Home Novel Cinta Kasih Tercipta
Kasih Tercipta
Yana Agasshi
26/1/2021 18:06:03
31,407
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 10
BAB 10


   LELAKI tua itu duduk menyandar di atas kerusi kulitnya dalam asyik menekur gambar didalam album telefon bimbitnya. Senyuman tak lekang dari bibirnya. Menampakkan barisan gigi yang sedikit kekuningan dan rongak beberapa batang. Mungkin faktor usia atau pun faktor tabiat merokoknya.


Ruang pejabatnya sepi. Memberi dia masa untuk menikmati khayalan nafsu. Gambar-gambar yang diambil tanpa pengetahuan empunya badan itu ditatap, direnung sedang otaknya berimaginasi sesuatu yang berlandaskan hasutan syaitan.


   "Nurul Zahra...," dia menyeru sebaris nama itu dengan senyum penuh makna. Masih lagi ralit meratah seraut wajah ceria Zahra melalui sekeping gambar.


Jiwa lelakinya diusik satu rasa aneh. Rasa mendambakan. Mendambakan sentuhan dari yang namanya Nurul Zahra...


Asyik rasanya saat membayangkan jika jemari runcing Zahra mengusap kulitnya. Asyik rasanya jika dia dapat mencium haruman dari rambut Zahra yang terlindung di balik selendang. Asyik rasanya andai dia dapat memeluk tubuh genit Zahra.


Gadis muda yang dia 'perhati' dan 'jaga' selama 8 tahun. Ah.. Tak lama saja lagi. Dia yakin usahanya selama 8 tahun akan membuahkan hasil. Nurul Zahra akan jadi miliknya. Miliknya sepenuhnya. Selama lamanya...


  'Kok! Kok! Kok!' - Bunyi ketukan dipintu menganggu khayalannya.


Dia lantas meletakkan telefon bimbitnya di atas meja sebelum berdehem sekali membetulkan kedudukan.


   "Masuk," arahnya bersama senyuman.


Seorang wanita berpakaian kemas melangkah masuk lewat muka pintu. Berhenti di bucu meja.


   "Cikgu Yusoff, dah sedia ke? Wakil PPD dah sampai. Ada dalam bilik mesyuarat utama."




********


   "IBUKU sayang..." Zahra memeluk pinggang ibunya dari belakang mengejutkan wanita itu yang sedang membancuh adunan cucur di dapur. 


Razila menoleh sekilas dengan kerutan didahi. Hairan. Baru pukul 3 petang sudah siap mandi. Siap bertudung bagai. Biasanya hari cuti begini, malam baru mandi. Pagi pun cuci muka ala P.Ramlee saja.


   "Kenapa kamu ni? Tiba-tiba aje, buang tabiat?"


Zahra menarik muka. "Ish mak ni. Saja je nak bermanja dengan mak...Takkan tak boleh.."


   "Bukan tak boleh. Saja je mak tanya. Takut kamu ada buat masalah lagi..," giat Razila cukup mengenali anak bongsunya itu sorang.


Zahra diam tak membalas. Cuba belajar untuk jadi anak solehah pula.


   "Mak ada nak orang tolong apa-apa tak? Buat cucur? Goreng cucur? Ke makan cucur?"


'PAPP!' 


   "Ahh !" Spontan Zahra mengaduh kaget sambil laju berpaling ke belakang apabila kepalanya diketuk kuat.


Razila ikut berpaling.


   "Kau curi perfume aku lagi kan?"


Zahra mengetap gigi geram dengan 'tuduhan' Melisa. Well, ya dia memang 'curi' sikit.


   "Esh kau ni kan, aku...," tuturnya terhenti tatkala suara Amar terngiang-ngiang di cuping telinga. Ingat syarat nombor 2, Ara.. Sabar.. Bawa bertenang...


   "Ehem," dia berdehem sekali. Mengusir amarah dan aura negatif sekeliling. Mukanya dimaniskan, mengukir segaris senyuman.


   "Kak Mel, maafkan orang,"  lembut nadanya menutur kata. Sopan santun bak gadis melayu terakhir. Cukup menbuatkan Melisa dan Razila berkerut dahi keanehan. Nak-nak si Melisa. Gadis berambut pendek bawah telinga itu dah tayang muka jijik habis.


