Home Novel Cinta ReLaKu PuJuK
Bab 16


DERAP
 tapak kaki kedengaran menuruni anak tangga. Sampai di bawah, langkah terus dihala menuju ke ruang dapur. Dari jauh dah terdengar suara orang sedang menyanyi sayup-sayup.

"Aduh, Mak Minah. Senang hati ya lagi nyanyian di dapur."

"Eh, Aryan! Dah turun?"

"Iya. Dari tadi lagi udah turun. Gara-gara dengar suara Mak Minah yang merdu itu."

"Isk! Pandai aje Aryan ni! Mana ada merdu. Takat saja-saja nyanyi kat dapur ni bolehlah," balas Mak Minah. Panggilan tuan tak lagi digunakan. Sejak diminta Aryan.

"Mak Minah nyanyian lagu apa tadi?"

"Alah. Lagu lama, Aryan. Lagu zaman Mak Minah muda-muda dulu."

"Tapi enak juga didengar. Bisa dinyanyi lagi?" pinta Aryan. Makin hari, makin nampak kemesraan dia dengan pembantu-pembantu rumah.

"Dah, tak payah. Kang tak siap-siap kerja Mak Minah. Kamu pun bukannya nak dengar sangat Mak Minah menyanyi, kan? Nak menyakat aje, kan?"

"Nggak, ah. Aryan ngomong yang benar ini. Apa Mak Minah nggak percaya?"

"Separuh-separuh. Kamu ni bukannya boleh percaya sangat. Kuat menyakat!"

Spontan tawa Aryan berderai. Dia kemudian menapak ke peti sejuk. Sekotak jus oren diambil sebelum duduk menghadap Mak Minah.

"Aryan lagi muji, kok Mak Minah nggak suka. Tapi orang dulu-dulu bilang, kalau perempuan lagi nyanyian di dapur itu nanti dapat suaminya lagi tua. Apa benar?"

"Itu pepatah orang tua-tua aje, Aryan. Cuma nak takut-takutkan. Yang sebenarnya nak suruh orang perempuan ni siapkan kerja cepat-cepat aje kat dapur ni. Tak adalah masak tu berjam-jam. Jadi nak percaya sangat tu, taklah. Kalau betul pun cuma kebetulan," jelas wanita separuh umur itu. Tangan tetap berjalan buat kerjanya.

"Emangnya kalau benar, Mak Minah nggak takut?"

"Nak takut kenapa?"

"Punya suami tua."

"Aduh! Mak Minah ni pun memang dah tua, Aryan oi. Nak takut apanya? Itu pun belum tentu ada lelaki tua nakkan Mak Minah ni. Tok sah beranganlah, Aryan!"

"Yang benar nggak ada yang mau?"

"Buat apa Mak Minah nak tipu."

"Terus, Pak Majid itu?"

"Kenapa dengan Pak Majid?"

"Apa Mak Minah nggak tau?"

"Tahu apa?"

"Ya ampun. Pak Majid itu lagi ada hati sama Mak Minah, tau. Masakan Mak Minah nggak perasan."

"Ya ke?"

"Ya benar, deh. Dari tingkah-lakunya aja udah ketahuan."

Mak Minah terdiam. Apa yang diberitahu Aryan sedikit tak masuk akal.

Takkanlah pemandu yang tua lima tahun darinya itu ada simpan perasaan. Dahlah mereka pantang jumpa. Pasti ada saja yang dibahaskan. Mustahil!

"Ah! Merepeklah kamu ni, Aryan."

"Mak Minah nggak percaya lagi?"

"Tak."

"Ya nggak apa-apa, kok. Kita tunggu dan lihat aja nanti."

"Hmm. Dalam mimpi ajelah, Aryan. Itupun kalau mimpi tu benarkan."

Sekali lagi tawa Aryan bergema. Geli hati dengan telatah Mak Minah. Dan entah kenapa, hari ini hatinya rasa sangat senang. Macam ada sesuatu buat mindanya jadi lapang.

"Err... Mak Minah apa udah jenguk Sefhianya pagi ini?"

"Sefhia?"

Mak Minah kerut kening. Seakan baru teringat. Serentak dia tepuk dahi.

"Ya ALLAH! Mak Minah tak teringat lansung pasal Sefhia, Ryan. Lepas Subuh tadi terus aje masuk dapur. Aduh! Macam mana boleh terlupa ni! Aryan nak Mak Minah jenguk dia ke? Mak Minah pergi sekarang!"

"Nggak apa-apa, Mak Minah. Nggak apa-apa. Mak Minah tenang aja. Biar Aryan yang pergi lihatin dia."

"Aduh... mintak maaflah, Aryan! Mak Minah betul-betul lupa!"

Wanita itu kalut. Wajah Aryan yang dah tegak berdiri dipandang takut.

"Nggak apa-apa kok, Mak Minah. Mak Minah juga lagi sibuk di dapur, kan. Ya, udah. Aryan pergi lihat Sefhia duluan, ya. Mak Minah habisin kerjanya."


TUK! tuk! tuk!

Tangan Aryan ketuk pintu bilik perlahan. Berapa detik berlalu, tak ada balasan dari dalam. Sekali lagi lelaki itu mengulang ketukan. Masih tak ada sebarang jawapan.

"Ke mana dia ini? Dari tadi lagi diketuk nggak dibuka-buka pintunya."

Aryan tak putus asa. Diketuk sekali lagi pintu bilik Sefhia. Untung-untung kali ini berhasil. Namun hampa. Pintunya tetap tak terbuka.

"Apa masih tidur? Atau di kamar mandi?"

Lelaki itu sandar ke dinding. Berpeluk tubuh sambil berfikir. Mencari-cari sebab kenapa gadis di dalam berdiam diri? Mustahil tak dengar. Melainkan tidur mati. Ataupun... dah lari!

Spontan berdirinya tegak semula. Tombol pintu kelam-kabut dipulas. Tak berkunci. Apalagi... daun pintu ditolak segera.

Masuk saja ke dalam, mata Aryan terus cari kelibat Sefhia. Dalam bilik air. Setiap penjuru bilik. Atas katil.

Huh!

Aryan tarik nafas lega. Sekujur tubuh itu masih berbaring di sana. Di atas katil. Sangkanya tadi dah tak ada.

Sekali lagi Aryan tersandar. Pandangan dihala pada wajah yang masih beradu itu. Sungguh lena. Lansung tak terganggu dek ketukan pintu yang berapa kali darinya.

Mungkin kesan ubat yang diambil malam tadi. Mungkin juga nak lupakan rasa sakit yang sedang melanda.

Entah berapa lama Aryan tercegat sambil tatap muka Sefhia. Dirinya hanya tersedar bila lihat tubuh gadis itu bergerak-gerak dalam cahaya lampu tidur yang samar.

"Udah bangun?"

Sapaan pertama Aryan sebaik mata Sefhia terbuka. Nampak saja Aryan, gadis itu pantas palingkan tubuh semula.

"Lepas ini kamu bangun lansung mandi. Sebentar lagi Mak Minah akan hantarin sarapan buat kamu. Selesai sarapannya, jangan lupa makan obat. Juga sama lukanya. Dibersihin."

Satu-persatu arahan Aryan masuk telinga Sefhia. Namun gadis itu sekadar membatu diri seperti biasa.

"Aku udah mau berangkat ke kantor. Kalau kamu butuh apa-apa, bilang aja sama Mak Minah. Tapi ingat... jangan coba-coba mau kabur dari rumah ini."

Aryan akhiri bicara bersama sebuah amaran.

"Aku pamitan dulu. Assalamualaikum."



Previous: Bab 15
Next: Bab 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.