Home Novel Cinta ReLaKu PuJuK
Bab 21


BEGITU
 leka wanita itu sediakan sarapan di dapur. Sambil buat kerja sambil bernyanyi kecil. Habit yang dah sebati dengan diri. Sejak dulu.

Sambal nasi lemak dalam kuali terus dikacau. Sesekali dia merasa. Mana yang kurang, ditambah.

"Rasanya dah okey ni."

Sambal kerang kembali dikacau. Sampai sebati.

Dalam tangan ralit bergerak, entah kenapa Mak Minah rasa lain. Bagai ada sesuatu tak kena. Macam diperhati. Tapi tak tahu arah mana.

Terdetik hati untuk berpaling. Kut-kut ada pencuri. Namun dia rasa kecut. Buatnya dipukul sebaik berpusing, macam mana? Tapi kalau tak tengok, lagi niaya.

Mak Minah cuba pujuk diri. Anggap semua itu hanya ilusi.

Dengan rasa berbelah bahagi, dia berpaling. Sikit demi sikit. Sebaik saja berpusing......

"Astaghfirullahalazim!"

Mak Minah menggeletar. Dada yang berombak laju disentuh menahan debar.

"Kamu ni, Sefhia! Terkejut Mak Minah, tau!" tingkah wanita tua itu saat lihat Sefhia terjengul tiba-tiba di balik dinding dapur. "Kenapa dok tercegat kat situ macam hantu? Nasib baik tak pengsan Mak Minah dibuatnya!"

Kali ini Mak Minah urut dada. Hilangkan saki-baki gemuruh yang masih ada.

"Buat apa berdiri aje kat situ? Sinilah!"

Sefhia serba-salah. Nak patuh, atau beredar.

"Sinilah masuk. Mak minah tak makan kamu punya!"

Mendengar nada yang dah menurun, gadis itu beranikan diri. Setapak demi setapak, dia berjalan mendekati.

"Lain kali jangan sorok-sorok macam tu lagi, tau! Nak masuk, masuk aje. Mak Minah takkan marah."

"Maaf."

Dan-dan itu mata Mak Minah terbeliak. Wajah Sefhia tepat dilihat.

"Lahaulawalakuataillabillah... boleh bercakap kamu rupanya! Mati-mati Mak Minah ingatkan bisu!" ujar pembantu itu terkedu. "Sejak kamu datang ke sini, baru ni Mak Minah dengan suara kamu. Tahu!"

Sefhia sekadar balas redup pandangan Mak Minah.

"Maafkan Mak Minah ya, Sefhia. Mak Minah dah bersangka tak baik dengan kamu."

"Tak apa."

Mak Minah terus leka pandang Sefhia. Entah kenapa perasaan pada gadis di depan tiba-tiba berubah. Selalu dia tak berapa kisah. Tapi hari ini, rasa lain dah bercambah.

Seketika terkaku, Mak Minah baru sedar sesuatu. "Ya Rabbi!"

Segera suis dapur elektrik ditutup. Sambal yang mendidih cepat-cepat dikacau.

"Aduh! Nasib baik tak hangit! Kalau tak, tak bersambal makan nasi lemak pagi ni!" sambil bebel, tangan wanita itu terus kacau kuali. "Err... Sefhia ke dapur nak sarapan, ya? Dah lapar? Mak Minah baru siap masak ni hah. Tunggu, ya. Sekejap lagi Mak Minah hidang, kita panggil Aryan sarapan sama."

"Nggak perlu manggil. Udah ada di sini."

Satu suara seraya berbunyi.

Mak Minah toleh. Sefhia turut paling.

Dum!

Nasib Sefhia tak berapa baik. Tubuhnya berlanggar dengan Aryan yang betul-betul di belakang berdiri. Tongkatnya jatuh. Badannya terhoyong-hayang. Kakinya tak stabil. Confirm-confirm dia akan jatuh tersembam kejap lagi.

Tepat sangkaan. Gadis itu betul jatuh. Tapi bukan ke lantai. Atas tangan Aryan. Lelaki itu lebih dulu bertindak. Lengan Sefhia cepat-cepat dipaut sebelum terlajak.

