4-Bab20

Act 4: Part 20

One where Egann cuba nak serah Ayen pada lelaki lain.

It past midnight and I ought to share this sementara teringat. 

___________________________________________


AYEN terus balik ke rumah dengan beberapa bungkus makanan untuk berbuka. Berbanding berbincang dan bersoal jawab tentang tujuannya berjumpa dengan Husna ataupun mendapatkan sedikit hint apa yang dimaksudkan dengan Saif persetankan nyawa Egann, tidak sedikit pun bekas kekasih itu hendak menyentuh topik-topik tersebut. Sebaliknya mereka seperti dua rakan yang dah lama tak bertemu selepas sepuluh tahun berpisah. Bergaduh dan bergurau senda sesama mereka hingga Ayen betul-betul dilayan seperti orang ketiga.Nafas didengus sambil menolak pintu rumah. "What a useless and unproductive meeting..." dengusnya sambil menanggalkan kasut pada rak. Bila melangkah masuk, dia terpandang seorang lelaki asing yang sedang duduk di ruang tamu. Bulat matanya seketika."Ya Allah..." keluh diluah terus. Sekarang bulan Ramadhan, kut... hatinya mendengus. Baru saja nak berpusing ke pintu, kedengaran suara si suami memanggilnya."Yen, nak pergi mana? Kan baru balik.""Tidur hotel. Aku taknak tengok muka kau sekarang ni!" marahnya, kembali menyauk kasut."Yen, kemon. Dia bukan kawan aku macam yang kau fikir..."Wanita itu terkedu, lalu dia menoleh. Egann sedang berdiri di tepi sofa dengan gaya pemakaian smart casual, sama dengan gaya pakaian lelaki asing yang tak dikenali itu. Bukan dengan tuala macam dengan Doug selalunya...."Jomlah ke sini, aku perkenalkan," sambung Egann sambil meneruskan langkah pada tetamunya.Keliru seketika. Lelaki itu bukan skandal Egann? Dengan kepala kelabu berasap, Ayen melangkah lambat-lambat manakala kedua-dua lelaki setia menunggunya. Setelah dia melabuh duduk, barulah Egann memulakan mukadimah."Ayen, dia ialah Romi, bekerja sebagai akauntan. Pernah jadi PA Leila Naadia, so, dia punya sense of style is impeccable. Romi, perkenalkan Ayen. Doktor dekat Kings Hospital. Dialah perempuan yang aku ceritakan."Perempuan? Hati Ayen tercuit sedikit bila mendengar kata ganti nama diri yang Egann gunakan untuk dia."Oh... hai. Sebagai someone yang fashion-concious, I boleh komen that your parut masih boleh dirawat dan dibuang, tau," tutur lelaki segak itu bersama senyum.Tanpa dijemput, rasa sengal bertamu di hati. Ayen lalu menoleh pada Egann yang masih dengan senyum mesra. "Sebagai someone yang bullshit-concious, aku boleh komen yang dia biadab. Aku dah boleh naik bilik sekarang?""Eh kejap la. Aku jemput Romi datang rumah supaya kau berkenalan dengan dia." Senyum.Lalu suaminya dipandang dengan kerut di dahi. "Aku ada beberapa soalan. Satu, macammana kau tau aku balik waktu sekarang? Yang kedua, apa maksud kau dengan 'berkenalan'? Yang ketiga, what the big F are you trying to do??"Senyum kelakar terlepas terus. "Untuk soalan pertama kau, aku boleh teka sebab kau ada kuasa mistik," jawabnya, membuat lapis di dahi Ayen bertambah. "Second, aku nak kau berkenalan dengan dia sebab... you know... jadi boyfriend and girlfriend." Senyum ditukar menjadi leretan segaris. Kata-kata itu umpama panahan kilat tepat ke arahnya hingga rentung menjadi abu. Si suami yang masih dengan senyum pada Romi, direnung dengan muka beku. Boyfriend dengan girlfriend? Apa maksud dia boyfriend and girlfriend? Itu gelaran untuk pasangan bercinta, kan?"Kejap. Siapa