Home Novel Cinta ReLaKu PuJuK
Bab 13


SUASANA
 malam itu sibuk seperti kebiasaan. Dengan orang ramai berkeliaran segenap tempat. Dengan kakitangan sibuk lakukan tugas. Itu belum lagi bunyi pengumuman yang tak henti-henti dibuat. Ibaratnya, KLIA ini tak pernah tidur walau sesaat. Walhal, di lapangan terbang manapun.

"Gimana, Ryan?" soal Ibu Dian sebaik Aryan selesai urusan di kaunter pertanyaan.

"Petugas itu bilang penerbangan ke Jakarta lagi ditunda ke jam 11.00 malam."

"Asik! Lagi satu jam kita harus nungguin, mas."

"Namanya juga naik pesawat, dong. Tunda penerbangan itu udah satu kebiasaan," bicara Pak Aryawan.

"Ya nggak apa-apa, kok. Kalau harus nungguin, ya dinungguin aja. Usah ditunda sampei ke subuh esok, ya udah!" seloroh Ibu Dian. Buat tawa suami dan anaknya berderai.

Ikut jadual, patut dia dan Pak Aryawan dah selamat berangkat ke Jakarta siang tadi. Tapi kerana suaminya terpaksa hadir satu mesyuarat penting, penerbangan mereka ditukar ke sebelah malam.

Nasib baik ada tiket. Tapi ini pun ditunda lagi. Elok-elok pukul 10.00 malam. Sekarang dah anjak ke jam 11.00.

"Nggak apalah, ma. Pokoknya mama sama baba selamat sampeinya. Kalian mau makan? Atau minum? Aryan beliin."

"Nggak mau. Masih kenyang. Mas mau apa-apa?"

Pak Aryawan geleng kepala. Sambil leka tatap buku di tangan. Satu tabiat yang dah sebati dengan jiwa. Pantang ada masa terluang, buku pasti setia meneman. Tak kira di mana-mana. Apapun keadaannya.

Aryan ambil tempat di sisi Ibu Dian. Telefon dalam saku jaket turut dikeluarkan. Dibelek sebentar untuk mengisi waktu yang ada.

"Aryan."

"Hmm?"

"Kamu baik-baik aja, kan?"

"Mama kok nanya begitu, sih?"

"Dari tadi mama lihat kamu lagi diam. Kamu sedih?"

"Sedih ngapain?"

"Nggak bisa ikutin pulang. Siapa tahu."

Hujung bibir Aryan tersungging.

"Sesedih apapun Aryan rasakan... tetap nggak bisa ikutin mama sama baba, kan?"

"Bagus kalau kamu tau itu."

Kali ini Aryan tergelak. "Usah khawatirlah, ma. Aryan baik-abaik aja. Cuman lagi capek," ujarnya.

"Nah... tadi kan kami udah mau dihantarin sama Pak Majidnya. Tapi kamu yang degil mau hantarin juga. Sekarang udah reportin kamu, kan!"

"Mama ngapain ngomongnya begitu, sih. Kalian nggak pernah repotin sama sekali, ah. Inikan udah menjadi tanggujawabku sebagai anak. Lagi pula, Pak Majid udah kecapekan deh seharian urusin baba. Biarin dia istirahat."

"Ya sama seperti kamu juga, kan? Seharian terus di kantor lakuin kerjaan."

Aryan terdiam.

Memang dia agak penat. Sehari suntuk siapkan tugas pejabat. Walaupun hari ini hari Sabtu. Kalau dibawa ke minggu depan alamat makin banyak nanti kerja yang tertangguh.

"Ya, udah. Kamu pulang dulu aja sana. Istirahat. Biar mama sama baba aja nungguin di sini."

"Nggak. Aryan nggak akan pulang. Selagi pesawat kalian belum terbang. Biarinlah sampei ke subuh harus nungguin. Aryan akan tetap di sini. Kalau harus ketiduran di sini juga ya nggak kenapa-napa, sih."

"Loh! Ini anak! Ngomongnya jangan yang macem-macem, ah! Kayak diminta-minta ini mulutnya! Isk!" tingkah Ibu Dian. 

Serentak mulut anak lelakinya ditampar-tampar. Terhambur sekali lagi gelak Aryan.

"Ya udah, deh. Segalanya kan udah terjadi. Nggak ada apa yang harus dikesali. Siapa tau punya hikmah di balik semua ini," Pak Aryawan mencelah tiba-tiba.

"Hikmah apaan?"

"Ya baba juga nggak tau, sih. Jika bukan buat baba sama mama, pasti buat kamu. Barangkali saat perjalanan pulang kamu nanti."

Aryan pandang babanya. Dalam lirikan, dia cari erti kata yang dilontar. Nak percaya entah tak. Tapi dia akui, ketenangannya sedikit berkocak.

Hampir satu jam tunggu, penerbangan ke Jakarta akhirnya selamat diumum.

"Baba sama mama berangkat dulu, Ryan. Jaga diri kamu baik-baik. Armaya juga. Segala kebergantungan ada pada kamu selama ketiadaan baba. Ingat!"

"Insya-ALLAH, ba. Baba sama mama juga jaga dirinya. Kirim salam buat semuanya di sana."

Salam dan dakapan iringi perpisahan. Aryan tenung sayu kepergian orang tuanya. Bak memberitahu agar dirinya dibawa bersama. Namun, ia cuma terlahir jauh di sudut jiwa. Sejauh langkah Pak Aryawan dan Ibu Dian yang makin lenyap dari pandangan mata.


KERETA berwarna night blue itu meluncur tenang dalam gelap malam. Keadaan lebuhraya juga sudah beransur lengang. Namun masih tetap 'hidup' dengan cahaya dari kenderaan dan lampu jalan.

Aryan terus leka memandu. Setengah jam baru berlalu. Tapi macam dah setengah bulan dia berpisah dengan baba dan mamanya.

Satu keluhan dilepaskan. Ikut hati nak saja dia patah balik ke KLIA, ambil tiket dan ikut terbang ke Jakarta. Rasa rindu pada datuk dan neneknya dah menebal. Tapi pesanan Pak Aryawan pantas datang menepis niatnya.

Hmmhh.

Sekali lagi lelaki itu mengeluh.

Timbul rasa sesal tak pulang kampung halaman dulu sebelum datang ke Malaysia. Sekarang, dia yang merana. Dengan jawatan CEO yang dipegang. Memang susahlah lepas ini dia nak menghilang.

"Rasain lo, Aryan. Mau nyesal udah nggak ada guna!" ngomelnya sendirian.

Malas nak layan perasaan, tangan terus tekan punat radio. Volume dikuatkan. Biarkan halwa mendengar lagu-lagu diputarkan. Moga dapat redakan rasa sebal. Walau hampir semua lagu agak asing buatnya, dia cuma layankan.

Dalam telinga melayan lagu yang berkumandang, perut Aryan terasa turut sama berdendang riang. Baru sedar yang dia belum jamah apa-apa sejak siang. Pulang dari pejabat maghrib tadi, dia terus siap-siap untuk hantar orang tuanya ke lapangan terbang.

Aryan pandang jam dashboard. Dah hampir pukul 12.00 tengah malam. Mak Minah mungkin dah tidur. Kesian pula nak kejutkan suruh sediakan makanan.

Lelaki itu berkira-kira dalam hati. Mahu pulang makan di rumah, atau singgah saja di mana-mana restoran. Paling tak pun kedai makanan segera. Alang-alang dia dah kat luar. Dapat alas perut sikit pun jadilah.

Tak fikir panjang, Aryan terus menghala ke pusat bandar. Cari tempat makan yang masih dibuka lewat malam. Dari jauh mata sudah nampak papan tanda 'MacDonald'.

"Ya MacD pun bisalah. Dari perutku terus berkeroncong ini malem."

Kereta terus belok masuk ke kawasan deretan bangunan. Perlahan ia menyusur ke arah restoran makanan segera itu di bahagian paling hujung.

Gggrrr.

Getaran telefon bersama deringan kejutkan Aryan tiba-tiba. Apalagi... kelam-kabut lelaki itu seluk jaket. Kut-kut panggilan kecemasan dari orang tuanya. Siapa lagi yang nak telefon lewat-lewat malam macam ini?

Srreeettttt!!!

Belum sempat mata tengok skrin telefon, kaki Aryan lebih pantas bagi reaksi. Sekuat hati pedal brek ditekan hingga tayar kereta nyaring berbunyi.

Dum!!!

Aryan terlambat berhenti. Bahagian depan Audi RS5 miliknya lebih dulu langgar sesuatu tanpa dia sedari.

"Astaghfirullahalazim!"

Lelaki itu tergamam. Wajahnya pucat. Lututnya longlai. Tubuhnya menggeletar. Otak seakan ter'stop' dari berfungsi sebentar.

"Ya ALLAH... apa yang telah aku lakuin?!"

Dalam rasa takut yang memuncak, Aryan beranikan diri lihat ke depan. Jelas, sekujur tubuh sudah tertiarap kaku atas jalan.

'Apa dia masih hidup lagi?' desisnya.

Pintu kereta dan-dan itu dibuka. Kaki yang masih lemah segera diatur keluar. Menghampiri sosok tersebut.

Dengan tangan terketar-ketar, Aryan angkat tubuh itu ke ribanya. Rambut yang menutup wajah, perlahan-lahan diseka.

Sekali lagi lelaki itu terpana. Cuak, terkejut, terkesima. Segalanya datang bertindan serta-merta. 

Benarkah???

Dan saat itu dia rasakan nafasnya benar-benar di hujung kepala! 



Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.