SETELAH selesai, Ayen menyambung tugasnya sebagai acting attending physician di wad ICU. Tak lama kemudian, Husna menghantar Whassap kerana nak berjumpa di pejabatnya. Ayen akur.
Bila pintu dibuka, Egann ada sekali di dalam. Sekali lagi dia terkejut. Kepala diangguk sekali, tanda hormat. Suami isteri atau tidak, mereka masih terikat dalam hubungan professionalism dalam bangunan ini, lagi-lagi dengan perbezaan pakaian mereka.
Sut hitam dan kot putih.
The Management versus the working class.
"Saya boleh masuk ke?"
"Sure. Come in." Kepala diisyaratkan tanpa menoleh ke pintu. Anak mata birunya fokus pada skrin laptop Husna, bergerak dari kiri ke kanan membaca perenggan-perenggan kontrak yang sedang disiapkan. "You might need to add on a clause that stresses their ages."
"Noted."
Dan terus berbincang, walaupun di mata Ayen, nampak macam Egann yang mengarah dan menambah, manakala Husna sekadar menaip apa yang disebut kepada bentuk ayat undang-undang.
Puas hati, Egann menoleh pada doktor di hadapannya. "Eh, kenapa berdiri je. Do sit."
"Oh. Thanks." Kerusi ditarik, akhirnya duduk. Taat sekali.
Egann merenung air muka yang nampak sedikit gentar itu. "You look so submissive, its hard to notice its really you."
Ayen melangut. "Err... yeah."
Tersenyum si lelaki. Biar betul ini ialah Ayen. Lalu dia beralih. "You look like you just ate a chalk and pooped it out... damn I can't stop speaking in English." Lidah dijelir gulung berkali-kali, membetulkan balik gear lisan. Punggung dilabuh pada sisi meja Husna. Tangan dilipat berpeluk tubuh dan wajah berparut itu direnung. "Entertain me."
"Ha?"
"Entertain me – Husna, siapa suruh kau berhenti menaip?" soalnya pada si peguam di belakangnya tanpa sekali pun menoleh. Tahu-tahu yang si peguam nak mencuri dengar memandangkan bunyi ketikan tiba-tiba tidak kedengaran.
Si peguam mencemik, kembali menaip dan merangka kata. Egann pula memandang isterinya.
"I asked Husna to call you out here because the Board needs reaffirmation that you will not commit the same act ever again, I meant lying to Board or committees about the status of your patient..."
Ah, ini berkenaan kesnya menipu Lembaga Transplant kerana dia mengkehendaki jantung baru untuk pesakit jantungnya walaupun sebenarnya pesakitnya itu bukan priority menerima jantung kerana menghidapi Bulimia.
"Even when my patient layak terima jantung?" soal Ayen keras.
"Even then."
"Then, no."
Senyum. "I knew you'd say that. Husna, dalam tempoh probation, tambah clause yang Doktor Ayen tak boleh gunakan full access on hospital's services and procedures such as diagnostic imaging, laboratory services, general operative center, paediatric medicine, general surgery, audiology, pharmacy services, premier wellness center, et cetera et cetera, provided she got full granted by any available HOD or the Dean of Medicine himself."
Ternganga seketika. "Itu practically every service dalam hospital!"
"Kau cuma dibenarkan full authority di klinik, dekat wad dan semasa consultation since that's where your strength lies."
Ayen mencerun. "Just because aku tak setuju nak langgar peraturan sekali lagi?"
"Yes. Dan tolong jaga bahasa kau bila bercakap dengan aku." Datar serius.
Ternganga seketika. Panas pula hatinya melihat perangai itu! "Aku cuma nak selamatkan nyawa pesakit aku!" jerkahnya sambil bangun.
"Right. Kalau patient kau memilih untuk mati, kau masih akan cuba selamatkan dia?"
"Yes!" Lantang disahut.
"That patient of yours has their own will to choose how to live and die. Hippocratic oath says do no harm. It didn't state you can choose how they live their lives."
"I'm not choosing how they live their life, I don't want to end their life!"
