Home Novel Cinta ReLaKu PuJuK
Bab 15


"JADI
 benar, dia udah boleh discharge?" Aryan soal Wafri. Ingin kepastian. Seminggu berulang-alik ke hospital, pagi ini dia datang disambut khabar gadis bernama Sefhia itu dah boleh pulang.

"Yup. Her condition was goodResult for last checkup pun okey semuanya. Cuma tinggal luka-luka dia. Sikit hari lagi keringlah."

"Gimana sama kakinya?"

"Ha, yang tu memang makan masa nak sembuh. So, kau kena bawa dia datang sini buat checkup ikut tarikh yang aku bagi nanti," jelas Wafri. Tangan masih terus periksa gadis di depan untuk kali yang terakhir.

"Terus, gipsnya lansung gimana? Udah bisa dibuka?"

"Kau agak-agaklah, Ryan. Baru seminggu kut. Kalau buka sekarang, tak bercantum betullah nanti tulang dia!"

"Maksud lo?"

Kerja Wafri terhenti. Perhatian beralih pada rakannya yang duduk di kerusi.

"Nak buka gips ni sekarang, boleh. Cuma takut nanti tulang kaki tu tak bercantum betul. Ya, sembuh memang boleh sembuh sendiri. Tapi pertumbuhan tulang tu mungkin tak sempurna. Silap-silap nanti makin teruk. Kau nak macam tu?"

Aryan diam. Penjelasan Wafri cuba dihadam. Dah nama pun pakar orthopedik. Sah-sahlah tahu segala hal.

"Alah. Senang cerita macam kau buat tiang. Satu guna mol, satu lagi tak. Mana lebih cantik? Of course yang guna mol, kan? Terbentuk, terletak, solid. PerfectDo you get it?"

Tak ada reaksi dari Aryan. Kepalanya masih fikir sesuatu.

"Ada lagi ke yang kau tak faham, bro?" Wafri seakan faham bingung si rakan. Kerja yang tertangguh turut disambung semula.

"Apa nggak susah dia mau bergerak, Ri? Sama simen yang berat itu."

"Siapa kata senang?"

"Jadi, lo nggak punya cara yang lain?"

"Tu aje pilihan yang ada.""Lalu kalau dia terjatuh, gimana?"

"Apa susah. Kau kan ada. Dukunglah dia!"

Spontan Wafri jawab. Jawapan yang buat Aryan tersentap. Terus pandangan dihala ke Sefhia. Dan tanpa duga, gadis itu turut pandangnya. Cepat-cepat Sefhia larikan wajah.

"Lo ngomongnya usah yang macem-macem, Ri."

"Itu kalau. Kau jugak yang tanya kalau dia terjatuh tadi. Tapi... kalau betul-betul jadi... kau kena tolong angkat jugak, kan. Kalau dah darurat."

Aryan pandang Sefhia lagi. Gadis itu tak bereaksi. Namun jelas wajahnya merah. Malu? Atau marah?

"Okey, Sefhia. Done!" Wafri bersuara usai kerjanya selesai. "Hari ni awak dah boleh keluar. Tapi ingat. Ubat-ubat yang saya bagi nanti, makan. Luka-luka ni pun jangan lupa sapu ubat. One more, kaki tu. Tolong jaga elok-elok. Jangan banyak bergerak, jaga makan minum.

Kalau boleh banyakkan makanan yang tinggi kalsium, protein dan vitamin. Semua tu boleh bantu awak sembuh cepat. Dan yang paling penting, datang checkup ikut tarikh yang saya tetapkan. Faham?"

Sefhia angguk perlahan.

"How do you feel now? Lagi-lagi nak keluar ni. Excited?"

Wafri cuba bergurau. Namun hanya senyum tipis yang terpamer dari gadis di depan. Senyuman yang selalu dia terima tiap kali lakukan rawatan.

"Never mind. Lepas ni saya dah tak ada nak pantau awak. Nurse pun dah tak ada untuk jaga awak. So please, take care of yourself. Atau... mungkin saya tak perlu risau sebab lepas ni Aryan pulak yang akan jaga awak."

"Ri!"

"Apa?" tingkah Wafri selamba. Laporan perubatan Sefhia disudahkan secepatnya. "Okey, Sefhia. Awak rehat dulu. Kejap lagi nurse datang bawa baju awak. And you Aryan... I need you. We need to talk."

Sejurus itu Wafri menapak keluar. Dan sebaik kelibat Aryan terpancul, daun pintu terus ditutup.

"Dokter Wafri. Lo apa-apaan sih ngomong kayak tadi? Depan dia lagi!"

"Apa salah ke aku cakap? Betullah kan lepas ni kau pulak yang jaga dia. Atau kau nak hantar dia balik rumah? Kau tahu ke tempat tinggal dia kat mana? Kenal family dia? Atau kau nak letak dia kat rumah kebajikan terus!"

"Ya nggak begitulah."

"See? Aku cakap benda yang betul, kan?"

"Okey, okey. Lo menang!"

Aryan beralah akhirnya. Sedar kata-kata Wafri ada benarnya.

"Tell me, Aryan. Who is she?" Sekali lagi Wafri cuba cungkil tentang gadis yang dirawatnya.

"Udah aku bilang, bukan. Dia gadis yang aku tabrakin."

"Itu aku tahu. Tapi aku dapat rasa kau kenal dia lebih dari tu!"

"Nggaklah. Perasaan lo doang."

"Dengan orang lain bolehlah kau tipu. Tapi bukan aku. Cara kau pandang dia pun aku dah boleh tahu. Tu satu. Aku tengok dia tak macam orang normal lain. Bercakap payah. Senyum, lagilah!

Badan dia. Kat badan dia tu ada parut-parut luka. Parut tembakan pun ada. Means, dia bukan orang biasa-biasa. Siapa perempuan tu sebenarnya, Ryan? Kat mana kau jumpa dia? Dari mana latar belakang dia?"

"Lo apaan sih, Ri? Pakei nanya-nanya begini. Udah kayak polisi."

"Mestilah! Dah kau tiba-tiba bawa dia ke sini. Mintak aku rawat dia pulak tu. Mestilah aku nak tahu. Buatnya orang jahat ke apa ke, tak pasal-pasal aku terlibat sama!"

Aryan lepas keluhan. Sedar rahsianya takkan bertahan. "Lo memang nggak akan pernah menyerah, kan."

"Bagus kalau kau tahu!"

"Okey. Fine. Aku akan kasitahu. Tapi bukan sekarang."

"Dah tu, bila?"

"Satu saat yang sesuai."

Mata Wafri cerun tenung Aryan. Dirinya nakkan kepastian. Mana tahu helah rakannya nak lepaskan diri.

"Tenang dong, Ri. Usah dipikirin lagi. Punya waktu nanti aku akan ceritain semuanya sama lo."

"Apa jaminannya?"

"Udah berapa lama kita kenal? Pernah aku mungkiri?"

"Selalunya tak. Tapi kali ni aku tak pasti."

"Iya, iya. Aku janji. Kalau aku mungkir, lo tumbuk aja mukaku ini."

"Okey! Aku pegang janji kau!"

Wafri tarik nafas. Cari ruang untuk bertenang. Tak pernah-pernah dia berkelakuan macam ini. Semua gara-gara sikap pelik Aryan yang tiba-tiba. Kerana seorang gadis pula. "Kau nak bawak dia ke mana lepas ni?"

"Nggak tau. Mungkin ke rumah aku buat sementara waktu. Lagian, Mak Minah sama Pak Majid juga ada. Bisa bantu jagain dia."

"Then bila orang tua kau balik, dia kau nak campak mana?"

"Aku belum mikiran lagi. Kayaknya aku harus cari rumah yang lain."

"Baguslah kalau kau pikir macam tu. Jangan kau tinggalkan dia kat tepi jalan, sudah.

Dengan kaki yang patah. Tak pasal-pasal masuk paper jadi headline muka depan!"

Sindir Wafri kali ini. Pandangan tajam Aryan dah tak dihirau lagi.

'Ikut hati yang sakit ini, mau aja aku berbuat begitu, Ri. Biar terbalas segala yang udah dia lakuin ke aku!' jerit suara hati Aryan pada temannya yang sudah berlalu.


PINTU utama banglo ditolak. Sebaik melangkah masuk, tangan terus sorong kerusi roda ke ruang istirehat. Sambil melilau cari kedua pembantunya yang entah di mana. Tengok kereta kat luar pun tak ada.

"Tuan Aryan!"

Langkah Aryan mati. Serentak dia berpaling.

"Pak Majid, Mak Minah. Aduh! Kaget, loh!"

"Ma... maaf, tuan. Ka... kami tak sengaja."

"Ya nggak apa-apa, kok. Pak Majid sama Mak Minah lagi dari mana?"

"Dari pasaraya, tuan. Pak Majid bawak Mak Minah ni pi beli barang dapuq sat."