boyfriend? Siapa girlfriend?" Telunjuk dituding silih berganti antara Egann dan Romi."Bukan aku la." Dahi isterinya ditolak ringan. "Antara kau dengan Romi.""Okay..." Jadi betullah, Egann mahu dia bercinta dengan lelaki biadab ini. "Jawab soalan aku yang ketiga pula??" pintanya pula, kali ini dengan dahi berlapis-lapis. Masih gagal menghadam kejutan yang Egann berikan pada waktu Asar yang lewat ini. Perut dahlah tengah berdentum nak berbuka."Aku baru sedar yang, well... aku tak sesuai untuk kau. Aku tak boleh... I-I mean... aku tak rasa kau sudi... kalau aku sentuh kau sekalipun."Pedih hatinya mendengar kata-kata itu. Lagi-lagi bila anak mata si lelaki langsung tidak memandangnya bila menutur semua ayat tersebut."Ni pasal kes malam tadi?" soal Ayen perlahan.Egan menelan liur. Masih mampu memasang senyum pada wajah walau pedih di hati hanya Tuhan yang tahu. Tetapi selagi boleh dibuang kejadah apa yang tengah tertanam dalam hatinya, mungkin seeloknya dibuang demi kesejahteraan hidup dia dan Ayen selepas ini. Dia mahu perempuan ini kekal dalam hidupnya, walaupun bukan sebagai suami isteri. Walaupun terpaksa menyerahkan Ayen pada lelaki lain yang lebih sesuai... Yang penting, Ayen bahagia, dan masih sudi membantunya."Romi tahu pasal kita punya special case. Dan dia tak kisah. Asalkan dia berkenalan dulu dengan kau sebelum dia memutuskan untuk jadi boyfriend kau."Merasakan dirinya terlalu lama mendiam, Romi mencelah. "Egann cakap betul. Saya dah dengar a great deal pasal awak dari kenalan saya dekat Kings Hospital. Egann dah isi the void, so I thought maybe kita boleh bukak peluang pada masing-masing untuk berkenalan dulu? I mean, perkahwinan korang pun takkan kekal lama, kan? Dan you punya virginity masih intact sebab Egann tak boleh nak sentuh you... given his circumstances."Ayen masih dengan riak tak berperasaan. "Betulkan kalau aku salah. Kau bawak lelaki asing masuk rumah... for the sake of mintak dia pimpin aku keluar dari rumah kau?" Suara kali ini bertukar tegang. Tiada jawapan dari si lelaki, menambah bara api di hati si isteri. "Sometimes, kau betul-betul otak udang sampai aku kagum sangat...""Otak udang?""Penuh bertahi."Allahu. Tajam menampar hati. Egann menoleh pada Romi kembali. "You're lucky kalau kau nikahi dia," ujarnya bersama senyuman ikhlas walau nipis sekali. "She'll make a perfect wife. However sharp-tounge she is."Romi mengerling pada Ayen yang dari tadi tidak melepas renungan tajam pada si suami. Egann pula tidak sekali pun membalas pandangan isterinya. Suami isteri ini nampaknya ada benda yang perlu dirungkaikan dan selesaikan, manakala dia pula sekadar jemputan sementara."She is indeed sharp-tounge..." komen Romi, masih pada muka tegang Ayen."Asalkan kau tak buat perangai, dia boleh bantu kau jadi orang yang lebih baik..."Kedengaran bunyi pecah di dalam hati. Jiwa keras milik si wanita sekali lagi goyah, lebih kuat kali ini. Seperti gempa bumi yang boleh menghadir retak pada dinding bangunan. Ayen kini termangu. Anak mata biru yang cantik itu langsung enggan melihatnya. Kelihatan berkaca namun gigih bertahan dengan perasaan yang sukar dikenal pasti. Liur yang terasa berpasir lalu ditelan.Ya Allah, apa benda yang keras sangat ni? Kenapa dia merasa perasaan sakit ini? Aneh benar!! Seperti segumpal benda asing yang bersarang dalam hatinya. Berselirat. Sukar nak dirungkai. Kalau pakai