Home Novel Cinta Kasih Tercipta
Kasih Tercipta
Yana Agasshi
26/1/2021 18:06:03
31,400
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 8
BAB 8-CINTA TAK BERTEPUK SEBELAH TANGAN



   "A'AUZUBILLAHI MINAS SYAITONIR RAJEEM~"


Satu ruang sepi saat sebaris ta'awudz itu meluncur lancar dari mulut Zahra. Sebaris alunan yang amatlah lunak, merdu dan sedap didengar.


   "Bismillah ir-Rahman ir-Rahim...,"  lafaz Bismillah pula dialunkan disusuli alunan suci surah Al-Fatihah.


Suaranya cukup lunak. Makhrajnya tepat, tajwidnya juga tepat. Taranumnya jangan cakaplah. Tak ubah seperti mendengar kaset Qariah dari Mesir. Memukau sesiapa saja yang mendengar. Semuanya bagaikan slow motion.


Razila tercengang dalam ketidakpercayaan.


Wahida dan Faiz pun terbeliak biji mata dengan mulut ternganga memandang Zahra.


Sampaikan Hafiz dekat anak tangga luar surau juga terkedu.


Yang lain sudah ralit dah dengan kelunakan alunan suci itu.


Dan Amar? 


Lelaki itu terpaku kelu. Tak berkedip matanya memandang pada Zahra yang memejamkan mata sambil mengalunkan setiap ayat dari surah Al Fatihah. Terasa sekelilingnya gelap gelita. Yang ada cuma lampu spotlight menyuluh ke arah Zahra seorang bersama cahaya bergemelapan. Indah...


Sedetik, kedengaran kaum hawa mula turut membaca surah Yassin dengan suara Zahra masih jelas mengetuai. Gadis itu bahkan tak memegang apa-apa. Memejam mata seolah semuanya berada di dalam kepala.

Kalau dipejam mata, sumpah tak akan menyangka bahawa itu suaranya Nurul Zahra.


Yelah, Zahra kalau buka mulut, bercakap tu  sampai kampung sebelah boleh dengar. Bingit. Tapi ketika ini, dia seperti orang yang berbeza...


Maka, malam ini berlalu dengan tercatatnya sejarah baru.

Bacaan Yassin 'pasukan' wanita selesai dengan jayanya berkat Zahra mengetuai bacaan.


******



   "WEHHH... Ya Allah kawan aku ni...," Wahida masih tak habis habis memuji dan mengagumi Zahra yang sudah kembang semangkuk.


Mereka 3 sekawan berjalan di tengah-tengah jalan dengan ibu bapa masing-masing menyusul dibelakang.


   "Well, biasa aje.. Alah. Benda kacang guys. Basic," Zahra mendabik dada dengan muka bangga habis.


Faiz angkat ibu jari.


   "Respect bhai. Kat kilang tadi aku cakap kau tak kenal alif ba ta kan? Maafkan aku. Kau memang legend ah. Aku...aku..esh.. Rasa nak peluk kau Ara. Bangga sangat ni," panjang lebar lelaki itu berucap penuh teruja .


Makin tinggilah batang hidung Zahra dibuatnya. Berpeluk tubuh lagi berjalannya.


   "It okay guys..."


   "It's okay, Ara. Ada 'S' lepas 'IT'",laju Wahida membetulkan kesilapan Zahra membuatkan Zahra berdehem sekali.


"It"s okay guys... Kawan kau sorang ni banyak lagi bakat terpendam lain. Apa yang korang lihat, baru 0.01% okey?" Zahra menyambung bicara acah CEO syarikat bercakap dalam meeting bisnes besar 


Faiz dan Wahida mengangguk tanda dia mempercayai semua itu bulat-bulat.


Zahra tersenyum puas hati.


   "Ara, sedap kamu mengaji tadi. Makcik tak tau pulak kamu pandai mengaji...,"  tiba-tiba Farida, ibunya Wahida mencelah membuatkan Zahra berpaling.


Gadis itu berjalan berundur. Faiz dan Wahida meniru tingkah yang sama.


   "Alah makcik. Biasa biasa aje.. Kalau makcik nak saya ajar Ida, saya boleh ajarkan free of charge aje.."


Razila senyum. Boleh tahan bangga juga dia dengan anak bongsunya ini sorang.


   "Zahra, bila kamu pandai mengaji ni? Kat rumah mak suruh belajar dengan kakak kamu, kamu tak nak. Mengaji sorang pun tak pernah," bersahaja pula Razila merungkai cerita dalam rumah.


Zahra mencebik. Spoil lah maknya ni... Kantoi..


   "Ish mak ni  Mak tak nampak orang mengaji, tak semestinya orang tak mengaji. Tak baik mak ni, prasangka buruk...,"  bersungguh dia membela dirinya sendiri.


"Habis tu, kamu menghafal ke Ara? Berapa juzuk?" soal Napisah pula, ibunya si Faiz.


Zahra senyum. Inilah yang dia nak dengar.


   "Hmm.. Dulu dulu Ara belajar dengan arwah atuk, makcik... Mungkin sebab Ara kategori genius kot. Setakat ni dah 12 juzuk hafal. Lepas arwah atuk meninggal terus terbantut. Tak sempat nak hafaz semua."


"Hmh, kalau genius, takkan lah SPM kau 5G...," satu suara garau mencelah entah dari mana.


Zahra berkerut dahi sambil berjinjit untuk melihat ke arah belakang ibunya. Nampaklah sipi-sipi muka abangnya yang serius memanjang itu.


Hmph. Jealous la tu!


Dia kembali berpaling ke depan diajuk 2 temannya di kiri dan kanan.


   "Alah, 5G ke, 8G ke, semua tu dunia aje. Orang  fokus akhirat lagilah," sindirnya tanpa menoleh.


   "Dunia ke, akhirat ke, kalau namanya ilmu tu kena belajar walau sampai ke negara China. Kalau dah lembab tu lembab lah jugak," bidas Hafiz pula tak mahu kalah. Selamba saja.


Razila mulai mengeluh. Dah mula dah... Baru aje nak sejuk hati sikit.


   "Zahra... Jalan je. Jangan cakap apa-apa."


   "Mak selalu macam tu!"


    "Aku dah cakap kan kau anak angkat."


   "Mak...! Tengok tu ...!"



*******



     DIA menghidupkan lampu mejanya. Cahaya keorenan menyimbah ke atas meja kayu. Dia kemudian membuka laci meja, mengeluarkan satu sampul warna merah jambu. Sampul itu dipandang bersama senyuman. Babak di surau tadi masih lagi segar diingatan, jelas dicuping telinga.

Sampai sekarang dia tak boleh berhenti tersenyum. Perutnya seakan sebu, bagai ada rama-rama berterbangan. Hatinya berbunga-bunga bila seraut wajah Zahra berlegar di layar mata 


   "Zahra...," sebaris nama itu meluncur dari bibirnya tanpa sedar.


Sedetik, kepalanya digeleng sendiri. Dia pun sudah macam orang angau.

Sampul ditangan dia buka. Mengeluarkan isi sampul iaitu sekeping kertas putih yang dilipat 3. Walaupun sudah 6 kali dia buka dan baca, serbuk bedak wangi dari dalam surat masih bersisa.

Tak sangka masih ada perempuan melayu yang letak bedak dalam surat layang. Cukup membuatkan dia senyum senyum sendiri.

Dan malam ini, untuk yang ke-7 kalinya dia buka lagi surat itu. Bait tulisan yang agak buruk bak cakar ayam itu dibaca dalam hati dengan senyuman.


   "Kehadapan abang Amar pujaan hati Ara. Ara tak pandai berpujangga. Jadi Ara cuma nak bagitahu yang Ara betul-betul sukakan abang. Sejak hari pertama Ara jumpa abang. Ara tak tahu macam mana nak cakap betapa ara suka, minat, sayang & cinta kat abang. Cuma abang sorang. Jadi tolong bagi Ara peluang untuk buktikan yang Ara layak jadi isteri abang. Tolong buka pintu hati abang untuk Ara walaupun Ara tahu abang tak sukakan Ara macam mana Ara sukakan abang tapi tolong bagi Ara peluang. Pleaseeee..."


   Pecah kaca pecah gelas,

   sudah baca harap balas.




Amar ketawa kecil di hujung warkah. Pantun 2 kerat macam ni seingatnya last makhluk bumi guna pakai dalam 15 tahun lepas kot. Ada lagi manusia alaf 21 guna ek?

Mengusik nostalgia betul.


   "Hmhhh...," dia melepaskan helaan nafas panjang. Surat kembali dimasukkan kedalam sampul.

Masih ada senyuman bergayut di bibir.


   "Mana awak tahu saya tak sukakan awak, Zahra...?"



*******




3 TAHUN LEPAS....



      KAKINYA berjalan di gigi jalan berturap yang tak terlalu luas. Kiri dan kanan cuma sawah padi terbentang kekuningan. Burung-burung berterbangan di atas.

Sejak dia masuk simpang dengan signboard 'KG ALUR INDAH' tadi, dia masih lagi tak nampak sebuah rumah pun lagi. Ke..dia salah tempat?


Dia yang berseluar jeans, t shirt putih dan kemeja biru tak berkancing itu menggalas bag besar yang selalu dibawa bagpackers. Boleh tahan berat.

Anak matanya diluaskan sekeliling. Nun jauh di sebelah sawah sana nampak lah beberapa atap rumah. Macam mana nak sampai ke sana?


   "Aarrghhh!!!! Dahlah tu....!!!" Tiba-tiba telinganya menangkap satu suara. Lantang menjerit.


Dia menoleh ke arah kiri. Ditengah-tengah sawah padi itu ada satu tebing kecil panjang sebagai landasan untuk berjalan.

Di situlah anak matanya dapat melihat dari jauh seorang gadis berseluar track, t shirt hijau lengan panjang dah selendang panjang yang cuma dibelit di leher ala kadar, berlari laju sambil menjerit-jerit.

Dibelakang pula seorang gadis berkaca mata mengejar dengan muka marah.


Tapi didunianya saat ini semuanya berubah sepi. Slow motion. Dia terpaku.

Kaku melihat seraut wajah kecil molek di depannya. Kulit cantik bersih tanpa secalit solekan. Hidung lurus yang tak terlalu rendah tak juga terlalu tinggi. Matanya galak dengan alis mata yang menarik. Bibir kecilnya lentik.

Tak perlu masa yang lama untuk buat jantungnya berhenti berdetak tapi dalam masa yang sama ianya berdebar-debar tanpa sebab.


Adakah ini...yang dinamakan cinta pandang pertama?


   "Pergii!!" tempikan kuat itu merentap Amar dari tersesat di alam lain.

Dia tersedar. Berkerut dahi apabila gadis yang barusan membuatkan jantungnya terhenti, berdiri di belakangnya. Termengah-mengah tak cukup nafas.


Nurul Zahra.

Gadis yang buat dia dipanah ibu peri cinta itu namanya Nurul Zahra.

Dan yang mengejar itu namanya Nur Melisa.


Dia jadi bingung sedetik.


   "Ke..kenapa ni ?" dia menyoal perlahan .


   "Awak diam!" bentak Melisa dengan muka nak telan orang hidup-hidup.


Cukup untuk buat Amar angguk kepala mengunci mulut.


Melisa bercekak pinggang.


   "Ara. Aku kira sampai 3. Baik kau datang sini."


Zahra memegang kemas pinggang baju Amar yang langsung tak dikenalinya itu. Dihujung tanduk macam ni dia sudah tak sempat fikir waras dah.


   "Tak nak! Aku dah cakap kan aku tak sengaja. Aku tak tahu tu lauk kau. Aku ingatkan mak masakkan untuk aku."


   "Sejak bila mak masakkan kau ayam?!!"


Amar tersentak  Kecut perut juga berdiri ditengah-tengah antara 2 perempuan ini.


   "Aku.. Aku mintak maaf! Esok aku ganti, sumpah."


   "Aku cakap datang sini!!"


   "Tak nak!!!" sekuat hati Zahra membalas sebelum menarik pergelangan tangan Amar untuk sama-sama berlari menyelamatkan diri.


Amar pun bingung. Dia ikut saja larian laju Zahra membawanya meniti satu lagi tebing pasir di sawah sebelah kanan pula dan yang pasti gadis berkaca mata mengejar rapat di belakang.

Dia tak tahu kenapa dia pun ikut melarikan diri. Apa salah dia??


   "Awak nak pergi mana? Awak bukan orang sini kan?? Cari siapa??" sempat lagi Zahra menyoal lantang sambil berlari laju. Sudah level Usain Bolt gayanya.


Sedangkan Amar, mulai mengah.

"Saya cari rumah Halimah! Halimah Mansor!"


   "Ohh... Nek Limah ..! Saya kenal! Saya hantar awak! Cepat! Belakang tu singa kampung tengah lapar! Bahaya!"


   "Ah..O...Ok".


Entah mengapa Amar cuma merelakan dirinya 'diheret' gadis yang tak dikenalinya ini. Dalam lariannya laju, kenapa di matanya babak mereka sekarang malah bergerak dalam gerak perlahan Tak ubah seperti babak dalam filem cinta Berpimpin tangan, berlari di tengah sawah padi, ditemani pula background lagu romantis.


Ah. Jangan-jangan...benarlah bahawa dia sedang merasa cinta pandang pertama..


Setelah 27 hidup?


Wah, wah, wah... Tahniah Amar...


Previous: BAB 7
Next: BAB 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Yana Agasshi