"GIMANA?" soalan pertama Aryan sejurus selesai pemeriksaan. Seorang nurse turut kelihatan menolak kerusi roda Sefhia keluar dari bilik rawatan. Gadis itu terus dibawa ke bilik paling hujung kanan.
"Good. Alhamdulillah."
"Maksud lo?"
"Ikut laporan CT scan, dua-dua tulang kering dan betis Sefhia dah nampak bercantum. So, gips dia dah boleh dibuka hari ni."
"Yang benar?"
"Hmm."
"Secepat ini?"
Wafri hela nafas. "I'm quite impressed actually. Boleh dikatakan tempoh dia recovered agak cepat. Tapi tak hairanlah sebab badan dia memang dah lasak. Benda-benda patah macam ni mungkin hal kecik pada dia. Tengok gaya pun macam dah lali aje."
"Makanya sekarang, dia udah bisa berjalan?"
"Kalau tanya yang punya badan, dah tentu-tentulah dia belasah aje. Apa dia kira? Tapi ikut prosedur aku, I meant prosedur perubatan, dia masih kena jalani sesi fisioterapi atau urutan selama beberapa minggu.
Penting sebab otot-otot yang tercedera membentuk parut kat dalam. Untuk uraikan parut tu, kena buat fisio. Kalau tak nanti takut kakinya cramp sebab dah lama berbalut dalam gips. Sendi-sendi pun lama dah tak bergerak. So, kena exercise sikitlah."
Aryan terangguk-angguk. Faham penjelasan si rakan.
"Terus, kapan dia bisa sembuh sepenuhnya?"
"Bergantung pada Sefhia sendiri. Lain pesakit lain tempoh sembuhnya. Biasa kalau patah kaki ni ambil masa 3-6 bulan untuk full recovery. Kalau pandai jaga diri, jaga kesihatan, jaga makan minum, makan ubat and everything, cepatlah tempoh sembuh tu.
Macam Sefhia aku tengok progession dia tak banyak masalah. Boleh cepat baik, insya-ALLAH. Yang penting kau kena jaga dia betul-betul. Carikan juga apa-apa supplemen yang baik dan sesuai untuk bantu dia recover cepat."
"Insya-ALLAH. Akan aku usahakan. Thanks, Ri. Lo udah banyak nolongin aku."
"Don't mentioned it, please. Ini dah memang kerja aku, Ryan. Sebagai kawan dan doktor, aku cuma buat semampunya. Sejauh manapun aku tolong, sehandal manapun aku rawat, sepandai manapun aku cakap, tapi segala kebergantungan tetap 100% pada Allah swt.
Selama berdepan segala macam pesakit dan penyakit ni, ia sedarkan aku tentang kuasa yang Maha Esa. Betapa penciptaan manusia tu serba sempurna. Dia yang cipta kita, dan dia juga yang berkuasa memusnahkan ciptaan-Nya. Kurang satu anggota, maka pincanglah kita. Dan hanya Dia yang mampu buatkan kepincangan tu jadi sempurna semula.
Umpama tulang yang patah. Retaklah, patahlah, remuklah macam mana sekalipun. Doktor macam aku cuma mampu betulkan aje. Tapi resultnya, ALLAH yang putuskan. Sama ada ia kembali sempurna, atau sebaliknya. Segala yang berlaku hanyalah dengan izin-Nya. Neither me nor any other doctors. None one of us."
Aryan pandang Wafri. Tak berkalih pun walau seinci.
"Yang kau pandang aku macam tu dah kenapa?"
"Lo udah kayak ustaz."
"Ah, merepeklah kau!"
"Aku bilang yang benar, kok. Omongan lo itu rasa nyamen banget masuk ke kupingku. Kayak ucapan seorang ustaz. Lo udah banyak berubah dong, Ri."
"Kita ni umur makin lama makin meningkat, Ryan. Dari pengalaman aku banyak belajar tentang hidup, dunia, akhirat. Kau pun apa kurangnya. Banyak dah jelajah tempat orang. Mesti lagi banyak ilmu yang kau dah kutip, kan."
Aryan tertawa halus. "Ya namanya juga lagi manusia. Selagi masih hidup itu emang nggak akan pernah berhenti dari belajarnya. Sampei kita mati, baru ia titik."
"Yup. Agreed!" Kali ini Wafri pula terangguk-angguk. Setuju dengan cakap Aryan. "Eh, kau dah breakfast belum?"
"Aku? Nggak sempat, deh. Lagi kejaran dari rumah ke kantor. Terus itu lansung ke mari."
"Kalau macam tu, jom... breakfast dengan aku."
"Apa bisa? Sefhia gimana?"
"Tak apa. Nurse aku ada jagakan dia."
Aryan akur. Kedua tangan diseluk ke saku sebelum langkah diatur. Setapak dua melangkah, lengannya terasa dipaut. Serentak dia berpaling tubuh.
"Loh! Lo ngapain? Tadi lagi ngajak aku sarapan bareng. Sekarang kok pakei narik-narik begini?"
"Sebelum pergi, aku ada benda nak tanya kau."
"Apaan?"
"Tentang usul aku dengan Leeya hari tu."
"Usul? Usul yang mana, sih?"
"Serah Sefhia kat polis."
Wajah Aryan berubah serta-merta. Terkejut. Terkedu. Tergamam. Sangkanya Wafri dah lupa. Tanpa jawapan, Aryan tarik kembali lengannya. Kemudian dia menapak semula.
"Wei, Ryan. Kau dengar tak?"
Aryan terus dengan langkahnya. Panggilan Wafri dibiarkan saja.
"Hei! Aku tanya kau, kan? Kau boleh tinggalkan aku macam tu aje!" tingkah Wafri sebal. Pantas langkah dihayun saingi Aryan.
"Aryan. Kau dengar ke tak?"
"Dengar."
"Dah tu, asal diam?"
"Nggak tau."
"Tak tahu? Aku tanya kau benda simple aje kut! Susah sangat ke nak jawab?"
"Aku belum mikirin."
"Habis, sampai bila kau nak seludup Sefhia tu? Kau tahu dia siapa, kan? She's Crazier! Penjenayah paling dikehendaki polis! Menjadi satu kesalahan kau simpan penjenayah bahaya macam tu. Yang culik kau pulak tu. Kau boleh didakwa bersubahat sebab lindungi dia, kau tahu tak?"
"Tau."
"Then, kau tunggu apa lagi? Serahlah kat polis!"
"Dengan kondisinya yang begitu?"
"Fine. Tak lama lagi dia akan baik. Lepas tu kau dah boleh serah dia."
"We'll see."
Aryan jawab acuh tak acuh. Serentak, lengannya ditarik lagi. Kali ini lebih ampuh.
"Apa yang susah sangat kau nak hantar dia ke balai polis tu, hah? After what she had did to you!"
Aryan tak bereaksi. Hanya matanya mencerun tepat pandang Wafri.
"Hey, bro! I'm talking to you!"
"Aku nggak tau, Ri. Dan aku nggak punya jawaban untuk itu. Yang aku tau, belum waktunya lagi untuk aku berbuat begitu."
Selesai bicara, Aryan kembali sambung langkah.
Wafri terus cekak pinggang. Kepala yang tak gatal lansung digaru dangan rasa bengang.
"Apa masalah si Ryan ni? Aduhhh! Aku tak faham betullah! Orang tu dah culik kau. Tapi kau masih ada hati lagi nak simpan dia. Dah kena mandrem ke apa?!"
DARI ekor mata, dia perhati kelibat Mak Minah. Perlahan saja wanita itu melangkah ke ruang makan. Berjaya pujuk entah tak. Tak nampak pun bayang yang lagi sorang.
'Mak Minah nggak bisa, nggak apa. Dengan aku pasti bisa.' Desisnya.
"Sef...,"
Belum sempat habis ayat, telinga Aryan menangkap bunyi tongkat. Makin lama makin dekat.
Beberapa detik, muncul kelibat Sefhia dari bilik dinding. Terjengket-jengket dia jalan dengan sebelah kaki.
Memang sengaja dia suruh Mak Minah panggil gadis itu malam ini. Untuk makan sama. Sementelah, gipsnya juga sudah dibuka. Dah berminggu asyik terperap dan makan dalam bilik. Malam ini dia ingin Sefhia ubah suasana dan selera.
Melihat gadis itu sudah hampir, Aryan bangkit. Kerusi di sebelahya ditarik.
"Duduk."
Gadis itu menurut.
"Pak Majid sama Mak Minah juga. Silakan diambil tempatnya. Malem ini kita makan bareng-bareng, ya."
Sejurus Aryan duduk, Pak Majid ambil tempat di sebelah kanan lelaki itu. Mak Minah pula sebelah Sefhia.
Usai doa makan dibaca Pak Majid, masing-masing mula jamah hidangan. Khusyuk. Berselera. Tak toleh kiri kanan. Suara juga lansung tak kedengaran.
Cuma Sefhia seorang tak berganjak apa-apa. Sejak duduk di meja, dia hanya pegunkan diri. Nasi di pingan tak terusik. Lauk-pauk apalagi.
"Kenapa kamu nggak makan?"
Soalan itu terpancul juga dari Aryan. Mata baru sedar gadis di sebelah masih tak makan. Serentak, suapan Pak Mak Majid dengan Mak Minah turut terkesan. Wajah Sefhia kini jadi tumpuan.
"Sefhia. Aku nanya ini."
Gadis itu tegar berdiam. Pandangan terus melekat pada nasi di pinggan.
Sedar dirinya takkan dapat jawapan, tangan Aryan lantas senduk lauk-pauk untuk gadis berkenaan.
"Nah... sekarang kamu makan."
Aryan mengarah lagi. Sefhia sekilas mengerling.
"Kenapa? Nggak cukup lauknya? Ya kalau nggak cukup, diambil lagi."
Kali ini Aryan meyudu kesemua lauk yang ada di meja. Hingga menggunung isi pinggan Sefhia.
"Gimana? Udah cukup? Sekarang bisa makan, bukan?"
Mata Sefhia pandang tepat wajah Aryan.
"Ayuh, dimakan. Ngapain tenung-tenung aku? Nasi kamu ada di piring. Bukan di mukaku."
Renungan mata biru itu semakin tajam.
"Okey. Biar aku yang nyuapin."
Dengar saja perkataan suap, sepantas kilat Sefhia capai sudu. Makanan di pinggan terus disuap ke mulut. Satu demi satu.
Hanya lauk yang dia nampak. Bayang nasi entah ke mana tercampak. Semuanya gara-gara Aryan. Biarlah. Asalkan dia makan. Lagi cepat dihabiskan, lebih cepat ruang ini dapat ditinggalkan.
Aryan senyum puas. Sekali lagi gadis di sebelah tertewas.
"Nggak nyangka ya, Pak Majid, Mak Minah. Sefhia ini gadis yang manja. Makan mau diambilkan lauknya, baru berselera."
"Alah. Biasalah tu, Ryan. Orang perempuan memang suka dimanja."
"Oh ya? Benaran, Mak Minah?"
"Betullah tu. Tapi kalau muda macam Sefhia ni, tak apalah nak manja-manja. Dah tua macam Mak Minah ni, buang tebiatlah jawabnya!"
Derai tawa Aryan spontan mengisi ruang makan. Geli hati dengan jawapan Mak Minah.
"Ya nggak hairan deh Sefhia itu lagi suka kalau Aryan yang nyuapin."
"Hah? Bila masa Aryan suap dia?" tanya Mak Minah.
Riak wanita itu jelas terkejut. Dan tak semena-mena, Sefhia turut bangkit dari duduk. Tongkatnya cepat-cepat dicapai sebelum berlalu dalam keadaan kelam-kabut.
"Laa... tu awat kalut sungguh si Sefhia tu? Belum habis makan dah berdesup cabut!" giliran Pak Majid menyoal.
Sekali lagi tawa Aryan terburai. Kali ini lebih kuat.
Pak Majid dan Mak Minah makin tak mengerti dengan apa yang sedang berlaku.