"Kamu nggak apa-apa?"

Sefhia geleng. Lengannya dan-dan itu ditarik. Malu. Segan. Panik. Segera kedua-dua tongkatnya dikutip. Ruang dapur terus ditinggal tanpa sepatah bicara di bibir.

"Eh, Sefhia! Nak ke mana tu? Belum sarapan lagi ni!" jerit Mak Minah. Namun orang yang dipanggil terus saja beredar.

"Biarin aja, Mak Minah. Udah lapar nanti, dia pasti ke mari lagi." Aryan duga sendiri.

Dia sendiri tak sangka akan bertembung Sefhia di sini. Terkejut. Tapi dalam masa yang sama, dia senang. Gadis itu dah mahu keluar bilik. Satu petanda positif.

"Hmm, yelah. Ni... awal Aryan turun hari ni? Mak Minah belum siap hidangkan sarapan lagi."

"Oh, ya. Pagi ini Aryan harus ke kantornya awal, Mak Minah. Lagi ada meeting jam 8.30."

"Laa... kenapa tak cakap malam tadi? Boleh Mak Minah siapkan awal."

"Nggak apa-apa, kok. Aryan sarapan di kafe nanti aja."

"Habis, tak nak makanlah ni? Penat Mak Minah nasi lemak pagi ni!"

Aryan tunjuk jam di tangan. "Udah telat, deh. Mak Minah makan aja dengan Sefhia sama Pak Majid nanti, ya. Aryan harus pamit duluan."

Habis ayatnya, Aryan segera atur langkah.

"Oh ya, Mak Minah! Hampir terlupa!"

"Ha! Apa pulak yang dilupa ni?"

"Sore nanti Aryan akan berangkat ke Abu Dhabi. Lagi punya urusan kerja untuk beberapa hari."

"Hah??! Petang ni nak pergi baru bagitahu? Selalunya dua tiga hari nak pergi Aryan dah cakap dengan Mak Minah dah!"

"Aryan lupa, dong. Lagi sibuk di kantor."

"Habis, tak baliklah petang ni?"

"Nggak. Lansung nyusul ke airport habis jam kerja. Mak Minah jagain rumah baik-baik, ya. Kunci semua tingkap sama pintunya. Kayak selalu. Paling penting, jagain Sefhia."

Aryan bergegas keluar dari dapur. Tinggal Mak Minah seorang terkebil-kebil dengan pesanan last minute dari anak majikannya itu.


PANDANGAN terhala ke luar jendela. Taman mini di laman jadi tumpuan mata. Dah lama dia berdiri di sini. Sejak masuk ke bilik tadi.

Tapi bukan taman di depan sebenar-benar tarik perhatiannya. Ada sesuatu yang sedang bermain di kepala. Dan sampai sekarang ia terus berlegar-legar.

"Sore nanti Aryan akan berangkat ke Abu Dhabi. Lagi punya urusan kerja untuk beberapa hari."

Ayat itu tergiang-ngiang lagi.

Keluar dari dapur tadi, dia tak terus ke bilik. Sebaliknya menyorok balik dinding. Niat cuma nak lari dari Aryan sekejap. Bila lelaki itu beredar, bolehlah dia masuk semula.

Dari ingin menyorok, telinga tanpa sedar terdengar perbualan Aryan dengan Mak Minah. Dan saat lelaki itu kata ada tugasan luar, serasa dia ingin jerit satu rumah.

Peluangnya untuk lari! Keluar dari rumah besar bak penjara ini! Kalau tak sekarang, bila lagi? Tambah-tambah kakinya dah beransur pulih.

Hmmhh.

Bukan dia tak kenang budi. Tapi dirinya tak layak nak terima layanan begini.

Mak Minah. Pak Majid. Kedua-dua pembantu itu terlalu baik. Tapi baik mereka, dia balas dengan satu penipuan. Kalaulah mereka tahu dirinya siapa, pasti sekelip mata akan berubah keadaan.

Itu belum Aryan. Apa yang dia terima dari lelaki itu lansung tak masuk akal. Tak setimpal dengan apa yang telah dia lakukan. Sampai dia naik malu, hina, segan.

'Kau dah culik dia. Tapi sekarang dia yang tolong kau. Rasakan!'

Satu lagi yang tak dapat dibaca sampai sekarang. Niat Aryan. Benar-benar ikhlas? Atau cuma nak balas dendam? Sekejap lembut. Sekejap-sekejap dingin. Ada ketika, terlebih menyebalkan.

'Apa kau nak dari aku sebenarnya?'

Sefhia ketap rahang. Buku limanya erat digenggam.

Seminit dua layan marah dalam hati, gadis itu beralih duduk ke katil. Wajahnya diraup. Kemudian sambung fikir.

Kalau betul Aryan nak balas dendam, serah dia ke polis adalah senarai paling akhir. Sebelum diserah, barangkali lelaki itu mahu 'kerjakan'nya sehabis mungkin. Jadi untuk apa dia terus di sini? Alang-alang lelaki itu tak ada, lebih baik dia angkat kaki.

Ya! Dia harus pergi. Tapi sebelum itu, sesuatu miliknya harus dicari.


PENUH hati-hati dia tutup pintu. Tak nak penghuni lain terganggu. Dan penghuni itu adalah Mak Minah. Bilik Pak Majid jauh diluar.

Sefhia bergerak beberapa tapak. Bilik Mak Minah yang berhadapan biliknya, dijengah. Dah tidurkah?

Telinga dilekap ke daun pintu. Senyap. Lampu juga dah gelap. Bermakna wanita itu sudah lelap. 

Sefhia tarik nafas. Moga-moga misi malam ini akan terlunas.

Tanpa berlengah, gadis itu mula melangkah. Tak ada lagi tongkat memapah. Hanya kaki kanan jadi sandaran untuk tampung kaki kiri yang patah. Sesakit mana, dia hanya redah. Lebih teruk dari ini pun dia dah pernah.

Sefhia terus bergerak. Dari ruang tengah ke ruang istirehat. Mujur ada lif. Kurang sikit sengsara untuk ke tingkat atas. Nak-nak bilik Aryan di paras tiga. Dia tahu pun sebab terdengar Pak Majid dan Mak Minah bercerita.

Tiba di tingkat tiga, Sefhia lansung menapak ke bilik Aryan. Hanya bilik lelaki itu di level ini. Jadi tak susah untuk dia cari.

Masuk saja ke bilik, mata gadis itu terus meliar. Setiap sudut, setiap bahagian diselongkar. Janganlah lelaki itu bawa. Kalau tak, memang punahlah harapan dia.

Limat belas minit mencari, akhirnya Sefhia tarik nafa lega. Sling bag hitam miliknya dapat juga jumpa. Dalam almari, laci kedua.

Beg pantas diambil. Isinya dituang. Dompet warna merah gelap jadi sasaran.

Cepat-cepat dompet itu dibuka. Sekali lagi, Sefhia tarik nafas lega. Kad biru muda itu masih terletak elok ditempatnya.

"Here you are."

Beg dikemas semula. Dia tak mahu buang masa. Peluang terbentang depan mata, jangan sesekali dipersia.

Gadis itu bingkas bangun. Beg disilang ke badan. Mata kerling ke arah jam. Tepat 2.00 pagi. Seperti yang disasari.

Hood jaket lantas ditarik menutup kepala. Serentak, dia atur langkah dengan nekad yang membara. Pagi ini dia ingin bebas. Feel free like a bird!

Melalui pintu belakang, Sefhia menyelusup keluar. Perlahan-lahan dia berjalan menelusuri rumah. Tiba 50-meter ke pagar depan, dia percepat langkah.

Zap!

Lengan Sefhia tiba-tiba direntap kuat. Berpusing badannya ke belakang. Hingga berlanggar dengan tubuh seseorang.

Gadis itu tergamam. Wajah empunya badan dipandang dengan penuh debaran. Dan serentak itu, hood jaketnya ditarik ke belakang.

"Mau ke mana?"

Suara garau itu menyoal dalam hening malam.

"Mau kabur? Hmm?"

Sefhia ketap rahang. Geram! Terasa misinya ranap berkecai. Baru berangan-angan nak bebas. Tapi sekarang, kemunculan tiba-tiba Aryan yang tak tahu dari mana bagai merampas apa yang diimpikan.

Benarkah? Atau masih berkesempatan?

Entah. Alang-alang dah buat, baik habiskan terus apa yang dah diniat.

Dengan sekuat hati, tubuh lelaki di depan ditolak. Seraya itu Sefhia meluru ke pagar bersama kudrat yang terlarat.

"Sefhia! Jangan lari!"

Suara Aryan melaung kuat. Namun sikit pun Sefhia tak lihat. Langkah terus diatur dengan cepat. 

Sampai pintu pagar, langkah gadis itu mati. Macam mana nak buka? Pagar automatik.

Ah! Dia tak peduli.

Pagar terus dipanjat. Persetankan kaki yang patah. Asalkan dirinya dapat keluar.

Namun belum pun sempat sampai puncak, jaket Sefhia direntap serta-merta. Serentak, tubuhnya jatuh terlempar ke bawah.

Gadis itu pejam mata. Sakit segala urat-urat sendi yang ada.

"Kamu mau kabur ke mana?! Bangun!" arah Aryan.

Sefhia buat tak endah. Dirinya masih menahan rasa sakit yang berbisa.

"Ayuh! Bangunnn!!!"

Aryan mengarah lagi. Kali ini lengan gadis itu ditarik. Dipaksa untuk bangkit.

Dalam rasa sakit, Sefhia menurut. Digagahkan diri untuk bangun. Sikit demi sedikit. Saat tubuhnya sudah tegak berdiri, sepantas kilat lutut kanannya ditujah ke dada Aryan. Buku lima turut dilayang ke muka lelaki berkenaan.

Aryan jatuh tersembam. Hidungnya perit. Bibirnya macam disiat-siat. Dalam berpinar, matanya nampak Sefhia siap sedia pasang langkah.

"Oh! Kamu mau berlawan? Again?" Aryan tertawa kecil. Seraya dia berdiri. Menghadap Sefhia yang tunggu serang balas darinya. "Apa kamu lupa sama kaki kamu yang patah itu? Hmm?"

Sefhia tak hairan. Provokasi dari Aryan lansung tak bawa kesan.

Biarlah kakinya sakit, dia masih boleh bertahan. Biar ia patah semula sekalipun, lawan tetap lawan. Dirinya nekad untuk keluar dari banglo mewah milik Aryan.

Lihat Sefhia tetap berdegil, Aryan mula menyerang balas. Kali ini dia akan pastikan gadis di depan tewas. Cukuplah sekali dulu dia dikalahkan. Malam ini dia takkan bagi chance.

Dalam gelap malam, kedua manusia itu terus beradu kekuatan. Saling berbalas tumbukan. Saling berganti tendangan. Saling patahkan serangan lawan.

Hingga ke suku perkelahian, Sefhia tampak sedikit pincang. Kaki kirinya dah tak dapat bertahan. Sakit, perit, bisa makin menekan-nekan.

Hal itu beri Aryan kelebihan. Dibentes kaki kanan Sefhia hingga gadis itu jatuh terlentang. Dengan pantas tubuhnya diterbalikkan. Kedua-dua tangan terus ditarik ke belakang.

"Arrgghhh!!!" Sefhia menjerit kesakitan.

"Rasain kamu! Mau kabur, kan?"

Gadis itu sembam wajah ke rumput. Nampaknya misi malam ini terlebur. Impian untuk bebas juga habis hancur berkubur.

"Aku udah bilang, bukan. Jangan pernah mikir kamu bisa kabur dari rumah ini. Nggak akan, Sefhia. Nggak mungkin!!!" ucap Aryan, betul-betul di cuping telinga si gadis.



Previous: Bab 20
Next: Bab 22

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.