk berubah. Akhirnya dia sendiri yang akan penat.

Tapi panas di hati ketika ini terasa lebih rencahnya bahana penat yang dirasai. Lalu headphone Egann ditarik kasar diselangi pekikan nyaring di sebelah telinga, "JANGAN TENGOK GAY PORN!" Selantang suara dilepaskan.

Egann terloncat hingga hampir terjatuh dari sofa. Terkejut beruk. iPhone turut terpelanting ke lantai, namun tidak jauh kerana masih bersambung dengan wayar headphone. Ayen yang berpeluk tubuh di belakang sofa, dipandang dengan mata mencerlang.

"What the hell?!" marah si lelaki pula.

"Kau violate perjanjian verbal kita."

"No I'm not. Janji aku ialah untuk tak bawa member aku masuk rumah. Gay porn tak termasuk dalam perjanjian kita!"

Wanita itu menggelengkan kepala. "You makes it so hard to like you right now. Fine. Kau buatlah apa-apa yang kau suka," keluhnya dan lalu berkalih.

"I am!" gerutu Egann pula, memandang Ayen mencapai beg plastic berisi buku-buku. Jam dilihat. Dah pukul tujuh setengah malam. Lah. Baru balik? "Kau dari mana sekarang baru balik?"

"Takyah sibuk."

Keluh. "Jangan buat relationship kita harder than it already is. Work with me, will you?" pinta Egann rendah. Penat benar nadanya.

Ayen yang baru nak bergerak ke tangga lalu menoleh. "Dengar statement kau sendiri, boleh tak? Aku ikhlas nak tolong kau, tapi kau terus rosakkan diri kau sendiri masa aku tak tengok. Macammana aku nak pastikan yang perkahwinan ni boleh beri kepuasan kat aku—that sounds wrong..." Mata terpejam, cuba menyusun balik kata-kata dalam kepala untuk dijelaskan sebelum Egann salah faham. "Maksud aku kepuasan dekat aku dalam konteks perubahan karakter kau."

"Salah siapa yang reti sangat muncul masa aku tengah layan syok... dasar perempuan mistik," cemik Egann pula. Wanita bertudung biru itu beralih lagi, dan Egann menghembus nafas berat. "Fine! Kau menang! Aku mintak maaf."

"Maaf kau meaningless kalau kau buat lagi anytime aku tak tengok."

"Duh, obviously."

Naik angin si perempuan dibuatnya. Buku-buku di pegangan dilepaskan ke lantai. Dia mencapai bantal sofa dan dibaling ke arah si suami. Egann lekas mengangkat arm guard.

"Kalau ini perangai kau, kaulah perempuan pertama aku lepaskan sebab perangai buruk macam ni!"

"Oh, aku yang perangai buruk?!" Satu lagi bantal sofa dicapai sambil merapati Egann. Si lelaki membulatkan mata, lekas melarikan diri dari amuk Ayen. "Semua perempuan akan buat perangai macam aku kalau ada husband macam kau!" marah si perempuan bila gagal memukul dengan senjata empuk di tangan.

"Big deal. Dari awal lagi aku tahu aku bukan kategori suami impian! But at least I'm trying my best to make you live comfortably! Tapi apa kata kau tengok cermin dan nilai perangai sendiri. Isteri jenis apa yang tiba-tiba hilangkan diri masa tengah sarapan dengan suami dia!"

Seketika, Ayen tergamam. Egann dipandang dengan renungan keliru. "Kau marah pasal pagi tadi?"

Si lelaki masih dengan riak serius, namun tidak menjawab.

Liur terasa keras tiba-tiba. "Kau jumpa your first wife. Aku taknak kacau. Aku rasa macam orang ketiga..."

"Kau ialah wife aku! Orang yang sepatutnya jadi orang ketiga ialah dia! Takkan itu pun aku nak kena ajar!" marah si lelaki, membuat hati keras Ayen goyah tanpa diduga. "Lagipun, itu bukan alasan kau tinggalkan aku secara tiba-tiba. Action kau buatkan aku teringat memori lama... and I hate that feeling!"

Ayen terkedu. Lelaki ini sangat serius sekarang ini. Perihal ditinggalkan berseorangan... dilihat sebagai sesuatu yang dipandang sensitif oleh lelaki ini. Itu juga jelaskan komitmen dia untuk memulihkan hubungan dengan Saif walau dengan apa sekalipun.

Egann ada abandonment-issue.

Keluh terhempas spontan, lalu dia duduk. Bantal sofa diletakkan di atas riba dan diusap-usap. "Fine. Kau menang. Aku minta maaf."