sledge-hammer sekalipun, benda asing itu tak dapat dipecahkan. Hubungan tanpa rasa cinta ini sepatutnya mudah. Perkahwinan mereka sekadar memenuhi tujuan hidup masing-masing. Tapi demi Allah, apa benda yang rumit sangat ni?! Sampai kepalanya tak boleh nak leraikan pucuk pangkalnya. Bengangnya!!Lalu mata dipejam, sekaligus menahan nafas. Cuba mengawal baran dari merebak ke seluruh tubuh. Peritnya rasa hati kerana Egann nak menyerahkan dia pada lelaki lain benar-benar menampar waras dan naluri perempuan. Dari awal lagi dia benci dikenen-kenenkan. Baik dari arwah emaknya, makcik-makciknya, rakan-rakannya, dan kali ini dari suami sendiri pula. Jadi, kau nak buat apa sekarang, Ayen? Hatinya bertanya.Fight.Ada suara kecil yang berbisik di belakang telinganya untuk melawan. Itu ialah ego yang tak pernah jatuh, dan ego itu jugalah yang membakar motivasinya ketika ini. Ego yang sama yang melawan kehendak emaknya sehingga dia tetap tidak berkahwin hingga bertemu dengan Egann. Ya, selagi kawalan dan keputusan masih di tangannya, dia masih ada peluang untuk menolak.Sebagai seorang Ayen, dia sesungguhnya tahu apa yang dia nak. Dia masih tak puas menghabiskan masanya dengan lelaki bermata biru itu. Egann ada potensi untuk berubah, dan Ayen nak melihat perkembangan si lelaki sampai habis. Walaupun hubungan mereka sekadar lakonan. Walaupun dia geli. Walau kerap bergaduh. Walau tidak nampak masa depan yang cerah. Tapi dengan Egann... dia masih rasa tak cukup. Sekarang ini, dia mahukan Egann... dan dia nak dera lelaki itu sepuas hati!!Kedudukan duduknya di alih ke sebelah Egann. Muka keliru si suami ditentang dengan riak tegas. Dengan selamba, tangan Egann digenggam hingga membuat si lelaki terkaku. Kemudian Ayen menoleh pada si akauntan itu pula. Maaf diberi."Sorry. Tapi I belum ada plan nak tinggalkan dia however stupid and sad of a person he is." "Kau dah pun tibai aku dengan otak udang sampai self-esteem aku jatuh mendadak. Masih nak attack aku pakai stupid and sad pulak?" komen Egann geram."Kau literally cuba serahkan aku kat lelaki lain. Do expect harsher treatment later on." Senada membalas tanpa mengalih renung pada Romi yang tidak berkelip memerhati mereka berdua.Romi pula masih senyap dalam pemerhatian. Egann nampak ragu-ragu, manakala wanita itu... wow, garangnya muka. Ketika ini, tiang rumah tangga Egann nampak kukuh sekali. Lelaki ini, walaupun melanggar hukum Allah berkali-kali, mungkin telah dikurniakan pasangan yang betul. Adakah jodoh yang sebenar... atau sekadar pinjaman Allah untuk sementara?Setelah beberapa ketika, barulah dia bertanya, "Kau berdua bahagia?""Hardly." Ayen membalas laju. "But we'll make it work."Egann terkedu lagi. Kepala bertudung itu dipandang keliru.Romi pula menggelengkan kepala. "You tahu nature Egann berat ke arah jantina yang mana, kan?""I do.""And you masih nak jadi wife dia? Wow." Masih tak percaya. Dagu yang licin dari jambang, diusap sambil terus memerhati pasangan suami isteri di hadapannya. "Sebab dia kaya? Kau ialah gold-digger, aren't you?"Giliran Egann naik angin. "Romi. Ayen is everything kecuali gold-digger. Tutup mulut kau sebelum aku halau kau dari rumah aku.""Kau jemput aku untuk berkenalan dengan bini kau. Of course aku kena kenal sikap dia macammana...""Kalau macam tu, aku boleh bantu jelaskan. Bini aku macam The Joker versi perempuan. Dia takda masalah musnahkan