One that Ayen dan Egann dapat tahu parut Ayen berpunca dari Egann dan Puan Diyana mula saspek something is wrong with their marriage.
Paina here! Its almost 3 in the morning and i feel sleepy already. I started the update sejak Bab 20. The incoming chapter would be ermm... what was it... Ayen struggle nak tepis her feeling and stay objective. She's the type who trusts her mind compared to her heart. Egann bukan a good husband. Egann is just a guy yang perlukan bantuan yang dia suka hati nak bantu. And Egann definitely has fall for his savior. Their milestone ialah Raya. The question is, what's next?
_______________________________
"PECULIAR..."
Kening Egann terjungkit. "What is?"
Doktor Taha menjeling sekilas si pesakit yang sedang berlari sambil merekod degupan jantungnya. Bacaan pada EKG dibaca lagi. "Your heart. Improved. A lot." Diam seketika sambil menggosok dagu. "A whole lot, actually..." Pemuda di hadapannya direnung. "So I guess, life is great for you?"
Pemuda itu mendiam seketika, mengingati jadual hidupnya. "Nothing much rasanya. Benda yang sama je. Although, sejak saya dipecat, I do have better sleep pattern."
"I see. Good for you."
"Yea. Pagi ni, contohnya. Saya bangun. Makan ubat. Makan sarapan, makan sayur, kacau my wife..." Sengih terlakar terus bila muka Ayen melalui fikiran. "Dekat dapur ada satu pokok bunga ni tau. Empat bulan... Ayen siram pokok bunga tu sedangkan pokok tu plastik! Hahaha! Saya tak boleh nak bagitau sebab it's too cute to look at!"
"Your wife... Doktor Ayen?"
"Ya." Senyuman di bibir itu merebak. Teringat perbualan yang menyakitkan hati pagi tadi. Mana taknya. Berbual dengan Ayen tak pernah tak menyakitkan hati. Ada je ayat dia yang buat orang sentap ke jiwa. Tetapi melihat Ayen di pagi hari, gelak tawanya, sentuhannya, dan perangai sengalnya. Hati terasa membengkak dengan limpahan perasaan. MasyaAllah, betapa dia mahu menguasai dunia untuk dihadiahkan pada wanita itu.
"Your heart skip a beat," ujar Doktor Taha, masih fokus pada talian hayat di skrin EKG.
Egann menoleh. "Apa dia?"
"Your heart skip a beat," ulangnya sambil merenung anak mata biru itu. "Kau fikirkan apa?"
"My wife?" Takut pula dibuatnya. Macammana fikirkan tentang Ayen boleh membuat jantungnya berhenti berdenyut?
Direnung lagi si mata biru didepannya - dengan renungan membaca kini. "Kau cintakan dia?" disoal, benar-benar ingin tahu, kerana setahunya Egann lebih sukakan lelaki berbanding perempuan. Sekurang-kurangnya, itulah identiti Egann sejak dikenali dari awal lagi. Tapi tidak mustahil bagi lelaki seperti pesakitnya mencintai seorang perempuan... kah? Ah, itu diluar bidang kepakarannya.
Tersentak seketika. Teringat luahan kata yang tak sengaja disebut suatu masa dahulu. "Saya... tak tahu tentang... "cinta"." Kedua belah tangan diangkat membuat aphostrophe. Sesungguhnya, dia sangat tak yakin kalau ayat cinta cukup untuk didefinisikan bagi perasaan yang dirasai. Tapi debaran yang dirasai kini bukannya tipu. "Rasanya, saya cuma sukakan dia... lebih dari mana-mana perempuan lain."
Angguk. "Love is good for your health. Kau rasa lebih tenang, lebih gembira, you have someone who support you through thick and thin, good moral and social support. I guess you've found your person," ujarnya membuat Egann blushing tanpa dipaksa-paksa. Senyum lagi kardiologis itu dibuatnya. "Aku harap you guys stay happy supaya aku tak payah jumpa kau lagi."
"Hahaha. Amiinn..."
"Kau even ingat Tuhan lepas kau berkahwin. Ayen did a very good job sebagai seorang wife. Pergi balik rumah dan bawak wife kau dating ke apa."
"Hahaha. Kitorang ada plan lain. Malam sikit la tapi."
ATAS permintaan Puan Diyana, Egann dan Ayen dipinta untuk bermalam di rumahnya. Wanita separuh usia itu terlalu gembira dengan perkembangan kesihatan anaknya, dimana akhirnya telah menunjukkan perkembangan selepas diberi rawatan yang betul hasil diagnosis Ayen.
Selepas mereka berbuka, Ayen meminta izin meminjam bilik tidur untuk solat. Kemudian dia terkaku di depan pintu bilik tidur, sekaligus memanggil Egann untuk merapat.
"Kenapa? Tunggu aku nak jemaah?" sengih.
Ayen menjeling. "Rumah ni ada berapa bilik tidur?"
