Home Novel Cinta ReLaKu PuJuK
Tease 4


"YOU'RE not supposed to do that." Luah Reyes.

"Do what?"

"You know what I meant."

"She deserved it."

Reyes pandang Zen. Berselera saja daddynya itu makan. Seolah-olah apa yang jadi siang tadi lansung tak tinggalkan kesan.

"She need a time. After what she had gone through without us. Hidup dia terumbang-ambing sorang-sorang kat luar."

"But she's too much!"

"Oh, ya? Atau daddy sebenarnya yang dah melampau. Pukul anak macam binatang."

Pap!

Hentakan tangan Zen menggegar semua barang-barang atas meja.

"So, you pun nak salahkan daddy? Jadi macam adik you, lebihkan lelaki tu sampai sanggup ingkar arahan daddy? Hmm?!"

"Sefhia dah besar. Dia ada hak untuk tentukan jalan hidup dia."

"Really? Jadi sekarang you nak daddy buat apa? Lepaskan dia? Biar dia balik semula pada lelaki tu? Ikut macam you? Lari ke luar negara, tinggalkan daddy kat sini, after what all I have done, I have sacrificed for both of you. Is it?! You nak macam tu??!"

Anak mata Reyes cerun tenung wajah di depan. Dalam. Tajam. Menikam.

Tak ada gunanya dia cakap. Selagi kata-kata yang keluar itu dari mulut manusia bernama Zen. Betul macam mana sekalipun, tetap akan salah.

Seraya dia bangkit. Makanan yang belum dijamah lansung ditinggal pergi.

"Where are you going, sonI'm not finish with you!"

Reyes terus berjalan.

"ReyesCome back here!"

Langkah Reyes makin panjang.

"Reyes! I said come back here!!!" jerit Zen sekuatnya.

Terasa bergegar seisi alam. Namun panggilan itu hanya dibiarkan. Kaki Reyes terus menapak ke atas. Sejak tadi hatinya meronta-ronta untuk lihat keadaan gadis berkenaan.

Macam mana agaknya Sefhia?

Kali terakhir dia jumpa, siang tadi. Lepas dipukul teruk Zen, gadis itu terus tak sedarkan diri atas pangkuannnya. Lantas tubuh itu dibawa naik ke bilik. Beri ruang untuk rehat. Dan sekarang baru dia nak jenguk semula.

Pintu bilik Sefhia dibuka. Sebaik jengah, sekujur tubuh kaku menjamah mata. Macam mana dia letakkan gadis itu atas tilam tadi, macam itu juga keadaan posisinya. Sama.

'Dia belum sedar," desisnya.

Reyes melangkah ke dalam. Hingga di tepi katil, lelaki itu berhenti. Merenung Sefhia dalam tegak berdiri.

Entah kenapa, hatinya sakit. Sakit lihat gadis di depan dibelasah begini. Bukan dia tak biasa. Malah lebih teruk dari ini pun Sefhia pernah kena.

Tapi itu sebab bertumbuk dengan lawan. Luka sekarang? Sebab dibelasah oleh orang yang mereka sayang. Macam mana perit sakitnya Sefhia tanggung, seolah-olah tubuhnya juga ikut sama diterajang.

"I'm sorry..." ucap Reyes. Terasa dia gagal lindungi Sefhia kali ini.

Kalau dulu, nak bagi orang jentik Sefhia pun dia takkan izin. Beranilah kacau. Memang habis-habisan orang itu akan kena balik.

Tapi sejak dia pergi, Sefhia lansung dia tak peduli. Sihatkah? Gembirakah? Bahagiakah? Semua itu memang dirinya dah tak ambil pusing.

"Bila mummy dah tak ada nanti, Reyes jaga Sefhia baik-baik ya. Walau apapun yang jadi, jangan tinggalkan dia. Janji sama mummy."

Pesanan keramat itu ambil alih pula. Menambah-nambah rasa bersalah dalam dirinya.

"I'm sorry, Sefhia..." lafaz Reyes sekali lagi.

Matanya dipejam. Sejenak, kenangan bersama waktu kecil terimbau. Berlegar-legar menari di tabir ingatan. Tak ada yang pahit. Semuanya hanya indah dan menggembirakan.

Alangkah seronok andai masa itu dapat diputar...

"Arghhh."

Reyes tersentak. Segala imbauan serta-merta lenyap.

"Sefhia."

"Arghhh..."

Cepat-cepat Reyes tahan Sefhia dari bangun. "Easy, Sefhia. Easy!"

Sefhia buka mata. Samar-samar, wajah Reyes menyapa bening birunya. "Reyes."

"Yeah... I'm here. Don't move too much. You still hurt."

Sefhia pandang lelaki di sisi. Kepala cuba mengingat apa yang telah jadi.

Dah berapa lama dia tak sedarkan diri? Selama itu jugakah Reyes di sini?

Dan kala itu dia teringat sesuatu. Spontan, kepalanya disentuh.

"No worries. It's still being covered," ujar Reyes.

Memang dia yang tutup kepala Sefhia. Tak tahu nak cover dengan apa, tuala sajalah penyelamatnya.

Entah. Dia sendiri tak tahu kenapa dia buat. Lihat Sefhia bermati-matian pertahankan, secara tak lansung dia rasa bertanggungjawab untuk turut lindungi 'makhota' gadis berkenaan.

"Reyes..."

Reyes terasa lengannya digenggam. Wajah di sisi dipandang. Renungan gadis itu dibalas.

Dia tak pasti Sefhia nak apa. Tapi dari mata yang berkaca itu, seolah-olah Sefhia meminta semangat darinya. Mohon kekuatan untuknya. Merayu perlindungan buatnya. Sepertimana dia pernah berikan pada gadis itu suatu ketika.

Perlahan, jemari Reyes sentuh kepala Sefhia. Wajah yang dah separuh membengkak dibelasah tanpa belas, dipandang penuh kasihan.

Dan tanpa sedar setitis air hangat jatuh dari hujung matanya.

"I'm here. Always here. For you."


🍂 "He...... Son of Crazier. He looks cool. But once you messed him up, you'll know his true color......" 🍂




Previous: Tease 3
Next: Tease 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.