Aryan angguk faham. Patut senyap sunyi rumah.

"Err... tuan. Mak Minah nak tanya. Ini siapa?" laju saja wanita itu bertanya. Nak tahu gerangan yang dibawa balik majikannya tiba-tiba. Muka tak pernah nampak. Dalam keadaan tak 'sempurna' pula. Lebih menarik, perempuan.

"Oh, ya! Hampir terlupa! Ini Sefhia. Gadis yang Aryan tabrakin malam itu. Mak Minah sama Pak Majid apa masih ingat?"

Kedua-dua pembantu itu saling berpandangan. Memang Aryan ada ceritakan. Kemalangan yang sebabkan majikan mereka tak pulang semalaman.

"Sefhia lagi nggak ada tempat tinggal di sini. Mau hantarin ke rumahnya, lagi jauh. Jadi Aryan pikir mendingan dia di sini aja buat sementara waktu. Mak Minah sama Pak Majid nggak kenapa-napa, kan?"

"Eh! Nak kenapa apa pulak? Ini kan rumah Tuan Aryan. Tuan berhak buat apa aje."

"Ha. Betui, betui. Pak Majid lagi tak kisah, tuan. Asal jangan berdua, sudah na!" seloroh Pak Majid dalam gurau. Menggamit tawa yang lain.

"Kerna itu Aryan berani bawa dia pulang ke mari. Asalkan Pak Majid sama Mak Minah bisa bantu jagain dia."

"Eh! Boleh sungguih, tuan. Untuk tuan, apapun bisa!" Pak Majid berseloroh lagi.

"Makasih, Pak Majid. Err... Mak Minah."

"Saya, tuan."

"Di bawah ini masih ada kamar kosongnya?"

"Ada, ada. Bilik tetamu dekat dengan bilik Mak Minah tu."

"Mak Minah bisa bawain Sefhia ke sana nggak? Kayaknya dia lagi butuh istirahat."

"Boleh, tuan. Boleh! Mak Minah bawakan sekarang, ya."

Seraya Mak Minah ambil alih kerusi roda dari tangan Aryan.

"Makasih ya, Mak Minah."

"Tak payah nak berterima kasihlah, tuan. Ni kan dah memang kerja Mak Minah."

"Iya. Tapi harus diucapin juga, kan. Err... Pak Majid lagi ke mana-mana?"

"Saya? Tak ada, tuan."

"Bisa nggak hantarin Aryan ke Hotel Marriot di Putrajaya? Lagi ada event jam 8.00 malam di sana."

"Boleh, tuan. Boleh, boleh! Pak Majid pi siapkan kereta sekarang, na."

Kedua-dua pembatu itu seraya bergerak ikut arahan.

"Oh, ya... satu hal lagi." Aryan kembali bersuara. Langkah Pak Majid dan Mak Minah turut terhenti semula. "Pak Majid sama Mak Minah udah lupa, ya? Berapa kali udah dipesan. Jangan manggilin tuan. Aryan nggak suka."

"Tapi tuan...,"

"Aryan udah anggap Pak Majid sama Mak Minah kayak orang tua sendiri. Jadi sepertinya kalian berdua juga harus berbuat yang sama, sih. Cukup manggilin namanya aja. Selebihnya Aryan nggak mau dengar. Titik. Sekarang Pak Majid sama Mak Minah bisa nyambung kerjanya."

Aryan hempas tubuh ke sofa. Dalam masa sama, mata masih terarah ke Mak Minah.

Bukan pada wanita itu sebenarnya. Tapi pada orang yang dibawa. Sejak tadi lansung tak tunjuk reaksi apa-apa.

Malah sejak mereka jumpa semula, gadis itu seakan ingin lari dari bicara dengannya. Marah barangkali. Suka jauh sekali. Atau segan? Segan dengan keadaan diri yang begitu?

Mungkin. Mula-mula, dia culik orang. Sekarang, orang yang diculik itu pula yang selamatkannya. Nonsense. Tak pernah dibuat orang!

Itu satu hal. Kalau cakap pada orang yang Sefhia itu penculik pun, dah tentu-tentu orang takkan percaya. Muka cantik, persis orang putih. Badan tinggi, dah serupa model. Tapi boleh terjebak dengan kegiatan jenayah macam itu. Unbelievable!

Aryan raup wajah. Kepala kemudian disandar ke dada sofa.

"Emerline Sefhia. Ada apa dengan kamu sebenarnya?" bisik lelaki itu penuh tanda tanya.



Previous: Bab 14
Next: Bab 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.