Home Novel Cinta Kasih Tercipta
Kasih Tercipta
Yana Agasshi
26/1/2021 18:06:03
31,390
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 7
BAB 7


   "YA ALLAH Zahra... Cepatlah turun.. Kita dah lewat ni...," gesa Razila untuk yang kesekian kalinya bila melihatkan muka Hafiz sudah cemberut di belakangnya. Dah dekat 15 minit kot mereka menunggu di halaman rumah. Lebih baik dia yang membebel sebelum Hafiz buka mulut.


Tak sampai seminit, Zahra muncul dari muka pintu siap berbaju kurung moden corak bunga-bunga kecil dan tudung bawal bidang 45. Tergopoh-gopoh menutup pintu sebelum menyarung selipar jepun di kaki. Tersengih sengih-berhenti pula di depan Razila. Mengah.


     "Yang kamu bersiap sangat ni kenapa.. Kita nak pergi majlis bacaan Yassin, tahlil kat surau. Ni, sejak bila kamu pakai tudung macam kakak kamu ni? Ke kamu ambik kakak kamu punya lagi ?" Belum jalan lagi Razila sudah pening kepala melihatkan Zahra.


Zahra tersenyum menandakan semuanya baik-baik saja.


     "Mak.., nak pergi rumah ibadah ni, kenalah pakai cantik-cantik... Wangi-wangi.. Adab namanya.. Pasal tudung pulak, ya.. Memang tudung kak Mel tapi mak jangan risau.. Kalini orang jamin kak Mel takkan berani sentuh hujung rambut orang sekalipun,"  penuh yakin dia bertutur mengundang keluhan si ibu.


Razila sudah mati kata hendak berdebat. Akhirnya dia membuka langkah meninggalkan pekarangan rumahnya. Hafiz menerajui di hadapan memegang lampu suluh, menyuluh jalan yang sedikit suram.


Zahra pun berjalan seiiring ibunya dengan senyum lebar. Tak sabar nak jumpa pujaan hati. Mesti si pujaan hatinya itu ada rupa syeikh arab kalau kat surau. Ke pak pakistan? Eh Lantaklah. Asalkan tetap manis dipandangan matanya.


      "Zahra, ni aku nak pesan," tiba-tiba Hafiz bersuara memecah sepi. Serius seperti biasa.


Zahra tadah telinga saja. Normally apa saja yang keluar dari mulut abangnya itu umpama mencurah air ke daun keladi. Setitik pun tak lekat.


     "Aku dah dengar banyak cerita dari orang kampung pasal kau duk ganggu Amar, terhegeh-hegeh macam orang tak betul. Kau tak malu ke?"


"Nak malu apa? Bukan orang tak pakai baju. Sentuh sentuh pun tak," laju benar mulut kecilnya membidas bicara Hafiz.


Razila menyiku sekali lengan Zahra tapi Zahra malah menjuih tak puas hati.


Hafiz masih berjalan tanpa berpaling.


     "Nanti aku tak nak kau dekat dekat dengan Amar. Jangan kacau dia dah. Cuba jaga sikit maruah kau sebagai perempuan. Dah besar panjang pun nak aku ajar satu satu ke?" panjang lebar dia membebel kali ini.


Zahra dibelakang terkumat-kamit mulut mengajuk kata-kata Hafiz dalam diam. Muka jengkel ditayang.


     "Dengar tak aku cakap ni?" Hafiz menoleh sekilas sedikit tegas nadanya.


Namun yang namanya Nurul Zahra bukanlah orang yang reti bahasa. Giginya diketap rapat sambil merenung tajam susuk belakang Hafiz. Merangka olah. Sedetik, dia meluru ke arah abangnya itu dan..


    'PAPP!' , ditampar kuat belakang Hafiz seperti menampar 1000 ekor nyamuk Aedes.


Hafiz meliuk pedih namun Zahra sudah berdesup berlari ke depan.


     "Wekk!! Tak kisah..! Nak duduk sebelah abang Amar! Wekkk!!" lantang dia menjerit dengan nada mengejek tak ubah macam anak kecil.


Hafiz mengetap gigi menahan geram sementara Razila cuma mampu beristighfar panjang.


Tak pasti sama ada benar makanan yang disuap ke dalam mulut Nurul Zahra selama ini. Perangainya lain dari yang lain. Aneh!


Ya Allah....



*******



   PEKARANGAN surau meriah tika ini. Budak-budak pada galak bermain berlari berkejaran. Ada juga beberapa orang pemuda sedang merokok dalam gelap di bawah pokok.


Zahra meliarkan anak matanya mencari kelibat Amar. Tak kelihatan. Dia melangkah pula ke arah tangga surau. Surau itu antara surau tertua juga dikampung ini. Memang klasik habis lah. Semuanya papan tapi tak ada anai-anai lagi setakat ini.


Sebaik saja Zahra memanjat anak tangga, anak matanya terus melekat pada ramai manusia. Dia jadi kaku sejenak di depan muka pintu. Bingung beberapa detik. Didepannya sekarang terbahagi kepada 2. Sebelah kaum hawa, sebelah lagi kaum Adam. Mengadap. Ditengah-tengah pula tersusun banyak botol air berlainan rupa.


Hmm.. Dah selesai ke?