"Dua," jawab si lelaki laju. "Satu bilik Aunty Yana, satu lagi Awan dengan Eli kongsi..." Bilik tidur yang memuatkan katil bersaiz Queen di hadapan mereka ditunjuk. Kemudian Egann terkaku, baru menyedari motif soalan isterinya. Lalu bilik tidur itu dipandang dengan mulut terbuka.
Si wanita pula menggaru dagu, betul-betul tak teringat dengan kemungkinan yang mereka kena tidur bersama di rumah orang.
"Boleh tak kalau aku mintak kau tidur luar malam ni?" soalnya bersama sengih hambar.
Egann sekadar menjeling ringkas sebelum beralih. Jantung yang berdetak kencang cuba ditenangkan. Sejak terlepas kata di bibir sendiri, dia menjadi sensitif dengan perasaannya. Dada disentuh, merasai denyutan yang lebih kuat dari biasa. Dia tengah diserang serangan jantung atau memang ini rasanya bila diberi peluang tidur bersama seorang isteri?
Syafik Egann, kau dah pernah meniduri perempuan siap mengandungkan bini kau. Kenapa masih nervous kali ni?!
Pintu rumah tiba-tiba terbuka dari luar.
"Assalamualaikum my favourite people in the world..." sapa Saif dengan sengih luas. Bungkusan plastik makanan cukup banyak di tangannya macamlah mereka belum berbuka.
"Kau bawak apa tu?" sahut Ayen bersama mata yang bersinar. Bentuk segi empat yang besar itu hanya memberi satu makna - pizza. Dan kebetulan dia tengah terliur pizza sekarang ini!
"Orang dah makan sampai kenyang, kau beli makanan lagi?" tegur Egann pula.
"Anggaplah moreh," sengih si adik sambil meletakkan pizza di atas meja. Melihat muka bercahaya Ayen, dia menyambung kata. "Kau jangan risau. Aku beli lebih untuk kau sebab tolong permudah urusan family ni." Setiap kotak segi empat itu dibuka.
"Hahaha yay! Lain kali kalau nak mintak tolong lagi, roger je." Lekas dia merapat sambil melihat variasi pizza. Makin kuat perutnya bergendang.
"Of course. Tapi takda pizza lagi la. Offer cuma sekali seumur hidup."
"Ah, kedekot!"
"Kedekot tak kedekot. Pergi ambik pinggan dengan cawan la! Bini jenis apa kau ni! Kesian abang aku!"
"Ah, abang kau tak memaksa macam kau! Dia reti bertolak ansur!"
"Dah tu jangan pijak kepala!"
Elisa merenung interaksi mereka dengan hati yang membara marak. Dia bencikan kemesraan itu. Rasanya mereka baru sahaja bertemu, tapi kenapa gaya macam kawan yang baru berjumpa semula lepas sepuluh tahun? Si pengkid menoleh pada Egann yang duduk di lengan kerusi. Anak mata biru kilat itu merenung redup pada mereka bersama senyuman di bibir. Kenapa muka itu nampak macam menyukai berbanding membenci?
Tingkah laku Ayen kemudian diperhati. Wanita itu kemudian bergerak ke dapur, mendapatkan cawan dan pinggan. Dia melabuh duduk di sebelah Egann. Sepotong pizza disua ke mulut suaminya. Baru saja Egann nak menggigit, Ayen melarikan pizza dan dimasukkan ke mulut sendiri sambil mengekek nakal. Kemudian dia pula yang terjerit bila Egann membalas dendam dengan merampas terus pizza dari tangan.
Rias mukanya sederhana, ada rupa tersendiri tapi tak tergolong dalam cantik komersial. Hubungan dengan Egann tidak nampak macam suami isteri, tapi macam kawan baik. Ketara kerana menggunakan aku-kau. Tapi dia tak peduli tentang itu. Cuma dia agak hairan, Egann yang kacak memilih perempuan berwajah biasa itu, lagi-lagi parut di pipi cukup ketara cacatnya.
"Aku dah lama nak tanya ni... pipi kau kenapa? Dapat dari mana?" soal Elisa.
Ayen menyentuh pipinya, pada parut bergaris yang mencacatkan wajah – seperti parut The Joker dalam The Dark Night. "Dapat dari pisau."
"Pisau apa?"
Ayen terpaku, lalu tersenyum. "Selalunya orang berhenti bertanya bila aku cakap pisau. Kau agak lain dari yang lain..." Pizza dikunyah. "Kenapa tanya?"
"Sebab... luka tu mesti dalam... sampai kulit kau tak pulih sepenuhnya..."
"Sebab orang tu berniat nak bunuh aku berbanding nak kelarkan muka aku semata."
Automatik mereka semua memandang si perempuan. Ayen terus mengunyah sambil melihat wajah mereka setiap seorang.
"Kau pernah hampir-hampir kena bunuh?" soal si suami yang duduk di sebelah.
