4-Bab16

Act 4: Part 16

SERVISnya di hospital itu bermula dengan supervision oleh Doktor Taha sendiri, serta dibantu oleh beberapa doctor kanan yang ada masa free untuk memantaunya. Ayen perlu menghabiskan 120 jam clinic hours serta 72 jam round bersama houseman yang lain. Ayen tidak dibenarkan prescribe ubat dan sekiranya perlu, dia perlu berjumpa dengan mana-mana doktor yang available untuk mendapatkan tandatangan mereka.

Bibir meleret nipis. Gara-gara buat masalah dengan Lembaga, ini yang dia dapat. Apalah nasib. Tapi at least dia dah boleh berada di dalam klinik bukan sebagai pesakit tapi sebagai pegawai perubatan semula. Usaha nak kembali ke hospital selama ini juga tak berhasil kalau tak pasal Egann tak buka jalan untuknya.

Ah, terhutang benar dengan mamat musyrik itu. Balik nanti nak kena belikan dia muqaddam pula.

"Awak dengar tak?"

Suara itu menerkam tajam ke telinga. Ayen tersedar dari lamunan. Wajah tegas Doktor Rafiq menyapa pandangan.

"Dapatkan consult doktor kalau ada kes zebra. Yes, I get you." Finger gun diberi pada doktor botak itu bersama kenyitan mata.

Doctor Rafiq memasukkan tangan ke dalam poket jaketnya. "Saya tak pernah mention pasal kes zebra. Malaysia jarang ada kes zebra jadi jangan cuba nak rumitkan kuda. Kita banyak kes demam denggi, terlebih makan Panadol, atau anti-vaksin yang semakin popular baru-baru ni."

"Kes zebra ada je, tapi misdiagnosed atau ialah kes tertutup."

"Awak belajar dan bekerja dalam environment luar negara, awak tak tahu masalah kesihatan yang commonly berlaku di Malaysia."

"Betul, saya takkan nafi, tapi Occam's Razor ialah global phenomenone. Pengamal perubatan ialah manusia, and we will or wont make mistake. But if we make mistake, people die. And you cant deny that. Benda yang nampak common tapi sebenarnya uncommon ialah salah satu benda yang boleh buat nyawa melayang, tau."

"Right. Tapi kalau benda common sedangkan dilihat uncommon pun berpotensi hilangkan nyawa. Awak kena ingat, rules ada untuk lindungi doctors."

"Heh. Rules bukan untuk doctors, tapi untuk kepentingan hospital. Hospital akan hilang untung kalau patient taknak datang. Doctors mungkin akan hilang kerja, tapi masih boleh cari kerja dalam bidang lain selagi ada lesen."

Jatuh rahang seketika. Kepala digeleng, mengingati cakap Doktor Taha. Betullah Ayen ini seorang individu yang mungkin bermasalah dengan autoriti. Mereka sedang cuba merekrut wild card... kah?

Nafas kemudian dihembus.

"At least kau digelar ex-con sebab kau cuba nak selamatkan patient kau sendiri berbanding tak kisah nak bantu mereka mati, so I won't mind you joining our team. Datang jumpa aku kalau kau ada masalah sepanjang tempoh percubaan," ujarnya datar dan terus berkalih ke pintu.

"Eh? Doc tak tunggu saya kat sini?" soalnya, terkejut.

"Kau boleh bagi consult on your own. You don't need me."

"Habis, nak prescribe ubat? Saya even tak ada prescription pad."

"Prescription pad? Kau hidup zaman bila? Use my ID." Telunjuk dituding pada tablet yang dah disediakan di atas meja, khusus untuk memesan ubat di farmasi hospital.

Ayen terkedu seketika. Bravo, teknologi. "One last question. Kalau saya salah bagi ubat, doc yang kena tanggung, kan?"

Doctor botak itu merenungnya tajam. "Kau berani nak buat salah?"

Lidah termati terus. Doktor Rafiq tersenyum dan terus bergerak pergi, meninggalkan Ayen di bilik consultation di klinik itu.