    "Psst! Ara! Psst!"  satu suara berbisik bisik menarik perhatian Zahra.


Zahra menoleh ke arah kiri, mencari dari mana datangnya suara bisikan syaitan itu. Matanya dikecilnya sedikit. Rabun jauh..


Ha! Jumpa dah!


   "Ida!" tak sedar dia menyeru lantang membuatkan semua memandangnya. Cepat-cepat dia menutup mulut sendiri sebelum terbongkok-bongkok berjalan ke arah Wahida yang terselit di barisan paling belakang. Port boek untuk menyandar dan terkumat-kamit mulut buat-buat baca Yassin nanti.


Zahra dan Wahida teruja dapat 'bersatu'.


    "Kenapa lambat sangat weh? Aku ingat kau tak datang tadi.. Mak kau mana?"


Zahra memanjangkan leher mencari si pangeran.


   "Ada.. Mak aku jap lagi sampai la..," jawabnya ala kadar.


    "Tu... Kat sana tu. Barisan kedua paling hujung," ucap Wahida memahami gerak geri Zahra.


   "Dah tahu rabun pakai la spek."


   "Tak nak lah. Nanti tak cantik."


   "Yang tak cantik tu kau...."


 'PAPP!'


     "Ahh!!" Zahra mengaduh kuat apabila pehanya ditampar kuat. Nasih baik tak ada yang perasan. Dilihat ibunya di sebelah sudah mengomel tanpa suara dengan riak 'siap-kamu-nanti-'.


Zahra jeling. Pandangannya kembali dilempar pada Amar. Tak berapa jelas tapi masih boleh dilihat. Duduk bersila memakai kopiah putih. Berkain pelikat dan t-shirt hitam.


Zahra tersenyum angau. Cair hati melihat. Sejuk  perut walau tak mengandungkan dia.


    "Kak Ani, kenapa tak mula lagi ni?" suara ibunya menyoal pada wanita di depannya menarik perhatian.


Wanita 60an yang dipanggil Kak Ani itu menoleh.


    "Yang lelaki dah selesai dah tahlil. Yang perempuan ni tak ada 'kepala'... Kak Jah tak sihat. Dina pulak datang bulan..."


"Ohh...," Razila terangguk-angguk.


Biasanya bacaan Yassin di kampung untuk kumpulan perempuan macam itulah. Akan ada satu 'kepala' yang akan mengetuai bacaan. Mula-mula, baca al fatihah sorang, lepastu baacan yassin sama-sama, akhir sekali bacaan doa panjang lebar sorang. Yang part sorang-sorang itulah perlukan 'kepala'.


Zahra yang mendengar terdiam. Waktu waktu beginilah pelbagai hasutan menyerang akal fikiran.


Hmmm... Dina tak ada, bagus. Bak kata orang, kalau nak pikat seseorang, kenalah pikat ahli keluarga dia dulu kan? Okey bayangkan. Ini majlis tahlil arwah atuk dia. Ada masalah besar sekarang ni. Tak ada orang nak lead bacaan Yassin. Kalau aku jadi penyelamat.., mesti abang Amar akan suka, terharu, terhutang budi dan jatuh cinta kat aku. Nek Limah pun mesti berterima kasih and pujuk abang Amar untuk masuk meminang aku. Nice....


    "Saya!" tiba-tiba saja Zahra bersuara lantang tanpa berfikir panjang. Siap angkat tangan lagi. Entah sedar ke tidak.


Ruang surau sepi. Semua pada fokus kepadanya. Sedikit buat dia jadi serba salah. Menyesal 80%.


   "Ada apa ni Zahra...?" Nek Limah yang paling depan bertanya lembut.


Zahra terkebil-kebil. Segan pula ramai mata merenung. Dia tak pernah dapat perhatian sebanyak ini selama 22 tahun hidup.


    "Er... Saya... Saya...boleh ketuai bacaan Yassin."


"Ara!" spontan Wahida menjerit berbisik sebelum menekup muka sendiri. Takut nak membayangkan kejadian selepas ini. 


Razila pun berkerut dahi keresahan. Dia tak pernah merasa anak-anak itu memalukan tapi dia cuma takut Zahra sendiri yang akan menyesal nanti. Lengan Zahra dicuit sekali.


   "Zahra.. Sedar tak ni..? Jangan malukan mak, Zahra..,"  bisiknya tanpa membuka mulut sepenuhnya.


Faiz di sudut sana sudah menggeleng kepala tunduk menutup muka.


Zahra telan liur.


Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak kata...?


    "Kamu boleh jadi kepala ke? Ha, elok lah tu. Mari nak, mari depan sini," senang hati Halimah mengesot sedikit memberi ruang pada Zahra untuk duduk.


Nak tak na, Zahra berdiri lambat-lambat. Dia menapak ke depan, duduk di sisi Halimah. Berdebar-debar. Nak nak si pujaan hati pun fokus padanya saat ini.


    'Okey, takpe Ara.. Kau boleh. Kau kena percaya pada diri sendiri. Masa nilah masa untuk buktikan kau layak jadi isteri mithali'  - sedap pula hati kecilnya berbisik memberi kata semangat.


Nafasnya ditarik dalam. Matanya dipejam mencari ketenangan.

Previous: BAB 6
Next: BAB 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Yana Agasshi