Minat mereka benar-benar dah terpaut. Ayen merasa bertanggungjawab menghabiskan cerita yang dah dibuka. Air diteguk terlebih dahulu.
"I was involved in a street fight... masa tu duduk rumah sewa Taman Zamrud di Johor, tengah prep nak sambung bachelor dekat oversea..."
"Kejap, aku ulang. Kau terlibat dengan street fighting?" getus Saif tak percaya.
"Mangsa keadaan, to be exact. Masa tu ada dua kumpulan samseng bergaduh, sebab berebutkan housemate aku. Housemate aku berjaya lari, tapi aku pula yang jadi hostage bagi pihak dia. Pisau dia kena tepat ke muka. Slash." Senada bercerita sambil membayangkan kembali kenangan silam yang meninggalkan trauma buat beberapa tahun. Alhamdulillah kini dia dah okay, dan dah selesa nak dijadikan kisah teladan pada yang sudi mendengar.
"Taman Zamrud?" ujar Puan Diyana pada lantai, mengingati sesuatu. "Makcik pernah duduk sana. Dulu memang pernah berlaku kes pergaduhan samseng sampai cederakan orang ramai. Polis masa tu sampai lambat. Keadaan kelam kabut. Ramai yang cedera."
"Saif pun ingat," Saif menyampuk sambil menggigit pizza.
Egann memandang adik lelakinya dengan muka pelik. "Kau pun ingat?"
Lelaki bermata biru itu menoleh. "Ye. Kejadian tu tak jauh dari rumah aunty. Abang tak ingat ke, masa tu kita baru balik dari sekolah dan nak pergi rumah aunty, tapi tak jadi bila tengok orang bergaduh sampai luka berdarah masa tu. But the funny thing is..." Saif menoleh pula pada Ayen bersama muka bersinar terang. Macam ada cerita lawak yang akan disampaikan. "Instead of lari dan selamatkan diri, abang boleh bangang sangat pergi join sama berkelahi dengan samseng-samseng tu masa tu... macam la dia kuat sangat hahaha!"
"Wait. Abang rasa abang ingat..." Mata dipicing pada siling, memaksa ingatan keluar. "Abang redah masuk pergaduhan tu... sebab abang nampak mereka lukakan Eli..." Elisa yang mengerut dahi bila nama disebut, ditoleh. "Kau menangis. Muka kau berdarah-darah. Kau cuba lepaskan diri, tapi kau kena pukul lagi. Fuh, aku mengamuk gila masa tu bila tengok dorang pukul kau..." ujarnya bersama ketawa tak percaya.
Saif mendiam seketika. Berbanding Egann yang ingatannya tenggelam timbul, dia pula masih boleh membayangkan peristiwa itu dengan jelas. Semasa Egann berlari masuk ke dalam kekecohan itu tanpa pedulikan keselamatan sendiri, dia pula bersembunyi di tepi dengan lutut menggigil. Dari awal lagi dia maklum bahawa abangnya memiliki sifat protektif sejak zaman lampin. Saif memuram sedikit. Sifat abangnya itu cukup dihormati dan dipandang tinggi, hinggalah tiga tahun lepas dimana dia terus meletakkan Egann dibawah tapak kaki, sama tahap hina dengan tahi yang tak sengaja dipijak di tepi jalan.
"Sorry, tapi itu bukan aku," ujar Elisa, memotong memori masing-masing.
Lalu dua beradik itu merenung Elisa dengan muka berkerut.
"Apesal lak. Aku pun ingat kau ada kat situ, masa tu. Menangis meraung macam perangai kau hari-hari," desis Saif.
"Macam budak berak dalam pampers," sambut Egann.
Saif mengangkat tangan, dan si abang terus menyambut high-five.
Elisa naik bengang. "Aku tak tau macammana kepala korang dua beradik boleh ingat orang tu ialah aku, tapi aku memang tak terlibat. Masa kes tu, aku kat tempat lain. Tapi, aku memang tau kes tu berlaku sebab jadi bahan bual satu taman sampai setahun. Satu lagi bukti. Muka aku tak pernah luka, hokey!" Tangan dikipas pada muka sendiri.
Ayen terkelip pada lantai, mengingati insan yang menyelamatkannya dari samseng tersebut. Walaupun pisau berjaya mengoyakkan kulit mukanya, tapi nyawanya kemudian terselamat kerana bantuan yang tak dijangka itu. Kemudian dia ditarik keluar sebelum dimarahi si penyelamat tanpa sebarang sebab. Muka marah itu cukup kabur, tapi dia masih ingat baju yang dipakainya. Uniform sekolah. Sejenis keganjilan di dalam kekecohan awam. Dan warna matanya juga sangat berbeza.
Biru.
Jantung Ayen terasa berdetak.
"Orang yang selamatkan aku ialah budak foreigner..." tuturnya rendah, terus cuba menyingkap kenangan yang hampir dilupakan. "Yang pakai baju sekolah..."