"Again. The choice is not in your hand, but in theirs. We're speaking with regards to advance medical directives that involve legal and ethical issues that are both complex and of general concern. Kita tengah cuba develop a comprehensive framework yang boleh bagi full-on legal effect for practitioners. The rules are there to protect and guide you doctors."
"Bullcrap. The rules are there to protect the business, the profit, your pocket money! You don't give shit pasal doctor atau patient, especially!"
Nada paranoid itu dikenal pasti. Egan menghembus nafas panjang. "Okay, let me try to rephrase my word. Hospital is just a stall. Once you treat their disease, you send your patient and boom, another one coming in. Organs are scarce in number, and there are reasons why we choose a risk-tolerant patient to receive one. You should know that. You can't save everyone. And if you can't handle death, then you shouldn't become a doctor."
Terpicing terus mata si doktor. "I dare you to say that again." Mencerlang matanya.
Egann masih dengan riak serius. "The hospital is not your place to act like God, Ayen. Hospital ialah tempat merawat orang di samping buat bisnes dengan merawat orang."
Mata terpicing lagi. "You're crooked."
"Get used to it." Dia bangkit dan wanita itu didekati lagi. "Unless, kalau kau setuju dengan semua syarat-syarat ni ni, then kau boleh dapat full access. If not, its like what I just said."
Ayen mencerun. "Still no."
Senyum. "Then, we have an accord." Husna kemudian dipandang. Si peguam tengah leka merenung mereka. "HEY!! AKU SURUH KAU MENAIP!!"
Suara besar itu meletup ke langit seperti letupan bom. Pen di tangan Husna terpelanting ke siling. Ayen pula terloncat dalam duduk hingga hampir terjatuh. Sekelip mata wajah lembut Egann bertukar menjadi singa. Egann dilihatnya beralih ke belakang Husna kembali sambil memarahi si peguam. Patutlah Husna alergi sangat dengan Egann....
Teringat temu janji dengan Datuk Roslan, Ayen meminta diri.
"Saya keluar dulu..." ujarnya rendah sambil berundur perlahan-lahan.
"Siapa cakap kau boleh pergi!" jerkah Egann padanya pula, membuat Ayen mengeras seperti robot rosak – mungkin sama tahap keras dengan Husna sekarang. Egann menakutkan!
"Sorry..."
"No. No..." Keluh berat terhembus. "Sorry. But stay."
"Ermm... aku ada appointment dengan Datuk Roslan..."
Anak mata biru galak itu mencerlang padanya, membuat Ayen spontan memendekkan kepala di antara bahu.
"Appointment dengan dia... untuk apa?"
"Tak tahu... tapi dia mintak aku jumpa dia dekat office Doktor Taha lepas habis meeting..."
Egann menghembus nafas panas. "Tua celaka tu. Apa benda yang dia nak..." Pinggang dicekak dua belah, berfikir beberapa ketika sebelum bertindak memusing meja Husna. "Jom. Aku ikut. Aku nak tau apa yang dia nak dengan kau," ujarnya, gagah sekali berjalan ke pintu tanpa sekali pun memandang ke belakang.
Ayen dan Husna bertukar pandang.
DOKTOR Taha melangut dari kertas kerjanya bila pintu tiba-tiba terbuka luas dari luar. Egann melangkah masuk tanpa salam, dan diekori Ayen yang berjalan lambat-lambat di belakang. Pemuda tinggi lampai itu mencekak pinggang sambil melilau pandang ke seluruh ruang pejabat.
"Mana dia?" soalnya sambil melipat kedua belah lengan baju hingga ke paras siku. Tali leher merahnya turut dilonggarkan, mahu membuang sedikit panas yang terjana bahana rasa benci yang wujud untuk si lelaki tua berpangkat.
Ayen pula memekam bibir pada Doktor Taha. "Maaf doktor. Tapi Datuk Roslan..."
"Eh, Egann. Kau pun ada sekali? Berjodoh kita tengah hari ni."
Teguran dari pintu membuat mereka serentak menoleh. Datuk Roslan hadir bersama wajah yang meriah dengan senyum dan aura mesra. Secara psikologinya, mampu memberi rasa ringan dan senang lenang pada mereka yang melihat, kecuali pada Egann dimana senyuman dari lelaki berpangkat itu boleh membuatnya sakit jantung bahana sakit hati.
Dia lekas berjalan dan berdiri di hadapan Ayen, bertindak sebagai benteng di antara si isteri dengan lelaki yang tak disukai. "Fuck off. Kau nak buat apa dengan bini aku."
"Aku nak berbincang sedikit dengan dia. Taha, aku pinjam office kau kejap. Ayen, kau duduk," arahnya sambil melangkah ke meja bulat dan sofa yang dah tersedia di situ.
"Sure. Buatlah macam aku tak wujud..." jawab Dean of Medicine itu, memandang ketiga-tiga tetamu yang tak dijemput itu dah pun melabuh duduk di sofanya, juga tidak dijemput. "...which you guys already did..." lanjutnya monotone.
Dipedulikan Egann yang duduk di sebelahnya, Datuk Roslan meneruskan perbicangan dengan Ayen yang masih menunggu. "First of all, saya nak ucap tahniah sebab diterima untuk berkhidmat di hospital ini. Tapi saya juga nak offer position sebagai saintis di lab R&D saya."
"No she won't," sampuk Egann.
"Err, Boleh tak saya nak tau research yang macammana?" soal Ayen pula, cuba nak mengendahkan suaminya.
"Mostly pharmaceutical research dan pathological study. "
"Ayen. Kau jangan dengar cakap dia," potong Egann lagi, tak puas hati.
"Egann, aku yang decide samada nak dengar cakap dia ataupun cakap kau," potong Ayen.
Datuk Roslan tersenyum, lalu menoleh pada Egann. "I really like her." Kad nama dihulur pada Ayen kemudian. "Kita akan berjumpa dengan lebih kerap now that awak officially pegawai di sini. You'll attend for conferences, seminars, discussions, meetings, and I expect you to entertain some of our research sebab ubat kami yang digunakan dalam hospital ini. Ini untuk bantu masyarakat kita mendapat rawatan yang lebih baik."
Senyum Ayen meluas. Malah, bercahaya sekali matanya. "I'm born for this!" ujarnya, bersemangat!
Datu Roslan tergelak nipis, kemudian dia menoleh pada Egann lagi. "I really like her." Diulang.
Lelaki itu tidak menjawab. Bila Ayen memandangnya, Egann mengalih pandang ke arah lain, membuat si wanita terasa hati. Kad di tangan dibaca, kemudian pada Datuk Roslan yang bangkit berdiri. Ayen turut bangun.
"Welcome to Kings Hospital." Tangan dihulur nak salam.
Ekor mata masih menangkap muka merajuk Egann, membuat Ayen mengangkat tangan ke paras bahu. "Sorry. Bukan mahram. But thanks."
Datuk Roslan bergerak keluar. Ayen pula menghantar lelaki berpangkat itu pergi dengan pandangan mata.
"Dia ajak aku ke sini semata-mata nak bagi kad dia dan bagi welcome?" Sedikit pelik. Benda itu boleh dibuat semasa bertembung di wad Awani tadi kot.
"It's an attack... directed to me," balas Egann sambil bangun. "Dia nak bagitau yang dia berniat nak establish relationship dengan kau dan aku tak boleh nak buat apa-apa..." Kad di tangan Ayen dirampas. Dengan selamba dikoyak dua. Isterinya direnung serius. "So, I forbid you to accept his gesture."
"On what ground?" Berkerut dahinya.
"On the ground that I'm your LOVABLE husband, I'm literally your boss, and he's a douchebag who's too powerful for you!" Telunjuk dituding ke pintu.
Ayen mendiam. Egann sesungguhnya jarang marah, tapi bila lelaki itu diserang baran, benar-benar membuatkan saiznya bertukar gergasi. Segala bagai urat dimukanya akan menimbul, malah otot di leher juga menjadi lebar. Egann mungkin serius memintanya menjauhi Datuk Roslan, tapi dia juga sepatutnya ada kebebasan nak buat keputusan sendiri dalam hal kariernya.
"Kau pernah cakap kau nak bantu aku dalam perkembangan karier aku."
"I did."
"Then act like it! Bukan menipu aku membuta lepas tu arah aku macam-macam!" Kad yang dah dikoyakkan, dirampas dari tangan Egann. Selajur, dia meluru keluar bersama perasaan marah di dada.
Si lelaki yang ditinggalkan, menghembus keluar nafas panas yang membara. Pada Doktor Taha yang masih memerhati tanpa kata, dia meminta maaf.
"Sorry you had to hear all that. Kalau doc dapat tau apa-apa berlaku antara Datuk Roslan dengan Ayen, notify saya?"
"Faster kalau kau tanya sendiri dekat wife kau."
"Hahah. Its like you didn't watch anything." Kepala dipaling ke kiri dan kanan, mencari sesuatu. "Mana kot dengan briefcase saya?"
"You didn't bring any."
Terkelip seketika. "Oh ya... kat ofis legal..."
Baru saja Egann nak bergerak keluar, Doktor Taha terlebih dahulu menegur hingga menghentikan gerak langkah si anak muda.
"Kau dengan Doktor Ayen okay?"
Lelaki tinggi itu mengerut dahi. Sofa yang dah kosong dipandang, kemudian pada Doktor Taha kembali. "Tadi... did-did you actually watch us?" Keliru pula. Dah terang-terang nampak dia bergaduh dengan Ayen, kenapa tanya lagi?
"Obviously hubungan kau dengan wife kau affect kesihatan kau, sebab tu aku concern. It'd be bad idea kalau kau berdua bergaduh lepas tu kau tiba-tiba kena serangan jantung kat rumah sana."
"Kami okay," jawabnya.
"You sure?"
Sengih. Tengkuk digaru. "Baru-baru ni, saya baru sedar... that I love her. I mean, not just love her... but I'm in love with her..."
"But?"
"But... she didn't..." Renungan matanya perlahan-lahan bertukar sayu. "Because I'm not the man she ever wanted."
"Because you're gay."
"That's another way to phrase it." Belakang tengkuk digaru.
Doktor Taha mengeluh pendek. "Well, you brought this on yourself." Kedua belah siku didirikan di atas permukaan meja. Jemari disilang, menyokong dagu sendiri. "Mixed-oriented marriage... dari awal lagi spells disaster, the both of you should know that. Ayen, mungkin lebih tahu macammana nak selamatkan diri sendiri berbanding kau yang terperangkap dalam plan kau sendiri. Kali ini threat bukan dari Datuk Roslan semata, tapi dari perasaan kau pada isteri kau sendiri – even more so sebab serang kau terus dari dalam. Kau vulnerable. Jadi, kalau kau nak hubungan kau berdua berlanjutan lebih lama... ignorance and selfishness bukan jalan terbaik. Its time kau betul-betul bukak langkah dan terima dia dalam hidup kau sepenuhnya... share with her everything, bukan main sembunyi-sembunyi lagi."
"Doktor rasa kami berdua boleh moving forward bersama?" soalnya rendah. Benar-benar perlukan jawapan, memandangkan Ayen juga dah berkali-kali bertanya walaupun bukan secara terus.
"Saya bukan pakar rumah tangga nak bagi pendapat macam tu."
Keluh dihembus.
"It depends on you, macammana kau nak selesaikan masalah kau dengan Ayen... starting with the very basic. Love each other. Tak kisah romantically, platonically, atau familial."
"Ayen didn't love me."
Doktor Taha merenung anak muda di hadapannya. Cuba membaca reaksi wajah yang nampak muram itu.
Setelah mendiam beberapa ketika, Egann menghembus keluh berat. "At least, itu apa yang saya rasa..."
"Apa yang kau rasa... based on what?"
"Tingkah laku dia."
"Ada tanya dia tak? Personally?"
"No..."
"Do you see where my question will lead from this point onward?"
Bibir dikemam. "Yes, I see your point." Keluh terhembus lagi.
"Good." Tubuh disandarkan. "Korang muda mudi suka sangat rumitkan benda mudah." Sempat membebel.
Egann meleret bibir nipis. Jari diketuk dua kali pada daun pintu sebagai tanda terima kasih, dan dia bergerak pergi.