dunia. She is the epitome of madness. She lives for chaos and drama." Setiap sebutir ayat itu ditutur, logik akalnya persoal lagi kenapa dia masih merasa berkat dan bahagia bila boleh bersama dengan wanita ini. Egann lalu membalas genggaman tangan Ayen tanpa melepas renung pada Romi. "Tapi dia hati yang baik macam Mother Theresa. Dia dah boleh menang nobel price for peace award. Kau jangan sekali-kali panggil bini aku gold-digger. Apatah lagi nak hilangkan parut dekat muka dia!""Bukan main kau pertahankan dia. Kau sukakan dia ke apa?""Aku cuma rasa kau tak layak dapat bini aku kalau kau tak boleh appreciate her flaws.""Flaws... as in plural?" tegur Ayen, menegur sifat huruf 'S' pada ayat kelemahan itu, juga bermaksud Egann mengutuk dia ada banyak kelemahan.Egann menoleh. "Of course kau ada banyak flawsssss..." Bunyi huruf S dipanjangkan. "Aku samakan kau dengan Mother Theresa, bukan Fatimah Az Zahra. Belajar sikit beza tokoh dunia."Ayen menahan gelak. "Itu respon yang perfect untuk balas balik remark 'otak udang' aku..." bisiknya bersama senyuman luas. Umpama hadiah buat si suami. Lalu hati Egann yang berkecil hati sejak malam tadi terpujuk sendiri. Sebuah perkembangan hubungan yang langsung tidak disedari keduanya, tetapi dilihat secara terus oleh tetamu yang sekejap itu.Romi menghembus nafas panjang. "Honestly speaking. Baru lima belas minit kita bertemu, aku boleh komen yang relationship kau berdua messed up." Kepala digeleng lagi buat kesekian kali, lalu dia bangkit. "Aku tertarik untuk datang sebab kau cakap bini kau masih dara, which is susah gila nak jumpa zaman sekarang. Tapi bila aku tengok fixation dia dekat kau, tambah lagi muka dia... no wonder takda lelaki yang nak kat dia."Muka Egann berubah ketat. "Romi. Jangan sampai aku bunuh kau..."Lalu tetamu yang bertukar menjadi musuh itu keluar tanpa sebarang kata. Ruang rumah bertukar hening, seperti tiada sesiapa yang berada di situ. Ayen menarik tangannya. Terlepas, tetapi seketika cuma kerana Egann terus menarik tubuh halus itu ke dalam rangkulan. Ayen terperanjat sebelum melangut."What the heyyy??"Si suami memasang senyum. "Kau sayang aku, ehh..."Geram. Lalu lengan Egann digigit kuat hingga lelaki itu terjerit spontan. Pelukan terus dilepaskan. "What the..." desis si lelaki sambil mengelap lengannya pada baju. Ayen terus bangkit. "Tanda protes kau cuba serahkan aku kat lelaki lain!" "Fine. Tapi sejak bila kau pandai menggigit?" Ayen mendapatkan beg tangannya. "Dalam banyak-banyak perangai kau, perangai kau petang ni yang paling menyakitkan hati aku..." Wajah kacak itu dikerling. "Kau nak halau aku keluar sampai macam tu sekali, ke?"Terkedu si lelaki. "Bukan! Aku... argh..." Muka diraup. Beban pula rasanya. "My selfish plan aside, tapi Ayen, aku nak bagi kau bahagia. Aku nak kau rasa apa seorang isteri patut rasa... tapi aku tak boleh bagi! Terutama lepas apa yang jadi malam tadi... aku rasa macam... you deserve better.""Aku setuju."Egann terdiam."Tapi sekarang ni, aku bersama dengan kau. The me right now, takda orang lain selain kau. Aku bukan jenis orang mudah buat kawan... apatah lagi duduk serumah lama-lama. Dan aku sendiri jenis memilih orang untuk dibuat kawan. Hell, 35 tahun, aku tak jumpa waima seorang lelaki pun yang boleh terima aku... macam kau terima aku, Egann. Yang bersungguh nakkan aku juga. Aku takda masalah pushing people away... pun aku takda masalah walking away... either from friendship, or romantic-ship. All of my relationship selama ini, aku ialah the problem..." Rawannya kian retak, tetapi dia masih mahu berkata-kata. "Sebab tu aku boleh terima kau, Egan... sebab kau pun sejenis problem.... Aku tak merasa low self-esteem bila dengan kau. Kau buatkan aku rasa aku diperlukan... macam aku masih berguna... macam aku duduk kat kerusi yang lebih tinggi untuk bantu orang macam kau yang terkial-kial dalam lumpur..." Air yang mata yang jatuh, lekas diseka.Egann terlangut bersama rasa geram. "Kau menangis, tapi ayat kau buat aku bengang..." Nafas ditarik deras hingga berbunyi. "Helping you is my selfish request, also. And after all this time, aku honestly having fun living with you. Aku sedar, relationship kita susah nak sustain, tapi Egann... that doesn't give you the right nak push aku dekat lelaki lain. Aku tau aku susah sikit nak dilayan. Aku memang takkan tutup rasa geli aku dengan lifestyle kau. Tapi aku..." Bibir digigit, terus menerus menahan sakit di hati. Namun gagal. Kepala ditundukkan. Air mata menitis satu persatu seperti butir-butir mutiara. "Aku sedih... bila kau sanggup buang aku kat lelaki lain... yang kau giving up with our fake relationship..."Terkaku lalu. Lekas isterinya dirapati. Kedua belah bahu itu digenggam. Tubuh direndahkan, mencari wajah basah yang semakin comel saban hari. "Aku minta maaf. Tapi aku tak fikir macam tu langsung. Aku ingatkan nak benarkan kau cari bahagia dengan lelaki lain sebab aku tak boleh beri kau bahagia tu... tapi pada masa yang sama, aku nak kau terus jadi kawan aku and assist aku untuk berubah... macam killing two birds with one stone.... Tentang objektif aku nak tunjukkan dekat Saif yang aku boleh lalui hetero-relationship macam lelaki normal, well, perempuan lain masih ramai untuk ganti kau."Sekali lagi hati Ayen menerima libas. Sampai berbirat macam belakang tubuh seorang perogol yang dilibas rotan 3 inci. Dia kini antara marah dan kecil hati. "Kau nak tahu cara paling senang buang aku?" Hingus cair dilap dengan belakang tangan. "Kau sebut talak terus. Biar noktah terus dan aku boleh lari ke hujung dunia tanpa perlu melihat kan lagi."Egann memuram. Bukan ini yang dia nak.... Ah, Ayen taknak berkompromi langsung dengan ideanya. Genggaman pada bahu Ayen dilepaskan. Untuk seketika, mereka sama-sama melayan perasaan dalam hening. Sedu Ayen pecah sekali sekala, manakala Egann masih cuba berfikir waras dalam pedih hati yang tak pernah dirasai pada mana-mana lelaki mahupun perempuan selama ini. Sejenis perasaan yang dia masih gagal menelaah puncanya ketika ini."Minta maaf."Si lelaki menunduk lagi. "What?""Minta maaf kat aku... sebab cuba nak tolak aku kat lelaki lain. Jangan berani buat lagi... unless aku sendiri yang minta tolong kau carikan sorang untuk aku..."Egann mendiam seketika. "Kau masih nak stay dengan aku... walaupun lepas semua yang dah jadi?"Ayen mengelap saki baki air mata. Malah diurut bawah mata yang terasa pedih. "Allah Maha Pengampun. Sekarang bulan Ramadhan. We still have a few good weeks left sebelum Raya, in which kita sama-sama dah set milestone masa tu. Kita review relationship kita time tu je la... kau nak terus buat post mortem pun aku boleh consider..."Nak tergelak mendengar kata-kata itu. Gaya macam project planner bertauliah! Lalu belakang kepala digaru. "You know, aku sebenarnya tak boleh berfikir panjang lepas kau reject aku malam tadi. Something about penampar jepun kau sampai otak aku bertukar jadi otak udang."Ketawa Ayen terlepas nipis. Hingus cair ditarik lagi walau gagal.Dan seperti biasa, ketawa yang halus itu berjaya mencuit hati si lelaki. Rasa yang memberat tadi seolah-olah menghilang, berganti ringan. Sejenis magis yang masih tidak mampu dijawab oleh sains sehingga hari ini.Dia merapatkan lagi jarak mereka. Dagu Ayen lalu ditarik supaya menentangnya.Wajah yang basah itu direnung lembut. Perasaan halus itu kian merasuk hati hingga menyukarkan pernafasan. Egann bertahan setenangnya."Selekeh benar..." Hujung tudung Ayen ditarik bagi mengelap air mata dan hingus cair di muka itu. Sebelah lagi tangannya mengusap parut muka Ayen dengan lembut."Kau yang buat...""Harus aku yang salah, eh..." Pada parut yang memanjang pada tulang pipi kanan hingga ke hujung mata itu, Egann melarikan ibu jarinya di sepanjang kulit cacat tersebut. "Macammana dia boleh tak nampak how pretty your scar is..." Muka Ayen dilangutkan lagi dan kulit itu diteliti. Apa cerita di sebalik parut ini agaknya. Ayen akan menjawabkah kalau dia bertanya?"Emm... sebab dia normal..." Nada suara itu semakin mengecil dan halus kerana dijamah.Muka yang mulanya merah sebab menangis, kita bertambah merah kerana sentuhannya. Egann merenung tanpa kelip. Dan seperti biasa, Ayen akan menolak dirinya bilamana ada percikan emosi di antara mereka. Malah, tangannya turut ditepis supaya melepaskan muka si cantik. Egann akur."Kejap lagi nak berbuka. Lepas tu kita berehat. Solat. Mengaji. Tanya pendapat Allah nak buat macammana memandangkan aku memang dah tak boleh berfikir dah." Mata dicerlangkan pada dinding, menyesali limitasi akal sendiri. Tiada yang lebih Besar dan Maha Mengetahui yang boleh dirujuk selain Dia."Mintak petunjuk. Bukan mintak pendapat.""You really should stay longer with me sebab aku masih perlukan kau untuk ajar mengaji dan segala bagai..." desis Egann.Senyum. "Kau dah Asar?""Belum. Aku tunggu kau."Senyum lagi. Kembang hatinya. "Boleh tak kita pretend kejadian petang ni tak pernah terjadi?" pinta si wanita."That worked for you?""Easier for me. Lupakan. Padam dari ingatan. Reset the feeling. Bende paling senang dan sangat membantu dalam hidup."Kening Egann terjungkit tinggi. "Semakin lama, semakin ketara kau ni perangai macam The Joker. Mana ada orang boleh senang-senang reset feeling macam tekan suis." Ayen ditolak supaya berpusing dan mereka berjalan seiring ke anak tangga. "So, how's your day?""Aku mengumpat pasal kau dekat Husna.""Husna?""Legal dekat hospital." Egann ditoleh. "Kenal?""Not at the top of my head... maybe aku kena jumpa dia depan-depan untuk kenal pasti siapa.""Dia ada skandal dengan Saif..."Ingatan mencerah terus seolah-olah pintu langit terbuka. "Okay, aku ingat dah haha. Badan kecik. Rambut pendek. Muka garang macam bini panglima?"Dan Ayen tergelak lagi. Nipis. Kecil. Tapi mampu membajai ruang rumah supaya kembali berbunga selepas dilanda ribut taufan. Sukakan selesa yang kembali merangkul mood antara mereka, lalu tubuh kecil itu dilambung ke udara sebelum digalas ke atas bahu. Terkejut si bini. Suara kecil nyaring itu terus pecah bila Egann membawanya berlari naik tangga.
Previous: 4-Bab19
Next: 4-Bab21

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh