Home Novel Cinta ReLaKu PuJuK
Tease 2


TOMBOL ditarik perlahan. Serentak, daun pintu ditolak ke dalam. Pancaran lampu tidur yang samar-samar sekaligus menyapa pandangan.

Aryan menapak masuk. Lagguage di belakang turut disorong. Tanpa sebarang bunyi. Tak nak ganggu penghuni bilik ini.

Nama pun pukul 2.45 pagi. Dah tentu-tentu empunya badan tengah lena diulit mimpi. Sementelah, tak ada yang tahu pun dia akan pulang dari Abu Dhabi.

Sengaja dia tak bagitahu. Konon nak bagi kejutan. Tapi alih-alih rancangannya tersasar. Gara-gara flight kelewatan.

Tak apalah. Janji dia dah selamat sampai!

Aryan terus berjalan hampiri katil. Matanya nak lihat seraut wajah yang sejak tadi memanggil-manggil. Namun dia sedikit kaget. Tilam bersaiz king itu cuma kosong tanpa sosok yang dicari.

'Ke mana dia?' bisik hatinya.

Tak mungkin lari. Dia yakin Sefhia takkan buat perkara 'gila' itu lagi. Sefhia dah janji. Tapi kalau betul? No!

"Sefhia." Panggil Aryan perlahan. Namun tak ada sahutan.

Aryan lepas bagasinya. Mata mula liar cari kelibat Sefhia. Bilik air. Bilik woredobe. Balkoni luar. Semua tak ada.

Lelaki itu berpatah semula. Mungkin kat dapur. Minum. Walaupun dia tak nampak kelibat sesiapa sebelum naik tadi. Atau dia terlepas pandang barangkali.

Dalam rasa kalut, tiba-tiba langkah Aryan mati. Sepasang matanya seakan terlihat sekujur tubuh atas sofa. Sofa yang selalu ditiduri.

Dan-dan itu kaki dihala ke sana. Setapak demi setapak. Saat tinggal sedepa jarak, lelaki itu hela nafas panjang.

"Patut nggak ketemu. Di sini kamu."

Walhal berapa kali tadi dia lalu. Boleh tak perasan. Sebab tak terfikir pun Sefhia akan tidur di 'katil'nya.

Aryan daratkan duduk di sisi Sefhia. Nak kejut. Tapi bila lihat gadis itu tampak lena, niatnya terbantut serta-merta.

"Mau kejut apa nggak? Nggak mungkin aku mau biarin dia ketiduran di sini."

Sudahnya, Aryan renung wajah di depan. Wajah yang jarang dapat ditatap dalam keadaan demikian.

Selama hari dia cuma nampak Sefhia yang kasar, yang keras, yang serius perwatakan. Tapi saat ini seraut wajah tersebut terlihat manja, lembut dan tenang. Setenang matanya memandang.

Jujur dirinya terpesona. Terpesona dengan ciptaan indah Yang Esa.

Perlahan-lahan tangan Aryan dibawa ke wajah Sefhia. Juntaian rambut yang menutup sebahagian muka, diselak. Pipi gadis itu dielus lembut. Dan mata terus amati setiap inci raut tersebut.

"Jangan salahin aku, Sefhia. Terus memburu dan menawan cintamu. Kerna aku percaya sedikit saat nanti, kamu bakal kecundang di tanganku."

Aryan melafaz kata-kata itu. Kata-kata seakan janji yang dipadu.

Untuk seketika, beningnya terus curi peluang tatap wajah Sefhia puas-puas. Sebab dia tahu kalau gadis itu dah terjaga, mustahil momen-momen begini dapat dirasa.

Dari wajah, mata Aryan kini jatuh pada sesuatu dalam pegangan Sefhia. Sesuatu yang seringkali jadi tatapan gadis berkenaan.

Apa bendanya? Penting sangatkah? Sampai tiap kali dia datang, cepat-cepat gadis itu sorokkan.

Aryan jadi penasaran. Hatinya meronta-ronta ingin penjelasan. Dengan gerakan paling perlahan, tangannya tarik kepingan itu dari pegangan gadis di depan. Sebaik diterbalikkan, sekeping foto lama agak lusuh menerpa pandangan.

Ada seorang lelaki dewasa. Duduk disisinya seorang wanita pula. Seorang kanak-kanak lelaki atas ribaan si suami. Seorang lagi bayi dalam dukungan sang isteri.

Aryan tenung gambar itu. Meneka-neka siapa keempat-empat mereka. Mungkinkah keluarga Sefhia?

Minda Aryan cuba dikerah. Cukup beberapa minit masih tak dapat petanda, foto tersebut dikembalikan semula ke tangan tuannya.

"Mau dikejut apa nggak ini? Kesian pula udah lena. Tapi kalau nggak dikejut, dia terus-terusan di sini, aku lagi mau tidur di mana?"

Aryan buntu. Serba salah dengan keadaaan itu. Lama dia termenung. Cari akal untuk solve the issue.

"Hmmh. Nggak punya pilihan."

Akhirnya dia bangun. Penuh hati-hati tubuh Sefhia didukung. Harap-harap gadis itu tak sedar dari tidur.

Dengan segera Aryan bawa Sefhia ke katil. Bimbang nanti gadis itu terjaga, habis meletus perang dingin. Tapi belum sempat langkahnya sampai, mata Sefhia perlahan-lahan terbuka. Langkah Aryan terus terhenti serta-merta.

"What are you doing?"

"Kamu ketiduran di sofa. Jadi aku mau bawa kamu ke katil sana."

"Turunkan aku."

"What?"

"Aku nak turun."

Sefhia cuba lepas tubuh dari dukungan Aryan. Namun tangan lelaki itu lebih pantas eratkan pegangan.

"No. Aku udah angkatin kamu tadi. Jadi biar aku yang letak kamu kembali."

"No."

"Yes!"


        


Previous: Tease 1
Next: Tease 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.