Serentak mereka memandang wanita itu. Egann turut menoleh, serentak dengan gerakan kepala Ayen yang berpaling menentang wajahnya. Anak mata biru kilat yang galak itu ditentang tepat ke dasar sambil membandingkan dengan wajah budak sekolah bermata biru yang memarahinya ketika itu. Mereka orang yang sama??
"Dia jerit betul-betul depan muka aku... something pasal kenapa aku berani menipu nak balik bersama tapi ada masa nak jadi mangsa pergaduhan samseng... or something... tapi lepas tu dia cakap dia salah orang... and then dia blah... just like that..."
Egann mengerut dahi, mengaitkan cerita mereka. Lantai direnung, cuba mengorek ingatan walau jauh benar tenggelamnya. "Aku tak ingat siapa... tapi aku ingat dia menangis dengan muka berdarah-darah... aku ingatkan Eli, tapi rupanya bukan..." dan Elisa yang berkerut hati, dipandang.
Ayen pula melakar senyum luas. "Jadi, orang yang aku hutang nyawa selama ni ialah kau..."
Si lelaki menoleh lagi. Dia dah selamatkan nyawa seseorang? Jadi dia masih menyumbang jasa pada masyarakat berbanding bertukar tak guna dan patut mati? Dia benar-benar... dah berjasa pada seseorang??
Lalu parut pada muka itu disentuh. "So, I caused this..."
"It could've ended up here kalau bukan kau bagi dia flying kick..." Leher ditunjuk. "You saved my life." Dengan senyuman yang langsung tak memudar, air muka kaku itu direnung. Kali ini bersama rona merah di muka. Bercampur aduk antara rasa tak percaya dan gembira. "Maybe the reason kita berjumpa semula sebab Allah nak suruh aku bayar balik hutang nyawa aku pada kau."
Senyum. Wajah itu terus diusap, menyenangi cerita yang kantoi pada hari ini. Walaupun nampak macam dia dah menyelamatkan Ayen, tapi ketika ini, dia yang sedang diselamatkan wanita ini. Selama ini dia merasakan dia patut mati kerana sentiasa melakukan keputusan yang salah, tetapi kerana perempuan ini, ini pertama kali Egann merasa kelahirannya di dunia ini masih memberi makna.
"Aku prefer kalau kau sebut kalau dah jodoh tak kemana..." bisik Egann, refleks merapatkan wajahnya.
"Haha..." Dada suaminya diusap. "Thank you... for saving my life..."
Egann blush. Ini ialah rasa gembira yang cukup tulen, pertama kali dirasai selepas Fatiha meninggalkannya bersama hidup yang bertukar carca marba. Ubun-ubun Ayen dikucup. Mata turut dipejam, mensyukuri pertemuan dengan wanita ini.
"Oi lovebird. Dah-dahlah tu. Kalau nak jiwang, masuk bilik sana," getus Saif, meremang pula melihat pasangan suami isteri itu yang tengah bermesra tanpa pedulikan orang lain. Agak-agaklah kalau nak berlakon pun!
Ayen tertunduk segan, manakala Egann memberi jeling pada si adik. Geram diganggu. Perasan bininya nak bangun, lekas tubuh itu ditahan dan terus dimasukkan ke rangkulan. Terasa lengan digigit. Si bini ini buat hal lagi.... tangan cuba ditarik, tapi tak dilepaskan. Nafas dihembus pendek, lalu kepala bertudung itu dicium lembut.
Barulah gigitan dilepaskan. Ayen menoleh padanya bersama senyum mesra. Pizza disua ke mulut itu. Kali ini bukan main-main. Egann mengunyah dengan senang hati. Rangkulan dikemaskan dan kepala si isteri dicium sekuatnya.
Si adik berkaca mata itu terus merenung dalam diam, memerhati dan menilai tingkah laku si abang. Itu betul-betul lakonan... atau sebetulnya, tulen?? Muka blushing itu macam bukan benda tipu. Dan walau sesaat abangnya tak benarkan Ayen menjauh walau seinci. Nak juga si bini itu melekap ke tubuhnya.
Perhatian teralih bila Elisa duduk di sebelahnya dan menemukan paha mereka. Lalu dia mengensot membina jarak. Tak puas hati, si pengkid merapatkan kepala.
"That can be us, tau. Tapi kau sombong sangat taknak kahwin dengan aku."
Lelaki berkaca mata itu menjeling lagi pada abangnya. Egann dilihatnya langsung tidak berkelip mata merenung si kakak ipar. Bibirnya juga langsung tak lepas dari senyuman lembut. Saif mengerti. Pada mata biru galak itu, hanya imej Ayen yang dijamah. Tiada orang lain.
He's in love...
Tanpa dapat ditahan, bibir mengukir senyum. "Alhamdulillah..." bisiknya rendah.
"Apa dia?" soal Elisa.
Saif menoleh terperanjat. Baru perasan Elisa masih di sebelah. "Aku cakap jangan risau. Antara kita takkan berlaku." Senada.
Air muka Elisa berubah.
USAI menunaikan solat Maghrib, Ayen berdoa di sejadah. Diminta supaya ibu bapanya sentiasa diberikan hidayah dan mati dalam husnul khatimah, diminta kesejahteraan pada seluruh umat muslimin dan muslimat, diminta supaya hati Syafik Egann bersih dari segala noda, melembut untuk kembali ke fitrah dan seterusnya dimasukkan dalam kalangan hamba-hambaNya yang beriman. Amin.
Perasan pergerakan di katil di sebelahnya, Ayen menoleh. Egann sedang berbaring meniarap di katil, sedang merenung ke arahnya. Tengah tersenyum-senyum dengan mata yang tak berkelip.
"Kau dah kenapa?"
"Aku tak sangka... jodoh kita sebenarnya lebih dekat dari yang dijangka," ujarnya pada parut di wajah isterinya. "No wonder aku ada strange attraction dekat parut kau..."
Spontan Ayen menyentuh parut di pipi. Sejenis simbol hodoh yang mencacatkan keyakinan diri bertahun-tahun, kini ialah sesuatu yang sangat istimewa yang hanya dikongsi antara dia dan sang suami. Dada bergetar bila Egann memanjangkan tangan dan mengusap kulit cacat itu.
Lalu ditepis rasa di hati. Sambil menanggalkan telekung, dia berkata-kata. "Aku pula tak sangka kau jenis berani bodoh dari awal lagi."
"Berani bodoh? Aku selamatkan kau, kut!"
"Aku boleh selamatkan diri sendiri." Lidah dijelir.
Ternganga dibuatnya. Egann menggelengkan kepala, lalu bangkit. Si bini yang menggantung telekung di almari, dirapati. "Kau menangis macam budak berak dalam pampers."
"Of course aku menangis. Muka aku literally kena koyak dengan pisau. That doesn't give you the license nak redah maut kiri dan kanan." Bila dia berkalih, terperanjat sedikit bila melihat jarak yang sangat dekat antara dia dengan Egann. Ayen melangut, menentang muka kacak yang tersenyum bermakna itu. Berderau lagi jiwanya. Mamat ni dah kenapa?
Egann memerangkap Ayen di antara lengan, lalu tubuh direndahkan hingga kepalanya sama tinggi dengan kepala isterinya. Mata bulat itu sedang lari dari menentangnya. "Kalau aku tak bagi flying kick dengan samseng tu, God knows bahagian mana dekat badan kau yang dia akan kelar. Now tell me, macammana kau nak selamatkan diri sendiri masa tu?"
Ayen menggigit bibir sambil mengerutkan dahi ke tepi. Ah, dia betul-betul sedang fikirkan jawapan, hati Egann berbisik. Tingkah laku itu sesuatu yang ringas, tapi Egann perasan, otak Ayen tak pernah berhenti berfikir, dan bila isterinya berfikir keras, bibir itu akan jadi mangsa gigitan. Timbul pula niat di hati nak menggigit bibir itu bagi pihak isterinya.
"Whoa!" Spontan kedua belah tangan diangkat ke paras baru sambil menjarakkan diri selangkah ke belakang.
Ayen memandangnya pelik. Egann pula terperanjat dengan reaksi sendiri. Hati tiba-tiba terasa bergetar, pada getaran yang tak pernah dirasai. Bulu romanya meremang, lalu belakang leher digosok. Okay, ini pelik. Reaksi ini sangat... pelik.
"Kau kenapa?" tegur Ayen.
"Aku tak tahu..." ujarnya sambil beralih, masih menggosok leher. Dada kemudian disentuh. Benar-benar risaukan jantungnya kini. Boleh terasa degupan yang hilang rentak – kerana diusik cinta. Mungkin kedengaran romantik dalam novel cinta melayu, tapi dalam kesnya kali ini, dia betul-betul boleh meninggal kerana serangan arrhythmia.
"Is it possible orang boleh mati sebab cinta?" soal Egann secara rambang.
Ayen yang baru nak keluar bilik, menoleh pada suaminya. Benar-benar keliru dengan perangai lelaki itu kini. Sangat rambang, tetapi konsisten dengan tingkah laku yang agak overdose beberapa menjak ini. Dan kenapa soalan itu boleh keluar?
"What are you thinking?"
"Mati sebab cinta..."
"Kau literally redah maut sebab cuba selamatkan orang yang kau ingat ialah Elisa. Itu menjawab tak?"
Diam seketika. Berpandangan.
"Takda apalah. Otak genius tapi bodoh kau tu takkan faham perasaan aku," getus Egann dan terus melalui Ayen dan keluar dari bilik, meninggalkan si isteri melopong dikutuk.
Di ruang tamu, Saif tengah terbongkang di atas sofa. Tiada dengkur. Macam pengsan, tetapi bila diperiksa, sahihlah lelaki itu tengah tidur in a deep state. Liur meleleh dari pinggir bibir dan jatuh ke Tshirt. Duduknya cukup rendah, hampir berbaring. Pizza masih dipegang di tangan, tak dihabiskan, dan mulut juga ternganga luas macam nak mengajak lalat masuk. Elisa yang merangkul lengan Saif di sebelah, dipedulikan.
"Penat benar beliau?" tegur Ayen sambil merenung muka itu. Tubuh ditunduk ke hadapan, cuba merenung muka tidur tersebut. Kalau ditangkap gambar Saif ketika ini, boleh dijadikan bahan ugut setahun.
Tanpa amaran, Elisa tiba-tiba menendang pinggang Ayen. Adeh! Hampir saja dia terjatuh ke meja kopi yang masih penuh dengan kotak-kotak pizza, sos serta cawan-cawan kotor dan Pepsi, namun sempat menstabilkan diri.
"Eli! Kenapa kau buat doktor macam tu?!" tegur Puan Diyana kuat, sempat melihat kejadian itu semasa baru keluar dari biliknya. Juga baru selesai menunaikan Maghrib.
"Eli buat apa kat Ayen?" soal Egann pula, kebetulan baru menapak keluar dari bilik sebab nak mengambil wuduk baru.
Elisa tergamam. Ayen turut gelabah, memandang kedua-duanya dengan muka sedikit risau. "Takda apa-apa. Kitorang tengah gurau je. Hahahaha."
"Tapi makcik tengok..."
"Takpe. Takpe." Tangan diawang pada wanita berkerusi roda itu. Elisa yang mencemik kemudian dipandang. "Kita gurau, kan Eli?"
"Ye."
"Kau dah solat ke belum, Li?"
"Nanti perempuan tu kacau Saif kalau Eli tak jagakan Saif..."
"Daripada aku kacau Saif, lagi elok aku kacau laki aku tu..." balas Ayen rendah sambil menjauh dari Saif, mengerti punca Elisa menyerangnya tanpa perlu penjelasan lebih. Otot yang terasa sengal diurut-urut. Dari otot bahu, kepada otot pinggang dan terus ke kaki. "Lain kali kena pergi berurut..." getusnya, menyedari otot tengah terkejut kerana terlalu lama terperuk di rumah, dan kini tiba-tiba perlu bekerja keras bagi mengejar tugas di dalam hospital.
"Kau nak makcik urutkan kau?" offer Puan Diyana pula.
Ayen menoleh terperanjat. "Eh, saya tak boleh..."
"Sebagai terima kasih makcik kau tolong Awan la... lagipun makcik memang pandai urut orang. Kau baring," arahnya sambil menunjuk pada sofa panjang itu. Puan Diyana mendapatkan minyak panas. "Bukak tudung kau. Tarik seluar kau sekali."
"Ehhh..."
Ragu-ragu tapi pelawaan diterima. Mereka beralih ke bilik Puan Diyana. Tudung sarung ditanggalkan dan dia menyelesakan diri, meniarap di atas katil. Puan Diyana memulakan urutan pada kaki. Fuh, sedap benar rasa urutan wanita kudung itu.
Sedar-sedar, pakaiannya ditanggalkan penuh, diganti dengan selimut. Puan Diyana memberi urutan seperti servis di spa. Lilin aroma dinyalakan serta tubuh Ayen turut dilumur minyak urut sebagai katalis rejuvenasi. Inilah penghargaan terima kasih yang paling berbaloi yang pernah diterima seumur hidup. Tambah-tambah selepas bekerja di hospital memang mengambil tol tenaga badannya.
Sekali sekala Ayen menjerit geli dan gelak bila tangan Puan Diyana menyentuh bahagian tubuh sensitif yang tak pernah disentuh orang.
Puan Diyana tertawa melihat reaksi tubuh bergetah itu. Ayen... betul-betul macam tak pernah disentuh oleh sesiapa. Seratus peratus laksana anak dara. Tapi dah tiga bulan Ayen menikahi Egann, jadi tak mungkin tidak pernah disentuh. Atau mungkin Ayen tak pernah pergi berurut?
Lalu ditanyakan terus pada si gadis.
"Pernah jugak tapi dulu la. Lama sangat tak berurut – hahahh!" Terjerit lagi pangkal paha dipicit. Muka lalu dibenam pada bantal. Geli!
Puan Diyana berpaling bila menyedari seseorang melangkah masuk ke dalam bilik tersebut. Melihat itu ialah Egann, maka dibiarkan.
Berkerut dahi si lelaki bila melihat keadaan bilik yang dibuat macam rumah urut. Bau minyak urut semerbak di seluruh ruang empat dinding. Lilin aromaterapi juga dinyalakan. Si bini itu pula sesedap oren berbogel, dan hanya ditutup dengan sehelai kain batik.Amboi beliau. Dah la Saif ada sekali dalam rumah ni.
"Aunty jangan buat servis free tau. Sedut sikit duit dari Ayen."
Ayen spontan menoleh lipat maut ke belakang. Darah menyirap naik ke muka bila melihat si lelaki di hujung katil.
"Argh, hentai!! Keluar!!" Bantal dibaling ke arah suami.
Egann terperanjat, termasuklah dengan Puan Diyana. Ayen mengensot ke kepala katil dan merengkok di situ sambil menutup seluruh tubuhnya dengan selimut. Muka yang merah padam cukup ketara pada dua pasang mata yang merenung hairan.
"Keluar la.... Aku-aku tak pakai baju ni..."
"Ayen. Suami kau tu. Tak kisah la dia tengok ke tidak. Kalau Saiful tengok baru la masalah."
Teguran Puan Diyana membuat kedua-dua mereka teringat objektif perkahwinan masing-masing. Naya namanya kalau kantoi percuma begini kerana Ayen terlalu 'dara' untuk berlagak selamba dalam situasi kini.
Tapi dia malu! Egann kemudian dipandang dengan renungan, janganlah tengok...
Egann tertahan nafas, memandang Ayen dengan harapan agar wanita itu lekas berlagak biasa. Tetapi air muka Ayen berkerut merut, tengah berperang di dalam hati mungkin. Dia sedang menggigit bibir bawah dan merenung bantal. Kemudian Ayen mencuri pandang ke arahnya sebelum melarikan diri bila tangkap kantoi. Lalu muka merah itu disembunyikan di sebalik bantal.
Tidak dinafikan, hati Egann terusik melihat ulah si gadis. Malu itu indah dilihat. Dengan senyum meleret, dia mencekak pinggang. "Kau kat rumah boleh selamba tak pakai baju, tapi kat sini kau nak malu-malu pulak."
"Mana ada aku bogel kat rumah!" getus Ayen, mengangkat kepalanya sekali lagi. Egann dilihatnya sedang tersenyum lembut sambil berpeluk tubuh, membuatnya menahan malu lagi. Tangan terasa menggigil. Digenggam sekuatnya. Berikanlah dia kekuatan. Buanglah emosi ini... tolonglah ya Allah....
Bersama kegigihan serapuh arang, Ayen beralih ke lantai. Sambil mengheret selimut, dia menghampiri Egann sebelum ditolak si lelaki ke pintu bilik tidur itu.
"Hey. Hey." Si lelaki bertahan di tempatnya.
"Keluar la..."
Egann senyap, merenung mata yang langsung enggan melihatnya itu. Kepala ditundukkan, berbisik. "Kau taknak bagi aku tengok sebab kau malu atau kau benci aku?"
"Ohohoho memang aku benci kau so much right now. Just go...!" Sekali lagi dia menolak. Lebih kuat kini. Akhirnya Egann menurut dan setapak-setapak berganjak. Namun belum puas nak mengusik isterinya.
"Is it possible that one day, aku boleh arahkan kau bukak baju kau dan tunjukkan dekat aku semua aset kau?"
Makin pekat merah di muka Ayen. Wow. Egann tak pernah tahu perempuan robot ini mampu bertukar warna sampai macam ni!
"Kau sendiri cakap aku selalu bogel kat rumah. Dah biasa sangat tengok, kan!" gertak si bini, cuba nak berlagak berani walau Tuhan je yang tahu betapa panas muka dan telinganya ketika ini.
Egann tertawa nipis. "Yet kau masih malu dengan aku for whatever reason. FYI, I don't hate it." Dia berhenti di muka pintu. Tubuh direndahkan, dan muka dirapatkan hingga Ayen terpaksa mengundurkan kepala. "Tapi suatu hari nanti, aku nak memiliki that malu of yours. Benda yang kau protect, jauh lebih ketat dari sekadar ditutup sehelai pakaian. Sesuatu yang kau sembunyikan di sebalik gaya manusia tak berperasaan... Yang kau sembunyikan baik dari emak kau sendiri... Your naked corazon. I want it." Senyum.
Ayen mengerut dahi, menentang mata biru kilat yang bercahaya itu, seperti mata kanak-kanak yang meminta action rigure Kamen Rider. Renungan mata itu menerkam terus ke anak matanya, seolah-olah cuba nak membacanya. Mahu meneroka satu dimensi baru.
"Apa maksud kau... my naked corazon..."
"Corazon means heart."
"I KNOW!" Naik angin pula dia. Macamlah orang bodoh sangat tak tahu kosakata Spanish!
Gelak lalu. "Aku nak tengok your soul, sayang... your heart... your mind... your logic... your motivation... your drive... your everything. So yea... I want to see you naked through and through..."
Nakal benar rentak ayat itu hingga berbahang muka Ayen dibuatnya. Permintaan itu dah dikira paras tinggi bagi pasangan bercinta. Ayen memahaminya, tetapi yang dia tak faham, kenapa dia mendengar permintaan itu dari Egann? Tak kena langsung!
"Sejak bila kau macam ni? Ada filosofi ke yang ajar how a gay approach his pretend-wife?"
Soalan itu dijawab dengan kucupan pada ubun-ubun isterinya. Mata Ayen membulat. Entah kenapa, kembang hatinya atas tindakan ringkas itu. Terasa sesuatu yang halus mengetuk pintu hati, tetapi ditepis lagi selekasnya. Dia takkan benarkan hatinya terpaut pada lelaki ini. Egann pula memberikan senyuman kecil sebelum beralih.
Ayen terus membatu, keliru dengan tingkah laku itu, dan hairan juga dengan rasa yang kian menimbul di hati. Sememangnya perasaan itu cukup dikenali, tetapi dalam kes bersama dengan lelaki seperti Egann, Ayen enggan menerimanya. Walau sekalipun dia takkan benarkan dia menjadi isteri Nabi Luth. Egann masih belum berubah sepenuhnya, jadi Ayen juga tidak akan kalah. Genggaman pada selimut diketatkan, terus menerus cuba melawan perasaan halus yang mampu menyesatkan akal.
Sebelum menutup pintu, terdengar suara Egann sekali lagi.
"Eli, berhenti cium adik aku!!"
Ayen menggelengkan kepala. Kemudian dia beralih semula pada Puan Diyana yang setia menanti di sebelah katil.
"Kau dengan Egann okay?"
"Emm..." Senyum. Dia kembali berbaring tanpa sekali pun berniat nak bercakap lebih.
Puan Diyana tidak bertanya lebih, cuba mengelak dari terus menghakimi kejanggalan pasangan suami isteri yang baru dilihat. Dia menyambung kerjanya. Betis Ayen dipicit berkali-kali. Bergetah benar. Buat seketika, dia berfikir.
"Ayen... kau kisah tak kalau aunty nak tanya sikit."
"Apa dia?"
"Kenapa Egann masih tak sentuh kau?"
"Eh, mana ada. Kami selalu bersama. Setiap hari, even," balas Ayen senada sambil kembali menyelesakan baring.
"Jangan tipu makcik. Badan kau terang-terang bagitau kau tak pernah disentuh sesiapa." Sisi pinggang Ayen pula dipicit, menghadirkan jeritan kecil dari gadis itu termasuklah juga renjatan oleh badannya sendiri. Bahagian yang terlalu jarang disentuh sememangnya sensitif bila dikenakan sentuhan.
Ayen menoleh dengan muka merah. "Makcik tahu yang saya masih..."
"Yang kau masih dara? Seluruh badan kau yang bagitau makcik." Lalu punggung yang lentik itu ditepuknya.
"Urgh..." Ayen meraup muka yang terasa panas. Sembang nak berlakon bermesa macam suami isteri normal dan nak bagi elak janggal bila bersama, akhirnya kantoi percuma macam ni je.
Macammana mereka dalam bidang perubatan moden membaca keadaan pesakit melalui pemakluman tubuh, cara yang sama itulah yang Puan Diyana gunakan untuk membaca maklumat badannya. Dua perubatan berbeza, tetapi konsep yang sama. Lidah lancar menipu macammana sekalipun, tetapi anggota tubuh yang lain hanya tahu berkata benar.
"Dah berapa lama kau dengan Syafik berkahwin? Kau berdua nampak macam gembira bahagia, tapi kenapa masih tak bersama? Apa yang tak cukup?"
Eksklusifnya soalan ini. "Ada je pasangan yang tak buat tapi masih mampu berbahagia..." getusnya dengan suara tenggelam.
"Dia lelaki dan kau perempuan. Kau berdua duduk serumah. Takda lelaki normal yang melepaskan peluang nak merasa badan perempuan bila dah halal kecuali lelaki bodoh... atau mati pucuk."
"Yes! Itu dia, hahaha! Egann mati pucuk!!" Jari dipetik kuat, bersetuju dengan teori itu!
"Atau sebab ada masalah lain?" soal Puan Diyana lagi, tidak berpuas hati hanya dengan jawapan klise.
Ayen spontan memejamkan mata. Mula sakit perut kerana nervous! Kantoi dengan Husna, takda masalah. Husna satu frekuensi dengannya. Husna boleh diajak berahsia. Tapi kantoi dengan kumpulan manusia yang dari awal lagi Egann nak elak dari kantoi bukannya sesuatu yang patut dibiarkan!
Fikir. Fikir. Lekas fikir jawapan!
"Sebenarnya dia masih cintakan perempuan lain. Sebab tu susah sikit dia nak dekati saya..." tuturnya perlahan, serius sekali.
"Ha? Egann cintakan siapa?" soal wanita separuh usia itu.
Ayen mendongak dari perbaringan dengan muka yakin. "Elisa."