Egann terkedu seketika. Maaf itu kedengaran ikhlas, dan berjaya meresap ke dalam hati. Lalu panas yang meruap di jiwa sejak siang tadi memudar macam tak pernah wujud.

"Maaf diterima. Lain kali jangan buat lagi."

Arahan diterima bersama anggukan kecil. Egann yang duduk di sebelahnya, direnung. Lelaki itu tengah membetulkan letak iPhone dan headphone yang masih tergantung di leher. "So, kenapa Fatiha Sofe itu tinggalkan kau?" Topik dialih pada Egann pula.

Diam seketika. "Because I'm a bad husband."

"You're not a bad husband." Datar menafi, membuat Egann menjeling. "Satu-satunya masalah kat kau ialah kau songsang, yang menarik semua kualiti-kualiti baik kau tenggelam ke dalam Mariana trench. Tak dapat nak ditarik balik. Maybe wifey kau tak tahan... atau terlalu terkejut... bila sedar kau ialah sebenarnya..."

"No. Semasa kami menikah, aku masih normal. Aku terjebak dalam dunia ni tiga bulan selepas dia tinggalkan aku." Berkerut sekali riaknya mengingati kenangan lama.

Hidung Ayen berkerut sedikit, menghadam ayat itu. "Wait wait wait. So, menjadi gay ialah... your coping mechanism... sebab bersedih... depressed ditinggalkan isteri?" Anak mata biru itu direnung tepat-tepat ke dasar bersama mata yang terpicing kini. "Kau ada muka yang tough macho tapi hati kau langsung tak macho. Lembik. Macam pondan!" Satu persatu disebut, biar masuk dalam telinga dan menampar terus hati dan otak.

Berkerut terus dahi Egann. Dah kenapa tiba-tiba kutuk orang. Dengar berita ditinggalkan isteri dan bertukar kepada gay kerana depresi, bukan ke dia berhak mendapat pelukan simpati atau sokongan emosi?

"Kau nak aku ulang? Wife aku tinggalkan aku..."

"Yea, so? Wifey tinggalkan kau, big deal! Semua orang ada wifey yang tinggalkan dia. Ada yang emak tak mengaku anak. Ada yang macam Aliff Aziz curang banyak kali dekat bini dia yang setia. Douches are everywhere, and they will frack us up in any way possible, but that doesn't give you the right nak langgar norma kehidupan atau kejadian Tuhan. Respect aku dekat kau sekarang ni dah turun dari skala sepuluh kepada negatif seratus! Kau cakap itu kau punya coping mechanism, fine. Maybe aku terlalu kering hati nak bersimpati dengan kesedihan kau, tapi kau nak tahu apa benda yang boleh selamatkan kau sekarang? Man up!" Tangan menepuk permukaan sofa berkali-kali sambil mencerlangkan mata pada lelaki itu.

Ternganga. "Macammana conversation yang bermula dengan aku nak marahkan kau sebab tinggalkan aku sengsorang bertukar kepada kau marahkan aku balik sebab bersedih bini aku tinggalkan aku?"

"Aku tak marah kau bersedih. Aku marah kau salah buat keputusan hidup sampai rosakkan hidup sendiri."

"Hey! Jadi songsang tak rosakkan hidup aku! Aku jauh lebih happy berbanding sebelum ni!" Badan ditegakkan setingginya. Sejenis power move, menandakan dia ialah dominan.

Badan Ayen turut menegak bersama mata mencerlang seluasnya. Dah macam telur mata kerbau. Berani melawan tubuh gagah gergasi itu. "Ohohoho?! Jadi macammana aku boleh berada dalam rumah ni dan berdepan dengan lelaki macam kau sebagai suami aku?! Kenapa kau nak kena bina perkahwinan palsu supaya boleh berlakon depan masyarakat atau family kau!"

"Sebab masyarakat negara ni kolot—"

Sebelum diteruskan ayat itu, Ayen terus memotong. "Kenapa kau langsung tak takut nak hadap kemungkinan penyakit-penyakit tak berubat yang boleh datang dari hubungan luar tabi'I yang kau amalkan?! Kalau betul kau happy, kenapa kau masih seorang diri setiap hari dalam rumah yang langsung takda life yang hanya dihadiri kawan-kawan kau yang cuma nak datang hanya untuk berkongsi kepuasan 10 minit! Kau sebenarnya tak happy. Kau sebenarnya hidup dalam life yang penuh dengan penipuan dan penafian!"

Ruang tamu itu hening seketika.

Nafas panas terhembus kuat dari hidung masing-masing. Menyedari saat ini sukar nak menyukai diri mereka masing-masing, Egann dan Ayen sama-sama mengundur diri dari pergaduhan itu. Si lelaki kembali berbaring, melayan muzik, manakala Ayen beralih nak naik ke bilik tidurnya. Semasa nak mengangkat buku-buku rujukannya, dia terpandang jam dinding.

Oh ya, Maghrib. Ayen berpaling semula kepada si suami.

"Oih. Kau tak pergi sembahyang ke?"

Tiada respon.

"Maghrib masuk dah ni. Takkan layan headphone je. Pergi sembahyang. Alang-alang habiskan satu muka surat al-Quran sekali ke." Ayen mendapatkan plastik berisi buku-buku yang dibeli tadi dan diangkat dengan susah payah. Baru saja nak ke tangga, dilihatnya Egann masih di sofa. Degil semacam perangai itu.

"Egann? Kau boleh solat tak?" Keras balik nadanya.

"Tak. Aku period."

"Oh wow. Jadi sekarang ni, bukan saja kau gay, tapi kau juga ialah transgender. Apa nama sebenar kau? Syafikah Ega-chan?"

"Just shut up..." Kepala kembali terasa berasap.

Dahi dikerutkan. Belakang sofa didekati lagi, dan muka kacak itu dipandang. Tengah memejamkan mata manakala headphone kembali menyanyikan lagu. Malah kuat sekali sampai dia pun dengar.

"Hey, Syafikah. Kau pandai sembahyang ke tak. Kata SPM kat Malaysia. Siap dipilih jawab paper kat bulan. Mesti budak pandai. Dulu mesti ada ambik Kafa, kan? Belajar macammana nak solat atau tengok kiblat kat bulan macammana..."

Diam.

"Alif ba ta pandai baca tak?" Masih sabar bertanya. Pada tahap ini, Egann dilihat sebagai budak tiga tahun yang tengah mengada mintak perhatian dan perlu dilentur semula.

"Pandai. Kau ingat aku teruk sangat ke."

Tersenyum bila lelaki itu menjawab. "Baca sikit. At least sampai huruf 'nya'. Ingat tak huruf 'nya'?"

Anak mata biru itu terbuka kembali. Mulutnya baru nak dibuka nak membalas, tapi mata kemudian melencong ke kiri, cuba membayangkan huruf jawi itu. Akal tiba-tiba terasa kabur. Tak ingat.

Haru. Sangat-sangat haru! Buku diturunkan lagi ke lantai kerana tak tahan dengan beratnya, tapi berat lagi hati yang dirasakan untuk hamba Allah ini. Islam cuma pada kad pengenalan! Patutlah Saif sukar sangat nak mengaku beradik. Ayen berjalan memusing kerusi dan duduk di lantai, menghadap kepala Egann.

"Al-Fatihah. Tolong bagitau aku yang kau boleh baca al-Fatihah."

"Basic kot. Bongok sangat la kalau aku tak tau."

"Kata someone yang tak tahu huruf 'nya'. Aku nak dengar, boleh?."

Kening berkerut seketika, namun menurut. Air muka Ayen semakin lama semakin merah. Menegang. Tak sempat habis surah asas itu dibaca, si perempuan menepuk tangannya sekuat hati ke sofa kulit itu hingga kelepek bunyinya.

"APA BENDA KAU NI!!" Suaranya melangit terus.

Bahu Egann terloncat, terkejut. Lekas dia bangun duduk. Headphone diturunkan ke leher dan Ayen dilihat bertukar menjadi raksasa merah. Jauh lebih menakutkan dari muka marahnya sebentar tadi. Kali ini Ayen betul-betul dah keluar tanduk!

"Umur dah 29 tahun tapi masih tak tahu baca la-Fatihah! Tajwid ke mana, makhraj macam apa! Dah boleh jadi bapak tapi agama ke laut! Aku tak peduli kau gay atau tidak. Handsome berduit yang kau bangga sangat boleh buang masuk lubang jamban! Aku nak kau ambik wuduk sekarang dan ikut mengaji sekali dengan aku!" Telunjuk dituding terus ke tingkat atas.

"Kau dah kenapa... kenapa kau nak kisah aku boleh baca ke tidak! Kau nak sembahyang mengaji, kau buat la sendiri. Bukannya aku kacau." Tak senang.

"At this point, aku berangan nak lakonkan scene cerita Nur masa Aisyah menangis dia salah pilih suami pun tak dapat sebab dari awal lagi aku tahu aku bunuh diri sebab pilih kau sebagai laki aku! Kau nak tolong aku bina life aku, thank you so much, tapi kau jangan ingat kau boleh lepaskan diri dari aku sedangkan terang-terang kau tak boleh mengaji, apatah lagi sembahyang!" Nafas ditarik kasar, cuba meredakan bahang di jiwa walau sedikit. Kalau al-Fatihah ke laut, solatnya selama ini macammana? Dan usahkan al-Fatihah, surah-surah lazim entah apa khabar. Dah berapa lama Egann hidup begini? Kenapa takda yang tegur? Hidup mewah, tapi istidraj!

Anak tekaknya terasa kembang. Mata tiba-tiba berkaca. "Apa benda kau ni..." Menitis air mata dibuatnya.

Egann tergamam lagi. "Kau janganlah menangis..."

Tak boleh tahan. Amarah bertukar sayu sekelip mata. Bibir digigit sekuatnya, menahan sebak. "Aku taknak menangis, tapi kau... kau terlalu kronik! Kau mintak tolong menipu sedangkan dari awal lagi kau dah pun tipu diri sendiri! Kau jauh dari rahmat Allah! Kau cari petunjuk, tapi kau tak cuba nak merangkak cari Tuhan sekalipun! Kau even tak tahu huruf jawi, apatah lagi nak mengaji. Apa benda yang bini-bini kau buat sebelum ni!" Penumbuk dilepaskan ke lutut Egann. Kedua belah tangan menongkat lantai kemudian, dan kepalanya juga dibiarkan jatuh. Gagal menahan rawan, lalu esak dilepaskan di situ. Satu persatu air matanya jatuh ke permaidani hingga diserap fabrik.

Lelaki bermata biru itu masih terpaku. Liur terasa kesat melihat keadaan isterinya. Kenapa menangis untuknya... sedangkan dia sendiri tak kisah? Tingkah laku Ayen benar-benar tidak difahami.

Ayen melangut kembali, mendedahkan muka yang basah dengan hingus dan air mata, membuat Egann tersenyum hambar. Si perempuan menarik hingusnya, mengesat segala cecair dari muka dengan lengan baju, sebelum menuding ke tingkat atas.

"Ambik wuduk. Kau belajar ngaji dengan aku mula hari ni." Masih sebak.

"Ayen, aku tak rasa..."

"AKU SURUH KAU PERGI!" Meledak keluar seperti letupan meriam!

Mendadak jeritannya, membuat si lelaki meloncat terus dari kerusi. Sepantas kilat dia memecut lari naik ke tangga.

Ayen memaksa dirinya bangun. "Ambik wuduk, ambik sejadah, tunggu dekat bilik aku, kau dengar tak?!"

"Baik, puan!"

Sebijik macam kadet.


EGANN dibiarkan menunggu sementara Ayen menunaikan solat. Disuruh jadi pak turut pun lelaki itu enggan, jadi Ayen bersabar pada hari pertama. Lelaki itu pula membuang pandang pada bilik tidur isterinya. Tak jauh beza dengan masa mula-mula disediakan bilik ini kepadanya. Satu-satunya yang berbeza ialah jumlah buku yang bertambah mendadak di atas meja. Baik novel, komik, Reader Digest serta buku-buku medikalnya. Malah ada yang diletakkan di bawah meja.

Ayen benar-benar perlukan rak buku.

"Syafikah. Meh sini."

Egann menoleh, melihat si wanita dah bersila di atas sejadah. Malah al-Quran di atas rehal juga tersedia. Janggal benar rasa, tapi dipaksa hatinya untuk menuruti permintaan si isteri.

Mereka bersila secara bertentangan.

"Aku takda muqaddam untuk kau. Esok aku belikan. Hari ni aku nak kau tambah baik al-fatihah je. Aku rasa kau boleh baca, tapi mana-mana bacaan yang salah tu kena perbaiki sangat-sangat. Bahaya kalau dibiarkan." Dengan muka serius, muka depan al-Quran dibuka.

"Macammana baca al-Quran boleh salah. Sama je bunyi dia." Defensif.

Kening kiri terjungkit. "Okay. Bagitau aku, what are sets of homonym or homophones yang kau tahu yang sama bunyi atau sama ejaan, tapi lain makna? Eh, biar aku bagi contoh. Gay!" Mata dicerlang seluasnya tanpa menanggalkan air muka tegangnya.

Selain membawa maksud menyukai kaum sejenis, 'gay' juga bermaksud sangat gembira. Dan saat ini, juga bermaksud, kau-menyimpang-dari-jalan-Allah-jadi-jangan-melawan-aku-sekarang-ni!

Muka garang itu direnung beberapa ketika. Ayen benar-benar tengah sentap. "Fine."

Nafas panas dihembus seperti naga yang melepaskan api. "Sebagai contoh, ayat ke-empat. Iyyakanak'budu wa iyya kanasta'in... Kalau kau baca dengan betul, dia akan beri maksud hanya Engkaulah yang kami ibadahi dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Kalau kau salah baca ayat ni, kau boleh jadi musyrik, kau tau tak. Sebab tu agama jangan dipandang ringan. Bila engkau baca iyakanak'buduwaiyakanasta'in, hukum sabdu pada 'ya' kau tak tekankan. 'Iyya' dalam bahasa Arab memberi maksud 'matahari', jadi bacaan kau tadi literally has no meaning, macam life kau sekarang."

Sempat menyindir.

Egann diam. Berteleku pada al-Quran dengan riak kosong.

"Kau faham tak?" Keras.

"Faham." Monotone.

"Alhamdulillah boleh faham. Dah, start baca. Mana yang salah, aku tegur." Kayu nipis ditunjuk pada al-Fatihah.

"At least senyum la sikit nak ajar orang pun..." Wajah yang masih garang itu dilirik.

"Kau baca dengan betul baru aku senyum."

"Muka kau lebih masam dari asam paya." Masih cuba nak cari gaduh.

"Baca!" Makin keras nadanya, malah diberi jelingan maut.

Egann mencerun. "No." Mula melawan.

Susahnya la hai nak ajar orang yang taknak terima. Ayen mengeluh berat. Permudahkanlah urusanku, ya Allah... kau lembutkan lah hati dia, terangilah hati dia dengan cahaya hidayahMu. Selesai berdoa dalam hati, al-Quran dipusing supaya terletak di depannya.

"Kau dengar aku baca, lepas tu kau nilai sendiri."

Egann tidak membalas. Akal berkira-kira nak bangun terus dan meninggalkan perempuan ini, namun lumpuh terus tulang belakang bila mendengar Ayen mula mengaji.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani....

Alunannya. Bacaannya. Lagunya. Terasa masuk ke dalam telinga dan membakar rentung Syaitan yang dah membina sebuah kerajaan dalam hati yang hitam dan keras. Egann tidak pasti apa dia, tapi hatinya terasa... cair. Lembut. Sejuk. Selesa, dan dia mahu lagi dan lagi. Bawah sedar, telinganya mendengar dengan tekun. Setiap bait perkataan puitis itu cukup berbeza dengan sebutannya sendiri. Lalu timbul malu dalam diri kerana sebagai suami, tugas dia ialah pembimbing. Ayen layak marah. Dan dia lega Ayen berani memarahinya.

Lalu wajah bertelekung itu dipandang dengan satu perspektif baru.

"Sadaqallahulazim..." Alhamdulillah selesai, Egann yang tengah merenungnya tak berkelip, dipandang. "Your turn."

"Okay." Al-Quran dipusing arah. "Ayen. Jangan tinggalkan aku tau."

Huh? Kelam si wanita mendengarnya.

Egann pula menggigit daging pipi, menahan senyum yang terasa nak merebak sampai ke telinga. Hatinya terasa hangat. Kulit muka dan telinga terasa panas, bangga kerana terasa memilih perempuan yang betul kali ini, selepas tiga tahun trial and error.

"Jangan tinggalkan aku," ulangnya lagi, lebih kukuh nadanya kini. Wajah bersih di hadapannya juga dipandang dengan muka mengharap.

Makin blur dibuatnya. "Kenapa tiba-tiba?"

"Aku akan berusaha to keep up with you. Until then, jangan cari lelaki lain. Stay dengan aku sampai kiamat selagi boleh. You heard me?" Wajah yang kian berseri di mata dipandang tak berkelip. Benar-benar mengiakan kata-katanya. "Kita berjanji depan al-Quran ni." Sempat menambah.

Wanita itu tersenyum nipis. "Kalau kau tak buat perangai, aku pun takkan terfikir nak blah."

"Perangai yang macammana?"

"Err... I don't know. Ignore amar makruf nahi mungkar?" Sinis menjawab. Satu perkataan itu saja cukup untuk menerangkan gaya hidup Egann selama ni.

Bibir yang sedia nipis itu dinipiskan lagi. "Tak payah nak provokatif sangat..." cemiknya, lalu mula membaca.

Eh. Tahu sentap pula dia. Dah semacam pula taatnya. Tadi berdegil benar. Terasa doanya diterimaAllah, lalu sejuk sedikit rasa di hati. Bacaan Egann didengari dan diperbaikidi setiap huruf dan kalimah, hingga dia benar-benar puas hati.

Previous: 3-Bab14
Next: 4-Bab16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh