Act 3: Part 11
My work dynamic recently, in one word: hectic. Aku upload all act 3 (Bab 10-15) for your read, for anyone yang follow la haha. Act 3 is about... what was it again? The one Ayen tries to accept Egann as a mere human with mistakes. Yea, I dont like Egann time ni. Simpati aku pada Ayen.
------------------------------
[2 minggu kemudian – TTDI]
MALAM dah pun membungkus benua Asia Tenggara, dan dia akhirnya tiba di kediamannya. Langkah yang memasuki penthouse cukup berat, kerana kepenatan memandu dari Pahang ke Kuala Lumpur. Beg pakaian sekadar diletakkan di tepi pintu. Tudung ditanggalkan dan rambut dikacau-kacau. Membuang rasa semak yang dirasai.
Peti sejuk dibuka. Ah, ada jus. Dikeluarkan dan terus diteguk.
Pergh. Heaven.
Semasa melalui ruang tamu, perasan blouse kain jarang di atas sofa. Terkedu seketika. Baju siapakah? Menyedari pergerakan di ekor mata, Ayen menoleh.
"Graaahh!" Dia memekik.
Pondan berambut panjang perang itu turut memekik terkejut. Tubuh badan yang besar itu sekadar ditutup kemeja biru kosong tanpa seluar. Ah, kecelakaan yang ternampak di kangkang itu boleh beri parut kekal dalam otak!
"Kau siapa?!" jerit Ayen lagi sambil menutup separuh pandangannya dengan tangan – menutup bawah pinggang pondan berTshirt biru itu.
"Ark... err... saya Melly..."
Bapak fake gila suara dia! Darah Ayen menyirap ke kepala. Ah, Egann bodoh!
"KAU BUAT APA KAT RUMAH AKU?! Keluar!"
"Ru-ru-rumah awak? Saya ingatkan ini rumah Egann... sebab dia yang bawak saya masuk..."
"TAKDA ORANG BERNAMA EGANN DI RUMAH NI! KAU BUAT KERJA GILA APA TELANJANG AT RUMAH ORANG!" Suara nyaring terus ke langit sampai boleh pecah kaca tingkap. "BAIK KAU KELUAR SEBELUM AKU CALL POLIS!"
"Baik baik baik..." Sepantas kilat dia mendapatkan barang-barang peribadinya termasuk beg tangan dan pakaian yang berterabur di lantai. Ayen menghembus api dari hidung. Lenggok punggung melentik itu terus dipandang sampai tembus hingga keluar dari pintu rumah.
"Oh. Kau dah balik?"
Suara garau milik lelaki itu membuat Ayen menoleh. Itu dia, pemuda gagah yang sedang berkemban dan menuruni tangga penthouse dua tingkat. Rambut pendeknya basah tanda baru keluar dari bilik air.
"Seriously? Aku balik kampung kejap sebab nak lawat kubur mak, kau berani bawak pondan masuk rumah?"
"Mana la aku tau kau balik awal sangat. Kau cakap kau nak balik tiga hari." Ayen terus didekati sambil mengelap rambutnya dengan tuala kecil. Botol jus di tangan Ayen dicapai dan diteguk terus. "Which by the way, aku tak pernah tak kantoi dengan kau. Kau ada kuasa mistik or something?"
"We have agreed that kau kena berhenti buat benda haram macam tu, kan?" deramnya. Munafik betullah!!
"Dan kita pun mengharap ada kereta terbang pada tahun 2020. Tapi yang kita dapat ialah mengajar orang cuci tangan dengan betul. We don't always get what we want. Grow up already."
Ayen menggeleng kepala. Sakit mental kalau pedulikan kerenah lelaki ini. Egann beransur ke ruang tamu manakala dia menaiki tangga.
"Ayen."
Langkah si isteri termati.
"Aku ada benda nak discuss dengan kau lepas ni. Lepas kau selesai mandi berehat, turun balik jumpa aku."
"Oh. Sorry, tapi apa kata kau dengar nasihat kau sendiri," tuturnya, membuat Egann menoleh padanya dengan muka keliru. "We don't always get what we want. Grow up!" Mata dicerlangkan dan dia terus memanjat pergi hingga hilang dari pandangan. Lelaki itu pula melepas dengus sebelum pergi menonton TV.
Tanda taknak peduli.
HINGGA malam, Ayen masih tak memunculkan diri. Malah bila Egann nak membuka pintu bilik wanita itu, pintu terkunci.
Ah, sentapnya rasa hati. Kalau diikutkan, dia taknak peduli, tapi pada masa yang sama, dia nak pujuk hati perempuan yang dah dikecewakannya itu. Egann tahu dia salah kerana memungkiri janji, tapi masalahnya dia dah ketagih! Nak buat guane.... Sebab tu dia buat masa Ayen tiada di rumah, tapi perempuan ni sangat tahu bila nak balik!
Aish....
Dia tahu satu cara nak pujuk Ayen.
Seterusnya, Egann memasak tomyam merah. Setelah siap, dipastikan cukup rasa masam dan masin, diangkat periuk berisi tomyam yang masih berasap dan dibawa ke anak tangga. Dikipas-kipas wapnya supaya bau naik ke tingkat atas, macam pemancing menggoncang umpan bagi menarik perhatian ikan.
3... 2... 1...
Ikan ngap.
"Aku hidu bau tomyam," ujar Ayen bila kepalanya memuncul di tangga paling atas.
Senyuman si lelaki meleret. Ayen ada kuasa mistik. Ayen juga dah jatuh cinta dengan tomyam masakannya. "Jom makan," panggilnya sambil bergerak ke meja makan.
Laju sekali wanita itu turun. Rambut panjangnya diikat siput, tubuh ditutup dengan TShirt hitam serta tight hitam. Berbanding dulu, saiz badan itu dah susut benar, bermula sejak kematian Puan Norle, kemudian disusuli perkahwinan dengannya. Tertekan benar?
"Kau hilang berat badan lagi?"
"Tak payah peduli." Terus mengambil tempat duduk di kerusi makan. Untung dapat suami pandai masak. Egann dah sediakan tomyam campur, nasi putih, telur dadar serta sambal di atas meja. Air pula sekadar air kosong. Cukuplah.
"Lama sangat kau mourning ni. Mak kau sengsara dalam kubur, tau tak."
"Aku taknak dengar orang macam kau membebel kat aku pasal azab kubur..." desisnya perlahan sebelum menjulingkan matanya pada si mata biru. Direnung buat beberapa ketika. "Egann ceraikan aku?" Bom dilepaskan mengejut, seperti serangan ke atas tanah Nagasaki.
Bulat mata lelaki itu lalu. "Eh?"
"Tadi aku solat, aku rasa macam solat aku kosong. Serious, weh. Aku tak boleh lalui benda ni dengan kau. dah. Sorry, tapi aku tarik diri. Tolong cari pelakon perempuan lain." Satu persatu disebut dengan penuh utuh dan yakin, macam memutuskan satu persatu urat dalam kepala Egann.
Nganga. Kejadian petang tadi terus terbayang di fikiran. "Aku tak buat!" luahnya terus. Refleks.
Jawapan defensi itu disambut dengan kerut. "I don't care. Kalau kau taknak bagi talak, aku failkan fasakh..."
"Kalau aku nak buat, aku pergi hotel la, Yen. Kerja gila apa aku tarik ke rumah aku sendiri."
"Dia tak pakai seluar. Kau pula baru mandi."
"Dia dari circle aku... dia rindukan aku sebab aku dah tak layan mereka lately. Dia datang sebab nakkan something, tapi kebetulan aku tengah mandi..."
"Kalau kau mandi, macammana dia boleh masuk siap bukak seluar?"
"Dia datang sebab nak discuss something. Aku bagi la masuk dulu daripada biarkan dia menunggu kat bawak."
Ayen merenung datar. "Dia cakap kau yang bawak dia masuk dalam rumah, anjir. Dia even tak tahu ni rumah kau sebab dia percaya bila aku cakap ni rumah aku."
Terjuih lelaki itu lalu. "So, no chance untuk aku cover kesalahan aku?"
Geleng sambil mencarik telur. "Your chance was blown the moment you thought you think I'm stupid enough to eat your lies..."
Lelaki itu pula menelan liur yang terasa berpasir. Baru dua minggu.... Ayen dah cukup gila kerana bersetuju memasuki gerbang perkahwinan dengannya bagi membantunya mencapai beberapa objektif hidup malah dah beri amaran awal-awal potensi Ayen geli terlebih dahulu sebelum sempat mereka mengambil hati Saif. Jadi kenapa main dengan garisan itu, Egann? Bukan salah Ayen menuntut cerai, tapi kau yang bodoh sebab tak boleh pegang kata-kata sendiri dan kawal nafsu sendiri.
Kalau kau nak Ayen stay, kau kena serius untuk buktikan yang kau boleh dibantu.
Nafas terhembus pendek, menerima teguran akal sendiri. Garfu di tengah meja dikerling, lalu dicapai dan dihentam ke belakang tangannya. Bulat mata wanita itu dibuatnya.
"Perjanjian berdarah. Aku takkan buat lagi. Kalau kau tangkap kantoi aku buat lagi, aku janji aku akan bunuh diri aku sendiri," pintanya sambil menarik garfu dari belakang tangannya. Darah meleleh keluar membasahi tangan dan meja. Egann mengangkat tangan kirinya. Baru tersedar itu bukan tangan itu bersalam. Kemudian pisau pula diambil dan bersedia nak mencucuk tangan kanannya pula.
"JANGAN!!" Ayen terpekik terus. Dia turut bangun dengan sebelah tangan menggapai udara, mahu menghentikan tingkah laku si lelaki.
Egann merenung tangan kecil itu, kemudian pada muka terkejut isterinya. Selajur pisau pula dicucuk ke tangan kanannya.
Ayen melopong, kini merasa pedih bila melihat darah yang keluar dengan banyaknya hingga lapik meja basah dengan darah. "Kau jangan berani cabut pisau tu..."
Pisau dicabut.
Kepala Ayen terjatuh. "Apa yang aku perlu... buat supaya kau dengar cakap aku, Egann?!" Marah!
"Aku minta maaf..."
"Aku takkan maafkan orang yang langsung tak cuba nak berubah lepas tu demand macam-macam dari orang lain untuk bantu sedangkan dia sendiri tak cuba nak disiplinkan diri dia dan tunaikan kata-kata sendiri nak berubah!!"
Egann senyap seketika, merenung tangannya. Kemudian pisau dicucuk lagi ke tangan yang sama.
Allah... lelaki ini terlalu kronik! Meja dipusing dan muka kacak itu diberi pelempang sebiji. Geram! Kemudian dilempang lagi. Dan sekali lagi. Fuh!
Serangan tiga kali sekaligus dengan sekuat tenaga itu cukup untuk meleraikan asap dalam kepala. Egann melopong, memegang pipi kirinya dengan tangan kanan yang berdarah-darah itu. Bulat sekali matanya menentang muka garang si bini.
"Kau dah sedar?" soal Ayen bersama hembusan nafas puas.
Masih terkaku.
Ayen beralih ke kerusinya semula, menyedari sesuatu tentang mental suaminya. Mudah retak menunggu hancur. "Kau ni lemah jiwa. Tak boleh dihantar berperang. Kalau dibiarkan, entah-entah mati dalam dosa sebab darah mengalir dari pergelangan tangan sendiri..."
Komen itu diterima dengan hati sebal. "Aku minta maaf..."
"Aku dah faham kenapa Saif give up dengan kau. No wonder dia marah kau gila, sampai aku pun kena tempias... and now aku yang bodoh sebab ingat boleh bantu kau. Macam celaka." Masih marah, waima sedikit pun tidak menunjukkan belas kasihan atau nak menerima maaf walau sekelumit. Dan kerasnya teguran Ayen membuat Egann tertunduk kembali. Muram sekali riaknya macam anak yang dimarahi.
Meja bertukar hening. Ayen merenung Egann, manakala lelaki itu merenung meja.
"Kita dah nak puasa. Lepas tu Raya. Kau masih nak proceed dengan lakonan kita?" soal si bini itu, masih dengan suara keras.
Egann mengangguk.
"Kau buat perjanjian berdarah dengan kau sendiri. Jangan sekali-kali kantoi dengan aku lagi. Kalau tak aku sign terus permohonan fasakh dekat mahkamah."
Bibir dikemam. Peluang terakhir... kah? Perjanjian dengan Saif di kubur bibik mereka tiga tahun lepas diingati. Mata dipejam lembut, membayangkan suasana Raya dengan adiknya yang tak pernah dirasai sejak berpindah ke US - dimana segala-gala berubah. Nafas ditarik dalam.
"Aku cuba."
Ayen menipiskan bibir. Jawapan itu lebih baik dari janji membuta. Kepala diangguk, turut menangguhkan niat nak menuntut cerai.
Sehingga Raya. Itu target mereka.
DEMI menukar mood yang dah bertukar masam kepam, Ayen menukar topik perbualan di meja makan itu.
"Aku dapat offer kat Seven-E." Sotong tepung dikunyah. Ya Tuhan, sedapnya. Egann pernah jadi chef, kah?
"Jadi apa?"
"Cashier."
"Sedihnya."
"Hoi!" Sentap. "Menial job is a very important workforce yang buatkan ekonomi kita bergerak tau! Walaupun, yes, the rich ialah orang yang provide platform kerja, the working class macam kitorang yang pastikan kerja operasi itu berjalan! Kau ingat siapa yang sanggup buat kerja cleaner, kerja angkat batu, kerja cuci tandas, kerja susun barang dekat mall..." Kata-kata terhenti bila anak mata tertangkap luka berdarah yang masih segar dan mengotori tangan, sudu, cawan dan bahagian meja lelaki di hadapannya.
Dengan nafas dalam, hati dikukuhkan untuk mengabaikan keadaan itu. Pandai-pandai lelaki itu la nak mencuci, merawat sendiri atau terus dibiarkan terbuka macam tu hingga dihinggapi kuman dan seterusnya bernanah. Sendiri buat, sendiri tanggung. Ayen tidak menikahi lelaki ini sebab nak jadi bini solehah.
Noktah.
"Ya... ya..." Tomyam dihirup. "Kau sedar tak bahasa dan cara kau bercakap dah pun tunjukkan your level of education and mentality. You have brain. Dengan otak kau, dan perangai workaholic kau, kau boleh dapat job offer yang lagi elok. Macam level eksekutif, at least."
"I'm not good with deskwork. I'm good with legwork."
Egann mengeluh rendah, lalu wanita di hadapannya direnung. "Aku taknak kau bazirkan otak kau dekat menial job. Kalau kau nak, aku boleh tolong. Aku ada kabel dekat company-company besar sekitar KL ni. Tapi kau prefer bekerja dalam industri mana?"
"Kesihatan."
"Bio-tech? Marketing? Research? Hospitality?"
Diam seketika. Sedikit segan. Bila perasan si lelaki merenungnya, meminta soalan dijawab, Ayen menghela nafas panjang. "Kalau boleh... kerja kat hospital, la..."
"Hospital... sebagai apa? Cleaner?"
Geram sedikit. Kepala yang gatal digaru sedikit. "Aku cakap kalau boleh, lah. Atau sesuatu yang melibatkan ubat atau penyakit... tapi-tapi-tapi... bidang research pun boleh."
Egann merenung wajah berparut itu. "Kau nak jadi doktor?"
Ah, Egann sharp. Bibir dikemam. "Well... bukan doktor pun takpa kut. It's the job that I want, not the title..."
Kepala diangguk. Teringat wanita ini ada sijil kedoktoran dari Australia, tapi memilih menjadi mortician. Tangan dipanjangkan pada sotong tepung yang tersedia di atas meja. Terpandang luka di tangan. "Apa advice kau kalau kau tengok luka aku ni?"
"Aku dah suruh kau jangan cabut pisau tu tapi kau cabut juga, so advice aku, aku dah tak peduli kalau kau sendiri tak peduli dengan diri kau." Sambil mengunyah nasi, dia menggumam.
"Hahaha... kenapalah kau ni garang sangat..." Pipi digaru, mengalah. "By the way... malpractice jenis apa yang kau buat sampai lesen kau kena batal?"
"Ala... perlu cerita ke..." rungutnya pula.
"Kalau nak aku tolong, kau kenalah terus terang."
"Kau nak tolong macammana," cemiknya.
"Supaya aku boleh sugar-coat dekat kabel aku pasal kau. Of course dorang akan cek background kau nanti... the least I can do ialah bagi recommendation kalau aku tengok kesalahan kau masih boleh dipertimbangkan."
"Kau yang bagi recommendation? How powerful are you?"
"Macam Batman." Sengih.
Ayen mengeluh pendek, lalu diceritakan pengalamannya di sebuah hospital di luar negara sebagai doktor selama hampir tiga tahun. Kerjayanya jatuh kerana dia menipu keadaan pesakit kepada Lembaga Transplant bagi meluluskan transplant jantung kepada pesakitnya yang mengalami congestive heart failure.
"Kau tipu Board?" Menarik. "Macammana?"
"I hid the fact that my patient is bulimiac. Bulimiac considered as masalah mental, so patient aku sebenarnya bukan priority dalam menerima transplant jantung. Risiko pada hospital jika patient salah guna jantung yang diberi dan take for granted, which is satu kerugian besar. Lepas aku berjaya convince committee, pembedahan berjaya dan patient aku dah boleh discaj... tapi aku kantoi bila nurse jumpa ipecac dalam wad dia masa dia tengah berkemas balik."
"Ooohh... lepas tu kau kena pecat?"
"Haah... dan fly balik ke Malaysia bersama maruah yang tercalar serta kerugian duit beratus dolar." Kepala digeleng sambil menunduk, membayangkan moment paling rendah dalam hidupnya suatu ketika dahulu.
Si kacak merenung wajah sugul itu. "Kalau kau takda lesen medikal, macammana kau boleh jadi mortician?"
Dan lalu anak mata Ayen lari ke kanan. "I wonder..." desisnya cuak.
Egann memicingkan mata sebelum tergelak kecil. "Dah ada sejarah malpractice, masih lagi practice malpractice..." Kepala digeleng. "Susah nak tolong kau ni."
"Kau pun sama."
"Hahaha... menyempat..."
Tampan sekali bunyi tawa off-handed itu. Ayen malu sendiri. "Aku jadi mortician off-record. So benda tu takkan nampak dekat background research pon," ujarnya selamba.
Angguk. "Is it worth it?"
"What?"
"Losing your career... risking your future... untuk selamatkan nyawa patient kau?"
Senyap seketika, berfikir. "Actually... yea..." Senyuman menguntum pada wajah haru. "Aku masih berhubung dengan dia, dan sekarang dia berada di China Mainland atas urusan kerja. Walaupun badan dia lebih debab berbanding sebelum ni... tapi dia dah tak obses nak jadi kurus sampai rosakkan sistem badannya sendiri. Aku bersyukur."
Untuk seketika, Egann mendiam. Menilai jawapan si perempuan, meneliti senyum dan rias wajah yang bercahaya, dan pada renungan mata yang mengoyak memori. Kesanggupan menjadi mortician di gereja dah cukup mengusik ingin tahunya dari dahulu, dan sekarang dia nampak passion wanita ini ialah pada manusia. Walaupun sabarnya mungkin terhad pada manusia degil macam dia. Lalu senyum terlukis segaris.
"Okay, its decided. Jadi doktor, it is. Tapi beri ruang dan masa untuk aku buat homework macammana nak work it out untuk kau."
"Err..."
"What?"
"Aku tak kisah kalau kau boleh tolong jadi something yang kurang menyusahkan kau. Sebab aku tau dah prosedur nak reinstate my medical license... and it needs a heck lot of money... and time. Mostly money."
"Duit bukan masalah. Bila melibatkan prosedur, maksudnya undang-undang la kan. Kau perlukan peguam... dan seseorang yang boleh beri recommendation untuk kau. Kejap. Aku rasa aku kenal seorang. Ambik nombor ni." Egann mengeluarkan iPhonenya dari poket jeans.
Ayen menundukkan sedikit kepala. "Egann... aku serius. Aku tak kisah kalau kerjaya lain..."
"Kau sendiri yang cakap kau nak jadi doktor balik..."
"Aku cakap aku nak kerja yang berkait, tapi tak semestinya doktor."
"Kau nak jadi doktor balik ke tidak?"
Gamam seketika. "Kalau boleh aku memang nak..."
"Jadi apa masalahnya? Its settled."
"It's not settled! Prosedur ni akan makan duit yang sangat banyak. Serius! Aku tak boleh susahkan kau sampai macam ni...."
Egann mengerut dahi. "Kalau kau taknak susahkan aku, kenapa kau cakap nak jadi doktor?"
"Kau yang buat aku cakap aku nak jadi!" Mata dicerlang seluasnya, naik sentap.
Nafas dalam ditarik, mengalah. "Fine. Kalau macam tu selain doktor... kau nak jadi consultant untuk insurans perubatan? Atau cikgu sains, pembantu makmal, kerja kat farmasi dekat Watson?" Pipi berparut itu dikerling.
Ayen menyengih. "Yea... because medicine is my strength, brotha..." Kedua belah tangan dibuka gaya gangsta. Namun terkaku bila Egann menolak iPhone ke hadapannya, pada contact number seseorang di dalamnya. Dia melangut pada si lelaki. "Apa ni?"
"Kabel." Ringkas menjawab bersama sengih.
Ayen masih dengan muka berkerut. Nama pada senarai contact dibaca. Dr Taha. "Siapa?"
"Dean of Medicine dekat Kings Hospital. Kau jumpa la dia untuk dapatkan recommendation, tak kisahlah nak jadi ejen insurans, atau pharmaceutical sales rep atau mintak dia bantu sebagai pegawai yang boleh bawak kes kau ke lembaga."
"Dey. Macammana aku nak bekerja dengan doktor kalau lesen medikal aku tak hidup."
"Kau faham tak term kabel tak, gendut?"
Sentap lagi.
Kad nama tersebut ditunjuk. "Ini disebut sebagai peluang. Having medical license means kau tak boleh nak rawat orang atau prescribe ubat, but that doesn't mean kau tak boleh nak offer medical opinion atau tolong orang yang perlukan bantuan kecemasan. Show him what you capable of, your quality sebagai medical practitioner. I'm telling you, kalau dia recommend kau, there's a high chance lesen kau diluluskan dengan lebih cepat."
Ayen memekam bibir, membuat Egann memicing.
"Apa masalah lagi kau ni...." Geram pula bercakap dengan perempuan berparut di pipi nih!
"Aku tau... tapi... mahal...." Kad disorong pada Egann kembali.
Lelaki itu menarik nafas dalam, memagar sabar. Kepala didongak ke langit sebelum menanggalkan cincin di jari manisnya. Cincin pernikahan berdarah-darah itu ditunjuk di hadapan si perempuan.
"Ini ialah bukti ikatan kita berdua. Sebagai seorang suami, aku serius nak bantu kau. Dan aku dah cakap berkali-kali... dari segi duit, aku takda masalah. Tapi kalau kau tak mampu nak komited untuk biarkan aku merasa susah dengan kau... atau share keyakinan kau pada aku walau sedikit... aku rasa kau kena fikir balik logik cincin ni berada kat tangan aku." Cincin tersebut diletakkan di hadapan Ayen dan dia mencapai sudu kembali.
Si wanita terpempam. Hatinya terasa dibelah dan dicincang berkali-kali melihat cincin berdarah di depan mata. Perkahwinan mereka... dia sememangnya anggap sejenis joke... dan nampaknya, Egann jauh lebih serius dengan tanggungjawabnya secara zahir walaupun pada masa yang sama, lelaki ini cuba nak mencurangi dia dan agama mereka sendiri.
Sebuah perkahwinan yang cukup mencabar.
"Egann..."
"You know... isteri-isteri aku sebelum ni, walaupun annoying dan tak boleh nak bertoleransi, tapi mereka tau macammana nak buatkan aku rasa rasa sebagai seorang suami... buat aku rasa diperlukan. Kau boleh marah aku bila aku buat salah, tapi aku tak suka kalau kau nafikan hak aku sebagai suami kau. Kau ambiklah cincin tu dan sarung balik ke tangan aku bila kau rasa kau dah bersedia nak susahkan aku secara halal."
Lalu kening kiri dijungkit setingginya. Si mata biru ditentang dengan muka tak percaya. Dan Egann membalas dengan double jerk. Tiada jawapan lain yang diperlukan, melainkan menunjukkan yang dia serius.
Akhirnya Ayen menghela keluh mengalah. Akal dibolak balik. Berfikir berkali-kali. Nafas ditarik dalam, sedalam dalamnya sebelum dilepaskan panjang. Lalu cincin Egann dicapai.
"Bagi aku fikir dulu. Dan kau kena tahu, disebabkan aku isteri kau lah aku fikir betul-betul samada nak gunapakai duit husband aku ke tidak sebab aku benar-benar maklum jumlah duit yang akan terbang sepanjang prosedur reinstate medical license aku is frickin' huge!" Mata dicerlangkan seluasnya.
"Aku perfectly aware dengan situasi aku sekarang sebab berbanding orang lain, aku lebih tau rasa kecewa bila terbatal lesen dan macammana aku nak dapatkan balik. Provided aku berjaya dapatkan balik, it will also a heck to pay sebab aku ada reputasi sebagai ex-con medicine. Di mata malpractice insurers, employes atau future malpractice cases, nama aku maybe akan naik dulu disebabkan rekod aku ni. Now, kau sure kau nak terus membantu dan menyusahkan diri kau untuk perempuan yang masih tak pasti masa depan dia ni? Sebab di pihak aku, aku taknak kau berlagak chivalrious sedangkan benda ni mungkin boleh mendatangkan lebih banyak rugi berbanding untung."
Egann memicing.
"Tapi, sebagai respect aku untuk kau, aku akan berbincang dengan Dr Taha tu dulu dan ambik maklum kalau ada cara lain yang lebih mudah. For the mean time, cincin kau ni aku pegang sebagai hukuman senang-senang nak lecture aku tentang tanggungjawab seorang bini macamlah aku ni bebal sangat."
Si pemuda menahan senyum. "Give me back my ring," pintanya sambil menghulur tangan. Mengalah.
"Nuh-uh. Not until you learnt your lesson." Rantai di leher ditanggalkan dan cincin itu dijadikan sebagai loket. Dibiarkan kotor berdarah sebagai simbolik perkahwinan mereka yang juga dah mengotori kesucian sebuah pernikahan. Direnung cincin itu bersama rasa sesal.
"Egann..."
"Em."
"Sampai Raya je kan?"
Mata biru itu membesar seketika. Setelah diam buat beberapa ketika, dia mendehem. "Em."
Ayen mengangguk. "Aku harap masa berjalan dengan pantas."
"Tapi kau kena make sure Saif boleh terima aku balik! Bukan membuta kosong macam tu je!!"
"Yaa... ya..."