   "Eh Zahra. Apa benda lagi aku kena buat bagi kau reti bahasa heh? Aku cakap jangan masuk bilik aku.., jangan sentuh barang aku, jangan jadi pencuri. Kau faham tak?" Lancar dan pedas Melisa menghambur amarah disiang bolong.


Zahra yang dihambur pula diam mengetap gigi sekuat mungkin. Tangannya dikepal memujuk hati untuk bersabar. Ingat pelamin, Zahra.. Kalau kau tak nak pelamin angan kau musnah, kau kena sabar...


Akhirnya dia senyum lagi.


   "Faham kak Mel. Orang janji tak buat lagi. Maaf sebab guna perfume kak Mel tanpa izin."


Melisa berpeluk tubuh dengan muka 'what-the-heckkk- 


   "Mak, baik mak bawak budak ni jumpa bomoh. Dah gila agaknya," tempelaknya selamba sebelum beredar pergi meninggalkan ruang dapur. Kuat dihentaknya kaki nasib baik tak runtuh rumah kayu menanti belah ini.


Pabila susuk Melisa sudah hilang dari pandangan, baru lah Zahra melepaskan genggaman tangan. Matanya dijeling terbalik tanda meluat dengan sikap kakaknya barusan.


Razila pula memegang lengan Zahra dengan riak khuatir.


   "Kamu tak apa-apa ke Zahra? Kamu ada buat masalah betul ke? Cakap kat mak, mak janji tak marah kamu," bertubi-tubi dia menyoal risau. Over drama pula makcik ni.


Zahra mengeluh berat. Masih lagi tersenyum saat melepaskan lengannya dari pegangan Razila.


   "Orang okey la mak.. Kenapa? Pelik sangat ke orang?"


Razila mengangguk jujur.


   "Ala.. Mak fikir bukan-bukan sebab kak Mel lah tu.. Jangan risau lah. Orang okey je. Tak ada buat salah, tak ada buat benda tak elok. Okey? Orait?"


   "Assalamualaikum....!" Celah 2 suara memberi salam serentak membuatkan Zahra dan Razila menoleh dan macam biasa, belum sempat tuan rumah menjawab salam, kedua-dua mereka sudah terjongol dalam ruang dapur. Dengan bersahajanya berjalan masuk.


   "Eh kejap."  Zahra menyedari sesuatu yang berbeza kali ini.


Dia memegang kedua-dua lengan Wahida. Menilik bffnya itu sorang atas bawah atas bawah sebelum akhirnya dia berjaya mengesan perubahannya.


   "Wah... Kau dah pakai tudung Ida..?" Soalnya kagum.


Razila pun tersenyum senang mengucap syukur dalam diam.


Wahida yang cantik bertudung bawal satin itu tersipu-sipu acah malu benaran. Hmm, malu la jugak sikit. Sikittt je. More to segan. Lama-lama nanti okey la kot.


   "Dia cakap dia dapat hidayah lepas dengar kau baca Yassin semalam. Dasyat ah kau Ara," sampuk Faiz ikut teruja.


Zahra pun sampai ternganga mendengarnya.


   "Serius lah? Alhamdulillah... Cantik sangat kau Ida. Sumpah tak tipu."


   "Terima kasih.. In shaa Allah aku istiqomah."


   "Aamiin... Mudah mudahan..," Razila berkata lembut. Diusap usapnya lengan Wahida penuh rasa terharu. Tumpang gembira sebab dia sudah kenal Wahida sejak Wahida dilahirkan lagi. Baik sungguh orangnya. Bijak pandai, dari keluarga senang tapi tak sombong.


   "Weh. Tadi kau mesej cakap ada berita tergempar. Apa benda? Apa yang gempar sangat tu?" Soal Faiz mengubah topik perbualan kepada tujuan asal dia kemari kayuh basikal bawah mentari panas.


   "Ohhh..." Zahra pun baru teringat. Serta merta buat dia jadi teruja.


   "Meh jom. Ikut aku kita lepak dalam bilik aku."


Berdesup mereka berlari ke arah bilik Zahra sambil terkekek-kekek ketawa lucu walaupun tiada ada apa yang kelakar.


Razila cuma mampu melihat dengan senyuman.


Bila dah masuk bilik, Faiz terus mengambil tempat di atas kerusi depan meja belajar sementara Zahra dan Wahida sama-sama melabuhkan punggung di atas birai katil.


   "Ok ready. Apa benda. Aku dah hype ni. Jangan sampaikan berita sampah sudah," Faiz menegakkan tubuh bersedia menadah telinga.


Masing-masing teruja bercampur penasaran.


Zahra senyum lebar. Hangat terasa satu muka setiap kali mengimbas babak romantis tadi pagi. Dia masih tak boleh move on.


   "Okey. Sedia eh?" Sengaja dia melambatkan kasi up sikit mood suspen.


   "Cakap cepat lah," gesa Wahida geram.


   "Okey okey. Ehem. Aku, kawan kau ni, Nurul Zahra. Dengan.., rasminya..," dileretkan lagi bicaranya membuatkan Wahida dan Faiz itu tunduk fokus sefokusnya bagai menanti jaringan penalti perlawanan akhir bola sepak Malaysia menentang Indonesia. Seronok pula Zahra jadinya.


   "Okey sorry. Ehem. Dengan ini aku istiharkan bahawa dengan rasminya aku dan abang Amar dah couple."


Titik. Ruang kamar berubah sepi. Krik krik krik. Wahida dan Faiz saling berpandangan tanpa suara. Kau pandang aku, aku pandang kau. Beberapa saat,


   'Bhahahaha!!!' - Serentak 2 sekawan itu ketawa besar. Bersungguh sungguh gelaknya, nasib baik tak jatuh tergole.


Zahra mencebik berkerut dahi.


   "Kenapa korang gelak. Korang dengar tak apa aku cakap?"


   "Adoiii... Ya Allah Ara. Sakit perut aku," Faiz memegang perutnya konon sakit dek beria sangat ketawa.


   "Kalau ya pun nak..apa  Prank? Nak prank kitorang, jangan lah sampai benda diluar logik. Cuba lah yang masuk akal sikit. Kau dengan abang Am couple? Pfft! Sumpah kelakar."


Wahida mengangguk angguk kepala tanda menyokong kata-kata Faiz.


Zahra jadi sebal. Panas hati pula bila berita gembiranya tak diambil serius.


   "Weh. Ida, Faiz. Kau dengar sini. Aku sumpah atas nama aku sendiri taw. Aku tak tipu. Abang Amar pagi tadi datang, bagi surat kat aku cakap yang dia akan bagi aku peluang untuk bercinta dengan dia. Kalau aku sukakan dia dan dia sukakan aku, dia terus nak ajak nikah. Sumpah!" Panjang lebar gadis bertshirt longgar dan dan seluar slack itu berhujah penuh emosi.


Kali ini berjaya membuatkan Wahida dan Faiz terkedu beberapa detik. Cuba menghadam kenyataan. Telan liur masing-masing.


   "Se..serius ah?" Faiz menyoal mendapatkan kepastian.


Untuk itu, Zahra menjawab sambil berpeluk tubuh dengan senyum penuh bangga.


Ternganga habis mulut Wahida dibuatnya.


   "K..kau.. Maksud aku, aku dengan.. Eh. Kau dengan abang Am officially couple ke? Girlfriend boyfriend?" Tergagap-gagap Wahida menyoal.


Bulat biji matanya memandang Zahra yang muka sumpah berlagak gila. Muka yang kononnnya dia berjaya menakhluki dunia.


   "Kau ada guna-gunakan abang Am ke? Minyak dagu? Santau?" Serkap Faiz pula masih lagi tak dapat mempercayainya bulat-bulat.


Zahra berdecit sakit hati. Kalau ikutkan, nak saja dia sekeh-sekeh kepala Faiz satu set dengan caci maki tapi syarat nombor 2 membelenggu benak. Jadi akhirnya dia cuma tersenyum.


   "Faiz..., sesungguhnya perbuatan menyekutukan Allah dengan makhluk lain itu syirik... Haram.. Salah disisi agama wahai ya sahabat...."


'Tap!' - Faiz petik jari sekali.


   "Sah. Kau cakap betul."


   "Haa..kan aku dah cakap." Zahra berpuas hati.


   "Ya Allah Ara.. Apa beruntung sangat hidup kau ni? Kau ada buat apa? Solat hajat? Ke abang Am yang malang sangat hidup dia?"


   "Heshhh...Tsk." Zahra ketap gigi memandang Wahida pula kali ini.


Kawannya 2 ekor ni tak habis habis nak menguji tahap kesabarannya. Dia dah banyak bersabar ni, berubah demi syarat Amar. Kalau tidak, dah lama makan caci maki.


'Hmmhhh...' - Keluhan panjang dihela.


   "Tak ada siapa yang malang Ida. Abang Amar beruntung dapat perempuan cantik, baik, bijak macam aku, dan aku pun beruntung dapat lelaki yang baik, rajin, hensem macam abang Amar,"


   "Aaahhh.. Okay..", serentak Wahida dan Faiz mengangguk-angguk kenyataan angkat bakul itu dengan muka terpaksa.


Sedetik, bunyi suara Selena Gomez menyanyikan lagu Bad Liar kedengaran lantang memenuhi ruang kamar. Zahra dan Faiz sama-sama memandang pada Wahida yang sudah pun membawa muka telefon ke telinga.


   "Hm. Kenapa?"


Fokus benar Zahra dengan Faiz tadah telinga perbualan Wahida. Tak berkedip.


Baik, disini nak selitkan sikit yang Wahida dah 2 tahun 'boipren' rahsia. Dia bagitahu geng bffnya yang dia ada teman lelaki tapi sampai sekarang dia tak nak bagitahu siapa lelaki tu. Dulu-dulu si Zahra dengan si Faiz melenting jugak beria nak tahu tapi lama kelamaan dah biasa dah. Malas nak siasat and malas nak paksa. Mungkin Wahida ada sebab kot nak rahsiakan. Macam... Boyfriend dia tu tak cukup hensem ke.., atau...boyfriend dia tu hensem sangat ke.., atau.. apa-apa ajelah. Dah 2 tahun kot.


   "Yaa.. Ida tahu. Nanti Ida pergi lah. Ni ada kat rumah Ara lagi, dengan Faiz..."


   "Haa, ya.. Ida tahu..."


   "Hmmm. Bye. Wa'alaikumussalam."


   "Kenapa weh? Gaduh ke? Dia cakap apa?" Bertubi tubi Zahra menyoal sebaik saja talian dimatikan. Bersungguh geng makcik dan pakcik bawang sejati ini.


Wahida sekadar menjuih sambil berdiri.


   "Aku kena balik dulu la.. Nak jumpa dia kejap, ada kerja sikit."


   "Lah.. Tak best lah.. Kita kan nak meraikan majlis atau upacara kejayaan aku ni.."


   "Nanti lah. Nanti aku belanja korang makan KFC kat bandar."


   "Serius??" Faiz pula yang teruja.


Wahida angguk. "Aku gerak dulu, bye.. Jumpa esok..," gadis berwajah arabian itu melambai sambil beredar pergi lalu menghilang di balik langsir.


   "Aku pun nak balik lah. Adik aku kat rumah tak ada orang jaga," Faiz pula berdiri dengan muka monyok.


Zahra cepat-cepat berdiri. "Lah... Apa ni.. Berita gempar aku korang nak abaikan ke?"


   "Hm.. Tahniah. Aku balik dulu," ala kadar Faiz membalas lalu melangkah keluar meninggalkan Zahra sendirian.


   "Ishk. Kawan tak guna. Kata hidup sama-sama mati sama-sama. Apa pun tak boleh," omelnya dengan muncung panjang sedepa.


Jam di atas meja dikerling, jarum jam menunjukkan baru pukul 3 suku. Lama tak cuti kerja, bosan la pulak. Rasa lambat pula masa berjalan.


   "Hmm.." Otaknya mula merangka olah. Jenis tak boleh duduk diam.


Sedetik, olah nakal tercetus mengundang senyum dibibir.


Bayangan Amar muncul dibenak.


   "Haiiii... Senangnya dalam hatii~~ Kalau boleh pergi datinggg...," senang hati dia menyanyi sambil bergerak ke arah almari pakaian.


   "Terasaaa, duniaaa... Ana yangg punyaa~~~"

Previous: BAB 9
Next: BAB 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Yana Agasshi