Dia melabuh duduk bersama senyum puas hati. Suatu permulaan baru. Bau ubat memberi ketenangan ekstra. Dia bersemangat!! Lalu butang ditekan, menjemput pesakit pertamanya masuk.

Fatiha Sofe.

Air muka Ayen mengeras.

Drama bodoh.


"KEPALA saya sakit. Terutama kat belakang kepala. Kadang-kadang saya rasa mual tak menentu. Sakit kepala. Sakit sendi... saya dah makan Panadol tapi masih tak baik-baik... lama jugak, dah."

Wajah cantik di hadapannya direnung. Hidung mancung, mata besar bulat, kulit bersih tanpa jerawat dan rambut hitam lebat dan subur. Di sebelah Fatiha, dia terasa macam orang kampong. Jadi inilah dia taste Egann... his first wife, his first love. Kenapa agaknya mereka bercerai?

"Doktor?" Tegur Fatiha, pelik direnung tak berkelip.

"Ye." Ayen menyandarkan tubuh bersama helaan nafas pendek. "Bila last awak period?"

"Eh? Erm... empat lima bulan lepas... rasanya?"

Keningnya terjungkit. "Lima bulan, dan awak masih tak perasan apa masalah awak?"

Berkerut dahinya, lalu kepala digeleng.

"Maybe awak akan tahu sendiri lepas whatever yang tengah menumpang dalam badan awak akan keluar melalui kangkang awak dan bertukar menjadi your little ray of sunshine that makes you feel blessed everyday siap cuba pakaikan dia dengan pakaian-pakaian comel." Manis sekali nada suaranya.

Tapi sarkastik gila. Fatiha mengerutkan dahi, kurang senang dengan layanan yang diterima. "Saya tak mengandung," ujarnya rendah.

Ayen menjungkit sebelah kening. "Lima bulan, madam. Itu sepatutnya cukup untuk jelaskan semua simtom puan. I mean, puan mungkin alami kesukaran bernafas, heartburn, your boobs filled up...." Dada yang penuh itu ditunjuk. "You has pain everywhere on your body, maybe dekat kaki dan pinggang juga."

"Tak, saya tak pregnant. Doktor perlu fikir benda lain selain pregnant!" Bertegas.

Nafas didengus. "I'm sorry. Tujuh tahun dihabiskan in medicine school, dan sembilan tahun bekerja dalam hospital sebagai doktor masih tak cukup untuk ajar saya apa-apa possibility lain selain the obvious." Sinis ditutur, sambil mencerun pada wajah cantik itu.

Fatiha mengerut dahi. "What's your problem??" Benar-benar keliru dengan doktor perempuan ini. Bergaduh dengan suaminya, kah? Kalau iya pun, tak perlulah dilepaskan pada pesakit.

Dipedulikan. "Although, selain mengandung, satu lagi masalah mungkin ialah tumor," ujarnya senada sambil bangun. Fatiha yang tengah melopong terkejut, dipinta untuk berbaring di katil. Ayen mendapatkan sonogram, menyelak baju wanita itu dan scanner dilarikan ke perut Fatiha. "Puan jangan risau. Tumor puan masih belum aktif yang boleh menyebabkan kanser rahim. Tapi a benign tumour masih mampu memberi kesan-kesan tambahan macam sakit pinggang, sakit kepala, sakit dada, mual dan muntah. I mean, this tumour of yours juga akan membuatkan hari-hari menjadi lebih bahagia walaupun kepenatan fizikal dan mental for the first 18 years. To the point you might cry when they grow bigger and leaving you..."

"Ha?"

Ayen menoleh bersama senyum. "Congratulations." Skrin ditolak ke arah Fatiha, menunjukkan figura fetus yang masih berkembang di dalam rahim. Cemburu membuta pada Fatiha dah menghilang berganti rasa gembira untuk bakal ibu ini.

Rahang wanita itu jatuh terus, hingga dagu mencecah dada. "No... tak mungkin. Saya tak sepatutnya mengandung!"

"Contraceptive kadang-kadang tak berkesan. Kalau benda dah jadi, benda akan jadi. Saya akan bagi puan ubat supaya puan lebih selesa menjalani kehidupan seharian."

"No! Awak tak faham! Saya tak sepatutnya mengandung!" Lengan Ayen dicapai dan digenggam kuat. Gerun sekali riaknya, membuat Ayen terkedu. "Saya belum berkahwin. Saya tak pernah buat benda tu sejak saya bercerai dengan suami saya."

Keliru seketika. "Kalau tak pernah buat, macammana dengan..." Gambar fetus di skrin sonogram ditunjuk.

"Saya tak tahu!" Muka diraup sekuatnya hingga ke ubun-ubun. Ditarik kasar. Mata dicerlang pada lantai, memikirkan sebarang idea yang boleh jelaskan kejutan ketika ini. "Mungkin ada cara lain yang boleh membuatkan perempuan mengandung tanpa sedar... macam... macam... masa memandu? Maybe ada sperm yang tertinggal dekat car seat yang somehow, boleh masuk ke dalam badan..." Ayen dipandang, meminta sokongan untuk teorinya.

Wanita bertudung itu menghela nafas pendek. "First of all, saya tak tahu macammana sperma boleh tertinggal dekat car seat puan and at this point, I'm too afraid to ask. Secondly, saya selalu jugak dengar kes perempuan mengandung bila duduk dalam kereta... and of course, sebab ada lelaki di tengah-tengah."

Berubah lagi riaknya mendengar gaya jawapan Ayen. Emosinya lalu rabak.

"You gotta meet me halfway here, doctor! I swear I never do it! Dah bertahun sejak saya bercerai dengan suami saya... saya tak pernah...!!" Dia merayu kini. Liur tertelan kasar, hampir tersedak, bahana terlalu emosi mendengar berita yang tidak disangka-sangkanyaitu. Baju dibetulkan dan nafas dalam dihembus sepanjangnya, cuba bertenang. Fatiha merenung Doktor Ayen dengan wajah simpati. "Please...trust me."

Ayen tidak membalas, sebaliknya kembali ke tempat duduknya. "Sebenarnya ada teori dimana living organism boleh mengandung tanpa pasangan, teori yang dinamakan pathogenesis... but I can't stress this enough how rare this ever happen. Selalunya berlaku pada tumbuhan, haiwan... cuma belum pernah terbukti secara khusus untuk manusia. Puan maybe one of the lucky two." Sambil bercakap, touch pen mencatit ubat-ubat yang dirasakan perlu untuk Fatiha.

Cerah terus matanya. "The lucky two? Awak serius? Memang ada kes macam ni sebelum ni?" Ya Tuhan, dia benar-benar mengharap doktor ini serius!!

"Yeah. As a matter of fact, puan maybe tengah mengandungkan the next Nabi Isa."

Bodoh!!

Sepantas kilat Fatiha mencapai beg tangan dan meluru keluar dari consultation room bersama riak tegang. Walau sesaat pun dia taknak berdepan dengan doktor yang kurang ajar itu!!

Ayen mengejar lekas.

"Puan! Jangan lupa ambik ubat kat farmasi!"

"F@#$%&!" Sedas ayat kasar diberikan sambil terus bergerak pergi.

Nafas dihembus pendek. Marah pulak dia... Dipedulikan mata-mata yang melihat, Ayen masuk semula ke dalam bilik consultation.

"Teruknya kau ni."

"Grah!!" Kepala dipaling lipat maut. Bulat sekali matanya melihat Husna betul-betul di belakang kerusinya. "Kau buat apa kat situ?! Bila masa kau ada kat situ?"

"Dari mula lagi." Tangan dibentang, menunjukkan kedudukannya di belakang kerusi itu yang langsung tak berubah sejak mula.

"Mula bila?"

"Masa Doktor Rafiq explain kat kau pasal your trial sebelum kau bertekak pulak kat dia pasal medical negligence lepas tu kau treat your very first patient macam musuh kau sejak azali."

Ternganga seketika. "Eh... aku tak perasan langsung kau ada sekali. Nenek moyang kau ninja or something?"

Husna mengeluh pendek. "Nasib baik nenek moyang aku ialah ninja berbanding Doktor Rafiq atau Doktor Taha. Apa alasan kau kalau dorang tengok cara kau layan patient?"

"What? I treat them nicely, with friendly smile and the tenderness of my touch..." Scanner sonogram dimain-main di udara.

Husna berpeluk tubuh. "Kau samakan dia dengan emak Nabi Isa," ujarnya bersama nada sinis.

Alat sonogram berhenti di udara. Ayen mendiam, lalu memuram. "Aku takda penjelasan lain nak explain teori mengandung tanpa bapak. Salah dia sebab tak faham-faham sarcasm aku! Soalan-soalan dia pun bodoh tahap tak ingat!"

Wanita yang mengenakan sut itu menggigit daging pipi. Ya, dia ingat soalan Fatiha yang boleh dikategori macam budak tak pergi sekolah. Tapi, perangai Ayen yang sengaja cari gaduh pun sejenis masalah.

"Ada ayat yang lebih baik nak bagi kat dia selain sindir dia macam tu. Aku tak peduli apa hubungan kau dengan dia, tapi dalam servis kesihatan, kau tak sepatutnya dikawal emosi. Aku serius. Kalau dia saman hospital on your behaviour, it won't help in your trial."

"Ala, kau pusing-pusing la nanti. Kerja lawyer ialah nak selamatkan klien kau kan?" Jemari ditarikan pada diri sendiri.

Husna merenung datar. "Kau bukan klien aku. Kau ialah liabiliti. Hospital barulah klien aku!"

Ayen mencemik. Anak mata dileret ke lantai, berfikir seketika. "Kalau dorang tanya, aku nafikan je la."

"Beg pardon?"

"Just because kau kantoikan perangai aku, tak semestinya orang akan percaya, kan? Kat sini, yang ada ialah dia, aku dan kau je. Kalau kau twist cerita, aku twist balik." Mata dicerlangkan.

Husna terkedu. Sedikit tertegun melihat perangai doktor wanita di hadapannya. Degil. Fiery. Jenis melawan... dan tahu macammana nak melawan. Tanpa dapat ditahan, ketawa kecil dilepaskan. Sinis sekali, mentertawakan kebodohan doktor dihadapannya.

"Hahaha, kau cute. Sorry, adorable. Eh tak, ada ayat yang lebih sesuai untuk kau. Kau cute-dorable."

Dan doktor bertudung biru itu memicing. "I don't like your tone..." desisnya, mengenal pasti senyum sinis pada wajah Husna. Peguam ini ada tahap sadis sama level dengan dia.

"First day on trial, tapi berlagak macam tak kenal tempat. Kau sedar tak kau baru darjah tiga. Yakinnya kamu!" Pinggang dicekak dua belah. "Kau ingat kau boleh lawan aku kat hospital ni?"

"Yes... at least sampai ayat cute-dorable tadi..." Tawar sekali jawapannya.

Husna kemudian menarik sebatang pen yang dilekatkan pada sisi kolar blazer yang dipakai. Kepala pen ditekan. Itu ialah sejenis butang, dan lalu rakaman suara Ayen sebentar tadi bergema dari situ. Sebuah perakam suara berupa pen. 

Si doktor ternganga. Si peguam melirik senyum menang.

Husna 1 – Ayen 0.

"Dalam karier aku, kau akan terkejut berapa ramai aku dah jumpa penipu kelas satu. Ini sekadar kontigensi." Pen hitam tersebut dipakaikan semula pada sut.

Keluh berat terhembus spontan. Buku bertemu ruas namanya ni. "Jadi kau akan report kat Doktor Rafiq atau Doktor Taha?"

Geleng. "They're bound to know tanpa aku report pun. Tapi rasanya ini sekadar amaran pertama. Kau masih ada peluang asalkan kau jangan buat silap lagi." Meja diketuk sekali dua dan dia bergerak keluar.

Ayen mengangguk lagi. "You know, aku perasan gambar family kau atas meja kau dulu... kau ada dua orang anak yang comel."

Husna menjeling. Kenapa tiba-tiba?

"Dan kau agak berjaya dalam your career."

"What's your point?"

"Kalau kau tak kisah aku bertanya... mana bapak mereka?"

Terpicing terus matanya. "Kau tahu kat mana nak cari bahagian luka yang kau nak hentam, don't you." Dan sakit hentaman itu meresap terus ke hati.

Ayen 1 – Husna 1.

Bahu dijungkit. "No harm intended. Sekadar curiousity kosong," balas Ayen dengan senyum tertahan.

"Bullshit." Namun tak dinafikan, dia tertarik dengan sifat sadistik itu. Terasa macam bertemu orang yang sekufu dengannya. "Kami berpisah. Aku nak fokus dengan kerjaya dan bina keluarga bahagia. Dia pula nakkan awek gerai burger yang ada dua nama, Sundal dan Murah."

Ketawa terlepas sedikit. "Your emotion gets the best from you." 

"I'm talking to you, not to a client, so that doesn't count." Enggan kalah.

"Hey, akulah klien kau!"

"Aku ulang. Kau ialah liabiliti!!" Tubuh ditunduk sedikit ke hadapan dan kepala dipanjangkan pada doktor-on-trial itu. "Yang berpotensi rosakkan reputasi hospital tak kisahlah kepada patient atau kepada agensi berkait! Hospital berpotensi rugi kalau simpan kau, jadi kau better behave yourself!"

Bahunya jatuh. "Nama aku kedengaran buruk benar. Kau rasa lembaga akan approve lesen aku?"

"Itu bergantung. Sebab tu dalam tempoh trial ni kau kena pandai main benang. Mula-mula ialah attitude. Jangan tunjuk perangai macamlah kau bos atau selebriti baru nak naik. Jangan buat mistake macam HO, atau mistake yang MO berpotensi buat. Go extra mile. Kalau kau boleh tolong solve kes medikal, aku rasa maybe boleh naikkan saham kau. Kau datang sini sebab kau nak jual skil kau, so show them that," ujarnya sepatah-sepatah, berisi ketegasan.

Ayen mengangguk. "Kau pula nak ke mana? Stay je la dalam ni. Kau boleh tengok skil aku dan bagi positive comment kat Doktor Rafiq nanti. Lagipun boleh teman aku menyembang."

"Kau ingat aku takda kerja?"

"Kau ada kerja ke?"

Diam seketika. "Yea... tapi bercakap dengan kau macam lebih seronok berbanding buat kerja aku." Pintu ditutup semula.

"Aku menghiburkan, eh." Meluas sengih.

"Agak la... macam tengok Diva AA. Menghiburkan, tapi annoying."

Naik angin. "Kau pula kalah dengan Sundal dan Murah." Diam seketika, membandingkan dengan nasibnya sendiri. "Tapi rasanya itu lebih baik daripada dia duakan kau dengan Pisang dan Epal, ye tak?"

Kening Husna bercantum terus. Kerusi terus ditarik dan duduk menentang rakan barunya itu. "Husband kau gay?" soalnya tak percaya.

Ayen tergamam seketika. Terkejut beruk dengan soalan yang entah datang dari mana. "Tang celah mana ayat aku bagitau yang husband aku gay?!" Gila kenamanya kalau dia tersebut rahsia Egann pada orang lain bawah sedar!

"Pisang ialah analogi internet untuk you-know-what. Dan Epal... while in correlation with Pisang... could be referred to as Adam's apple... at least itulah yang aku boleh fikirkan sebagai explanation kepada statement kau yang nak samakan nasib kau dengan aku."

Ayen ternganga rendah. "Its either aku tak pandai nak guna metafora, atau kau memang pandai orangnya."

Senyum.

"Patutlah laki kau lari."

"Oih."

Dan individu kedua yang menyukai dan boleh berhibur dengan peribadinya ialah Husna si peguam.


Previous: 3-Bab15
Next: 4-Bab17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh